PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Tuesday, August 2, 2011

Jeneral Mahdi and the Last Generation Army

Apabila berbicara mengenai Dajjal Laknatullah, kita tidak boleh lari dari satu lagi rahsia akhir zaman yang dinyatakan Rasulullah SAW sejak dahulu lagi. Rahsia itu ialah berkenaan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah yang dikenali sebagai Imam Mahdi.
Munculnya Imam Mahdi menandakan tibanya era akhir zaman. Manakala era akhir zaman itu disusuli tanda peperangan-peperangan besar yang berlaku di atas muka bumi ini. Ia persoalan yang tidak dapat dielakkan.
Dari pelbagai teori, analisis dan kajian yang didapati daripada buku-buku di pasaran, kita telah pun diberikan ilmu oleh penulis-penulis ini tentang kewujudan Imam Mahdi dan tindak-tanduknya.
Di sini, khusus di dalam blog ini sahaja, kami akan memperkenalkan satu kajian, analisis berdasarkan hadith-hadith berkaitan Imam Mahdi. Teori baru tentang Imam Mahdi kami timbulkan kerana  mendapati ada perkara-perkara penting yang ditinggalkan oleh kebanyakan penulis-penulis buku di luar sana.
Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji berkata;
“Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir.”
(Kitab Al-Iza’ah limakan wayakunu baina Yadais-sa’ah, halaman 113)
InsyaAllah teori ini akan dibentangkan apabila kami diizinkan berbuat demikian.  Dengan lafaz bismillahir rahmanirrahim kami mulakan teori ini dengan nama …

“Jeneral Mahdi dan Tentera Generasi Terakhir”

Berikut cuma sekadar hipotesis penulis hasil pengamatan semasa, penelitian & pembacaan…
1. Umat Islam adalah umat akhir zaman begitu juga nabinya iaitu Nabi Muhammad saw merupakan nabi akhir zaman
2. Israiliyyat berpendapat (ditawaqufkan) usia umat Islam atau lebih tepat usia akhir zaman adalah 1500 tahun (berdasarkan Hijriyah bukan Greogorian/Masihi) iaitu dari kurun ke-6 hingga kurun ke-21
3. Maknanya, berkemungkinan kurun ke-21 adalah kurun terakhir umat manusia di dunia
4. Untuk tempoh 15 abad akhir zaman, fasa kehidupan umat manusia dan khususnya untuk umat Islam adalah spt berikut:
a. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa hayat Nabi Muhammad SAW
b. Zaman Khulafa Rasyidin : Iaitu semasa era Saidina Abu Bakr, S.Umar, S.Uthman dan S. Ali
c. Zaman Monarki/Diktator : Iaitu dari zaman Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan moden
d. Zaman Khalifah Rasyidin : Kembali semula kepada “Zaman yang Terpimpin” dibawah Imam al-Mahdi
e. Zaman Nubuwwah : Iaitu semasa kedatangan Nabi Isa AS yg membawa kelangsungan dakwah agama Islam
5. Secara berperingkat:
a. Sebelum kiamat berlaku, akan terjadi fenomena2 alam yang dahsyat seperti tiupan sangkakala, matahari terbit dari barat,muncul Ya’juj & Ma’juj
b. Sebelum terjadinya fenomena2 awal kiamat tersebut, turunnya Nabi Isa AS memakmurkan bumi dengan agama Islam
c. Sebelum turunnya Nabi Isa AS, munculnya Dajjal
d. Sebelum munculnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi memimpin umat Islam
e. Sebelum munculnya Imam Mahdi, keluarnya Pembawa Panji-Panji Hitam (Bani Tamim) dari Timur
f. Sebelum munculnya Pemuda Bani Tamim, berlaku suatu peperangan awal yang membawa kepada penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam
6. Sekadar hipotesis:
a. 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
b. 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
c. 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
d. 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
e. 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat
f. 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden)
7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.
8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.
9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene.
11. Peperangan mesti berlaku. Sasaran negara mangsa mengikut turutan:
a. 1)Korea Utara, 2)Lubnan(Hezbollah), 3)Syria, 4)Mesir, 5)Iran.
b. Kenapa Korea Utara(KU)? Kerana KU terletak paling Timur dan mempunyai potensi besar menyemarakkan api (huru-hara) dari Timur. Tambahan, KU terletak berhampiran dengan China & Rusia dan dekat juga dengan Nusantara. Menguasai KU, bermakna AS/Israel dapat mengawal China & Rusia dengan lebih dekat lagi sekaligus mengukuhkan penguasaan terhadap Asia Timur termasuk Asia Tenggara. Walaupun telah menempatkan tenteranya di Korea Selatan dan Jepun, penjajahan keatas KU membolehkan AS/Israel berkuasa mutlak dinegara tersebut berbanding keatas KS dan Jepun serta negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Singapura dan Filipina.
c. Penguasaan terhadap KU seperti yang berlaku terhadap Iraq dan Afghanistan, membolehkan AS/Israel mengepung kebangkitan dunia Islam. Israel dan Iraq di Asia Barat, Afghanistan di Asia Tengah & Selatan dan KU di Asia Timur.
d. Perang keatas Lubnan/Syria/Mesir adalah atas Misi Israel Raya iaitu menguasai jajahan dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates
e. Perang keatas Iran, zahirnya mungkin tapi tersiratnya mustahil
f. Dari peperangan yang berlaku, tidak mustahil menjadi penyebab kepada tercetusnya kezaliman yang lebih parah keatas umat Islam secara tidak langsung
12. Dajjal dan umat Islam:
a. Ulama itu pewaris nabi. Siapa mereka? Mereka adalah ulama yang mencapai makam dan darjat TAKUTKAN ALLAH. Mereka adalah para wali Allah. Semua wali adalah ulama tapi bukan semuanya ulama adalah wali Allah. Merekalah yang membimbing umat Islam di akhir zaman selepas kewafatan Nabi SAW.
b. Illuminati dan Dajjal adalah underground Yahudi, sungguhnya gerakan tarekat muktabarah dan para Wali Allah adalah penggerak underground untuk umat Islam
c. Fitnah-fitnah Dajjal menyerang umat Islam dari semua penjuru termasuk menggunakan umat Islam sendiri sebagai agen dan berusaha menghalang kebangkitan Islam yang akan dimulai oleh Pembawa Panji Hitam kemudian Imam al-Mahdi. Sungguhnya para Wali Allah lagi arif mengatasi serangan Dajjal dalam memastikan kalimah taqwa sampai dihati setiap umat Islam
d. Kebijakan dan geniusnya Dajjal berdasarkan akal, sungguhnya kearifan para wali Allah berbekalkan mata hati yang dilimpahi nur Ilahi
e. Secara zahirnya diakhir zaman, kebijakan Dajjal dan pengikutnya dizahirkan dalam pakaian “Canggih, Moden, Hebat, Gah”, sungguhnya kearifan para wali Allah dan insan-insan beriman yang akan memerangi Dajjal kelak zahir dalam bentuk “Zuhud, Sederhana, Faqir”
f. Dajjal bijak menyembunyikan diri sehingga masa yang ditetapkan sampai dan Dajjal berusaha menghapuskan Ahlul Bait yang berpotensi menjadi Imam Mahdi, sungguhnya Imam Mahdi akan lahir dalam nasab ahlul bait yang tersembunyi (The Hidden Golden Chain) dan sehingga menunggu ditaklifkan dalam satu malam oleh Allah, Imam al-Mahdi akan membesar terpelihara kerana berada dalam penjagaan Allah melalui para WaliNya
g. Kebangkitan Islam akhir zaman pasti datang daripada bangsa A’jam dari Timur. Dari bangsa inilah lahirnya Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi.
h. Terdapat pelbagai riwayat bertulis seperti melalui hadis tentang Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi. Terdapat juga riwayat yang datang bersumber daripada pandangan para ulama
i. Penulis berpendapat,
• Pembawa Panji Hitam dan Imam al-Mahdi adalah dua pemuda yang datang daripada nasab Rasulullah SAW melalui Saidina Hassan dan S.Hussin iaitu Ahlul Bait yang tersembunyi keturunan dan susur galurnya. Moyang mereka adalah daripada para syarif/ahlul bait yang datang daripada Haramain berhijrah ke Timur iaitu Nusantara untuk menyebar dakwah Islam
• Kedua-duanya adalah ahlul bait yang masih berdarah Quraisy cuma telah berubah sifat luarannya menjadi A’jam
• Kedua-duanya dilahirkan kemudian membesar tetapi dalam penjagaan Allah melalui para waliNya
• Bahkan, diri mereka sendiri tidak mengetahui dan mengenali diri mereka sehingga ke suatu masa yang ditetapkan
• Maka, mereka tidak sesekali mengisytiharkan diri mereka sendiri tetapi orang ramai lah yang akan membaiah mereka sebagai pemimpin umat Islam
• Kedua-duanya hidup dalam kesusahan dan fitnah dunia tetapi dijanjikan Allah dengan kehidupan akhirat yang bahagia
• Pembawa Panji Hitam adalah pembantu Imam al-Mahdi seperti mana Nabi Harun terhadap Nabi Musa, seperti Abu bakar terhadap Rasulullah SAW dan sepertimana Saidina Hussin dan Saidina Hassan
• Mereka akan membangkitkan Islam untuk tempoh masa yang menyamai masa zaman khulafa Rasyidin iaitu selama 30 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa AS
• Pembawa Panji Hitam akan muncul terlebih dahulu sebelum munculnya Imam al-Mahdi
13. Apa yang telah disampaikan, sekadar pandangan penulis. Akhir kalam, sama-samalah kita kuatkan fizikal dan kerohanian khususnya para pemuda-pemudi Islam. Kuatkan “Islam,Iman,Ihsan” dihati sanubari bagi mendapatkan taqwa kpd Allah. Dapatkan Mursyid yang arif untuk membimbing diri.
14. Ingat! Hanya Muslim yang benar iman & taqwanya sahaja yang dapat membela Islam dan mengharungi fitnah akhir zaman
15. Insan-insan yang beriman di akhir zaman inilah pembela dan menjadi tapak bangkitnya Islam dan zahirnya Imam al-Mahdi
16. Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali. Wallah a’lam

“namanya SEPERTI namaku dan nama bapanya SEPERTI nama bapaku”
beginilah bunyi hadis Nabi Muhammad saw kalau sy xsalah..
Nabi Muhammad saw tidak mengatakan “namanya SAMA dengan namaku,dan nama ayahnya SAMA dengan nama ayahku..”
perkataan BIN pula sering digunakan oleh umat islam di nusantara tidak pula oleh umat islam di timur tengah..begitu juga ketika zaman Rasulullah..
sy menyarankan pemilik blog mengkaji lebih dalam mengenai Syuaib bin Salleh (pembawa panji hitam dari keturunan Bani Tamim dan antara pemimpin awal yg akan bersama Mahdi melalui tentera seramai 314 org). Adapun name syuaib bin saleh itu dikatakan bukanlah nama sebenarnya tetapi lebih merujuk kepada keperibadian dan keturunannya..
kebanyakan ulama sepakat mereka (bani tamim) dan juga syuaib bin saleh ini akan bangkit dari Malaysia atau Indonesia..

Itulah ciri2 sebenar orang yang dimaksudkan Rasulullah SAW. Kata orang melayu bagai “melukut ditepi gantang”. Tiada siapa yang akan ambil pusing samaada ia hadir atau tidak.
Iman Mahadi dan para sahabatnya umpama orang fakir dan hina pada pandangan masyarakat tetapi mereka amat mulia di sisi Allah. Zuhud, alim, bijak, dan taqwa… semua sifatyang ada pada seorang wali Allah ada pada mereka. Tetapi tiada manusia mengetahuinya kerana mereka merahsiakan ketaqwaan mereka itu kerana takut mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka tidak menunjuk2 untuk dikenali dan disanjung seperti sebahagian besar umat di masa ini.
Mereka orang yang terpelihara bukanlah seperti yang kita sangka hebat seperti lepasan U atau oversea, bukan seorang eksekutif atau ahli pilitik… dsb. Mereka cukup sederhana dan hanya memandang kasih Allah semata. Dunia hanyalah pura-pura dan mainan dan mereka tidak tertarik kepadanya. Hati mereka amat bersih dan suka kepada yang bersih.
Tidak mustahil juga sebahagian ahli kumpulan ini melakukan perbuatan seperti yang saudara NASH katakan tetapi itu hanya lakunan semata untuk menyebunyikan keimanan mereka. Kita boleh contohi apa yang dilakukan oleh Nabi Allah Haidir AS semasa mengajar Nabi Allah Musa AS. Mereka juga lakukan sesuatu atas izin Allah dan penuh hikmah walaupun dipandang jijik oleh orang ramai .
Mereka dididik oleh orang pilihan terbaik yang diutus oleh Allah SWT. Jangan bimbang jika kita mempunyai iman yang teguh kita akan dapat merasakan kehadiran mereka jika mereka berdekatan dengan kita – melalui “aura” atau “sirr” atau rangsangan saraf atau apa yang semakna dengannya. Kita akan diberi petunjuk oleh Allah. Yang penting kita kembali kepada jalan kewalian jika hendak bersama dengan mereka.
Hati mereka hanya mengingati Allah semata2, jadi mereka tidak akan menunjukkan kealiman mereka dihadapan orang banyak supaya terelak dari riak dan sam’ah. Berhati-hatilah dengan manusia seperti ini…. jangan mudah-mudah menghina. Alhamdulillah, sebenarnya ini pengalaman saya sendiri. Allah izinkan saya menemui orang seperti ini dan maklum mengenai mereka. Bolehlah saya nasihati saudara2 saya agar tidak tersalah langkah.
Nampak mereka tidak solat tetapi mereka solat di masjidil haram atau masjid nabi di madinah atau bersama2 dengan para wali… kita tak nampak (mereka tiba2 ghaib sahaja). Hanya ahli Allah sahaja yang boleh mengesan mereka… Sentiasa solat 24 jam… tak putus2… apakah kita mampu berbuat demikian? AlQuran adalah diri mereka sendiri, tiada rahsia dan tak perlu ditafsir atau terjemah. Kurang bercakap, kurang makan, kurang tidur, tidak ketawa.. hanya tersenyum, jauh sekali memaki hamun kerana bersangka buruk pun dilarang. Kemarahan jauh sekali…. malam adalah untuk beribadah dan siang untuk berkerja juga dalam ibadah.
Akhlak mereka amat tinggi, mereka tidak akan menyakiti sesama makhluk wa imma pokok dan haiwan sekalipun. Itu lah ciri2 sahabat imam Mahadi, bagaimana pula sifat baginda (imam Mahadi) sendiri? Tentu lebih mulia seumpama Baginda Rasulullah SAW sendiri. Mungkin ada yang akan “menyangka” bahawa Baginda Rasulullah telah wujud kembali di jasad beliau… kerana terlalu kagum. Sebelum dilantik tiada siapa yang akan memperdulikannya.
Berdoalah pada Allah supaya kita tidak tersilap langkah menghina sesaorang yang pada pandangan mata kasar kita orang itu tidak berilmu, hina dan miskin. Kemungkinan orang itu adalah diantara 313 jenderal imam Mahadi.
Mereka telah dilatih sejak 1980an lagi… berasal dari seluruh dunia tetapi yang teramai ialah dari asia tenggara, Tanah Melayu menjadi pusat latihan…….. Pembawakan mereka… ialah “biar dipandang miskin walaupun kaya, biar dipandang hina walaupun mulia, biar dipandang sakit walaupun sihat, biar dipandang jijik walaupun suci dan lain2 seumpamanya, nescaya menyakiti hati orang yang fasik sebaliknya menyenangi hati orang beriman…”
begitulah serba sedikit kerenah gulungan manusia yang akan membawa kemenangan Islam di akhir zaman.
Dimana kita ketika itu??

No comments:

Post a Comment

Popular Posts