PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Tuesday, January 24, 2012

Runtuhnya Dinasti Arab, Pembalasan Imam Mahdi

Bani Tamim itu tak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di nusantara.
“From the three water signs (seas) will be born a man who will celebrate Thursday as his feast day. His renown, praise, reign, and power will grow on land and sea, bringing trouble to the East”
– Nostradamus.
Indonesia adalah negara kepulauan karena itu sudah tentu di kelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia khususnya Semenanjung Tanah Melayu cuma dilingkungi tiga penjuru. Oleh karena itu Imam Mahdi bukan berasal dari Indonesia tapi dari sebuah wilayah kecil di semenanjung Melayu.

Kata sahabat RA,
“Sebelum al-Mahdi muncul, akan ada seorang lelaki dari keturunan Nabi SAW keluar dari Timur, sambil menyandang pedang di bahunya selama 18 tahun. Dia membunuh, mengamuk dan (seterusnya) menuju Baitulmaqdis (Jerusalem). Namun musuhnya mengharapkan dia mati sebelum sampai ke sana.”

Asar ini agak sukar untuk dihuraikan kerana maksudnya tidak jelas. Yang dikatakan sebagai tidak jelas itu ialah siapakah peribadi sebenar Ahlulbait yang dimaksudkan itu. Ada beberapa orang yang boleh dimaksudkan dengan orang ini, sama ada yang benar-benar berketurunan Ahlulbait mahupun yang bukan berketurunan Ahlulbait. Menyandang pedang juga boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Lama masa dia mengamuk itu juga adalah suatu yang amat relatif dan sukar ditafsirkan dengan benar. Perkataan membunuh, mengamuk dan menuju ke Baitul Maqdis itu juga boleh dimaksudkan dengan erti-erti lain yang sesuai. Maksud mati itu juga boleh dihuraikan dengan beberapa erti lain yang sesuai. Oleh itu, asar ini biarlah difahami menurut apa yang dapat kita faham secara zahirnya sahaja, sama ada benar-benar dengan erti mengamuk atau dengan erti-erti yang lain dan dapat diterima bersama. Hanya masa yang dapat menentukan benar atau tidaknya asar ini berlaku sebelum Imam Mahdi muncul, iaitu menurut erti dan kefahaman kita yang lazim.
Sabda Nabi SAW,
“Seorang lelaki daripada umatku akan keluar lalu bercakap berdasarkan sunnahku, dan Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa akan menurunkan hujan dari langit (dengan banyaknya) sehingga bumi mengeluarkan segala isinya. Melaluinya dunia ini akan dipenuhkan dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan dan kekejaman. Dia akan memerintah umat ini selama tujuh tahun, lalu pergi (berhijrah) ke Baitulmaqdis.”

Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahdi. Bercakap berdasarkan sunnah itu maksudnya ialah mengamalkan apa yang diucapkannya, bukan semata-mata mengucapkan tanpa diamalkan. Juga bermaksud akidahnya adalah tepat seperti akidah Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Juga bermaksud amalannya lebih banyak daripada cakapnya kerana beliau tidak suka bercakap mengenai sesuatu melainkan beliau telah amalkannya terlebih dahulu. Hal ini amatlah sukar untuk dipraktiskan pada zaman ini oleh kebanyakan orang, sama ada para ulamanya mahupun para pemimpinnya.
Kerana keadilan pemeirntahannya, Allah SWT turunkan keberkatan dari langit dan dari dalam bumi, dari tanam-tanamannya, ternakannya dan harta bendanya. Ini boleh berlaku dengan izin-Nya dan dengan berkat keramat pemimpin yang bertakwa itu. Pemerintahannya senantiasa dibantu oleh Allah sehingga jadilah beliau seorang pemimpin yang sangat adil dan saksama sepanjang pemerintahannya. Lama pemerintahannya selepas Dajjal dibunuh adalah selama tujuh hingga sembilan tahun, iaitu menurut kadar pada masa itu, bukan menurut zaman kita sekarang ini. Tempat hijrah beliau yaitu tempat tinggalnya selepas keluar dari kota Makkah ialah Jerusalem.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts