PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Friday, August 30, 2013

Gendang Perang al-Malhamah al-Kubra Bermula

Apakah serangan yang akan di lancarkan oleh US bila-bila masa saja lagi merupakan petanda peperangan besar akhir zaman seperti yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dengan beberapa tanda. Terjadinya pertempuran dahsyat antara kaum muslimin melawan nasrani, dan akan terjadi sebelum munculnya imam Mahdi. Nabi s.a.w menamakannya al-malhamah al-kubra, yang padanya kaum muslimin akan menang, kemudian setelah itu mereka akan menuju Kostantinopel untuk merebutnya, kemudian setelah itu barulah muncul dajjal.
Dari Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan kehancuran bagi Yatsrib, kehancuran Yatsrib akan menyebabkan al-malhamah, dan al-malhamah merupakan pembebasan bagi Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda munculnya dajjal". (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi. Al-Albani menghasankan hadits ini dalam shahih Abu Dawud. Dalam sanad ini, hanya Abdurrahman ibn Tsabit, dari ayahnya, dari Makhul yang meriwayatkannya)
Dalam hadis tersebut antara tanda-tanda bermulanya peperangan al-malhamah al-kubra ialah berlakunya pembangunan di Baitul Maqdis dan kehancuran Yatsrib. Baitul Maqdis dimana terletaknya Masjid al-Aqsa sekarang ini berada di bawah pemerintahan Israel dan dikenali sebagai Jurusalem. Jurusalem sekarang ini merupakan ibu negara haram Israel dan sedang dibangunkan dengan pesat.

Pembangunan sekitar Baitul Maqdis (Jurusalem Tourism Developments)

Pada masa sebelum Islam berkembang, kota Madinah bernama Yatsrib, dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Mekkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebagai pusat perkembangan Islam sampai beliau wafat dan dimakamkan di sana. Selanjutnya kota ini menjadi pusat kekhalifahan sebagai penerus Nabi Muhammad. Kenapakah berlaku kehancuran di Madinah? Apakah kerana peperangan? Tetapi mengikut riwayat yang lain Madinah ketika itu berada dalam keadaan yang baik.
Dari Abu Hurairah r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka akan meninggalkan Madinah, padahal dipenuhi oleh kebaikan, ia tidak akan dikunjungi kecuali oleh binatang buas”. (HR. Bukhari dan Muslim)
Kerja-kerja perobohan bangunan di Masjid Nabawi giat berjalan
Apakah kerja-kerja perobohan yang sedang giat dijalankan ini adalah tanda kehancuran yang dimaksudkan dalam hadits tersebut? Setakat ini mengikut lapuran pihak berkuasa Saudi sebanyak 2/3 bangunan sekitar Masjid Nabawi sudah diruntuhkan. Sebanyak 10 buah bangunan yang besar telah diruntuhkan sejak ia bermula Julai lalu. Antara bangunan yang diruntuhkan ialah bangunan Awkaf, Masjid al-Wiladah dan pasar al-Ansar.
Dalam artikel yang lalu Perang.. Akhir.. Zaman.. akan Bermula.. di Aleppo, saya berpandangan bahawa pada mulanya berlaku persepakatan antara pejuang Islam bersama Rom ( US dan Eropah) dalam menghadapi satu musuh, tetapi akhirnya persepakatan itu bertukar menjadi peperangan setelah berlaku perkhianatan di pihak Rom tersebut. Buat masa ini tentera US sedang melakukan persiapan rapi bagi melancarkan serangan keatas Syria diatas alasan serangan bom kimia yang telah dilakukan oleh rejim Syria.
Pesawat Pengebom Strategik B1
Mengikut sumber Debkafile serangan US itu akan bermula Jumaat malam, atau pada awal Sabtu ini, pada 30 - 31 Ogos. Persiapan giat dijalankan US di pengkalan udara tentera US di Al-Udeid di Qatar. Antaranya persiapan pesawat pengebom B-1B dan pesawat pejuang stealth F-22 Raptor. Begitu juga pihak Israel telah memanggil sebahagian besar tentera simpanannya termasuk persiapan roket, Tentera Udara dan senjata penangkis peluru berpandu. Senjata penangkis Anti-Missilie Arrow, Patriot dan Dome telah ditempatkan secara lebih meluas dari kebiasaan sebelum ini.Walau bagaimanapun menurut maklumat pegawai Israel mereka tidak menjangkakan serangan tentera Syria keatas mereka. 
Manakala di pihak Syria persiapan rapi juga diadakan dengan mengatur aset-aset penting kekubu selamat bagi mengelak dari serangan US. Mengikut Debkafile lagi, pasukan kereta kebal dan meriam ketumbukan ke-4 Syria dan division Pengawal Republik, yang telah melancarkan serangan senjata kimia juga telah dipindahkan kekubu selamat yang baru siap dibina tahun lepas.
Pasukan tentera Syria berpusat di Hom, Hama, Latakia dan Aleppo juga telah bersiap-sedia selepas mendapat maklumat dari perisikan Syria dan Russia bahawa mereka akan diserang pada bila-bila masa sahaja lagi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts