Sayidina Ali bin Abi talib KMW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan.”
Tanda-tanda kemunculannya adalah sebagai berikut: Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, “Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur (Tanah Melayu), lalu mereka akan membunuh kamu semua (muslim) dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, yaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)
Ketiga-tiga pihak itu tidak satu pun yang menjadi khalifah. Tidak lama selepas itu, maka Pemuda Bani Tamim mendapat kuasa pemerintahan di Timur, iaitu di Asia Tenggara. Kuasa pemerintahannya semakin besar dan merebak kerana semua umat kafir menjadi bersatu hati apabila melihat seorang yang benar-benar layak memimpin mereka telah muncul di depan mata. Semua umat kafir menjadi bersatu semula di bawah pimpinan beliau. Seterusnya beliau memerangi semua pihak yang menentangnya dan membunuh semua musuhnya dan musuh Allah.
Jumlah orang yang mati kerana menentang pimpinan beliau sangatlah ramai di nusantara. Yang ramai mati itu kebanyakannya bukan di medan perang tetapi di rumah atau di hospital. Zaman ini Tuhan jadikan orang yang berpenyakit kronik, terutamanya jantung dan darah tinggi sangat ramai.
Maka semua musuh Agama Buddhi yang ada penyakit jantung dan darah tinggi akan segera mati, kerana terlalu sakit hati dan marah terhadap naiknya Agama Buddhi sebagai kuasa baru menggantikan “kuasa” Islam, selain penyakit-penyakit itu memang mudah menyebabkan kematian.
Ramai pula yang mati di medan perang saraf dan mati di medan perbahasan. Mereka tiada kata-kata untuk dihujahkan terhadap kepemimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Kekeramatan Pemuda Bani Tamim itu terlalu hebat untuk ditentang oleh sesiapa pun jua yang cuba memusuhinya.
Bagi seluruh umat Agama Buddhi, apabila mereka melihat Pemuda Bani Tamim telah mendapat kuasa di Timur itu, mereka akan segera berpusu-pusu ke Timur untuk menemuinya dan segera membaiatnya sebagai pemimpin mereka. Mereka sanggup bersusah payah mencari jalan menemuinya sekali pun terpaksa menjual seluruh harta bendanya, semata-mata agar dapat menemui Pemuda Bani Tamim di Timur itu. Itulah ciri-ciri pemimpin sejati, iaitu dia dicari oleh pengikut, bukan dia mencari pengikut. Dia tidak perlu bersusahpayah berkempen ke sana ke mari mencari pengaruh, apatah lagi terpaksa memburuk-burukkan pihak lawan.
Mereka sanggup menemui Pemuda Bani Tamim Syuaib bin Saleh kerana apabila beliau muncul mendapat kuasa di Timur, maka yakinlah seluruh umat kafir bahawa Imam Mahdi tidak syak lagi akan segera muncul pula ke dunia ini. Maka, munculnya Pemuda Bani Tamim adalah menjadi tanda terbesar dan teryakin bahawa Imam Mahdi akan benar-benar muncul. Dan muqaddimah daulah Israel di nusantara sudahpun terbangun ketika itu.
Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Akan keluar dari Khurasan Panji-panji Hitam. Maka (Panji-panji Hitam itu) tidak dapat ditolak oleh sesuatu apa pun sehinggalah ditancapkan di Ilya”. (At-Tarmizi)
Sabda Nabi SAW, “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.” Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim)
Pemuda Bani Tamim itu akan mendatangi Khurasan iaitu dalam perjalanannya menuju ke Makkah atau Syam. Di sana beliau akan mendapat Panji-panji Hitam yang sebenar, bukan lagi panjipanji hitam yang dibuat sebelumnya. Panji-panji Hitam itu adalah panji-panji yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dahulu, sewaktu peperangan menghadapi kaum kafir dan Yahudi. Dari Khurasan, mereka menuju pula ke Ilya, yiaitu satu bandar tidak jauh dari Baitulmaqdis. Sepanjang perjalanan yang jauh itu, mereka sentiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT terhadap siapa jua penentangnya, yang sangat risau terhadap kemaraan tentera Allah itu. Kuasa baru yang amat hebat ini amat menggerunkan hati setiap musuh Allah sehingga hati mereka terasa sangat-sangat sempit, bagaikan sempitnya dada orang yang sedang mendaki ke atas langit. Ketakutan dan kegerunan yang mereka rasakan ketika itu akan segera dibalas oleh Allah dengan dijatuhkan mereka di hadapan umat kafir yang dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim. Pemergian mereka ke Ilya itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari Imam Mahdi al-Muntazhar, yaitu orang yang bertanggungjawab atas Islam.
Pemuda Bani Tamim Tidak Pernah Kalah. Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan diketahui setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)
Dari Abdullah bin Umar RA katanya, “Rasulullah SAW bersama-sama dengan sekumpulan Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib KMW di sebelah kirinya dan Abbas di sebelah kanannya, Rasulullah SAW memegang tangan Abbas dan tangan Ali lalu bersabda, “Dari keturunannya (sambil menunjuk Abbas) akan datang pemuda yang memenuhi dunia dengan penindasan dan kezaliman, dan dari keturunannya (sambil menunjuk Ali) muncul seorang lelaki yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kebaikan. Jika kamu semua melihat yang demikian, berbaiatlah kepada Pemuda dari Bani Tamim itu yang datang dari arah Timur. Dialah Al-Mahdi.”
Kata tabiin RH, “Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”
Perkara ini banyak diperbincangkan terutamanya oleh kalangan penduduk Syam yang berketurunan dari Bani Tamim. Jumlah mereka memang sedikit dan masing-masing saling mengenali, serta tahu pula susur galur keturunan setiap orang dari mereka. Setiap suku dari kalangan mereka menyangka dan berharap Pemuda Bani Tamim yang dimaksudkan itu datang dari kalangan suku masing-masing.
Namun, jika ucapan tabiin ini diperhatikan sungguh-sungguh, nyatalah bahawa Pemuda Bani Tamim itu bukan lahir dari kalangan mereka, tetapi lahir dan dewasa di Timur. Tapak perjuangannya juga bermula dan berkembang di Timur. Malah, tapak daulah yang didirikannya itu pun bermula di Timur juga. Syam adalah tempat terakhir yang akan ditujunya. Dan bangsa Syam yang dimaksudkan itu hanya asal-usul nenek moyangnya sahaja, bukan lagi tempat dia dilahir dan dibesarkan. Dari Syam, sebahagian daripada mereka ini turun ke Yaman dan tinggal di sana beberapa lama untuk membentuk sebuah komuniti yang minoriti, kemudian sebahagian keturunannya berpindah lagi ke Kepulauan Melayu ini. Sebahagiannya masih tinggal di Yaman dan masih ada hingga ke hari ini. Sebahagian yang lain berpindah ke benua kecil India dan menyerap masuk sebagai sebahagian penduduk Islam di sana pula. Di Kepulauan Melayu inilah mereka bergaul dengan penduduk tempatan sehingga keturunan mereka pun akhirnya menjadi sama dengan, atau sebahagian daripada penduduk tempatan. Sebutan Arabnya hilang dan yang tinggal adalah sebutan Melayunya sahaja. Arabnya hanyalah pada keturunannya sahaja, atau asal-usulnya.
Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (pengikut Pemuda Bani Tamim) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi (Pemuda Bani Tamim).”
Orang ramai yang dimaksudkan itu adalah kumpulan tentaran yang dipimpin oleh Syuaib bin Saleh. Mereka akan mendirikan tapak daulah Israel di nusantara sesuai hadist nabi, nostradamus, dan jayabaya. Setelah tapak daulah itu siap dan hanya menanti Imam sebenar untuk mendudukinya mereka pun membujuk pemuda bani Tamim untuk menjadi pemimpin. Para tentaranya ini sifat-sifatnya sama dengan orang Israel. Mahu tidak mahu, setiap kumpulan orang ramai pasti ada ketuanya, atau pemimpinnya. Dan bagi pasukan ini, tidak syak lagi pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim sendiri.
Sabda Nabi SAW, “pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku bani Tamim yang datang dari Timur.” Perbedaan suku tamim dan bani tamim adalah tamim berada di arab dan keturunan abubakar, sedang bani tamim adalah suku keturunan Ali yang diusir pemerintah arab dan menyusun kekuatan di tanah Melayu.
Ammar bin Yasir RA berkata, “Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.” Kebetulan pula pemimpin Bani Tamim yang bernama Syuaib bin Shaleh ini adalah kelahirankembali Hasan bin Ali.
Sabda Nabi SAW, “Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura” iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur untuk membantu. Lantas ada satu pertanyaan, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat mengenalinya?” Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel (putih kemerah-merahan), seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahilalat kecil. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.” Kenapa Syuaib bin Shaleh mirip orang Israel, karena beliau tak cuma berdarah Tamim, tapi juga Yahudi, Sunda, dan Khmer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pegunungan sekitar Tembok Yajuj dan Majuj Danau dekat Tembok Yajuj & Majuj Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis ba...
-
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ? MARI KENALI BANI TAMIM Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim Hadith Nabi SAW : ...
-
Published by Sang karut Amaran - Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengaj...
-
AMARAN : Artikel ini hanyalah semata-mata hiburan dongeng masa kini ,bersumberkan teropongan khayalan dan angan-angan semata-mata . Jika a...
-
“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijl...
-
Published by Sang karut Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sa...
-
Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan awal dari Hari Akhir akan segera Mulai meliputi: 1. Arab Revolutions (Musim Semi Arab) yang dimulai ...
-
Anak Indigo, menjelang akhir jaman kelak mereka akan direkrut untuk bergabung dengan pasukan pendukung Imam Mahdi. Benarkah itu? Sebuah...
-
“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Musli...
-
Amaran : Berhati-hatilah ketika membaca kisah dongeng lagi karut ini ....hamba tidak memaksa para pembaca mempercayainya ..jika ada penga...
No comments:
Post a Comment