Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sahaja . Artikal ini hasilan SANG PANGLIPUR SETIA .
SIAPAKAH WAZIR KE TUJUH ?
Sudah lama hamba tidak mendengar cerita dari Sang Peninjau …. Apakah koleksi cerita menarik yang miliki ketika ini….hajat untuk bertemu selalu tidak kesampaian… terasa dihati banyak perkara yang hamba ingin berburak dengan Sang Peninjau. Jam menunjukkan tepat pukul 9:00 malam tanda waktu untuk ‘berkerja’ sudah tiba… tiba-tiba sony ericcson pun berbunyi…kringggg…..kringg…..kringg….bila terlihat sahaja nombor yang cukup dikenali hamba pun tersenyum girang.
Hamba : “Assalamualaikum…itu Sang Peninjau ke?
Sang Peninjau: “Ya sayalah ni dah lama tak jumpa….
Hamba: “Mimpi apa telefon malam-malam ni…. Ada citer baru ker?”
Sang Peninjau: “Nak ajak minum… jika sudilah….kalau nak dengar citer baru ..jom pi makan tapi SPS belanjalah….”
Hamba: “Baiklah ..setuju! di mana?”
Sang Peninjau: “ Tempat biasa…..”
setengah jam kemudian hamba pun sampai dan kelihatan Sang Peninjau yang berpakaian kemas sudah tersengih dari kejauhan bersama secawan kopi susu kambing….
CERITA BERMULA…..
Begini sebenarnya Sang Peninjau memulakan ceritanya: “Saya ada cerita untuk dikongsikan bersama… setelah lama talian ditutup oleh majikan, kini sudah ada ‘line’…. mengenai beberapa perkara…” kata Sang Peninjau memulai bicara. Hamba sedari tadi duduk mendengar celotehnya mula memberikan ruang seluasnya untuk sang peninjau bercerita kisah karutnya….. Maka bermulalah sebuah cerita dongeng oleh Sang Peninjau…..
Seperti biasa ketika saya duduk rutin harian yang kadang-kadang terhutang…antara maghrib isyak maka wayang kayangan pun bermula…saya mengadap Sang Perabu merafak sembah seperti tanda menyatakan kehadiran saya yang sudah lama tidak ‘bersama’ dalam dimensi ini. Maka segala keampunan dan kemaafan saya sembahkan kepada Sang Perabu selaku majikan. Seketika lamanya hampir-hampir saya tercuim kakinya di atas balairong kerana hampir tersungkur hina …
kelihatan kasutnya berwarna emas dan tidak syak lagi memang warna emas.…namun saya hanya melihat sekali lalu sahaja…..setelah sekian lama menanti-nanti apakah ‘order’ seterusnya saya duduk beristighfar dan bertahmid memuji Allah tanda kesyukuran. Dengan tidak semena-mena Sang Perabu pun turun dari kerusinya yang empuk lalu bersila mengadap saya…maka seperti upacara rasmi sebelum ini diambilnya pakaian ala-ala pakaian hulubalang Demak lalu seperti disua-sua kepada saya untuk memakainya…
lalu terpakailah pakaian itu ke tubuh saya…diberikan selendang , tengkolok dan akhir sekali ada sebilah keris yang terus sahaja tersisip di pinggang saya…dan Sang Perabu pun mencium dahi saya ….. dan saya pun berundur dua tapak kebelakang setelah lengkap pakaian istimewa itu dipakaikan kepada saya…..lalu didapati kawan saya yang tiga orang kesemuanya pun menghadap seorang demi sorang di pakaikan dengan segala macam persalinan yang cukup sempurna persis hulu balang Melaka. Saya lihat setiap didahi rakan apabila dikucup oleh Sang Perabu telah meninggalkan kesan seolah-olah cop mohor yang tertulis Muhammad Rasullullah dan Allah dalam bentuk bulatan yang sangat cantik ukirannya.
Kemudian kami pun berundur untuk memohon diri kembali ke tempat asal…ketika berundur, masing-masing seolah-olah ditarik dari belakang dengan sepantas kilat oleh sesuatu yang sangat cepat… secepat kilauan cahaya ke satu dimensi lain….saya tidak tahu apa yang berlaku dengan rakan yang tiga orang lagi … entahlah kemana mereka dibawa pergi…rupanya ada tugasan khas sudah menanti….
MEMACAK PANJI HITAM DI PUNCAK GUNUNG
Ketika memasuki gerbang dimensi baru ini, saya melihat diri sendiri sedang memanjat gunung yang tinggi seperti banjaran Himalaya atau yang seerti dengannya….lama-kelamaan pandangan itu mulai sampai ke sarung yang sedang memanjat itu. Kelihatan kawasan sekitar berbalam-balam di kejauhan, pucuk gunung pendakian sudah melepasi aras awan. Di tangan ini sedang erat memegang panji yang berwarna hitam…dengan bersusah payahnya pendakian itu akhirnya berjaya…saya dapat juga berada tepat diatas puncak gunung tersebut.
Lalu saya pun melihat sekeliling dan bersedia memacakkan panji yang dibawa….alhamdulillah berjaya juga memacakkan panji hitam itu di atas puncak gunung yang sangat tinggi dan penuh cabaran….namun di sebalik tugasan itu saya tidak pasti apakah tujuan sebenarnya….adakah sebagai tanda sahaja atau ada perkara terembunyi yang tidak dapat dihuraikan di sini.
Jika sebagai tanda untuk penglihatan pilot helicopter apalah gunanya ….tentu tidak berbaloi untuk keselamatan pandangan pemandu pesawat hanya dengan sebatang panji hitam di atas puncak gunung!... ramai orang akan terkesima bila dibincangkan mengenai hal panji-panji hitam ini…tapi bagi saya ….macam biasa sahaja kerana tidak tahu hujung pangkalnya…
Seketika kemudian saya cuba melihat jika kalau-kalau ada rakan yang juga bertugas memacakkan panji hitam itu di pergunungan lain….dari kejauhan kelihatan mereka juga bertungkus lumus mendaki dan memacakkannya dengan penuh kegigihan sejati….dan semua panji itu berkibar dengan penuh bersemangat….sebenarnya jarak pacakan panji itu antara satu dengan yang lain sangatlah jauh beribu batu…hanya saya diperlihatkan seperti dekat di mata.
Dan setiap pacakan itu berbeza gunung dan jaraknya. Jika dikira bilangannya termasuk saya sebagai petugas pemacak panji itu, bermakna ada empat buah gunung dengan empat panji hitam dipacakkkan dengan waktu yang sama dan pada perkiraan saya ada beberapa panji lain yang mungkin di pacakkkan oleh ‘group’ lain yang saya tidak tahu….
HUTAN BELANTARA AVATAR
Sejurus melaksanakan tugasan yang tersangat maha hebatnya itu..maka saya berkira-kira mahu turun dari gunung secara manual iaitu seperti jua mendaki pada awalnya maka turunnya jua menurun seperti pendaki gunung… namun tiba-tiba gerakan badan ini seolah-olah kehadapan bagai disua-sua untuk terjun ke bawah…tanpa berkira-kira saya pun di terjunkan dengan dorongan diri yang entah dari mana….. (inilah kali pertama dalam hidup ini saya terjun gunung sungguh menakutkan kerana bakal mengharungi saat getir jatuh tersembam ke bumi…mungkin hidup atau mati itulah bayangan fikiran ketika itu). Melayang-layanglah di udara menuju ke dasar bumi dengan tarikan graviti yang sangat kuat…sangat laju menjunam tanpa ada bantuan payung terjun….alhamdulillah dapat mendarat dengan baik…tapi tersangkut juga di pepohonan belantara yang sangat mengujakan penuh dengan daun dan kekotoran dibaju.
Setelah membersihan diri dan mengibas pakaian yang terkena dedaunan dan tanah …. Saya pun mulai berjalan di hutan tropika yang sangat suram cahayanya seperti berada di dunia ‘avatar’. Pokok-pokok yang menjulang tinggi, bunga-bungaannya sangatlah besar dan berseni seperti hidup dan bernyawa melambai-lambai ke sana ke mari…pokok rimba itu boleh memahami bahasa yang dipertuturkan oleh saya….
Ada satu ketika tu ketika berjalan mencari arah, saya berkata dalam hati agar pepohonan dan akar yang berselirat menutup bumi agar minggir ke tepi dan memberikan jalan serta panduannya kepada saya agar tidak sesat ke arah tujuan sebenar yang saya sendiri tidak mengerti ke arah mana akhirnya…dengan tidak semena-mena pokok dan dedaunan serta ranting /akar yang menjalar seolah-olah memberikan kerjasama …ke tepi dan tidak pula mengganggu perjalanan saya. Jalan itu akhirnya menuju ke arah sebuah rumah kayu yang diliputi akar dan daunan kering bertaburan di bumbung dan kaki lima rumah tersebut.
RUMAH KAYU BERPENGHUNI MISTERI
Rumah di dalam hutan….. tentu akal kita akan berkata rumah ini kepunyaan ahli sihir atau petapa yang duduk ditengah-tengah hutan mengasingkan diri….maka salam pun diucapkan mudah-mudahan ada penghuninya….dua tiga kali saya berlegar-legar di kaki lima rumah tersebut yang dibuat dari kayu cengal seperti binaan orang putih yang membinanya di dalam hutan untuk istirehat. Setelah beberapa kali di beri salam kepada ahli rumah…maka barulah dijawab salam dari arah dalam rumah tersebut…pintu pun di buka dan saya pun masuk dengan penuh sopan.
Walaupun secara rohaniahnya empunya rumah ada dihadapan saya, namun yang zahirnya batang tubuhnya tiada, ini bermaksud rohaniah tidak berjasad….ada dua kemungkinan samada rohaniah ini sangat rendah martabatnya hingga tiada berpakaian atau rohaniah ini adalah sebesar-besar rohaniah seperti Rohaniah Rasulullah, nabi dan rasul serta wali dan kekasihnya….jadi pilihan saya ialah yang kedua bahawasanya rohaniah yang berada dihadapan saya ini adalah antara yang paling besar berkategori para al-Anbiya’ wal Mursalin…
justeru mungkin saya tidak layak melihatnya jadi dihalimunankan akan diri rohaniah mereka dari pandangan mata yang penuh berdosa ini… dalam tidak nampak itu setelah saya memperkenalkan diri,… saya bersuara memberikan ajakan dakwah kepadanya agar mengesakan Allah dan mengikut Rasulullah sebagai Rasul terakhir. Saya tidak kenal siapakah rohaniah dihadapan saya …. Seperti biasa begitulah ajakan dakwah untuk mereka yang saya temui di dalam cerita seperti ini.
KEMUNCULAN WAZIR KE TUJUH
Saya cuba bertanya kepada orang dihadapan saya itu: “Siapakah tuan ini..dan mohon di jelaskanlah rupa sebenar tuan agar mudah kita berbicara….” Lalu orang misteri dihadapan berkata ringkas tanpa melayan usul saya:
“Engkau katakanlah kepada pemimpin mu … Aku akan keluar bila tiba masanya nanti atau saat telah datang seruan dari pemimpin kamu jika diperlukan….”
Di dalam hati ini terlintas persoalan yang selama ini tiada noktahnya…..dan terkeluar isi hati berkata –kata sendirian : “Adakah ini orangnya wazir yang ke tujuh yang dirahsiakan identitinya….” ..saya tidak tahu ….dan ini mungkin mainan aqal saya sahaja...itu sahaja kalimat pesanan buat saya agar disampaikan kepada Sang Perabu daripadanya…kalimat yang ringkas tapi padat….lalu sebelum kami berpisah saya cuba juga untuk mencari kepastian adakah orang halimunan dihadapan saya ini bukannya jin dan syaitan ……dengan salah satu jalannya adalah dengan berjabat salam…
TANDA NABI KHIDIR A.S
Sebagai tetamu yang hadir dan akan pergi meninggalkan tuan rumah, makanya saya hulurkan salam sebagai tanda perpisahan…. Tatkala ingin bersalam dengan manusia berohaniah halimunan sperti ini…tanpa terpaksa dia pun menjelaskan sebahagian dirinya yang halimunan itu menyambut jabat tangan saya..…maka terjabatlah salam perpisahan antara kami….terus sahaja isyarat pengetahuan sampai..Siapakah sebenarnya dia….?. sehingga saya terpaksa melalui banyak karenah untuk bertemu dengannya…tentulah sangat istimewa dirinya disisi Tuhan. Dengan rasa bersyukur saya mendapat jawapannya....siapakah orang hebat dihadapan saya ini.... tangan yang saya jabat salamnya sangat lembut seperti tiada genggaman jabat salam yang bertulang,
langsung tiada terasa tulang jari jemarinya…orang tua-tua dahulu kata tanda dia itu nabi Khidir a.s ialah apabila berjabat salam tidak terasa ruas tulang jari jemarinya…..jika tidak silap saya ada tanda hitam (tahi lalat di tapak tangan ibu jarinya) terlintas di dalam hati ini ..ini kah orangnya yang bernama Nabi Khidir a.s.? jika inilah orangnya …mungkinkah orang ini juga wazir yang ke tujuh dalam carian oleh ahli kerohanian di alam nyata….jika beliaulah orangnya….maka saya sangat bersyukur dengan sepenuhnya kepada Allah yang mempertemukan saya dengan seorang nabi yang diberikan pengetahuan yang luar biasa dari sisi ilmu ketuhanan hakikat dan makrifat. Yang tidak terduduk di negeri yang ditetapkan….perantau yang sentiasa membantu manusia mencari jalan pulang kepada tuhannya…serta guru ketuhanan yang mengajar kepada nabi dan waliyuallah…..
Secara umumnya ada 7 benua di dunia ini dan itu bermakna ada 7 wazir yang bersedia bertugas selaku memikul urusan ketuhanan menjaga dan memantau di setiap benua yang mereka diamanahkan antaranya ialah benua:
1. Afrika
4. Antartika
5. Asia
6. Eropah
7. Oceania
Pernah satu ketika Sang Perabu berkata: “wazir-wazir imam mahadi sudah ada dan sentiasa bersiap siaga untuk bertugas…”. Maka di tanya oleh Sang Karut dari manakah mereka itu semua? Dengan menggunakan alat pengesan khas anugerah Gusti Sang Perabu maka di nyatakan kedudukan mereka, di setiap benua ada seorang wazir yang bertugas dan benua Amerika mempunyai dua orang wazir dan ada satu lagi wazir yang tidak dapat dikesan kerana mungkin adalah rahsia tuhan…..mungkinkah yang tidak dapat dikesan itu adalah Nabi Khidir a.s yang sentiasa sahaja memencilkan diri dan hidup terasing nun jauh dari kehidupan manusia biasa….? Waallhualam…..
TERKOYAKNYA PETA SEMENANJUNG EMAS
Setelah pengalaman dimensi itu saya lalui, maka terasa ingin pulang ke pangkuan asal sarung… namun ada lagi sedikit wayang dipertontonkan. Melalui dimensi lain pula… Tiba-tiba saya berada di kawasan yang agak lapang bersama rakan-rakan PK TKAF yang lain. Ketika itu kelihatan kami semua duduk bersama-sama berbincang mengenai hal kerohanian. Kemudian dengan tidak semena-mena hadir terpacul Sang Perabu entah dari mana kepada kami dengan menggenggam sehelai gulungan kertas. Kami pun mendekatinya beramai-ramai lantas dibukakan kertas itu di atas lantai….rupa-rupanya adalah lakaran semenanjung emas!...lalu Sang Perabu pun menyatakan sambil menunjukkan jarinya ke arah peta itu dan berkata:
“Semenanjung emas ini akan musnah bermula dari arah utara, kemudian dari arah selatan, lantas diikuti pula dengan kemusnahan dari sebelah kanan (pantai timur) dan akhirnya dari arah kirinya (pantai barat)”. Itu sahaja kata-katanya ringkas dengan wajahnya agak serius.
Setelah Sang Perabu mempertontonkan kepada kami semua lalu dia mengangkat peta semenanjung emas itu separas muka kami dan terus sahaja dikoyaknya terbelah dua…..lalu diterbalikkannya peta itu ke bawah….tergamam saya dibuatnya.
Di fikiran saya berputar ligat…adakah semenanjung emas ini akan di timpakan bencana kemusnahan samada bencana alam, pergolakan politik, masalah kemanusian atau sebagainya yang jika diikutkan petunjuknya bermula dari negeri yang berada di utara, disusuli pula dengan negeri yang berada di posisi selatan lalu dihimpit sedikit demi sedikit dari arah timur dan barat semenanjung emas….lalu di biarkan begitu sahaja akan keadaannya…apakah mungkin akan berlaku sesuatu bencana yang sangat mencemaskan atau itu hanyalah petanda buruk buat semenanjung emas yang masanya akan tiba sedikit masa lagi..saya pun tidak tahu…kata Sang Peninjau mengakhiri cerita karutnya kepada hamba. Wallahualam
Di fikiran saya berputar ligat…adakah semenanjung emas ini akan di timpakan bencana kemusnahan samada bencana alam, pergolakan politik, masalah kemanusian atau sebagainya yang jika diikutkan petunjuknya bermula dari negeri yang berada di utara, disusuli pula dengan negeri yang berada di posisi selatan lalu dihimpit sedikit demi sedikit dari arah timur dan barat semenanjung emas….lalu di biarkan begitu sahaja akan keadaannya…apakah mungkin akan berlaku sesuatu bencana yang sangat mencemaskan atau itu hanyalah petanda buruk buat semenanjung emas yang masanya akan tiba sedikit masa lagi..saya pun tidak tahu…kata Sang Peninjau mengakhiri cerita karutnya kepada hamba. Wallahualam
No comments:
Post a Comment