AMARAN : Artikal terbitan semua koleksi mimpi Tuan Kelarias .Ambillah iktibar itu adalah yg terbaik utk anda .
Bismillahirrahmaanirrahiim, Alhamdulillaahirabbil aalamiin. Wassolaatu wassalamu alaa rasuulihil kariim, wa'alaa aalihii waashaabihii ajmai'in. Marilah kita bersama sama membacakan surah alfaatihah kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, kepada para ahli keluarga, para sahabatnya, tabiin, dan pengikut para tabiin lahum biihsaanin ilaa yaumiddiin. Juga kepada para muslimin dan muslimat, khususnya kepada guru guru dan kedua ibu bapa kita yang telah kembali ke rahmatullah alaih. Syaiun lillah, lahum al-faatihah..A'uzubillahi minassyaitaanirrajiim,....amin.
Pada tahun 2004 tepat di dalam bulan ramadhan al-mubaarak, pada hari khamis malam jumaat jam 4.00 pagi pintu bilik saya diketuk bertalu talu dari luar. Saya terkejut dari tidur bukan tidur, jaga bukan jaga. Seluruh tubuh saya 'merinding' berdiri bulu roma mengenangkan mimpi yang baru saja berlalu akibat kejutan yang amat tidak disenghajakan. Ketukkan dari luar pintu oleh ibu mertua mengajak saya bersahur untuk puasa yang ke lima harinya menutup tirai mimpi yang amat mengasyikkan memandang wajah Baginda Rasulullah SAW secara dekat dengan jarak perdirian Baginda SAW dengan diri rohaniah saya sekitar dua atau tiga kaki sahaja.
nantikan saat saat bahagianya memandang wajahnya saw yang amat mulia, kacak, cantik dan menawan..sehingga membuatkan hati saya terpaut rindu kasih yang tidak terhingga. Betapa saya menangisi diri saya yang jahil dan teramat banyak pikulan dosa lahir dan batin..ya Rasulallah ya Rasulallah ya Rasulallah..
Secara tiba tiba aku melihat suatu bayangan cerah dan bercahaya telah mendekatiku dari sebelah kanan dengan jarak yang amat hampir sekali। Lama kelamaan aku dapati bayangan itu ialah sesusuk tubuh yang lebih tinggi dariku dengan tidak semena mena aku mengenalinya 'itulah Rasulullah' saw' yang berpakaian serba putih keseluruhannya। Bahasa hati telah menjelaskan perkaranya. Pengakuan diri, pengenalan dari seseorang dan bahasa pengakuan diri dari dalam hati sanubari adalah beberapa panduan yang boleh diguna pakai untuk mengesahkan bahawa itu adalah rasulullah saw. Bahawa iblis tidak akan dapat meniru rupa bentuk fizikal lahir dan batin rohaniah baginda saw termasuk suara dan bisikan daripadanya. "Akulah Rasulullah" perkataan ini juga tidak akan dapat di sebut oleh iblis. Dia tidak akan mampu berkata menggunakan pengakuan ini melainkan benar itu adalah Baginda SAW. Perkataan ini membatalkan pendapat sesetengah orang yang mempertikaikan bahawa iblis boleh meniru suara Rasulullah SAW, amat mustahil sama sekali, kerana rupa, huruf dan suara adalah 3 dalam satu juzuk baginda yang tidak dapat ditiru sama sekali oleh syaitan laknatullah
Susuk tubuh itu menghampiriku dalam keadaan daku terpegun dan terpukau dengan keindahan dan kecantikan paras rupanya yang amat menyejukkan hati sewaktu memandangnya. Apabila baginda saw berada sehampir hampirnya dengan diriku, lalu baginda saw tersenyum sehingga menampakkan giginya yang mulia bercahaya manis memandangku.
Pertama tama yang kupandang adalah wajahnya yang mulia, warnanya putih bersih berseri seri umpama plastik jernih membungkus kulit di wajahnya atau mungkin kesan cahaya nur wajah yang amat sukar untuk digambarkan keindahan paras seseorang yang amat dikasihi Allah. Warna kulitnya sahaja sudah cukup membuatkan diriku terpegun melihatnya.
Keduanya aku diberi izin memandang dahinya yang mulia, seperti yang pernah diriwayatkan bahawa dahi Rasulullah saw itu luas menunjukkan jauh pandangan dan perkataan, tidak sempit seperti yang lain sebagai kemuliaan kejadian untuk baginda saw manusia agung pilihan tuhan, penghulu segala nabi dan rasul.
Ketiganya diriku diberi izin memandang kening matanya yang berbulu tebal dan cantik menghiasi wajahnya yang amat mulia berseri seri sehingga berdegup jantungku memandangnya, betapa anggunnya wajah rasulullah saw yang menjadi pujaan umat islam dan ketakutan kepada umat musyrikin.
Keempatnya diriku diberi izin memandang kedua belah matanya yang amat mulia bulat, hitam dan amat menawan hati yang memandangnya. Tiada tanda merah atau lebam bengkak hitam bahkan bersih berseri seri juga. Sejuk hati yang dapat melihat dan dapat memandang kedua matanya yang mulia kerana disanalah cahaya segala cahaya terbit hingga mampu menundukkan hati manusia yang kasar dan garang seperti Umar Al Khattab.Kelimanya diriku diberi izin memandang hidungnya yang mulia lagi dimuliakan Allah, terlihat tulang yang timbul disepanjang hidung baginda saw sehingga seolah olah berbayang dikanan kiri hidungnya yang mulia menandakan hidungnya yang mancung dan tidak melengkung seperti paruh burung. Hidung baginda saw amat mancung dan agak tajam jika dipandang sehingga membezakan dirinya dari orang yang lain jika dipandang dari sisi kanan atau kirinya. Sangat berbeza sama sekali dengan hidung jawa melayu ini. Tiada kelihatan kedua lubang hidungnya jika dipandang dari hadapan baginda saw. Berkilat di pangkal tetulangnya hingga kehujungnya yang mulia.
Keenam diriku diberi izin memandang kedua belah pipinya yang amat mulia, bersih putih melepak serta berkilat seolah olah bercahaya. Kedua belah pipi Rasulullah saw kelihatan berisi dan tidak pula cengkung seperti yang pernah terfikir oleh diriku.
Ketujuh, diriku diberi izin memandang misainya yang telah bersih dicukur, seperti layaknya sesetengah jemaah tabligh yang membersihkan misainya sebersih bersihnya, memperlihatkan lagi kemanisan dan cahaya wajahnya yang mulia, menambahkan lagi manis dan seri mukanya yang tidak dapat daku lupakan selama lamanya.
Kelapan, diriku diberi izin memandang giginya yang sempurna bercahaya dengan senyum manisnya tanpa terhenti memandang kepada diriku yang sedang tergamam , terpukau dengan keindahan senyuman dari wajah baginda saw yang amat mulia semulia mulianya manusia.
Kesembilan, diriku diberi izin memandang seluruh janggutnya yang tumbuh tidak memenuhi keseluruhan wajahnya tetapi lebat bermula dari bawah dagunya yang mulia sekira kira berbetulan dari pandangan hadapannya itu,janggutnya tumbuh hampir menyamai luas pipinya tidak lebih dari itu. Daku melihat sedikit warna keputihan di sebelah kanan janggutnya yang sedang ku perhatikan, rupa rupanya dijanggutnya terdapat sedikit uban berwarna putih yang tumbuh amat sedikit sehingga ia boleh dibilang jika dikehendakki.
Sembilan perkara ini kuabadikan dalam kenangan diri yang penuh dengan dosa, noda dan apa sahaja yang layak ditabalkan perkara syubhatnya kepada diriku. Amat tidak layak diri hitam ini menemuinya yang ternyata amat jauh bezanya dengan dirinya baginda saw. Sungguh menakjubkan kepada sesiapa yang melihat dan memandang seluruh keindahan ini, bagai terfana memandang kebesaran dan keagungan kejadian tuhan rabbul alamiin.
DIBAWA KE SUATU TEMPAT LAPANG.
Tidak berapa lama selepas itu, diriku seolah olah mengikutinya berjalan ke arah suatu tempat yang lapang , luas seperti padang. Baginda SAW berada di sebelah kananku mengadap ke arah padang yang luas itu. Diriku pula sentiasa mengikutinya di belakang baginda saw tanpa berjarak jauh malah sama seperti sebelum itu. Baginda SAW seolah olah berhenti di atas suatu mimbar seperti layaknya mimbar untuk berkhutbah lalu tidak lama selepas itu baginda mengucapkan beberapa perkataan sepertinya sepotong ayat al quranul karim.Sewaktu baginda mula menyampaikan kata kata itu belum ada sesiapa pun yang mendengar tetapi lama kelamaan seorang demi seorang datang manusia berkumpul beramai ramai mendengar ungkapan dari kata katanya. Sehingga akhirnya padang yang luas itu dipenuhi dengan manusia yang bersesak sesak untuk mendengar khutbah yang sedang dibacakan oleh baginda saw. Perkataan mula baginda saw tidak dapat daku fahami tetapi selepas itu barulah diriku mendengar dengan jelas tanpa ragu.
Saya menyaksikan manusia yang aslanya tadi tiada seorang jua pun akhirnya datang berpusu pusu memenuhi padang dan pandanganku disaat itu. Masing masing seolah olah berebut rebut ingin menyaksikan Rasulullah saw dan ingin mendengar kata katanya yang akan didengarkan kepada mereka. Waktu itu baginda saw telah mula berkata kata yakni bersabda tetapi aku yang jahil dan banyak dosanya ini masih belum mendengar butiran kata sabdanya.
Setelah penuh manusia berhimpun lalu terdengarlah suara suara bergema dihati sanubari, baginda berkata sabda " Auzubillahi Minassyaithaanirrajiim, Bismillahirrhmaanirrahiim.., Huallazii Arsala Rasuulahuu Bil Hudaa Wadiinil Haq,,Lizudzhirahuu Aladdiini Kullih,,Walau Karihal Musyrikuun..." tanpa arti dan makna. Tetapi diri memahami pengertiannya, Dialah yang telah mengutuskan pesuruhnya dengan hidayah pertunjuk, dan membawa agama yang sebenarnya, supaya dimenangkan agama benar itu di atas sekalian agama yang ada dimuka bumi ini, walaupun bakal dibenci oleh orang orang yang mensyirikkan Allah SWT.
Dan terdengar pula suara suara bergema di hati sanubari, dan berkata sabdalah Rasulullah SAW, " Tidak lama lagi akan berlaku peperangan besar besaran di akhir zaman," dalam keadaan diriku mendengar dengan pasti setiap tutur kata Baginda SAW satu persatu itu. Daku seolah olah dibawa masuk ke dalam kancah peperangan yang amat dahsyat dan mengerikan. Daku melihat diri diri manusia mendapat luka , terkoyak kulit dan dagingnya, melimpah limpah darah mengalir membasahi baju dan pakaian mereka yang sedang berbunuh berhadapan seorang demi seorang yang tercedera parah , sehinggalah diriku melihat tangan kanan ini melibas menggunakan pedang mengenai belakang seorang musuh sehingga terbelah daging merahnya dan memancut mancut darah merahnya membasahi pakaiannya. Daku sendiri merasai ketakutan di dalam susana perang ala perang tanding bersayembara seperti orang dahulu berbunuhan digelanggang beradu tenaga dan kehandalan keperwiraan.
Selepas itu diriku dibawa menyaksikan peristiwa peperangan ini dari atas angkasa raya melihat lihat suasana perang dan menyelusuri peristiwa perang besar itu ke arah mula terjadinya perang armageddon (tambahan saya) yang berlaku. Tiba tiba terdengar gema suara jauh di dalam hati sanubari seolah olah berkata. '' sebenarnya segala peristiwa ini bermula dari Yahudi yang telah berjaya memperkudakan Nasrani untuk menghancurkan Umat Islam di seluruh dunia " saya diperlihatkan ditepian sebatang sungai yang mengalir airnya yakni ditepian tebing sungainya sebuah lambang besar YAHUDI sedang menolak atau menyurung lambang itu ke hadapan lalu lambang yang saya kenal sebagai NASRANI itu menghantam dan membaham sebuah lambang di hadapannya yang saya kenali lambang itu sebagai lambang UMAT MUSLIMIN SEDUNIA.
Tidak lama selepas diriku menyaksikan peristiwa perang dan peristiwa mula peperangan itu kenapa berlaku, aku terdengar pula ketukkan bertalu talu di dalam tidur yang amat membingungkan itu। Rupa rupanya ibu mertua mengejutkan kami yang sedang terlena dibuai mimpi yang tidak pernah terjadi di sepanjang sejarah hidupku bergelar manusia. Kami segera bangun dan aku tidak segera keluar dar bilik untuk bersahur pada malam kelima berpuasa ramadhan itu kerana mengenangkan peristiwa yang telah berlaku. Seluruh tubuhku merinding dan meremang ketakutan akan azab siksa dari Allah, daku menagisi diriku yang telah banyak melupakan kasih tuhanku, daku harus kembali menemui ibuku yang telah melahirkan diriku ini, sejuklah perut ibu, sejuk lah ibuku, sejuk lah diriku dalam riba mu wahai ibu yang telah banyak aku lupakan mu, orang yang telah banyak menanggung kesusahan ku akibat kedegilan dan keegoanku, ampunilah aku ini ibu...ampunilah aku,,, Ya Allah Ampunilah segala dosa dosa ku itu, Ya Allah ya Tuhanku Ampunilah dosa kedua iBu bapa ku, Ya Allah Ya Tuhanku Kau Ampunilah dosa seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini॥
No comments:
Post a Comment