PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, June 19, 2011

Peta-peta lama dari Indonesia 3


Kita meneruskan lagi perbincangan dengan fokus kepada Kerajaan Melaka. Anehnya di dalam Atlas Sedjarah oleh Prof Muhammad Yamin ini, perkataan Melaka hanya muncul di Peta di bawah iaitu peta Perkembangan Islam dan datangnya orang Barat.



Di peta di atas, nampak seperti orang Melayu ketika ini sudah mula berpecah kepada suku kaum yang banyak. Mungkinkah perpecahan ini adalah hasutan atau pengaruh dari pihak lain? Umat Islam yang berpecah sudah tentu akan menjadi lebih lemah.

Peta di atas jelas menunjukkan
Sultanat Melaka adalah seluruh Semenanjung Malaysia tetapi yang di tawan oleh Portugis dan Belanda hanya Negeri Melaka yang kecil itu sahaja.

Mengapakah orang Eropah tiba-tiba berminat untuk menjajah Nusantara ini? Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, mari kita lihat peta Eropah itu sendiri.

Pada Abad ke 9, Empayar Islam bukan sahaja telah menjajah Sepanyol dan Portugis, tetapi sudah mula menghampiri kota suci penganut Kristian iaitu Rome di Italy (lihat anak panah pertebaran pemelok Islam). Sudah tentu penganut Kristian cukup tercabar dengan keadaan ini. Jerusalem, Kota Suci orang Yahudi dan Kristian juga berada di bawah pemerintahan Khalifah Abbasiyah.

Ini ialah keadaan Eropah pada kira-kira Abad ke-12. Nampak seperti mereka telah berjaya mengusir Islam dari Portugal tetapi sebahagian Sepanyol masih berada di bawah jajahan Islam; Daerah Almohad(1147-1269M).

Pada abad ke 17, Sepanyol dan Portugis sudah bebas dari penjajahan Islam sepenuhnya.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Selatan. Penaklukan Empayar Islam menuju ke Selatan nampak seperti berlaku pada masa yang sama dengan pengunduran mereka dari bumi Eropah iaitu pada Abad ke 12. Ia bermula dengan Sultanat Delhi yang muncul di Utara India dan terus ke Timur mengikut aliran sungai Ganges. Dari sana, Islam terus berkembang ke Nusantara.



Kemudian India berada di bawah jajahan 1 lagi empayar Islam yang kuat iaitu Empayar Mughul.

Pada Abad ke-17, Kerajaan Mughul sudah menakluki hampir keseluruhan Benua India kecuali India Selatan. Orang Eropah(bukan Islam) memulakan misi penyingkiran Islam di Selatan dengan menakluk pelabuhan-pelabuhan strategik bagi penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Sukhotai ketika ini berselindung di sebalik nama 'Siam'.

Pada abad ke-18, British mula menjajah India bermula dengan 2 kawasan yang menjadi pelabuhan terpenting bagi penyebaran Islam ke Nusantara iaitu Sirkar Utara yang dahulunya bernama Kalingga dan Benggala, iaitu muara Sungai Ganges.

Orang
Kalingga(Kelinggi) menyebarkan agama Islam kepada saudara-mara jauh mereka iaitu jaringan perdagangan mereka yang berada di Acheh, Jawa dan juga bandar pelabuhan seperti P.Pinang dan Melaka. Pada masa dahulu, mereka dipanggil 'Keling' tetapi kini bergelar 'Mamak' mungkin kerana sudah ramai orang India Malaysia yang berasal dari tempat lain sudah mula menganut agama Islam. Mungkin ramai yang hairan mengapa orang India di Malaysia berasa marah jika dipanggil Keling. Ini kerana 'Keling' adalah nama bagi orang India Islam. Dari sini jelaslah bahawa orang India bukan Islam yang berada di Malaysia bukanlah datang dari Kalingga/Kelinggi.

Dari peta di atas, satu lagi tempat yang dijajah British ialah kawasan Madras di India Selatan. Jika British benar-benar berniat baik terhadap Islam di Malaysia, mengapa mereka tidak membawa masuk orang
India Islam di dua tempat paling besar dijajah mereka(Sirkar Utara dan Benggala) untuk bekerja di ladang-ladang getah atas alasan meningkatkan ekonomi? Sebaliknya mereka memilih India Tamil dari Madras yang beragama Hindu.

Dalam lebih kurang 200 tahun penjajahan mereka di Malaysia iaitu dari abad ke 18 hingga abad ke 20, British telah menjalankan berbagai tipu muslihat untuk melemahkan Islam. Ini dibantu pula oleh Thai yang beragama Buddha di Utara. Di Indonesia, tugas ini dijalankan oleh Belanda yang juga beragama Kristian. Di Filipina tugas yang sama dijalankan oleh Sepanyol.

Benteng pertahanan Islam di Utara bagi mempertahankan agama Buddha dari Thai iaitu Pattani dan Kedah juga pecah kerana perjanjian antara kafir Thai dan kafir British membahagikan sempadan Utara dengan
Thai mengambil Pattani dan British mengambil Kedah. Masing-masing mempunyai motif sendiri; Thai mahu British menghapuskan kesan-kesan yang menunjukkan Kerajaan Kedah lebih tua dari mereka dan British ingin melemahkan pengaruh Islam di rantau ini.

Selain itu, dalam serangan
'musuh bisik' pada tahun (1821-1842), James Low sendiri mengakui telah mendapat arahan dari Raja Thai, Raja Rama V dari Bangkok supaya semua naskah Hikayat Merong Mahawangsa dikumpul dan dibakar habis-habisan atas alasan Hikayat ini mendakwa Kedah lebih dulu wujudnya daripada Thailand.
Selain itu, murid-murid yang berada di sekolah khas 'Special Malay' tidak diajar langsung tentang Hikayat Merong Mahawangsa sedangkan mereka itulah kemudiannya memegang jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan.


Mungkin telah ada perjanjian di antara British dan Thai supaya British menyembunyikan lokasi Langkasuka. Ini kerana dari pengamatan saya, kesemua candi-candi yang telah didedahkan berada di
Selatan Gunung Jerai sedangkan lokasi Langkasuka dinyatakan dengan jelas pada Bab 6; Permulaan Negeri Kedah m.s 36; "Sa-bermula maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahawangsa membuat negeri ka-timor Pulau Seri itu..."

Kelihatan seperti mereka sengaja mendedahkan candi untuk menonjolkan seolah-olah di situ hanya terdapat candi-candi Hindu penduduk tamil yang ketika itu memang ramai di sekitar Gunung Jerai kerana bekerja di ladang-ladang getah. Hanya Dr. H.A. Lamb sahaja yang memberi pandangan yang berbeza apabila beliau mengakskavasi Candi Bukit Batu Pahat.
Ini ialah pandangan beliau yang dipetik dari buku 'Lembah Bujang - entrepot Kedah terbilang' yang diterbit oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, 1980.



Di sini saya ingin tekankan tentang
'abu-abu Raja-raja tempatan yang mangkat' disimpan dalam cepu
Kesemua raja yang mangkat sebelum Sultan Mudzafal Shah, kemangkatan mereka diceritakan begini;

Bagi Raja Merong Mahapudisat; "Maka oleh
seperti yang disebut oleh Dr Lamb. Kita lihat kembali HMM; anakanda baginda dengan menteri hulubalangnya di-simpankan dengan sepertinya mengikut adat raja yang besar2." m.s.54.

Bagi Raja Seri Mahawangsa; "Maka
di-simpankan oleh anakanda baginda itu dengan segala menteri hulubalangnya menurut istiadat kadim raja besar2." m.s.60.

Begitulah cara penceritaan oleh 'Fakir' tentang kematian raja-raja tetapi bagi Sultan Mudzafal Shah yang telah menganut agama Islam, ayatnya seperti berikut;
"Maka
di-kuborkan jenazah ayahanda baginda itu serta memberi kurnia sedekah akan segala fakir miskin." m.s.163.

Oleh itu, ada baiknya orang Kedah sekarang tidak lagi mengguna perkataan
'simpan' untuk maksud 'kuburkan' kerana ia membawa maksud yang lain.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts