PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Wednesday, June 8, 2011

Keajaiban Rahsia Tersembunyi - KAABAH

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)

Harus diingat dan wajib diimani, kedudukan Kaabah di bumi ini (Baitullah) adalah bersejajar dengan Kaabah di langit (Baitul Makmur) iaitu di Sidratul Muntaha. Para Malaikat sentiasa bertawaf tanpa henti. Oleh itu tentu dapat dibayangkan betapa hebatnya "kuasa ritual" yang melimpahi Masjidil Haram di mana terletaknya Kaabah di Kota Makkah itu.

Masih adakah yang ragu?

BUKTI SAINTIFIK KEAJAIBAN RAHSIA TERSEMBUNYI............   
Kaabah adalah Pusat Bumi
Kota Makkah adalah satu-satunya tempat di atas muka bumi ini yang terletak bertepatan Titik Nisbah Emas dari semua sudut dan Kaabah pula berada pada Titik Nisbah Emas di Kota Makkah al Mukarramah.
Ia Bukanlah Satu Kebetulan.


Pemalar Phi Nombor Terhebat MATEMATIK,  1.618

 Simbol Phi
Nisbah ini wujud dalam setiap penciptaan Maha Pencipta, iaitu Tuhan Semesta Alam - Allah swt.

Dalam denyutan Jantung, nisbah aspek spiral DNA, dalam rekaan istimewa alam semesta yang dinamakan dodecehadron. Dalam penyusunan dedaunan tumbuhan yang panggil phylotaxy Dalam kristal disebut snowflakes Dalam struktur spiral pelbagai Galaksi Pencipta sering menggunakan ratio yang sama. Nombor Nisbah Emas iaitu 1.168
"You will see scientific proofs of unbelievable mysteries that have remained hidden in the Holy City of Mecca for thousand of years with your own eyes. Mecca is willed as direction of kowtow, convention place for billions of Muslims and as the holy center of Islam. Those Muslims, who can afford, are prescribed to arrive go on a journey through Kaaba, Muzdalifah and Arafah and to convene in the sacred city.
Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…" rujukan ibitians.com
Nisbah Jarak antara Makkah dan Kutub Utara (di bahagi) Jarak antara Makkah dengan Kutub Selatan ialah 1.618......  


12348.32 di bahagi 7631.68 = 1.618034299132039679.......    

Titik nisbah emas (Number of Golden Ratio) di bumi, menurut penentuan biasa lokasi  yang digunakan dalam peta - latitud menunjukkan titik itu adalah Kota Makkah  di mana Kaabah berada.

Jelaslah sekarang kepada kita kenapa Allah memilih Makkah sebagai tapak pembinaan Kaabah dan penemuan tersebut mengesahkan bahawa Islam adalah agama yang benar, tanpa sebarang keraguan. Walaupun musuh Islam cuba menafikan kebenaran Islam dengan berbagai cara, akhirnya terbukti melalui ahli sains barat - matematik (bukan Islam) yang menemui formula ini.  *
 Phidias 450 BC 

Acharya Hemachandra 1132 AD

Leonardo Fibonacci 1202 AD

Michael Moestlin 1597 AD

Secara tidak langsung mereka telah membantu kita mendapatkan input terbaik untuk menolak dakwaan musuh Islam yang membenci agama Allah ini.  Apa kata Zionis? Apa pendapat pendakwah kristian terhadap bukti ini, bagaimanakah mereka hendak menafikannya?. Bukti kebesaran Allah swt semakin jelas walaupun dari sudud mana sekalipun termasuk ilmu sains yang selama ini dunia Barat agung-agungkan. Mereka sibuk melihat keajaiban ini tetapi tidak bertemu fakta kebenaran Islam.Tidak mustahil juga ada yang menemuinya dan terbuka hati dengan rela menerima Islam. Semua itu atas keizinan Allah jua.

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-MukarramahBahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Dalam klip video di bawah, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.
Keunikan Manusia
Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama  Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.

Dimanakah Titik Nisbah Keemasan Di Bumi?
Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah danKutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..
Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam danMetametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T… http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/24/

JIKA MEREKA TAHU RAHSIA INI

DAN MENGHAKIMINYA DENGAN KEWARASAN FIKIRAN... PASTI "SALIB" AKAN PATAH DENGAN SENDIRINYA.

Semua ilmu didunia ini adalah kepunyaan Allah yang diberikan khas pada manusia melalui intipati Al-Quran. Syaitan sangat bercita-cita menjahilkan semua manusia agar mudah disesatkan olehnya.
The golden ratio, also known as the divine proportion, golden mean, or golden section, is a number often encountered when taking the ratios of distances in simple geometric figures such as the pentagonpentagramdecagon and dodecahedron. It is denoted phi, or sometimes tau. 
The designations "phi" (for the golden ratio conjugate 1/phi) and "Phi" (for the larger quantity phi) are sometimes also used (Knott), although this usage is not necessarily recommended.
Bawa berfikir dengan tenang dan cubalah mencari jawapan yang tersembunyi dari penemuan ini.  Ini cuma sekelumit ilmu yang telah Allah Taala kurniakan dan mengizinkan kepada manusia untuk mengetahuinya. Walaupun begitu ia kelihatan tersangat hebat dan tentunya ia milik Maha Pencipta. Di bawah ini tulisan sahabat saya SHAHi (kini menetap di Luar Negara), Artikel beliau telah di siarkan dalam blog Umat Terakhir (telah terpadam).

Terima kasih SHAhi.


Nisbah Kesempurnaan Penciptaan


HARTA yang tertimbus di bawah runtuhan Istana Sulaiman sangat berharga untuk dimiliki manusia untuk mencipta kemajuan. Di bawah runtuhan itu, terkandung artifak-artifak berupa teks-teks yang tertulis pengetahuan-pengetahuan berharga. Namun, apakah pengetahuan itu yang membawa kepada perubahan tamadun moden yang sangat menjadi-jadi di Eropah dan dunia Barat?

(Mungkin) Pengetahuan inilah yang membolehkan orang Barat (selepas menemui koleksi pengetahuan kemajuan tamadun zaman Nabi Sulaiman) mencipta teknologi kerana setiap ciptaan (teknologi atau perubatan atau sebagainya) perlu tepat dan mematuhi hukum rumus dalam pengetahuan ini. Jika gagal mematuhi rumus ini dalam setiap ciptaan, maka ia (mungkin) tidak akan sempurna atau berfungsi dengan baik.

Di sini, salah satu pengetahuan itu akan dibuka kepada anda tanpa sebarang yuran atau bayaran. Pengetahuan yang juga ilmu Allah itu dikembangkan dalam rumus matematik yang sangat mudah untuk diselarikan dengan kegunaan-kegunaan saintifik, seni bina (terutama binaan jenis Masonic arkitektur) serta menentukan titik-titik mistik di seluruh permukaan bumi bagi menjana tenaga mistik.

Semoga pengetahuan yang dikongsi ini akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. Jangan pula disalah guna, tidak dihalalkan pengetahuan ini jika mahu disalah guna di jalan yang bathil. 

Ia adalah rumus matematik seperti di bawah:


File:Golden ratio line.svg

 \frac{a+b}{a} = \frac{a}{b} \equiv \varphi\,. 


\varphi = \frac{1+\sqrt{5}}{2} = 1.61803\,39887\ldots\,


Dalam rumus mudah, ukuran yang lebih panjang ditanda sebagai variable R (huruf besar), manakala ukuran yang lebih pendek ditanda sebagai variable r (huruf kecil). Manakala G adalah jawapan tetap yang tidak bersandar

R/r:G = 1.618


Melalui rumus ini, kita akan melihat kebesaran Allah yang memiliki segala ilmu dalam mencipta setiap kejadian dengan sempurna. Ia adalah rumus matematik yang menentukan setiap ciptaan berada pada nisbah paling sempurna seperti kehendak-Nya (selebihnya, hanya Allah Maha Pencipta yang lebih mengetahui). Nisbah yang juga berada pada setiap unsur dalam tubuh kita sendiri, juga berada pada titik tengah bumi iaitu Kaabah, juga berada di segenap galaksi raya, juga berada pada setiap kedudukan bintang-bintang dan planet-planet. Ia adalah angka unik yang berada pada setiap jasad makhluk ciptaan-Nya bagi menunjukkan kebesaran-Nya supaya kita menjadi makhluk yang mahu memikirkan kekuasaan-Nya serta sentiasa memuji-muji dan mensyukuri nikmat-Nya.

Sebelum pandang yang jauh-jauh, adalah lebih baik memandang tubuh kita sendiri. Setiap ukuran tubuh kita jika dihitung dengan rumus matematik itu, ia akan memberi satu jawapan iaitu 1.618 dan ia adalah kiraan ukuran yang ada dalam setiap kejadian makhluk, tidak hanya kepada kejadian manusia.


Sila kekalkan dalam ingatan terhadap rumus ini pada sepanjang anda membaca artikel ini, ukuran lebih panjang ditanda R dan ukuran lebih pendek ditandar. Jawapan selepas dibahagi R kepada r pula ialah G.


Untuk mengira salah satu daripadanya, kita ambil ukuran ketinggian dari dagu hingga bibir bawah dan kita letakkan ia sebagai pemboleh-ubah (variable) R. Manakala ukuran dari bibir atas hingga bawah hidung pula sebagai variable r. Kemudian, mulakan pengiraan mudah dengan R dibahagikan dengan r untuk mendapatkan nilai G yang tidak pernah berubah iaitu 1.618. Angka ini bukan hanya terletak antara dagu dengan hidung, malah tulang rangka yang menghubung sendi-sendi, titik antara hujung jari-pergelangan tangan-siku juga mempunyai nilai titik yang sama, titik ukuran hasta hingga leher juga sama. Angka itulah yang menjadi titik tengah dalam setiap kesempurnaan makhluk ciptaan-Nya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts