PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ?
MARI KENALI BANI TAMIM
Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW
: " Sesungguhnya Bani Tamim itu
mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah
pembela kebenaran diakhir zaman"
Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari
umatku yang amat memusuhi Dajjal"
Imam Al-Qurthubi
ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan
hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus
keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman
nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta
memperjuangkannya".
Hadith Nabi
SAW:
" Kelompok yang paling ramai dimasukkan
ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".
Hadith Nabi SAW juga
menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab
yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".
lmam lbnu Hajar pula
menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu: "
Adalah dimaklumi
sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan
kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan
atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"
Rasulullah SAW ketika
menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: " "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu
yang baik-baik sahaja ".
Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari
kaum kami"
Hadith dan selainnya
yang mengakui Bani Tamim sebagai sebahagian dari kaum Baginda SAW merupakan
satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.
lmam At-Tabrani
menyatakan:
"Bani Tamim
terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal
di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan
tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak
yang mahu memudharatkan perjuangan mereka".
Asal Keturunan Bani Tamim
1. Pilihan Tuhan
dari kalangan hambanya;
Hadith Rasul SAW yang
bererti:
" Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala
telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang
tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni,
Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya
Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa
Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih
suku Quraisy ".
2. Asal mereka
dari pada anak cucu Mudhor;
Imam Bukhori ketika
memperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni
Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab
ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir
ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar
ibnl Ma'add ibni Adnan.
Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.
Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.
3. Bani Tamim
tunggak keturunan Arab:
"Bani Tamim
adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan Nabi lbrahim Alaihi salam"
lbnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan
bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani
Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya ....
Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam
melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang
digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah .... ".
BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW
|
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum
keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru:
" wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggil kelompok asal
umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."
Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw.
bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.
|
Keistimewaan dan Kelebihan Bani Tamim
Berikut adalah
ringkasan dan rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith-hadith dan
pandangan ulama' berkaitan dengan keistimewaan Bani Tamim:
1. Rasul amat
memuliakan Bani Tamim
2. Rasul
mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah
memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh
mencintai Bani Tamim
5. Abu Hurairah
tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim
6. Kelompok yang
paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.
7. Bila dikatakan
mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga
atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan
berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At Tamimi.
Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan
tawassul.
8. Berjiwa besar
9. Amat berpegang
dengan sunnah
10.
Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai
pengalaman rohaniah.
11.
Tetap pendirian.
12.
Keyakinan mereka tetap tidak mudah
digoyang atau diganggu gugat
13.
Suku arab yang paling banyak percampurannya
dengan bangsa yang lain dari bangsa arab (ajam).
14.
Paling fasih berbahasa Arab di kalangan
bangsa arab. Ini menandakan Bani Tamim akan mempelopori uslub dakwah melalui
bidang seni suara bahkan kemerduan suara Bani Tamim inilah yang akan dapat
menundukkan bangsa-bangsa yang lain bagi menerima Fata At-Tamimi dan Imam
Mahdi.
15.
Qabilah yang nasabnya tidak lagi dapat dikenal
pasti secara keseluruhan berbanding Ahli Bait Rasulullah SAW.
16.
Jaminan nasab keturunan Bani Tamim
tidak akan terputus hingga akhir zaman (berdasarkan hadith mereka amat memusuhi
Dajjal).
17.
Suku bangsa arab yang disimpan untuk
berperanan diakhir zaman seiring dengan suku Quraisy; mengesahkan isyarat
hadith Fata At-Tamimi akan seganding dengan Imam Mahdi.
18.
Ketegasan dalam menentang Dajjal
menunjukkan pemimpin akhir zaman akan muncul dari Bani Tamim.
19.
Tebaran ahli keluarga Bani Tamim telah
merata ke seluruh dunia
20.
Fata At-Tamimi disembunyikan melalui
perkahwinan campur dengan bangsa ajam
21.
Pilihan Tuhan bagi suku ini yang akan
memerangi Dajjal menandakan Bani Tamim akan berperanan penting di akhir zaman
sebelum dan selepas kedatangan Imam Mahdi
22.
Munculnya Fata At-Tamimi dari kelompok
mereka yang akan menjadi orang kanan Imam Mahdi.
23.
Di datangkan kerajaan Bani Saud yang
berfahaman Wahabi untuk melindungi Bani Tamim yang dipilih Tuhan. (Ibnu
Taimiyah dan Muhammad Ad. Wahhab dari Bani Tamim)
24.
Kerajaan Wahabi menyebar luaskan
maklumat berkaitan Bani Tamim
25.
Hadith-hadith dan riwayat yang
dikeluarkan oleh golongan Wahabi tentang Bani Tamim tidak dapat dipertikaikan
lagi kerana mereka begitu tegas dalam penggunaan hadith yang sahih atau hasan.
26.
Bani Tamim merupakan kelompok yang
mempunyai kecerdikan dan berkeupayaan memimpin serta mengatur strategi
perjuangan. Para ahli ilmu mengakui kecerdikan anak-anak dari keturunan Bani
Tamim.
27.
Pembela kebenaran diakhir zaman
28.
Jelas cita-cita.
29.
Mempunyal matlamat perjuangan yang
jelas dan mampu mencapainya
30.
Qabilah yang menjadi tunggak bangsa
arab
31.
Qabilah yang paling ramai dan tersohor
32.
Banyak menerima bantuan secara rohaniah
33.
Bila dikatakan mereka adalah antara
umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat:
bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW,
Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim
inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabaruk dan tawassul.
34.
Terkenal sebagal kelompok yang
menguasai pemerintahan negara di mana saja mereka berada
35.
Mereka menjadi golongan atasan dan
bangsawan di dalam masyarakat
36.
Mereka dihormati dan dimuliakan
37.
Amat gigih dalam perjuangan di medan
jihad dan dilapangan dakwah
38.
Terkenal gagah berani di medan perang.
39.
Banyak terlibat dalam peperangan dan
penerokaan wilayah Islam. Panglima Islam yang membunuh Panglima Rustum (Parsi)
dalam perang Al-Qadisiyah ialah Panglima Zuhrah lbni Hawiyyah As-Sa'adiey dari
Bani Tamim
40.
Bani Tamim boleh dikenali diakhir zaman
melalui penglibatan mereka dalam perjuangan kebenaran yang diasaskan melalui
uslub dakwah tidak dalam bentuk yang lain.
41.
Kelompok yang suka mengembara
42.
Kelompok yang banyak bergelanggang dl
medan dakwah ke seluruh pelusuk dunia
43.
Kelompok yang paling menonjol berpegang
dengan perjuangan kebenaran diakhir zaman
44.
Kelompok yang menguasai bidang ilmu
dunia dan akhirat sepanjang zaman.
45.
Terdapat bukti di sepanjang sejarah,
ramainya ulamak besar dari Bani Tamim
46.
Menjadi tempat rujuk di dalam
masyarakatnya
47.
Amat serius dalam pengamalan Islam
48.
Kelompok Bani Tamim lebih ramai berpegang
kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah berbanding Wahabi, Cuma Wahabi tertonjol
kerana penguasaan mereka terhadap kerajaan Bani Saud (Saudi)
Putra Bani Tamim Perintis Jalan Imam
Mahdi
Islam akan
kembali Gemilang di Akhir Zaman Hari ini, bukan sahaja umat Islam bahkan orang
bukan Islam pun sedang berbincang dan berbual-bual tentang keinginan mereka
kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini.
Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang,
mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik
dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu
dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang
perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada
janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.
Sebenarnya, perasaan itu adalah
rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan
manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau
Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah
bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan
dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang
pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah.
Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami
perubahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.
Sebelum
kedatangan Rasulullah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan
rasul. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman kedatangan pemimpin yang
ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu
orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang
hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang berkasih sayang, mudah saja
mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang membawa dan
memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.
Satu kebangkitan menurut lidah
Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya dunia kita pun ada harapan
untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamananan. Walaupun
di dunia yang bangsa-bangsanya sudah memerlukan satu keadilan dan kasih sayang
namun ia tetap memerlukan satu sistem alternatif. Maka pada kali ini adalah
giliran Islam.
Dan telah
mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW
sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia
kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan
ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi
dengan kezaliman”.( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Kebangkitan yang bertaraf dunia itu
akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan ianya akan bermula dari Timur sebagaimana
yang disebutkan dalam hadis rasulullah SAW :
Dan telah
mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu
Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok
anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka
kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun
bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak
sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami
akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang
membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan ,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan.
Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya
hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang
memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan.
Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Tetapi bagi umat Islam, tidak dapat
menjadi tapak kebangkitan itu walaupun berkeinginan ke arah itu. Walaupun
inginkan perubahan tetapi mereka masih bingung dan tercari-cari. Tidak tahu
bagaimana hendak melakukannya. Kalau dilakukan juga, kita sudah melihat
hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang beku dan jumud, ada yang pergi ke
pondok atau pesantren dan sebagainya. Kerajaan sudah mula bimbang kerana orang
ramai hendak menghantar anak mereka ke institusi agama.
Tetapi bagi satu kelompok yang sudah
dipilih Tuhan, samada pemimpinnya ataupun pengikut-pengikutnya, mereka tidak
susah lagi mencari-cari. Seolah-olah di hadapannya sudah nampak rekabentuknya (design) dan nampak gambarannya.
Seolah-olah rangka rumah sudah nampak cuma hendak dibangunkan saja menjadi
rumah. Apabila terjadi hal begitu kepada kelompok tersebut maka itulah kelompok
pilihan Tuhan. Sebab itu, bagi orang lain yang sedang tercari-cari itu, tidak
usahlah hendak melakukannya sendiri kalau tidak dianugerahkan Tuhan. Lebih baik
dicari saja kelompok yang telah Rasulullah gambarkan yaitu yang menzahirkan
kebenaran dalam seluruh aspek kehidupannya: dalam diri, keluarga, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan, dakwah, perhubungan, sains dan teknologi dan
sebagainya. Selain itu perjuangan mereka tidak dapat dimudaratkan atau
dihancurkan oleh musuh-musuh kebenaran sekalipun musuh-musuh itu sangat
berusaha menghancurkannya. Rasulullah SAW bersabda :
Senantiasa ada suatu thoifah (jamaah)
yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka
orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari
kiamat).
Sebenarnya, orang yang Tuhan
janjikan bahawa di tangannyalah kebangkitan itu berlaku, perjuangannya menjadi
sangat indah dan jelas walaupun berhadapan dengan ujian. Kaedahnya (Method) jelas. Mari kita gambarkan
dengan lebih luas lagi tentang corak (patern)
kebangkitan Islam di akhir zaman itu.
Tuhan telah menyimpan 3 orang
pemimpin, iaitu pemimpin besarnya: (Pemuda) Putra Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi
Isa. Dua orang disimpan oleh Tuhan iaitu Nabi Isa yang dinaikkan ke langit dan
Imam Mahdi yang dighaibkan. Kita pun tidak tahu di mana mereka. Hanya Putra
Bani Tamim tidak dighaibkan Yang disimpan itu cuma seolah-olah dighaibkan sebab
payah hendak dikenali orang. Ini adalah hikmah dari Tuhan supaya musuh jangan
cepat mengesan. Padahal mereka sedang bergelanggang dan berjuang. Kalau dapat
dipastikan oleh musuh, mereka tetap diselamatkan kerana janji Tuhan tetapi anak
buah tidak akan tahan kerana akan dibelasah teruk.
Itulah
hikmahnya walaupun mereka tidak disimpan tetapi seolah-olah disimpan. Tuhan
kelabukan mata gerakan-gerakan Islam yang lain. Supaya keadaa lebih riuh-rendah
lagi. Tiap-tiap hari disogok dengan berita-berita di ruang-ruang akhbar iaitu gerakan
Islam yang bersifat politik, gerakan Islam yang bersifat militan, begitu juga
gerakan Islam yang jumud dan yang beku. Sementara itu, pemimpin yang Tuhan
janjikan terlindung dari masyarakat.
Tentang kegemilangan Islam dan Imam
Mahdi ini, Rasulullah SAW bersabda :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan
Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak
tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai
diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya
dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan
keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.
Dan abu Nu'aim
mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya :
“Al Mahdi daripada kami Ahlul bait,
seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan
keadilan, seperti dia dipenuhi kezaliman”.
Dan telah
mengeluarkan Abu N'aim dan Al Khatib dalam Talkhis Al mutasyabih dari ibnu Umar
katanya sabda Rasulullah SAW :
“Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru : Inilah
Al Mahdi dan ikutilah dia”.
Putera Bani
Tamim dari Timur Perintis Jalan Bagi Imam Mahdi
Sesuai dengan
janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, maka Islamlah yang akan menggantikan
kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan
bangkit kembali dan menjadi sebuah empire, dan sekali lagi bumi akan dinaungi
oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam
sebagai mana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para sahabat (QS Ar Rum 2-4). Jalannya adalah melalui
taqwa. Dahulu umat Islam dapat menang dari Rom dan Parsi (2 super power dunia
pada saat itu) dengan kekuatan taqwa. Sekarang dengan kekuatan taqwa pulalah
Barat akan ditumbangkan. Allah akan
membantu orang yang bertaqwa (QS Al
Jaasiah 19). Ini bukan hayalan,
tetapi janji Allah yang telah dan akan terjadi lagi. Asalkan syaratnya
dipenuhi.
“Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara
kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka sesungguhnya akan dijadikan
khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikan khalifah
orang-orang sebelum mereka”. (QS An Nur :
55)
Dalam
kebangkitan yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi itu, ada seorang besar Tuhan
yang akan mempersiapkan jalan bagi Imam Mahdi, dalam hadis disebut Putera Bani
Tamim. Ia berasal dari Timur dan mempersiapkan tapak kegemilangan itu juga di
bumi sebelah Timur yang banyak ulama yakin, itulah Malaysia dan
Indonesia.
Telah
mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah
mengambil tangan Ali dan bersabda : “Akan
keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi).
Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani
Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al
Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Dikeluarkan
dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim dari pada Tsauban, telah bersabda
Rasulullah SAW :
“Akan datang panji panji hitam dari
timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang
mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbailah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju”.
(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Dari Ibnu Majah
dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Harats bin Juzu' Al Zubaidi telah bersabda
Rasulullah SAW
“Akan keluarlah manusia dari Timur,
mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi”.
(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh
Imam Sayuti).
Telah bersabda
Rasulullah SAW
“Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami
akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang
membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan.
Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya
hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang
memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan.
Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.” (dari kitab Al Hawi lil
Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari hadist- hadist di atas jelaslah
bahwa tapak kebangkitan Islam di Timur dibangunkan oleh seorang Pemuda dari
Bani Tamim dikenal juga dengan sebutan Putera Bani Tamim. Ia akan berjuang
membangun sebuah jemaah model yang syumul yang akan menjadi tapak bagi
kebangkitan itu. Bani Tamim adalah salah satu cabang dari kabilah Quraisy.
Pemuda inilah yang akan menyerahkan kekuasaan (panji-panji hitam) kepada Al
Mahdi. Dengan kata lain perjuangannya dan perjuangan Al Mahdi berkait erat dan
sambung-menyambung.
Putera Bani Tamim ibarat stop kontak
(switch), sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila stop kontak tidak
ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan zahir
bila Putera Bani Tamim belum membuat tapaknya atau belum mendapatkan daulah di
satu negara di Timur. Kemungkinan besar negara islam yang akan didapat oleh
Putera Bani Tamim itu adalah malaysia.
Kalau diibaratkan membangun rumah, Putera Bani Tamim adalah orang yang
membangun pondasinya. Untuk membangun rumah yang kukuh, tentulah pondasi harus
kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan
dinding, atap, pintu, jendela lantai dsb.
Mengingat besarnya peranan pemuda
Bani Tamim sebagai perintis jalan Imam Mahdi, dan semakin dekatnya kegemilangan
Islam tersebut, tentulah Putera Bani Tamim itu sudah ada bahkan sudah hampir
menyelesaikan pembangunan tapaknya. Tentulah ia berada di Timur (Asia
tenggara?). Diantara ciri jamaahnya adalah :
menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan manusia mulai dari diri,
keluarga, ekonomi, teknologi, kebudayan, pendidikandan lain lain serta jamaah
itu tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka
hinggalah datang ketentuan Allah (hari kiamat).
Marilah kita kaji
dan cari Putera Bani Tamim itu.
Tugas dan Tanggung Jawab Putra Bani
Tamim
Oleh kerana Tuhan tahu di akhir
zaman akan berlaku kerosakan di lautan dan di daratan, akan berlaku kemuncak
kezaliman dan kejahatan, maka dengan keadilan Tuhan dan dengan rahmat-Nya,
selepas itu akan berlaku pula kemuncak keadilan dan keamanan. Kemuncak kezaliman
dan kejahatan ada tokoh-tokohnya, ada sumber datangnya, ada sistem yang membawa
berlakunya kemuncak kezaliman dan kejahatan itu. Begitulah akan berlaku nanti
di akhir zaman kemuncak kebaikan dan keadilan, ada tokoh-tokoh yang mencetuskan
hal itu. Ada sumber-sumber yang menyebabkan sistem yang dengan itu berlakulah
kemuncak keadilan, keamanan dan kebaikan.
Secara asas atau
secara dasar hal ini sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah SAW. Tetapi apa
yang dikatakan Rasulullah itu adalah mengenai perjuangan di akhir zaman, satu
jemaah, satu sistem, dan bukannya mengenai hukum-hakam. Oleh sebab itu tidak
semua orang boleh faham. Kalau hukum-hakam untuk semua orang dan semua orang
boleh faham kalau mahu faham. Kalau tidak mahu faham itu soal lain. Jadi satu
perjuangan di akhir zaman bahkan kebenaran-kebenaran yang dibawa oleh mujadid
setiap kurun tidak ada siapa yang tahu bagaimanakah untuk memulakannya?
Bagaimana rahsia-rahsia membangunkannya, kesannya dan ilmunya dan methodnya (kaedah). Sebab dia bukan mengenai
hukum-hakam. Hanya dibagi tahu kepada Sohibuzaman di waktu itu.
Sebab itu Hadis
mengenai akhir zaman kalau kita tanya ulama besar di zaman ini, bahkan kalau
dilakukan satu seminar besar yang dihadiri para ulama, yang dibincangkan apa
yang disebut Hadis akhir zaman, macam mana bentuk jemaahnya, methodnya, ilmu apa yang hendak
digunakan untuk akhir zaman, tidak ada siapa yang akan tahu. Sebab hal itu
bukan mengenai hukum-hakam, hukum hakam untuk semua. Apakah hikmahnya Tuhan
tidak bagi pada semua orang untuk faham kecuali hanya Sohibuzaman? Kalau Tuhan
bagi tahu pada semua ulama seperti hukum-hakam maka akan banyaklah jemaah
kebenaran. Masing-masing boleh buat, jadi tidak ada ertilah, jemaah kebenaran
pun berpecah.
Oleh kerana Tuhan tidak ajar umat
Islam berpecah, untuk satu perjuangan, satu jemaah, hanya diberi pada seorang
Sohibuzaman waktu itu. Sebab itu kalau kita tanyakan ulama hal-hal akhir zaman
dia pun tidak tahu hendak jawab. Hendak dikatakan tidak tahu, dia malu
sedangkan dia ulama. Hendak dikatakan tahu pun, dia tidak boleh menjawab. Cuma
dia kata, “Tak payahlah fikir IM (Imam Mahdi), nanti dia lahir kita ikutlah”.
Dia kata lagi, “Ini belum akhir zaman lagi, dunia panjang lagi, mengapa awak
kata akhir zaman, itu lambat lagi, bukan zaman kita, mungkin kita tidak jumpa.”
Begitulah ulama akan jawab.
Sesiapa yang menjadi Sohibuzaman di
zaman itu, maka orang itu saja yang Tuhan beritahu tentang rahsia akhir zaman.
Hanya Sohibuzaman (SZ) Tuhan bagi ilham untuk memahami Hadis-hadis itu. Kalau
tidak dibantu dengan ilham, siapapun takkan tahu. Tuhan bagi ilham dari masa ke
masa. Jadi SZ kena faham macam mana bangunkan jemaah. SZ saja yang faham macam
mana methodnya, kaedah dalam
membangunkan jemaah, macam mana mendidik manusia waktu itu. Ilmu apa yang Tuhan
bagi pada dia? Yang kalau cari dalam kitab tidak jumpa. Sebab ini bukan soal
hukum-hakam. Dia adalah ilmu semasa, buah fikiran semasa untuk masanya,
bagaimana untuk membangunkan jemaah, bagaimana berdakwah, bagaimana mendidik
orang dan bagaimana melahirkan sistem hidup untuk menggantikan sistem yang
sudah rosak di zaman ini.
Begitulah Tuhan lakukan setiap
kurun. Di zaman wujudnya Rasul lagi, begitulah keadaan bila mana Rasul datang
di zamannya. Jadi, kebangkitan besar di akhir zaman untuk melahirkan puncak
keadilan dan kebaikan menggantikan puncak kezaliman. Tuhan sudah set (aturkan), caranya sudah set, buah fikiran, minda semuanya sudah set. Segalanya Tuhan sudah set. Seperti mana yang kita faham,
tokoh-tokohnya semua Tuhan sudah setkan.
Walaupun Hadis tidak menyebut namanya. Ertinya pada SZ telah diberitahu
orang-orangnya. Tetapi tidak ada ulama-ulama yang tahu lagi. SZ saja yang tahu.
Padahal dalam Hadis tidak menyebut namanya. Sebab itu dikatakan siapa menjadi
SZ, hanya dia saja yang diberitahu oleh Tuhan.
Tokoh utama kebangkitan Islam di
akhir zaman berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW adalah Imam Mahdi (IM),
Putera Bani Tamim (PBT) dan Nabi Isa. Selain itu ada 7 wazir yang akan membantu
IM. PBT adalah wazir terkanan dari IM. Dan ada lagi tokoh untuk melengkapkan package kebangkitan iaitu PBH (Putera
Bani Hasyim). Kemudian tokoh lain ialah Haris Al Haras, dia sebagai juru pandu
kepada IM. Inilah diantara tokoh-tokoh yang akan membangunkan Islam di akhir
zaman hingga lahirlah kemuncak keadilan dan kebaikan. Kebangkitan ini bermula
dari timur diasaskan oleh PBT. Pengikut-pengikut setia IM disebut dalam hadist
Rasulullah SAW, mereka adalah para ikhwan dan asoib. Akhirnya timur bersatu
selepas itu IM pun lahir. Maka akhirnya menawan seluruh dunia.
Kemudian 7 wazir tadi, wazir yang
paling kanan ialah Putra Bani Tamim. Apabila Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya
sebagai khalifah dunia, maka dunia akan dibahagi kepada 7 zon. Asia merupakan
salah satu zon yang dipegang oleh Putra Bani Tamim yang akan dianggap sebagai
satu negara di dunia yang diperintah oleh satu wazir iaitu Putra Bani Tamim.
Kemudian ada zon di Timur tengah, di Turki, di Afrika dan lain-lain. Oleh
kerana wazir pertama adalah Putra Bani Tamim, maka kebangkitan itu bermula dari
Timur. Putra Bani Tamim lahir di Timur
dan Imam Mahdi juga lahir di Timur.
Oleh kerana Imam Mahdi akan menjadi
khalifah yang menguasai dunia, sedangkan dia bukan rasul dan nabi, maka Tuhan
perlu memberi kekuatan yang cukup untuk rohnya. Itulah hikmahnya dia disimpan
untuk dikursuskan dengan kursus bertaraf malaikat. Makanannya ialah zikir,
tasbih dan tahlil. Itulah tandanya dia menjalani kursus malaikat. Walaupun dia
bukan rasul dan nabi tetapi rohnya mendekati Nabi.
Putra
Bani Tamim berada di tempat kebangkitan iaitu di Timur. Daripada 7 wazir itu
dia yang paling berat tanggungjawabnya. Yang 6 orang lagi hanya menunggu.
Walaupun ada pengikut, pengikut yang beribadah saja. Kerana di negara mereka,
keadaan sangat teruk. Kalau nampak mereka berjuang seperti PBT dan pengikutnya,
pasti mati atau habis ditangkap. Jadi mereka hanya beribadah saja. Hanya yang
seorang ini saja berat tanggungjawabnya.
Apakah Tanggung Jawab PBT atau tugas
PBT itu? Sejauh mana tanggung jawab yang mesti dia lakukan. Perkara ini kalau
tidak diilhamkan Tuhan tidak ada siapa pun yang tahu. Selagi tanggung jawab itu
tidak selesai maka IM tidak akan lahir. Kalau hendak jadikan contoh, PBT itu
macam tug boat. Tug boat berlegar
tidak jauh, ia adalah satu kapal kecil tetapi horse powernya besar. Dia duduk di dermaga. Apa kerjanya? Bila ada
kapal besar hendak keluar, tug boat akan menariknya keluar. Bila sudah keluar
barulah kapal itu dapat berjalan sendiri di lautan. Itulah kerja tug boat.
Demikianlah tanggunjg jawab PBT dikiaskan seperti tug boat.
IM itu kapal besar yang akan
menjelajah dunia. Selagi tug boat
tidak keluarkan kapal ke lautan luas, ertinya selagi PBT tidak tunaikan
tanggung jawabnya maka IM takkan lahir. Sedangkan dunia bukan menunggu PBT.
Dunia menunggu IM. Selagi IM tidak lahir keadilan tidak dapat dicetuskan.
Selagi IM tidak lahir kebaikan menyeluruh tidak berlaku. Dunia menungggu IM,
bukan PBT. Sebab itu banyak orang tidak tahu PBT. Tetapi perlu diingat kalau
tidak siap PBT maka IM takkan lahir.
Di sini
dapat kita fahami walaupun PBT kecil tetapi tanggung jawabnya besar. Ertinya
sesiapa yang hendak ikut PBT punya tanggung jawab yang besar. KENA FAHAM. Kalau
dia tidak sanggup pikul tanggung jawab tidak layak ikut PBT. PBT ada team, kalau tidak ada team, tidak mampu hendak tarik kapal
besar itu.
Jadi baru kita faham PBT umpama tug boat yang menarik kapal besar ke
tengah lautan. Bahkan bukan saja PBT, pengikutnya juga punya tanggung jawab
besar. Kalau tidak faham hal ini sampai bilapun tanggung jawab PBT takkan
selesai. Sehingga menjadikan IM lambat lahir. Jadi apa tanggung jawab PBT ?
Kena Bagi Minda
Dialah yang akan menyampaikan minda
ke seluruh dunia iaitu minda Imam Mahdi. Hakikatnya minda yang disampaikannya
adalah kepunyaan Imam Mahdi yang
disalurkan pada Putra Bani Tamim. Maka wajiblah baginya untuk menyampaikan minda (ilmu) itu ke seluruh
dunia. Ilmu inilah untuk membaiki diri. Ilmu inilah juga untuk mengetahui
bagaimana hendak membangunkan masyarakat. Ilmu inilah panduan bagaimana hendak
berjuang. Ilmu inilah panduan bagaimana untuk mendidik. Ilmu inilah untuk
menilai masyarakat dan lain-lain keperluan lagi
Kena bagi minda pada
pengikutnya dan juga minda kepada di luar pengikut. Minda ini sangat besar.Tak
ada minda tidak faham macam mana hendak baiki diri.
Tak ada minda
tidak faham bagaimana hendak berjuang. Tak ada minda tidak akan faham hendak
cetuskan sistem-sistem yang dibuatnya. Tak ada minda tidak mampu hendak satukan
pengikut-pengikut.
Jadi tugas PBT yang pertama
mindanya. Minda yang Tuhan bagi itu wajib disampaikan. Bahkan minda itu pula
takkan sampai pada pengikut-pengikutnya jika tidak dibantu oleh pemimpin yang
akan menghantar sampai ke akar umbi. Samalah dengan apa yang dibawa oleh
Rasulullah, dibantu oleh para sahabat. Sedangkan sahabat hanya hidup
sezamannya. Selepas Rasulullah tidak ada lagi yang disebut sahabat. Sahabat itu
mahal, dia hanya ada satu zaman, iaitu orang yang menjadi murid kepada
Rasulullah. Yang bertanggungjawab menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan.
Ertinya sahabat itu mahal. Kalau sahabat tidak sampaikan kita tidak jadi Islam
hari ini. Begitulah juga Ikhwan dia hanya sezaman, semusim. Sebelum ini
tidak pernah ada ikhwan dan selepas ini takkan ada Ikhwan. Ikhwan ialah murid
kepada PBT. Menjadi ikhwan itu mahal, macam mahalnya nilai sahabat. Sebab
sahabatlah yang menyampaikan ajaran Rasulullah. Ikhwan kerana dia betul-betul
berada di zaman PBT dia sangat mahal. Tidak ada ikhwan di zaman selepas dan
sesudah. Hanya Ikhwan yang layak sampaikan ajaran PBT. Hakikatnya itulah ajaran
IM yang diilhamkan kepada putranya, dia mengajar dari sebalik tabir secara
rohaniah.
Hal ini siapapun tidak boleh faham,
SZ saja yang boleh faham. Hendak cerita pun payah. Sebab ianya berbentuk
rohaniah. Macamlah cara Tuhan menurunkan wahyu. Secara kasar boleh diceritakan
tetapi sudut rasanya tidak boleh cerita. Rasulullah ada rasa ketika dapat
wahyu. SZ juga ada rasa ketika mendapat ilham. Macam mana hendak cerita? Jadi
sesiapa pun yang boleh melayakkan diri menjadi Ikhwan dijamin selamat dunia dan
akhirat.
Melahirkan ikhwan
Dari tangannya akan lahir Ikhwan yang
disebut oleh Rasulullah. Dia dapat melahirkan 500 Ikhwan. Sedangkan wasir-wazir
lain ada juga tetapi tidak banyak. Tetapi Ikhwan yang dimaksudkan di dalam
Hadis ialah ikhwan yang dilahirkan oleh Putra Bani Tamim. Wazir lain itu hanya
boleh melahirkan 20 hingga 30 orang saja. Ikhwan yang ramai lahir di tangan
Putra Bani Tamim, hanya sedikit di tangan wazir-wazir yang lain.
Ikhwan yang dimaksud hadis
Rasulullah hanya dilahirkan olah PBT. Sekiranya berkumpul ulama seluruh dunia,
sekalipun mereka orang yang bertaqwa, tetap tidak akan boleh melahirkan walau
seorang pun Ikhwan. Sebab itu sudah ketentuan Tuhan. Sudah menjadi khususiah
yang dianugerahkan kepada PBT. Ini mesti difahami. Kalau kita boleh faham, baru
kita nampak PBT itu pemimpin itu besar. Kalau tidak, kita rasa sambil lewa
saja. Sekiranya bersidang ulama seluruh dunia, walaupun mereka bertaqwa,
setakat boleh melahirkan orang soleh. Tetapi kalau bertaraf Ikhwan, seorang pun
tidak boleh dilahirkan. Ini adalah khususiah kepada PBT yang hakikatnya IM
adalah pemimpin sebenarnya yang akan lahir. Seperti para sahabat. Tidak ada
siapa pun yang boleh melahirkan sahabat kecuali Rasulullah. Kalau berkumpu l
ulama seluruh dunia untuk melahirkan sahabat, tetap tidak boleh. Jadi, tanggung
jawab PBT yang kedua ialah melahirkan 500 orang Ikhwan. Semua ikhwan itu
bertaraf wali.
Wazir-wazir Imam Mahdi yang 6 lainnya
juga membawa Ikhwan tetapi tidak banyak, sekadar puluhan orang. 6 orang ini
menunggu, mereka tidak berjuang sebab keadaan di tempat mereka sudah rosak.
Kalau berjuang habis kena tangkap, kena bunuh dan sebagainya. Yang berjuang
hanya seorang iaitu PBT.
Begitu
juga, akan lahir di tangan PBT adalah ribuan Asoib-Asoib. Asoib terbagi dua:
- Semua ahli tarikat yang hak seluruh dunia.
- Golongan tidak bertarikat tetapi mereka sangat bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah PBT.
Asoib ini juga adalah satu kategori manusia yang tidak muncul di zaman
lain. Dia bukan wali tetapi di atas orang soleh. Orang soleh yang umum siapapun
dapat lahirkan. Mungkin seorang guru melahirkan 2-3 orang soleh. Tetapi
kategori Asoib ini lahir di tangan PBT dan wazir-wazir. Inilah kelompok yang
menjadi tentera IM. Yang lain dikatakan Awamul Muslimin. Kalau kelompok Awamul
Muslimin, walau pun ikut juga tetapi mereka tidak dilindungi oleh keramat IM
kerana nanti akan rosak sebab mereka tidak layak. Yang layak hanya dua golongan
ini saja.
Membangunkan tapak daulah iaitu tapak
jemaah
Selagi jemaah tidak lengkap dan tidak
siap, ia akan berhubungkait dengan pengikut-pengikut. Kalau pengikut kurang
bertanggungjawab akhirnya jemaah tidak lengkap dan sempurna maka lambatlah daulah. Sebab itu kena ambil perhatian.
Tanggung jawab PBT adalah tanggungjawab pengikutnya juga. Sebab itu
perlu wujudkan model-model kehidupan Islam berupa bandar-bandar. Kalau cakap
saja tidak akan jadi. Sudah letih mendengar
orang bercakap. Ulama bercakap itu ini tetapi tidak lahirkan role model. Role
model itu sehingga terserlah, kena wujudkan satu bandar yang lengkap.
Membangun Daulah
Bila wujud daulah dan hampir siap,
barulah IM akan lahir.
Melahirkan Sistem
Itulah yang dimaksudkan
Bandar-bandar di negeri-negeri. Jadi bila sampai peringkat daulah sudah hampir
lengkap, maka daulah itulah yang akan bersatu dengan Indonesia dan Thailand
dulu. Dalam Hadis tidak ada disebut. Bukankah satu kepelikan orang Budha
bersatu? Sekarang sudah nampak. Selepas itu barulah Brunei dan Singapura ikut
bersatu. Kemudian lahirlah IM.
Kezahiran IM tidak boleh difahami
kalau setakat membaca Hadis jika tidak dibantu oleh ilham dari Rasulullah dan
IM. Ceritanya lebih kurang begini: Pada musim haji di hari Jumaat waktu khatib
membaca khutbah, oleh kerana waktu itu cuaca terlalu panas, khatib yang pertama
berdarah hidungnya. Kerana membawa najis, dia pun turun. Kemudian ada orang
lain naik tanpa disuruh, berdarah juga hidungnya. Bila digantikan orang lain,
berdarah juga. Hingga 6 orang berdarah. Maka naiklah yang ke tujuh tanpa
disuruh, orang pun tidak kenal siapa. Bila naik hidungnya tidak berdarah.
Orang yang pernah membaca Hadis
mengenai IM tentu dia kata yang ke 7 tidak berdarah inilah IM. Tetapi IM tidak
isytihar dirinya. Orang-orang sudah ada yang syak. 6 bulan hingga ke setahun IM
berlegar-legar. Bagi orang yang faham, terserempak dengan dia ada rasa yang
lain, mungkin dia IM. Dia berjalan penuh berwibawa. Waktu 6 bulan atau setahun
itulah dia sentiasa berhubung dengan PBT tanpa diketahui oleh orang lain sebab
tidak dirasmikan lagi. Mereka buat kerja tidak rasmi. Kadang-kadang dengan
wazir-wazir atau dengan PBT saja. Yang menjadi guide adalah Haris Haras sebab dia sangat faham negara-negara Arab.
Itulah yang tidak disebutkan di dalam Hadis.
Memberikan kursus
Mengapa walau dia sudah zahir dan
orang sudah syak tetapi IM tidak isytiharkan dirinya? Sebab belum sempurna,
belum lengkap. Bila sudah ada yang dengar-dengar IM di Mekah maka ramai orang
datang hendak berbaiah. Siapa saja yang datang dan berjumpa hendak berbaiah
dengan IM. Terutama ahli tarikat yang hak, yang menunggu-nunggu. Tetapi IM akan
berkata pada mereka tidak boleh baiah dulu dengan IM kena baiah dengan PBT. Apa
maksud baiah? Orang yang menyerahkan diri itu tentulah golongan tok-tok guru
yang peribadi mereka tentulah bertaqwa, tetapi fikiran mereka belum selaras.
Sedangkan minda untuk akhir zaman hanya dari satu sumber iaitu dari PBT. Jadi
yang dimaksudkan baiah kepada PBT adalah untuk mendapatkan kursus-kursus dari
PBT supaya minda menjadi selaras.
Itulah tanggung jawab ke enam PBT,
sebab orang ini dikursuskan. Bila sudah satu fikiran, barulah IM akan lahir dan
berkata, “Sayalah khalifatullah,” iaitu khalifah Allah di muka bumi. Di sini
nampak tanggung jawab PBT dan para ikhwan pengikutnya berat. Yang akan bagi
motivasi adalah para ikhwan. Tidak mungkin PBT seorang. Sebab itu setiap ikhwan
kena melayakkan diri. Itulah perlunya minda. Orang yang sudah serah diri pada
PBT atas arahan IM, kerana hendak dapatkan minda, tukang masak pun akan dicari.
Ikhwan tidak ramai, jadi apabila orang datang berpusu-pusu, tukang masak pun
kena beri minda kepada mereka. Itulah diantara khususiah PBT, minda tidak boleh
diambil dari tempat lain, hanya satu saja iaitu dari PBT. Walaupun yang
berbaiah itu adalah ulama besar, mestilah ambil minda PBT. Barulah terjadi
persatuan dan perpaduan. Bukankah besar tanggung jawab PBT? Sebab itu IM tidak
terima dulu baiah seseorang sebelum berbaiah pada PBT. Awal-awal dikuliahkan
dulu dan dikursuskan dulu. Kemudian barulah dia isytihar.
Kalau begitu, memang tanggungjawab
Putra Bani Tamim sangat berat. Kerana di tangannya saja boleh lahirnya Ikhwan
dan Asoib ini. Selagi mereka tidak lahir, Imam Mahdi tidak datang. Begitu besar
tanggungjawabnya. Seolah-olah Putra Bani Tamim itu adalah kapal penarik (tug boat). Tug boat ini kapal kecil tetapi horse
powernya besar. Kalau kapal besar masuk atau keluar dari dermaga atau
pelabuhan, tug boatlah yang menariknya. Kapal besar itu tidak
berjalan dengan sendiri. Begitulah Putra Bani Tamim seperti tug boat. Walaupun pemimpin kecil tetapi
tanggungjawabnya besar. Dialah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk
menjelajah dunia. Sebab Imam Mahdi itu diibaratkankapal besar tadi. Kalau
ikhwan itu masih tidak cukup lagi, mana mungkin kapal besar itu boleh keluar.
Selagi tug boat itu tidak
mengeluarkan Imam Mahdi, ertinya Imam Mahdi tidak boleh berperanan di dunia.
Kemudian nanti, apabila Imam Mahdi
lahir, Hadis ada menyatakan yang pada waktu itu ketika mengerjakan Haji pada
hari Jumaat, waktu sembahyang Jumaat. Seorang imam membaca Khutbah, tiba-tiba
keluar darah di hidungnya. Apabila berdarah, ia adalah najis menyebabkan imam
tersebut turun kerana tidak sanggup menjadi imam. Kemudian naik pula orang
lain, kerana terlalu panas, hidungnya berdarah juga. Begitulah yang berlaku
sampailah orang yang ke-6. Maka naiklah imam yang ke 7. Didapati hidungnya
tidak berdarah. Bagi orang yang sudah membaca Hadis pasti mengetahui bahawa
inilah kejadian yang menggambarkan Imam Mahdi. Dia sudah ada dan nampak hebat
serta ada wibawa.
Oleh kerana dia berbeza dengan yang
6 orang tadi, maka orang pun sudah berbisik-bisik bahawa dialah Imam Mahdi,
tetapi dia tidak mengisytiharkannya. Orang hanya syak saja tetapi tidak
diisytihar. Perkara itu tidak diisytihar sehingga 6 bulan ke setahun lamanya.
Jadi, dalam tempoh 6 bulan ke setahun itu, dia sering bertemu dengan PBT, Haris
al Haras dan wazir-wazir. Tetapi di tempat-tempat yang berlainan. Ini adalah
kerana mengelakkan daripada orang-orang yang peka yang sudah mula syak. Dia
bimbang kalau musuh dapat mengesan sebab itulah dia berpindah-randah.
Usrah dibuat untuk menerima arahan
dari Imam Mahdi. Waktu itulah siapa saja yang mendapat tahu dan dapat mengesan,
mereka pasti hendak berbaiah dengan Imam Mahdi tetapi mereka disyaratkan
berbaiah dulu dengan PBT atau Fatta At Tamimi. Golongan yang cepat mengesan
kehadirannya adalah ahli tarekat sebab mereka memang menunggu. Jadi
masing-masing sudah hendak berbaiah dengan tetapi Imam Mahdi tidak benarkan
kalau berbaiah dulu dengan Putra Bani Tamim.
Maksud ‘baiah’ di sini ialah setiap
wazir yang ada pengikut dan semua simpati-simpati mestilah dikursuskan dulu
sehingga mindanya selaras. Itulah hikmahnya Imam Mahdi tidak diisytiharkan dulu
supaya boleh diselaraskan fikiran. Perkara ini tidak boleh difahami oleh
sesiapapun. Kalau tidak diberitahu Tuhan, ulama besar macam manapun tidak akan
bo leh memahaminya. Sekalipun dia pengamal tarekat Muhammadiah. Kalau dia bukan
tokohnya pasti tidak akan tahu. Apabila orang datang hendak berbaiah, mereka
mesti dikursuskan dahulu. Kalau para peserta kursus ini termasuk dalam golongan
ikhwan, merekalah yang akan mengkursuskan orang-orang itu.
Bila sudah selesai berkursus dengan keadaan
masing-masing sudah ada taqwa. Kursus itu cuma untuk menyelaraskan pandangan.
Bila sudah berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya,
“Saya adalah khalifah”. Dia mengisytiharkan dirinya ketika minda sudah
selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.
Selanjutnya sistem ini akan berlaku. Apabila ada
Putra Bani Tamim akan ada Imam Mahdi. Apabila ada Imam Mahdi, akan ada nabi
Isa. Jadi, siapa pula yang akan mengakui Putra Bani Tamim? Siapa yang akan
mengakui bahawa yang ada itu adalah Imam Mahdi? Siapa yang mengiktiraf dan
membenarkan Nabi Isa? Kalau tidak ada sistem.
Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di
Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Waktu itu
apabila Imam Mahdi mengisytiharkan bahawa dialah Putra Bani Tamim, orang akan
menerimanya. Tetapi kalau hari ini, seseorang mengisytiharkan diri sebagai
Putera Bani Tamim tanpa adanya daulah, siapa yang akan percaya? Malah orang
akan ketawakannya. Pengikut sudah tinggal dua-tiga kerat, sudah mahu mengaku
bahawa dialah Putra Bani Tamim. Sebab itulah perlunya wibawa dan Tuhan hendak
menunggu Putra Bani Tamim mempunyai wibawa. iaitu daulah. Allah menunggu
supaya PBT mendapat daulah sebagai satu wibawa. Bila ada wibawa, mudahlah
orang terima.
Setelah Imam Mahdi mengisytiharkan bahawa yang
mendapat daulah di Timur adalah Putra Bani Tamim, selepas itu PBT pula yang
akan mengisytiharkan Imam Mahdi. Pada masa itu, orang tidak akan ketawa lagi
sebab Asia sudah bersatu dan pengikut sudah ramai. Sudah terbukti PBT dan
jamaahnya yang membawa kasih sayang.
Kemudian, setelah berjuang selama beberapa tahun, di
waktu Subuh di sebuah masjid di Damsyiq, waktu Imam Mahdi sedang hendak
menjadi imam, turun Nabi Isa. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam. Tetapi
Nabi Isa menolak meminta Imam Mahdi meneruskan saja menjadi imam. Waktu itu
Imam Mahdi sudah dikenali orang dan sudah ada wibawa. Kalau dia katakan
bahawa itulah Nabi Isa, tidak mungkin dunia tidak menerimanya.
|
Tetapi pelik kerana umat Islam masih lagi
berfikir bahkan ulama juga berfikir-fikir. Betulkah Imam Mahdi akan datang
tetapi apa hendak disibuk-sibukkan? Lambat lagi. Sesiapa pun yakin. Apabila
dia lahir nanti, ikut sajalah.
Hakikatnya, siapa yang hendak menerimanya?
Katakanlah Nabi Isa lahir di New York, sebab orang Kristian pun menunggu,
jadi dia pun berkata, “Saya adalah Nabi Isa.” Sudah pasti, polis akan datang
dan terus menangkapnya. Siapa yang akan percaya?
Tetapi sekiranya Imam Mahdi yang sudah diterima
dunia mengatakan bahawa inilah sebenarnya Nabi Isa, mudahlah orang
mempercayainya. Tetapi kalau Imam Mahdi datang seorang diri di tengah padang
pasir dan mengatakan bahawa dialah Imam Mahdi, siapa yang mahu percaya?
Begitulah kalau dia bukan orangnya. Sebab itu perlunya seorang yang ditunjuk.
Itu menjadi satu sistem di mana Putra Bani Tamim akan menunjukkan Imam Mahdi
dan Imam Mahdi akan menunjukkan Nabi Isa. Atas kaedah itulah, mereka akan
dilahirkan.
Satu kebangkitan yang akan berlaku bermula dari timur.
Dia berlaku dengan penuh keadaan aman damai, harmoni, kasih sayang. Sebab itu
di Asia tidak berlaku peperangan. Perang hanya berlaku bilamana orang Barat
dan Yahudi mencabar Imam Mahdi. Sehinggalah Palestin dapat ditawan semula.
Begitulah gambaran kasar satu kebangkitan yang sedang berlaku dari sebelah
Timur.
Siapa yang
sungguh-sungguh menyerahkan dirinya 100% untuk perjuangan PBT menyiapkan
tapak itu maka itulah Ikhwan. Paling tidak pun, menjadi Asoib. Itupun sudah
boleh tahan. Asoib berada di atas orang soleh iaitu orang soleh yang istimewa.
Selepas itu baru orang soleh biasa. Kalau tidak dapat menjadi Ikhwan maka
jadilah Asoib. Kalau tidak, jadilah orang soleh biasa. Tetapi orang soleh
yang biasa tidak dapat menjadi tentera Imam Mahdi, mereka hanyalah orang
awam. Sesiapa menjadi pengikut Imam Mahdi, insya-Allah selamat dunia akhirat.
Selamat di akhirat itulah yang paling mahal.
|
Sebagaimana
Rasulullah berkata kepada sahabatnya,
“Sahabat-sahabat aku itu semuanya
diampunkan dosa kerana bersahabat dengan aku.” Begitulah,
kalau dapat menjadi sahabat Imam Mahdi pasti selamat dari neraka, insya-Allah.
Begitulah gambaran sepintas lalu tentang bagaimana kebangkitan Islam bertaraf
dunia ini akan berlaku.
Ciri-Ciri Putra Bani Tamim
Di antara sifat dan watak Putra Bani
Tamim itu seperti yang dinyatakan oleh beberapa buah hadist, cerita para
sahabat, para tabiin, para tabiit tabiin, para ulama adalah seperti berikut.
A. Sifat-sifat Pribadinya
1. Namanya ialah
Syuaib bin Saleh
Sabda
Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang
laki-laki daripada suku Tamim yang datang
dari Timur.”
Ammar bin Yasir
RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah
Syuaib bin Saleh.”
Yaitu bukan
nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu
bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang
yang berakhlak baik. Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya
Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib
bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu? Atau apakah hadist
Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin
Saleh?
Sesungguhnya hadis itu adalah benar,
bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, karena setiap hadis dari Nabi
SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW
adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).
Dari segi bahasa Arab, kalimah
Syu'bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah
Syu'aibun berarti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW
tidak pernah menyatakan bahwa Putra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib
bin Saleh.
Kalimah Bin itu pula berasal dari
Ibnun, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya
pribadi Syuaib itu adalah:
· seorang lelaki
(benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
· Yang memiliki
sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
· Seorang yang
berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa
berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
· Merupakan
lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama
sejati, ulama mujahid dan mujtahid.
Jika
diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan
yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin,
yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja
yang lazim berbuat demikian.
Kalimah Saleh pula bermaksud orang
yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:
- Baik namanya, yaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
- Baik kepribadiannya yaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
- Baik akidahnya yaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
- Baik keturunannya yaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
- Baik agamanya, yaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
- Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
- Baik pemikirannya yaitu seorang yang mempunyai idea yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
- Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu.
Jika
hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin
Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawabannya:
- Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di'apa-apa'kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencoba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
- Supaya umat Islam berusaha mencari identitas sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah pribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
- Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putra Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
- Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putra Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyadari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyadari tentang pribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
- Untuk menipu pihak musuh Islam. Karena tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Karena itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan pribadi berkenaan.
Berdasarkan uraian yang diberi,
jelaslah sebab-sebab sebenarnya Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenarnya
Putra Bani Tamim itu. Diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan
mempersoalkan lagi mengenai nama sebenarnya Syuaib bin Saleh itu.
1. Dia
berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim
Yaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari
keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestina dan
Jordania. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah
merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani
yang kecil dan tidak ramai.
Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim
yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait karena Sayidina Ali adalah salah
seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para
ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.
Bani Tamim itu tidak lagi mendiami
Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini
memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa
dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz. Banyak pula
yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan
Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di
Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.
Ada ulama yang
menyatakan:
- Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
- Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
- Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
- Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
- Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.
Di kalangan bangsa Arab, memang ada
satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari
bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal
dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu
Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara
kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.
Yang pertama disebut kabilah Tamim
dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeda. Kabilah
Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.
Perbedaan pandangan ini tidak menjadi
persoalan yang terlalu besar atau sangat dipentingkan. Yang penting di sini
ialah Putra Bani Tamim itu memang berasal dari keturunan Ahlul Bait juga atau
diakui oleh Rasulullah SAW sebagai ahlul bait.
3. Dia memakai
serban biru.
Ketika itu, hanya dia yang memakai
serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu
dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi
bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika
itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas
kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru
atau hijau.
Pernyataan ini bukan datang dari hadis
Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari ramalan Nostradamus, seorang
peramal bangsa Perancis yang terkenal itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh
dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan untuk dipercayai, apalagi untuk
diyakini, walaupun mungkin benar.
Pernyataan dari Nostradamus tentang
pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Putra Bani Tamim ini berkaitan
dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur. Maknanya, serban warna biru
itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah timur
dan mula-mula mendapat baiah dari sekalian manusia. Mungkin begitulah yang
dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
4. Dia
senantiasa memakai celak mata.
Celak adalah amalan sunat. Setiap
orang Islam baik lelaki atau perempuan disunatkan memakai celak mata. Ada hadis
Nabi SAW yang menyatakan bahwa bercelak itu sunat hukumnya.
Para sahabat dahulu suka bercelak,
karena mengikut amalan Nabi SAW. Para ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang
salihin adalah golongan yang suka memakai celak. Mereka memandang perbuatan
memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar, terutama dalam
mendekatkan diri kepada Khaliq.
Para ulama dan cerdik pandai hari ini
sudah tidak mau memakai celak walaupun tahu hukum memakai celak adalah sunat.
Terdapat hadis dhaif yang menyebutkan bahwa para malaikat juga bercelak.
Wallahu 'alam.
Terdapat juga hadis (walaupun
kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang menyatakan kelebihan bercelak. Di
antaranya ialah dapat mencerahkan pandangan mata, mengelakkan terkena penyakit
mata, menambah seri muka dan banyak lagi.
Para wali Allah memang diketahui umum
oleh umat pada zaman dahulu sebagai golongan yang istiqamah memakai celak.
Beliau memakai celak ketika para ulama
lain sudah tidak mau lagi memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu
hukum memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu lagi cara untuk
mengenakan celak ke mata mereka dan ketika para pemimpin menganggap celak
sebagai suatu yang rendah dan memalukan jika dipakai. Ada juga pemimpin dan
ulama hari ini yang menyatakan celak sebenarnya bukan dari amalan Islam.
Itulah perbedaan antara beliau dengan
para ulama dan umat sezaman.
5. Dia
senantiasa memakai tongkat.
Yaitu sunnah Rasulullah SAW, para
Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar zaman dahulu. Walaupun
badannya masih segar dan dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat, beliau
memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu dijaga. Ketika itu, para
ulama dan orang alim sudah tidak mau menggunakan tongkat sebagai alat untuk
membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh dunia juga sudah tidak ada yang
memakai tongkat.
Pada hari ini, perbuatan memakai
tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang yang lebih tua juga tidak mau memakai
tongkat. Pada anggapan orang banyak, memakai tongkat adalah suatu kekurangan
dan penghinaan, di samping tongkat merupakan sesuatu yang melemahkan jiwa dan
pikiran.
Jika dilihat pada hukum Islam, memakai
tongkat adalah disunatkan kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Orang
yang berusia 40 tahun atau lebih, jika tidak memakai tongkat akan dikatakan
sebagai orang yang sombong kepada Allah. Demikian maksud sebuah hadis qudsi.
Sebab itu, pada zaman Nabi SAW,
sahabat dan setelah itu, mereka memakai tongkat sebagai suatu sunnah yang tidak
dipersoalkan. Setiap orang yang mencapai usia 40 tahun, perkara pertama yang
dilakukannya ialah memakai tongkat.
Perlu pula diketahui, para wali Allah
itu senantiasa memakai tongkat ke mana pun mereka pergi. Tongkat itu
kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai suatu simbolik saja dan tidak
mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka memakainya sebagai suatu sunnah yang
perlu diikuti dengan hati yang ikhlas.
Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW
walaupun kecil, akan diberi pahala oleh Allah. Apalagi jika dibuat dengan hati
yang ikhlas.
6. Dia memakai
jubah dan gamis berwarna hijau dan hitam.
Ketika itu, hanya beliau dan jemaahnya
saja yang memakai jubah. Tidak ada pemimpin organisasi Islam lain yang
menggalakkan anggotanya memakai jubah sebagai suatu sunnah Nabi SAW dan dengan
niat mau membesarkan sunnah Nabi SAW itu. Dan tidak ada jemaah lain yang ikut
memakainya dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW. Jika ada jemaah lain yang
memakai jubah, bukan dengan niat sebagai suatu sunnah, melainkan hanya sebagai
suatu adat saja.
Begitu juga dari segi bentuk, warna
dan gaya. Beliau dan anggota jemaahnya memakai jubah yang dapat dikenali dengan
mudah baik dari segi bentuk, warna dan gaya. Hanya mereka yang mampu mencapai
tahap keseragaman sedemikian tinggi berbanding jemaah atau pertubuhan Islam
yang lain pada masa itu.
Ulama lain ketika itu hanya memakai
jubah untuk dirinya saja dan tidak mampu mendorong anggota jemaah atau
pengikutnya untuk memakai jubah yang sama. Jika ada yang mengikuti ulama
tersebut memakai jubah, jubah pengikut dengan jubah ulama itu tidak sama atau
seragam. Jika ada yang mengikutinya pun, jumlahnya tidak banyak. Pendapat
mengenai Putra Bani Tamim memakai jubah berwarna hijau ini adalah seperti yang
diterangkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya, al-Jami'us Soghir.
7. Dia bermisai
nipis, berjanggut panjang (tetapi tidak tebal) dan berjambang nipis.
Misainya nipis yaitu tidak panjang
sehingga menutup mulut dan tidak tebal sehingga tertonjol keluar. Beliau
senantiasa menjaga agar misainya senantiasa nipis. Bermisai nipis adalah
sebagian dari sunnah Nabi SAW. Dalam Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali
disebutkan, orang-orang warak (suluk) adalah orang yang bermisai nipis.
Maknanya, setiap wali Allah adalah orang yang misainya nipis. Mempunyai misai
nipis adalah tanda orang itu zahid. Pada zaman ini, orang yang bermisai nipis
bukan orang yang zahid melainkan yang benar-benar meniti di atas sunnah Nabi
SAW. Banyak pula yang tidak bermisai langsung atau mempunyai misai yang tebal.
Para ulama yang sezaman dengan Putra
Bani Tamim itu kebanyakan mempunyai misai yang tebal atau tidak bermisai sama
sekali. Jika ada yang bermisai nipis, hanya sedikit sekali. Janggut adalah
sunnah Nabi SAW dan sunnah Nabi dan rasul sejak zaman dahulu kecuali Nabi Adam
AS, karena Nabi Adam AS memang sejak asal kejadiannya tidak mempunyai janggut.
Janggut itu cuma ada pada anak cucunya saja. Hari ini, banyak ulama yang tidak
mempedulikan soal janggut dan memandangnya sebagai hal yang remeh dan tidak
perlu diberi perhatian sama sekali. Bahkan sudah kedengaran suara-suara sumbang
'ulama' yang berkata janggut adalah adat bangsa Arab saja dan bukannya suatu
sunnah Nabi SAW yang mesti dijunjung tinggi.
Mereka ini mengemukakan pendapat
bahwa semua hadis yang berkaitan dengan janggut adalah hadis dhaif yang tidak
dapat dijadikan sumber hukum dalam Islam. Begitulah kata mereka. Dan begitu
pula jauhnya kesesatan mereka dari kepahaman ajaran Islam. Pendapat ini
diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal, al-Jami'us Soghir.
Para ulama kemudian juga ada menyebutkan hal ini sebagai penambahan dari
keterangan oleh Imam as-Sayuti itu.
8. Keturunannya
sudah bercampur dengan bangsa Timur.
Di awal tadi telah disebutkan bahwa
Putra Bani Tamim itu adalah dari Bani Tamim yaitu suatu Bani dari bangsa Arab.
Namun beliau adalah seorang yang keturunan Bani Tamimnya telah bercampur dengan
bangsa setempat, sehingga beliau lebih dikenali dengan bangsa Timurnya dari
pada Bani Tamimnya. Tujuan Allah menetapkan hal ini, sudah pasti hanya Dia yang
Maha Mengetahui. Namun bagi kita, sebabnya di antaranya ialah:
- Untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka tidak menyadari kehadirannya di kalangan mereka hingga beliau telah berjaya menegakkan jemaahnya.
- Supaya beliau tidak menyadari hal itu sehinggalah beliau telah berjaya mendirikan sebuah jemaah dan menegakkan perjuangannya di bumi sebelah Timur.
Sebab itulah dalam hadis Nabi SAW,
disebutkan namanya Syuaib bin Saleh untuk menunjukkan bahwa Putra Bani Tamim
itu sudah jauh Arabnya, sudah nipis kebangsaan Arabnya dan bukan dikenal dengan
bangsa Arab tetapi lebih dikenali dengan bangsa Timurnya. Maknanya jika orang
bertanya kepadanya, "Kamu berasal dari mana?" Akan dijawabnya,
"Dari Timur." Jika ditanya lagi, "Apa bangsa kamu?" Putra
Bani Tamim akan menjawab, "Aku dari bangsa Timur."
Keterangan ini
dijelaskan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir.
9. Gigi
depannya bersulah, yaitu tumbuh secara hampir membujur.
Tidak ada sebuah hadis pun yang
menceritakan tentang hal ini. Tidak pula dari keterangan para tabiin atau
tabiit tabiin. Imam as-Sayuti juga tidak pernah menceritakan sifat ini dalam
kitab-kitabnya. Keterangan ini dijelaskan oleh ulama-ulama dari kalangan Bani
Tamim yang tinggal di Jordania. Pendapat ini juga masyhur di kalangan para
ulama hadis di Jordania. Cuma dinyatakan datang melalui ilham atau rasa hati
yang Allah campakkan langsung ke dalam hati hamba-Nya yang saleh di kalangan
mereka tentang sifat-sifat ini.
Maknanya, berita ini datangnya dari
orang yang bertaraf wali Allah dan dipercayai oleh masyarakat Jordania,
terutama yang berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim. Mereka juga sedang sibuk
mencari orang yang sifatnya demikian, berdasarkan keterangan oleh wali Allah
itu.
10. Dia
bertutur dengan bahasa Ajam.
Sesuai dengan tempat lahirnya, bangsa
Timurnya, keadaan sekelilingnya dan cara hidupnya di Timur, beliau bertutur
dengan pertuturan Ajam dalam urusan hariannya. Namun, beliau masih tetap dapat
bertutur dalam Bahasa Arab dengan baik dan fasih, sesuai dengan pendidikan dan
suasana kekeluargaan yang mendorongnya dapat berbahasa Ajam dan Arab.
Keterangan ini ada disebutkan oleh
Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal al-Jami'us Soghir.
11. Dia
bertubuh serba sederhana.
Tubuhnya tidak terlalu tinggi dan
tidak terlalu rendah, bentuk tubuhnya tidak besar (gemuk) dan tidak kecil
(kurus). Tubuh badannya adalah serba sederhana, sesedap mata memandang. Sifat
demikian adalah ciri-ciri khusus yang hanya terdapat pada beliau seorang saja.
Jika ada orang yang mengaku dirinya Putra Bani Tamim tetapi kelihatan tubuhnya
besar, gemuk, kecil atau kurus, maka ciri-ciri dirinya itu tidak menepati
kehendak dan maksud sebenar Putra Bani Tamim. Ciri-ciri ini dikemukakan oleh
Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir dan juga berdasarkan keterangan
yang turut diberikan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami.
12. Kulitnya
tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Dikatakan kulitnya berwarna kuning.
Maksud kuning di sini hanyalah kiasan saja. Artinya Nabi SAW menjelaskan bahwa
Putra Bani Tamim itu memang bukan berkulit Arab karena orang Arab lazimnya
berkulit merah atau putih kemerah-merahan. Hadis ini juga menjelaskan bahwa
beliau bukan lahir di negara-negara Arab atau tinggal membesar di negara-negara
Arab. Jika Putra Bani Tamim itu berkulit seperti orang Arab, mungkin Nabi SAW
tidak akan menyebutkan warna kulitnya.
Jika disebut, maka akan dinyatakan
bahwa "... kulitnya sama seperti kamu." Yaitu sama seperti
orang-orang Arab. Hadis Nabi SAW itu hanya menjelaskan secara tersirat bahwa
keturunan Putra Bani Tamim itu sudah bercampur dengan bangsa Ajam dan hampir
melekat dengan bangsa Ajamnya itu, yaitu bangsa Timur.
Satu hal lagi, mungkin warna kulit
Putra Bani Tamim itu memang benar-benar kuning untuk menafikan jika ada orang
yang coba-coba mengaku dirinya Putra Bani Tamim tetapi kulitnya kelihatan 'agak
gelap', maka pengakuannya itu secara otomatis akan tertolak. Hadis ini hanya
untuk menyulitkan bagi yang mencoba menipu orang Islam awam dengan pengakuan
bahwa dirinyalah Putra Bani Tamim yang dinanti-nantikan itu.
13. Apabila dia
zahir di sebelah Timur, wajib setiap mukmin di seluruh dunia menerimanya.
Yaitu menerimanya sebagai pemimpin
mereka dengan cara:
- Membaiatnya ketika mengetahui bahwa beliau telah benar-benar muncul di Timur untuk memimpin umat Islam.
- Wajib pula membantunya menegakkan hukum Islam dengan cara mentaati segala suruhannya, meninggalkan segala larangannya, mentaati kepemimpinannya secara lahir dan batin, dan juga menolongnya mengalahkan musuh-musuh yang lahir dan yang batin.
- Mendoakan kemenangannya dalam setiap urusan di dunia ini.
- Mengikuti dan mengamalkan tarekat yang dibawa dan dikembangkan oleh beliau, walaupun tarekat itu bukan tarekat beliau (sebagai pengasasnya) karena beliau hanyalah pemimpin nomor dua, bukan pemimpin nomor satu. Oleh karena itu, beliau tidak akan mengasaskan tarekat apapun, cuma mengembangkannya saja.
Keterangan ini
adalah uraian dari hadis-hadis Nabi SAW.
Disebutkan lagi
oleh hadis-hadis berkaitan bahwa apabila zahir beliau sebagai ketua umat Islam,
wajib setiap umat Islam mendatanginya dan berbaiat dengannya walaupun terpaksa
merangkak di atas salju untuk mendapatkan dan menemuinya.
14. Dia
merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Ini suatu yang tidak lazim bagi
kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk para ulamanya. Maksudnya
ialah hari Kamis malam Jum'at. Lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin
setelah sembahyang Maghrib di masjid, di surau dan di rumah. Beliau
menjadikannya istimewa karena pada malam Jum'at itulah beliau akan memperbanyak
zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin
maksudnya beliau menjadikan malam Jum'at itu sebagai masa untuk membaca selawat
dan mengamalkan tarekat yang diterima dari gurunya sehingga malam Jumaat itu
menjadi sangat istimewa bagi dirinya.
Dan memang begitulah keadaannya bagi
para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat, hingga zaman salafussoleh
dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Kamis malam Jum'at sebagai
suatu hari raya, malam berpesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti
itu hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang saleh saja.
Mereka menyambutnya dengan penuh
kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadah
kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat
yang terkenal, Nostradamus, dengan pernyataan bahwa beliau menjadikan hari
Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Selain itu juga umat Islam sudah
semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Kamis malam
Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeda sama sekali daripada
hari-hari dan malam-malam lainnya.
15.
Kepribadiannya ternyata jauh lebih menonjol daripada tokoh-tokoh ulama yang
hidup sezaman dengannya.
Cara-cara kepemimpinannya lebih ke
depan berbanding corak pemerintahan pemimpin-pemimpin dunia yang ada ketika
itu. Ketika itu, para pemimpinnya sudah:
· Kehilangan idea
untuk memimpin negara dan umatnya.
· Tidak layak
lagi menjadi pemimpin.
· Tidak dihormati
setelah akhir pemerintahannya.
· Tidak disegani dan ditaati ketika menjadi
pemimpin.
· Melakukan berbagai penyelewengan sebelum,
ketika dan setelah menjadi pemimpin.
· Tidak menjaga harga dirinya (dan keluarga)
sebagai pemimpin.
· Tidak kelihatan
seperti seorang pemimpin.
Semua keadaan
ini sangat berbeda dengan Putra Bani Tamim ini yang memang benar-benar
mempunyai sifat-sifat sebagai seorang pemimpin sejati dan dihormati sepanjang
waktu oleh para pengikutnya. Bahkan jika dibandingkan dengan para ulama yang
sezaman ketika itu, beliau lebih menonjol daripada mereka dalam segala segi.
Beliau dapat bercerita dan berbicara dalam berbagai hal dan mampu menyentuh
soal-soal dasar dalam hal tersebut.
Dari segi pengaruh, beliau dilihat
jauh lebih berpengaruh di kalangan berbagai golongan daripada pengaruh para
ulama ketika itu. Hal itu akan menyebabkan beliau didengki, dihasad dan
akhirnya ditentang dengan berbagai tantangan supaya pengaruh beliau dapat
berkurang dari mata masyarakat umum, terutama umat Islam.
16. Beliau
mampu menyelesaikan segala kekusutan dan masalah besar yang sedang sangat parah
melanda dunia ketika itu.
Masalah-masalah demikian sudah tidak
mampu lagi diselesaikan oleh pemimpin, ulama besar, cendekiawan dan sarjana
besar mana pun ketika itu. Beliaulah yang disebut sebagai Satria Pamungkas
dalam bahasa Jawa oleh Joyoboyo dan juga oleh Wali Songo. Satria berarti
Pahlawan, Panglima, Pendekar atau Hero dalam bahasa Melayunya. Pamungkas
berarti Penyelesai Segala Masalah, Pembongkar, dan lain-lain. Maksudnya, beliau
adalah orang yang lahir untuk membantu menyelesaikan segala masalah orang lain,
terutama di Timur dan juga di seluruh dunia.
Keterangan Joyoboyo ini walaupun
dibuat sejak zaman dahulu, dapat dijadikan panduan karena ramalan tokoh yang
telah berpindah agama dari Hindu kepada Islam ini turut didukung oleh Wali
Songo dalam kitab yang dikarang oleh mereka. Bahkan ada yang mengatakan bahwa
ramalan Joyoboyo merupakan ilham atau berita ghaib yang diterima oleh 2 wali
besar Allah yang telah mengislamkan Joyoboyo yaitu Syeikh Subakir dan Syeikh Ali
Syamsudin.
Walaupun gaya cerita mereka jauh
berbeda, isi atau perkara yang diceritakan adalah mengenai orang yang sama,
dengan bentuk urutan dan perlakuan yang hampir sama. Jika dicantumkan kedua
ramalan dari Jawa itu, kedua-duanya menjadi saling melengkapi dan membantu
menjelaskan 'tajuk' yang sama.
17. Dia
merupakan mujaddid yang disimpan oleh Allah untuk zamannya, merupakan mujaddid
bersama dengan Imam Mahdi.
Wali Songo dan Joyoboyo juga menyebut
beliau sebagai Satria Piningit yaitu Pahlawan Yang Disimpan jati dirinya oleh
Allah. Keterangan yang diberikan oleh
mereka ini tidak pernah disentuh oleh ulama Islam mana pun dari tanah
Arab sebelum ini. Hanya melalui keterangan mereka inilah, kita dapat mengetahui
bahwa Putra Bani Tamim itu sebenarnya adalah mujaddid yang disimpan jati
dirinya oleh Allah taala. Dalam hadis tidak pernah menyebutkan demikian.
Tujuan disimpan jati dirinya oleh
Allah ialah untuk mengelirukan pihak yang anti-Islam dan anti terhadap mujaddid
tersebut. Bila disimpan jati dirinya, Putra Bani Tamim dapat membesar dengan
selamat dan perjuangannya dapat dijalankan tanpa gangguan. Jika jati dirinya
diketahui umum, sudah pasti beliau akan ditahan, diuzlah, dibuang ke luar
negeri atau mungkin juga dibunuh oleh pihak pemerintah yang mengetahui
kedudukannya sebagai pemerintah akan digugat oleh Putra Bani Tamim itu.
Sebab itulah Putra Bani Tamim itu
dikatakan oleh Wali Songo sebagai Satria Piningit, kerana kepribadiannya
disimpan oleh Allah dari diketahui oleh orang banyak sejak kecil hingga beliau
besar dan mulai berjuang. Beliau juga disimpan jati dirinya dengan cara tidak
belajar mengikuti kaedah pengajian sezaman dengannya seperti juga halnya
Rasulullah SAW yang diutus dalam keadaan ummi (tidak tahu tulis baca) sedangkan
masyarakat ketika itu memang bijak pandai dan berpelajaran tinggi.
Beliau juga dikatakan sebagai mujaddid
bersama untuk zamannya, yaitu bersama dengan Imam Mahdi. Maka keduanya akan
menjadi mujaddid secara serentak untuk memperbaiki keadaan umat ketika itu.
Alasan yang
dapat diterima untuk mengesahkan hal ini ialah:
- Dunia ketika itu sudah terlalu rusak, sehingga manusia sudah tidak dapat membedakan antara yang halal dengan yang haram. Maka diperlukan dua orang mujaddid untuk memperbaikinya semula, sama seperti dunia pada zaman Rasullullah SAW dahulu. Setiap yang batil dan bidaah akan hancur sirna dan yang hak akan tegak mengukuh.
- Akhlak manusia ketika itu sudah terlalu rendah dan runtuh seruntuh-runtuhnya. Maka perlu ada dua orang mujaddid untuk membersihkan akhlak manusia sebersih-bersihnya. Sehingga akhirnya jadilah akhlak manusia sama seperti akhlak pada zaman Rasul SAW dahulu.
- Abad ke-14 Hijrah menyaksikan tidak munculnya seorang pun mujaddid yang diutus oleh Allah. Abad ke-15 Hijrah ini juga, belum dimunculkan oleh Allah mujaddid berkenaan. Hal ini menguatkan lagi dugaan bahwa mujaddid itu disimpan untuk dizahirkan kemudian, keluar serentak dengan Imam Mahdi al-Muntazar.
- Akidah umat Islam sudah sangat rusak dan tidak menentu hingga banyak yang sudah tidak pasti akidah mana yang patut diikuti. Ahlus Sunnah atau Syiah? Yang mengaku Ahlus Sunnah juga ada dua puak, satu Kaum Tua dan satu lagi Wahabi. Masing-masing mengaku merekalah yang lebih betul dari yang lain. Dalam kalangan Kaum Tua, tiap-tiap mazhab yang empat itu, pengikutnya taklid membabi buta kepada mazhabnya saja sehingga sanggup menidakkan mazhab yang lain. Syiah saja terdiri dari beberapa mazhab kecil yang antara satu sama lain tidak dapat disatukan lagi. Padahal semuanya Syiah belaka. Maka perlu dua orang mujaddid untuk membetulkan segala kekeliruan akidah dan menunjukkan kepada sekalian manusia akidah yang betul dan benar.
18. Sifat-sifat dirinya sangat diketahui oleh
pihak musuh.
Nama sebenarnya, tempat lahirnya,
suasana ketika lahirnya, tanda-tanda lahir toifahnya, nama toifahnya dan sifat-sifat
toifahnya sangat dikenali oleh orang-orang alim Yahudi dan Nasrani ketika itu.
Bagaimana mereka mengetahuinya sedangkan umat Islam ketika itu tidak
tahu-menahu mengenai perkara itu? Malah sebagian besar umat Islam sudah tidak
percaya lagi kepada hadis-hadis dhaif mengenai Putra Bani Tamim itu. Di sinilah
letak sebenarnya kelemahan dan kelalaian umat Islam. Mereka telah berjaya
ditipu oleh para orientalis yang menusukkan jarum halus ke dalam pemikiran
seluruh umat Islam agar tidak mempercayai perkara 'karut' seperti Putra Bani
Tamim itu dan mengenai Imam Mahdi. Mereka menjadi sangat lalai dengan urusan
dalam negeri masing-masing hingga tidak sempat lagi memikirkan soal-soal yang
lebih besar, umpamanya masa dan tempat kemunculan Putra Bani Tamim.
Jika ada individu manapun yang
dikatakan menepati ciri-ciri sebagai Putra Bani Tamim, orang itu akan dianggap
musuh nomor wahid dan sangat perlu dihapuskan. Sepatutnya mereka meluangkan
sedikit waktu untuk mengkaji kebenaran 'hadis yang dikatakan dhaif' itu. Jika
ternyata benar maka sepatutnya mendukung orang itu, dan bukan memusuhinya.
Akhirnya, keadaan sudah jadi terbalik. Ketika umat Islam di seluruh dunia sudah
tidak percaya lagi kepada hadis-hadis dan keterangan para tabiin mengenai diri
Putra Bani Tamim, para alim dan pendeta Yahudi dan Nasrani malah sebaliknya.
Mereka sangat percaya setiap hadis yang berkaitan, walaupun taraf hadis itu
sangat lemah.
Mereka tidak habis-habis mengkaji dan
meneliti kebenaran setiap hadis yang berhubungan, malah sanggup mengeluarkan
belanja yang besar, semata-mata untuk memastikan isi hadis itu apakah sudah
berlaku atau belum. Bagi pendeta Yahudi ini, tidak ada 'hadis dhaif' mengenai
Putra Bani Tamim karena mereka sangat alim mengenai kepribadian kedua tokoh
utama umat Islam akhir zaman itu. Bukan sekedar sangat alim, malah mereka juga
sangat mempercayai semua keterangannya, melebihi keyakinan umat Islam terhadap
kesahihan hadis-hadis tersebut.
B. Ciri-ciri Khusus
1. Dia digelar
al-Mansur, karena senantiasa dibantu oleh Allah dengan bantuan-Nya, yang juga
merupakan karamah beliau.
Gelar al-Mansur itu bukan suatu yang
lazim bagi semua umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Oleh karena itu,
hanya beliau saja yang mendapat gelar yang sangat tinggi itu. Gelar ini akan
diperolehnya ketika beliau membawa angkatan tentaranya menuju ke Khurasan,
katika beliau menemui al-Haris Harras di negeri Ma Wara an-Nahar (hari ini
disebut wilayah Khurasan). Ketika itulah beliau akan memakai gelar ini.
Gelar al-Mansur adalah gelar yang
diberikan oleh Nabi SAW melalui beberapa buah hadisnya ketika menceritakan
mengenai Putra Bani Tamim ini dan juga kemunculan Imam Mahdi. Karena gelar ini
sangat mulia, Nabi SAW seterusnya menyebutkan ketika itu wajib bagi setiap umat
Islam (yang masih belum berkesempatan membaiatnya sebagai khalifah mereka)
untuk membaiatnya walaupun terpaksa merangkak di atas salju untuk mendatanginya
(maksudnya terpaksa melalui/menempuh berbagai kesukaran untuk menjumpainya).
2. Ketika
zahirnya, dia termasuk orang yang sukar berbicara.
Dikatakan pula oleh ulama dan ahli
firasat, bahwa ketika awal zahirnya ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau
termasuk orang yang sukar berbicara. Sifat ini bukan suatu yang asal, yakni
bukan sejak lahirnya tetapi setelah besarnya. Namun, tidak pula dinyatakan
dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar berbicara itu. Berdasarkan satu
keterangan, beliau akan dapat berbicara seperti sediakala setelah bertemu
pertama kali dan berbaiat dengan Imam Mahdi di Baitullahil Haram.
Hikmah perkara ini dilakukan adalah
untuk menyukarkan siapa saja yang mencoba mengaku dirinya sebagai Putra Bani
Tamim. Jika syarat itu tidak ada pada dirinya (yakni dapat berbicara seperti
biasa), maka dia bukanlah Putra Bani Tamim yang dinanti-nantikan, sebaliknya
adalah penipu yang tidak perlu dipedulikan.
3.
Kemunculannya adalah di sebuah negara yang menjadi pertemuan antara tiga buah
laut.
Tempat kemunculannya yang seperti
dinyatakan ini pertama kali disebutkan oleh Nostradamus, peramal yang terkenal
itu. Sekedar yang diketahui, tidak ada sebuahpun hadis Nabi SAW atau sahabat
yang menyebutkan demikian. Juga tidak ditemui di dalam pendapat tabiin dan para
ulama muktabar mengenainya.
Sungguhpun begitu, para orientalis
Yahudi dan Nasrani kelihatan sangat percaya akan hal ini. Setelah menghubungkan
keterangan Nabi SAW dengan ramalan Nostradamus itu, mereka mencari negeri yang
memiliki sifat demikian di negeri-negeri berkaitan. Mereka menjalankan
'kerja-kerja kotor' yaitu mencoba memadamkan kalimah Ilahi dengan berbagai
cara.
Dengan berbuat demikian, mereka
berharap dapat menghalangi kebangkitan Islam untuk yang kedua kali dari kawasan
yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak
dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah akan
bangkitnya Pembantu Kanan Imam Mahdi itu.
Selain itu, mereka turut membina
pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini yaitu di Filipina dan Singapura. Filipina
adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani sedangkan Singapura adalah pusat operasi
bagi Zionis Yahudi. Dari kedua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia
Tenggara ini, terutama Indonesia karena mereka percaya Putra Bani Tamim itu
berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para
pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Putra Bani Tamim dan Imam Mahdi
itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, karena sebab-sebab permusuhan
yang sangat kuat, setiap gerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan,
hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketentaraan dan sebagainya sehingga
tidak kelihatan niat mereka sebenarnya ke atas umat Islam di kawasan ini. Di
samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat mereka sehingga tidak
pernah diketahui oleh umat Islam manapun di kawasan ini sejak dahulu hingga ke
hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pembentangan oleh
para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan
mereka sendiri saja. Begitu bijaksananya mereka beroperasi.
4. Dia dan toifahnya sangat mencintai Rasulullah
SAW, para sahabat dan Ahlul Bait serta sangat membela mereka.
Beliau dan anggota-anggota toifahnya
adalah orang yang sangat mencintai Allah taala, Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan
para sahabat Radhiyallahu anhum. Ketika para sahabat dimaki dan dinista oleh
golongan Syiah dan pro-Syiah, mereka mempertahankannya habis-habisan.
Ketika Ahlul Bait menerima cobaan
dengan cara dihalau dari tanah air mereka, diburu, dicaci, ditangkap lalu
disiksa, bahkan banyak yang dibunuh oleh golongan Wahabi yang berkuasa di
Hijaz. Golongan ini secara terbuka membantu dan mendoakan keselamatan untuk
Ahlul Bait ini. Mereka selalu mendoakan kesejahteraan ke atas golongan ini dan
membela seperti mereka membela anggota keluarganya yang ditimpa kesusahan,
bagaikan mereka adik-beradik yang seibu sebapak dengan Ahlul Bait dan sahabat
Nabi SAW itu.
Selain itu mereka juga selalu
menyebut-nyebut jasa dan peninggalan para sahabat dan Ahlul Bait itu di hadapan
orang banyak. Mereka tidak segan-segan menyatakan terima kasih atas segala
susah payah para sahabat dan Ahlul Bait dahulu menyebarkan Islam, hingga mereka
pada hari ini turut menerima nikmat Islam. Jika tidak dengan jasa dan usaha
gigih mereka itu, entah bagaimana keadaan umat di Timur pada hari ini.
5. Karamah terbesarnya ialah dapat menyadarkan
kembali masyarakat dari kecintaan hidup di dunia, lalu sama-sama kembali kepada
ajaran Islam. Beliau
mempunyai satu keramat yang paling besar, yang tidak diberikan kepada wali manapun sejak zaman setelah sahabat
hingga ke hari ini. Keramat itu ialah mampu menyadarkan semula masyarakat Islam
dari kelalaian kepada ingat akhirat, dari kejahilan kepada pengetahuan yang
tinggi dan mantap, dari kurang beriman kepada iman yang mantap. Keramat beliau
ini tidak dapat dilihat oleh orang manapun tetapi kesannya dapat dirasakan oleh
semua orang Islam pada waktu itu. Kesannya dapat turut dirasakan oleh orang-orang bukan Islam yang berada di
bawah pemerintahannya.
6. Dia dan
anggota toifahnya sangat rajin bekerja, berjihad dan beribadah.
Mereka berjihad dan bekerja pada waktu
siang seperti singa sedangkan pada waktu malamnya, mereka beribadah seperti
seorang rahib. Keterangan ini adalah uraian dari kitab al-Jami'us Soghir oleh
Imam as-Sayuti. Ketika menguraikan keterangan ini, beliau tidak menjelaskan
lebih lanjut mengenainya. Dipercayai bahwa kata-kata ini diambil dan dipetik
dari kata-kata hikmat ulama dahulu.
Di samping itu, mereka ini memang
bersifat sebagai seorang pejuang. Seorang pejuang Islam sejati mestilah
bersikap seperti itu. Mereka keluar berjihad sepenuh tenaga pada waktu siang
dan pada malamnya pula, mereka beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah.
Karena sifat mereka yang demikian
hebat itu, maka layaklah mereka ini digelar sebagai singa dan rahib sekaligus.
7. Dia dan
toifahnya adalah seperti kepingan-kepingan besi
Yaitu sangat berani, sabar, tahan uji,
kuat dan pemikiran mereka seperti diikat menjadi satu. Segala kepahaman mereka
mengenai Islam adalah sama dan cara beramal mereka juga sama, tidak berbeda.
Kepingan besi yang telah dipanaskan akan sama saja bentuknya, walau dilihat
dari sudut manapun.
Besi dalam hadis ini juga bermaksud
sangat tahan menerima cobaan sebagaimana tahannya besi menanggung berat beban
di atasnya. Begitu jugalah halnya dengan hati mereka yang tahan menerima cobaan
dari Allah. Besi dalam hadis ini juga bermaksud hanya orang yang benar-benar
bersih hatinya saja yang akan mampu bertahan mengikuti liku-liku perjuangannya
yang berat itu. Sedangkan 'besi' (hati) yang tidak tahan ujian adalah laksana
bagian besi yang berkarat. Apabila dipanaskan, bagian yang berkarat itu akan
tersingkir, baik secara suka rela atau terpaksa. Hanya hati yang benar-benar
ikhlas akan berjaya menghadapi ujian Allah dan membentuk pasukan yang kuat
untuk Putra Bani Tamim. Itu adalah salah satu syarat yang perlu dipenuhi untuk
menjadi pasukan kanan Putra Bani Tamim, yang jelas sangat kecil jumlahnya itu.
8. Dia dan
anggota toifahnya selalu berjalan secara berkelompok
Mereka lazimnya berjalan dalam satu
kumpulan. Jarang dijumpai anggotanya berjalan secara sendirian. Ini adalah
ciri-ciri khusus yang disebutkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us
Soghir. Hasilnya, setiap orang yang memandang mereka, akan merasa gentar
terhadap mereka. Hal ini ada kaitannya dengan pernyataan sebelum ini bahwa
mereka adalah ibarat singa di rimba pada waktu siang. Singa lazimnya ditakuti
oleh manusia dan hewan-hewan lain.
Karena itu, tidak heran jika dikatakan
mereka ditakuti dan disegani oleh kawan dan lawan, baik melalui pengakuan atau
perasaan. Satu hal yang perlu diingat, mereka bukan dari jenis manusia yang
ganas, sebaliknya mereka membawa keamanan dan kasih sayang walau kemana pun
mereka pergi.
9. Dia
senantiasa memakai sutrah/kain ridak di atas bahunya.
Ada kalanya sutrah/kain ridak itu
diletak di atas serbannya. Sifat seperti itu adalah sifat 'wajib' bagi seorang
wali Allah (sekiranya mau berjalan jauh keluar dari rumah), yang sudah mencapai
makam yang tinggi pada sisi Allah dan rasul-Nya.
Pernyataan ini diberikan oleh para
ulama dalam kitab-kitab kecil mereka mengenai para wali Allah. Karena beliau
merupakan wali yang besar, maka pemakaian sutrah di atas bahu atau di atas
kepala adalah adalah sebagai lambang kemuliaan dan ketinggian derajatnya. Namun
hal ini sudah tidak diketahui dan disadari oleh umat Islam waktu itu karena
mereka sudah terlalu jauh dari zaman Rasulullah SAW dan sahabat baginda, menyebabkan
beberapa maklumat berharga 'hilang' dari peta minda umat Islam.
Perbuatan ini juga adalah sebagai
usaha beliau menghidupkan kembali sunnah Nabi SAW yang sudah hampir tidak
diamalkan lagi atau merupakan amalan yang hampir pupus. Sayang seribu kali
sayang, manusia hari ini lebih prihatin terhadap kepunahan spesies harimau
belang daripada kepunahan sunnah Nabi SAW di kalangan ummah.
Sunnah ini sungguhpun kecil, tetap
menunjukkan betapa tinggi nilai kasih sayang seseorang kepada setiap sunnah
Nabi SAW dan mencoba sedaya upaya untuk mengikuti sunnah tersebut.
10. Dia dan
toifahnya sangat berjaya dalam segala urusan hidup.
Yaitu benar-benar mengamalkan ajaran
Islam dalam hidup mereka sehari-hari.
Maksud
sangat berjaya di sini ialah:
- Berjaya menjalankan cara dan sistem hidup Islam di tengah-tengah kancah jahiliyah yang sedang hebat melanda seluruh dunia.
- Berjaya menegakkan sunnah Nabi SAW ketika ulama lain atau toifah lain masih mencari arah tujuan sebenarnya, pemikiran dan toifah mereka dan mampu berhadapan dengan arus jahiliyah.
- Berjaya menegakkan bentuk hukum Islam ketika hukum Islam tidak dipraktekkan lagi oleh masyarakat. Mereka melaksanakan hukum Islam di dalam hati masing-masing. Hukum Islam yang dijalankan di hati itulah yang sebenarnya dilihat dan dinilai oleh Allah, bukan pada hukum zahir (ketika zaman ini saja). Dengan hukum Islam di hati itu, umat Islam tidak akan melakukan dosa apapun, baik secara terang atau secara sembunyi-sembunyi.
- Berjaya menegakkan negara Islam model, sebelum negara Islam sebenarnya dapat ditegakkan. Maksudnya ialah berjaya menegakkan negara kecil di dalam negara besar. Dalam negara kecil itu dapat dilihat dengan jelas secara praktek bentuk sebenarnya sebuah negara Islam setelah mendapat daulah nanti.
- Setiap usaha mereka dalam segala aspek kehidupan senantiasa dibantu oleh Allah sehingga bentuk usaha mereka tidak mampu ditiru oleh toifah atau jemaah lain.
Kemampuan dan kejayaan mereka
menegakkan Islam di dalam diri, masyarakat dan keseluruhan sistem hidup sangat
mengagumkan setiap orang, baik kawan ataupun lawan. Karena itu tidak heran jika
mereka akan didengki, dihasad dan dicoba dijatuhkan karena setiap usaha mereka
dianggap mampu merobohkan pengaruh yang telah ada di kalangan orang-orang yang
mau mencari pengaruh.
11. Dia dan
toifahnya memakai serban hijau.
Ketika itu sudah tidak ada lagi
orang/toifah lain yang memakainya. Masing-masing sudah lupa memakai serban
hijau, sedangkan serban itu sunnah Nabi SAW karena para nabi dan rasul itu
semuanya memakai serban. Malah ketika itu, sudah banyak pula 'ulama' yang
dengan begitu berani mencoba mempertikaikan sunnah memakai serban dan
melecehkannya. Kata mereka diantaranya serban itu adat bangsa Arab dan Nabi SAW
memakai serban sebagai suatu adat dari bangsa Arab. Alasan lain yang mereka
berikan ialah tidak ada hadis sahih yang menyebutkan secara khusus mengenai
pemakaian serban. Yang ada hanyalah hadis dhaif belaka. Begitulah hujah mereka.
Bagi kita, jika seseorang itu sudah
kasih dan sayang kepada Nabi SAW, ia tidak akan mempermasalahkan baik hadis itu
sahih atau tidak untuk bermala. Tetapi mengikuti kepada rasa hati (berbuat atau
tidak berdasarkan kasih kepada Nabi SAW atau tidak) dan akhirnya terus
mengamalkannya. Hanya orang-orang munafik dan yang lemah iman saja yang akan
banyak bertanya sebelum melakukan sesuatu perkara yang disuruh oleh agama, dan
banyak juga alasan yang sengaja dicari-cari untuk tidak mau melakukannya.
12. Kaum
wanitanya memakai jubah tebal berwarna gelap atau hampir gelap.
Warna hitam atau hampir gelap (kelabu,
kehitam-hitaman, coklat, biru tua dsb.) adalah hampir sinonim dengan pakaian
wanita Islam sejak zaman Nabi SAW hingga berakhirnya sistem khalifah di Turki
pada tahun 1922 dahulu. Sejak tamatnya sistem khalifah, kaum Muslimah sudah
mulai dihadapkan dengan sistem hidup cara Barat dan diberi kebebasan untuk
berpakaian secara Barat. Kesannya, umat Islam terutama kaum Muslimah sudah
mulai lupa bentuk sebenarnya pakaian mereka yang dituntut oleh Islam.
Memang Islam tidak melarang umatnya
mengikuti mode, tetapi mode itu hendaklah sesuai dengan syariat dan tidak
melebihi apa yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Pakailah
pakaian apapun, bentuk, mode dan warna apapun tetapi jangan melebihi batas dan
syarat yang ditetapkan oleh syariat yang mulia.
Hal itu berbeda dengan Putra Bani
Tamim. Beliau gigih menggalakkan anggota-anggota toifahnya untuk mengikuti
sunnah Nabi SAW yang telah ditinggalkan sejak hampir seratus tahun dahulu.
Mereka gigih memperjuangkannya dan sanggup menentang arus jahiliyah yang sedang
hebat melanda umat.
13. Dia dan
toifahnya diterima juga di bumi Khurasan.
Yaitu menjadikan beliau sebagai
pemimpin mereka, dalam satu jemaah/toifah. Ini sangat aneh, karena orang-orang
di Khurasan sejak zaman purba tidak pernah mau mengakui siapapun orang luar
sebagai pemimpin mereka. Mereka cuma akan tunduk kepada suatu kaum yang
menundukkan mereka secara paksa yaitu melalui ketentaraan. Ini sangat berbeda
dengan Putra Bani Tamim yang datang secara aman tetapi langsung diterima oleh
penduduk Khurasan sebagai ketua dan pemimpin mereka. Penduduk Khurasan itu
menjadi anggota-anggota toifahnya yang juga terdapat dan berpusat di Timur.
Mereka menerimanya secara aman, tanpa
paksaan dan gigih pula memperjuangkan kepemimpinan beliau terhadap mereka. Ini
sebenarnya merupakan suatu khawariqul adah yang cukup besar yang berlaku di
Khurasan ketika itu. Hanya umat Islam yang prihatin dan telah menerima hidayah
saja yang akan tahu dan mengakui hal ini.
14. Dia zahir,
berjuang dan membangun kekuatannya di sebelah Timur.
Ketika beliau mula-mula dizahirkan
sebagai Putra Bani Tamim, beliau akan dizahirkan di sebelah Timur, yaitu di
salah sebuah negara di sebelah Timur ini. Dikatakan juga oleh ahli-ahli sufi,
beliau akan zahir pada tahun ganjil menurut perhitungan Hijriah. Misalnya,
dikatakan zahirnya pada awal tahun 1421 Hijrah atau dekat dengan tarikh
tersebut. Pada peringkat awalnya akan berjuang di Timur. Beliau juga akan
memulai perjuangannya di sebelah Timur itu. Beliau juga akan membangun
kekuatannya di Timur. Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah tentara Mahdi
yang sebanyak 500 orang itu. Mereka itu dilatih dengan latihan sufi yang ketat,
terutama latihan-latihan berbentuk kerohanian, bukan dengan latihan ketentaraan
seperti yang ada pada hari ini di camp-camp tentara. Mereka juga tidak
menggunakan senjata lahiriah apapun atau memakai pakaian seragam. Sukar untuk
membedakan antara seorang dengan yang lainnya.
Kekuatannya tidak dibangun pada
peringkat awal perjuangannya tetapi dibangunn setelah melalui tiga fase seperti
yang akan disebutkan. Mereka dipilih dan dibangun oleh Putra Bani Tamim secara
khusus. Setelah lulus melalui tapisan-tapisan yang ketat dan nampak ganjil pada
mata orang banyak (jika mereka dapat melihatnya).
15. Dia
senantiasa bersemangat juang walaupun ujian yang diterimanya terlampau berat.
Dan mereka benar-benar berjuang pada
jalan Allah. Latihan berat di sini ialah dalam bentuk latihan rohani dan
tarekat. Terdapat juga latihan berbentuk lahir tetapi mereka akan senantiasa
menganggapnya sebagai hal yang remeh dan ringan saja, berbanding latihan batin
yang sedang mereka hadapi. Mereka akan dididik menjadi sangat tabah, sabar,
istiqamah dan ikhlas. Mereka juga sangat rajin bekerja, sangat kuat beribadah
dan sangat menjaga syariat lahir dan batin.
16. Dia dan
toifahnya mengamalkan tarekat dan jalan sufi.
Mereka sangat gigih dalam beramal,
bersuluk dan bermujahadah, berani menghadapi ujian batin yang hebat dan gagah
pula menghadapinya hingga akhirnya mampu menghancurkan gunung tujuh yang
menghalangi jalan ibadah mereka. Gunung tujuh itu diuraikan secara panjang
lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin.
17. Dia
merupakan peletak dasar pertama pengembalian kekuasaan kepada Islam dan sistem
khalifah.
Sistem khalifah sudah tiada lagi di
dunia Islam ketika itu. Maka beliau adalah orang yang akan mengembalikan sistem
khalifah itu kepada umat Islam sehingga semua orang Islam di dunia akan tunduk
di bawah sistem khalifah itu. Beliau akan memulai kembali sistem khalifah di
Timur, yaitu di negara tempat beliau mula-mula dizahirkan. Seterusnya sistem
khalifah itu akan menggemparkan seluruh dunia karena umat manusia yang sezaman
sudah tidak biasa dengan sistem yang dibawa dan menganggapnya ganjil.
Setelah sistem khalifah itu berjaya
didirikannya, banyak negara lain yang sudi tunduk secara aman kepada
pemerintahan beliau. Malah mereka akan menyerahkan negara masing-masing untuk
ditadbir sepenuhnya oleh Putra Bani Tamim
berdasarkan sistem khalifah itu.
masya allah setelah kita baca artikel ini dan dicermati dengan mendalam memang kita sekarang sudah berada di zaman yang disebutkan oleh nabi SAW itu, saya mengaharapkan dan berdoa semoga allah cepat buktikan sehingga tercapailah di negara kita negeri yang baldatun thaibataun warabbaun ghafur apalagi dengan melihat keadaan umat manusia di dunia sekarang ini
ReplyDelete