PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Friday, June 17, 2011

Peta-peta lama dari Indonesia 2

Sebelum meneruskan perbincangan berdasarkan peta-peta dari Indonesia ini, ada baiknya kita melihat asal-usul nama Indonesia itu sendiri. Nama Negara Indonesia bermula pada Abad ke-18 iaitu selepas Negara Indonesia dijajah oleh Belanda. Ia adalah percantuman perkataan Latin 'Indus' bermaksud 'India' dan perkataan Greek 'nesos' bermaksud 'pulau'

Oleh itu nama Indonesia yang digunakan sebelum penjajahan tersebut dalam peta-peta ini bukanlah bermaksud Negara Indonesia. Sebaliknya ia bermaksud negara-negara di Nusantara (Malay Archipelago) termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dll. Nama Malaysia pula mula diguna semasa penjajahan British dan nama Filipina semasa penjajahan Sepanyol. Sempadan antara Malaysia dan Thailand pula adalah perjanjian antara penjajah British dan Sukothai. 


Walaupun Para Sarjana berbeza pendapat(seperti ditulis di kanan peta), mereka tetap menanda Langkasuka di peta ini. Ini mengesahkan Langkasuka telah wujud sebelum tumbuhnya Sriwijaya. Kedah dan Kelantan sudah ditanda di atas peta. Semenanjung Malaysia ketika ini dipanggil Semenanjung Kencana(emas dlm Bahasa Sanskrit).

Untuk mengetahui tentang zaman ini, mari kita lihat buku;
 'A record of The Buddhist Religion as practised in India and The Malay Archipelago (A. D. 671-695)' by
I-TSING. Translated by J. Takakusu B.A., Ph D. May,1966. Copyright 1966 by Munshiram Manoharlal originally published in 1896 by the Clarendon Press, London. I-Tsing ialah seorang pelayar dari China dan dipersetujui oleh sejarawan dunia bahawa I-Tsing telah menulis rekod ini pada 671-695 Masehi.

Di bawah tajuk General Introduction, Notes on Geographical Names, 11 tempat disenaraikan bawah tajuk 'The Islands of the Southern Sea'. Ia dimula dengan
Po-lu-shi (Pulushih) sebagai tempat paling Barat. Nampak seperti penulis kurang pasti kedudukan tempat ini.

Sesuatu tempat itu mungkin ditulis dengan nama yang sedikit berbeza bunyinya mengikut loghat pentutur dan juga keterbatasan huruf di dalam sesuatu bentuk tulisan berbanding tulisan yang lain.
Jika kita andaikan
Pulu sebagai 'Pulau', kemudian samakan perkataan Sribhoga dengan Shih-li-fo-shih, maka kita akan dapat bunyi Shih sebagai 'Sri'. Jika dicantum jadilah ia 'Pulau Sri' yang telah diceritakan dalam HMM namanya ditukar ke Gunung Jerai.

Ini diperkukuhkan lagi dalam mukasurat berikutnya (lihat ayat bergaris merah);

Ayat bergaris merah di atas sesuai sekali dengan HMM Bab 6, Permulaan Negeri Kedah m.s 36;
"Sa-bermula maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahawangsa
membuat negeri ka-timor Pulau Seri itu..."
I-Tsing juga menerangkan beberapa kali bahawa
'Moloyu kemudian bertukar menjadi Sribhoga'. Ini menunjukkan Kedah Tua pada masa itu lebih dikenali sebagai Melayu sahaja sebelum dikenali pula sebagai Sribhoga(Sriwijaya, Shih-li-fo-shih, Sarbaza, San-bo-tsai, San-fo-ch'i, San-fo-tsi, San-fo-qi). Penceritaan I-Tsing tentang pertukaran nama ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda adanya pertelingkahan atau peperangan. Jika ada, sudah tentu diceritakannya sebab beliau dikatakan berada di Sribhoga/Moloyu ketika itu atau sejurus selepas pertukaran tersebut. Ini sedikit sebanyak mencadangkan Sriwijaya mungkin sebagai penyatuan negara-negara bangsa Melayu Nusantara yang menganut agama yang sama.

Walaupun I-Tsing menyebut tentang agama Buddha, mereka mungkin juga menganut agama samawi(monotheism) kerana semasa Buddha masih hidup, penganut agamanya
tidak menyembah berhala. Hanya selepas kematiannya barulah berhala Buddha mula dibina dan disembah. Maka mungkin terdapat 2 pecahan penganut Buddha ketika itu.

Cerita tentang bermulanya penganut Buddha menyembah berhala diceritakan pada permulaan epik Sri Lanka yang dinamakan 'Mahavamsa'. Para peneliti barat sering menyebut HMM meniru cerita dari Mahavamsa ini sedangkan
HMM ialah cerita tentang bagaimana dan mengapa Raja Kedah dan rakyat Kedah memeluk Islam tetapi Mahavamsa menerangkan tentang sejarah Raja-raja Ceylon (yang kini dinamakan Sri Lanka atas sebab yang tidak diketahui). Tentu sekali mereka mempunyai sedikit sebanyak persamaan kerana keturunan mereka adalah sama dan datang dari tempat yang sama (bukan India Selatan). Saya akan ceritakan hal ini sebagai kejutan terakhir kelak. InsyaAllah.

Perlu ditekankan di sini, walaupun Gunung Jerai masih bernama Pulau Seri ketika itu, I-Tsing menyebut Lankasu(Kamalanka) termasuk dalam Negara-negara 'Further India or Indo-China'. Ini membuktikan Langkasuka telah berada di Siam. Oleh itu, semasa I-Tsing berada di Sribhoga, Raja yang berada di Kedah ketika itu bukanlah Merong Mahawangsa. Raja tersebut mungkin era Raja Seri Mahawangsa atau lebih kemudian.

Fakta 9 menyebut I-Tsing menggelar Sribhoga sebagai 'Chin-chou' iaitu Pulau emas. Ini sesuai sekali dengan peta-peta dalam Atlas Sedjarah yang menandakan Semenanjung Malaysia sebagai 'Semenanjung Kencana'.

I-Tsing juga menyebut tentang pemberian
'bunga teratai emas'. Ini sinonim dengan cerita HMM tentang pemberian 'bunga emas'.(Bab 8,m.s 56)
Dalam HMM, batang teratai merupakan sesuatu yang penting kerana ia digunakan untuk latihan bertikam senjata;
Bab 7, m.s. 46 - "...disurohnya bermain2 senjata di-atas kuda bertikam
batang teratai dan melarikan kudanya. Maka terlalulah ramainya ia bertiga saudara itu serta dengan kundangnya masing2 berlajar bertikamkan batang teratai.....Maka selang tiga hari sa-kali keluar belajar bermain senjata..."
Dari sini, bolehlah dibayangkan betapa banyaknya pokok teratai ditanam untuk kegunaan anak-anak Raja belajar bermain senjata. Tentu sekalilah banyak bunga teratai menghiasi Kedah ketika itu.

Satu perkara lagi yang perlu diketengahkan ialah tentang Ceylon(Sri Lanka). Penulis buku ini menyatakan tentang kekurangan bukti dari rekod I-Tsing yang menunjukkan beliau pernah melawat Ceylon. Lihat 2 ayat bergaris merah di bawah;

Selain itu, antara 83 peta yang terdapat dalam ATLAS SEDJARAH dari Indonesia, Pulau ini ditulis/ditanda pada 25 peta.
Kesemua peta ini tidak menamakan Pulau tersebut sebagai 'Sri Lanka'. Sebaliknya 22 daripada 25 peta ini bertanda 'Sailan'. 2 ditanda sebagai Simhaladvipa dan 1 ditanda Tamraparni.
Lanka bermaksud 'Pulau' dalam Bahasa Sanskrit(ada banyak maksud). Sri Lanka dikatakan nama yang digunakan oleh orang Simhala untuk Ceylon. Penggunaan nama Sri Lanka untuk Ceylon yang hanya bermula pada tahun 1972 seolah-olah mahu menerima Pulau Sailan(Ceylon) sebagai Pulau Seri. Ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.
'Langkasuka' yang diandaikan bermaksud 'Pulau Asoka' lebih tidak masuk akal kerana Langkasuka bukan pulau. Langkapuri ialah sebuah pulau yang disahkan oleh James F. Augustin sebagai Langkawi dalam artikelnya 'Cerita Dongeng Burung Garuda'. Secara tidak langsung, James juga mengesahkan Burung Garuda tinggal di Pulau Langkawi dan peperangan Sri Rama Vishnu dan Hanuman juga berlaku di Pulau Langkawi. Apa yang tidak benar ialah James cuba kaitkan peperangan itu dengan perang Pyrrhic yang berlaku pada Abad ke 2 Sebelum Masehi sedangkan penganut Agama Hindu sendiri percaya peperangan itu berlaku lebih kurang pada Abad ke 30 Sebelum Masihi.

Kewujudan Sailendra yang dikatakan menganut agama Buddha mungkin disebabkan perbezaan fahaman dengan Sriwijaya seperti yang telah saya terangkan tadi.

Nampak seperti pada sekitar 929-1235, Sriwijaya masih lagi dipimpin oleh Raja beragama lain dari Hindu kerana Chola dan Airlangga menyerang Sriwijaya. Kedua-duanya menganut Agama Hindu.

Saya mengulangi peta ini untuk menunjukkan peta Semenanjung Malaysia selepas serangan Chola dan Airlangga. Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang masih berada di atas peta. Sriwijaya yang kelihatan seperti hanya berada di persisiran pantai, mungkin telah menganut agama Hindu yang dibawa oleh Chola kerana mereka hanya di bawah pengaruh Chola, bukan dijajah oleh Chola.

Salasilah Keturunan Sultan Kedah yang telah menganut Agama Islam telah dipersetujui semua sebagai bermula pada 1136 Masehi iaitu lebih kurang 100 tahun selepas serangan Chola.

Kewujudan batu nisan Pendakwah Islam yang bertarikh 972 Masehi mencadangkan terdapat beberapa orang rakyat Kedah yang telah memeluk Islam sebelum serangan Chola lagi iaitu mereka yang mengkafankan, mengkebumikan, membuat nisan dan menjaga kubur ini. Pengislaman mereka mungkin disembunyikan dari pengetahuan Raja kerana pada ketika itu Raja masih belum menganut agama Islam.
WAllahua'lam.

Perbincangan ini akan bersambung lagi di pos Peta-peta lama dari Indonesia-3. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts