Di Mana Tabut Sekarang?........
Sebagaimana peningnya kepala manusia memikirkan lokasi pendaratan bahtera Nabi Nuh, sebegitulah juga peningnya dalam menentukan kedudukan tabut hari ini. Tentang bahtera Nabi Nuh, beberapa gunung baik di Eropah, Asia Tengah dan Asia didakwa sebagai tempat pendaratannya selepas banjir besar. Kedudukan Bukti Judi tidak dapat dipastikan dengan tepat. Lokasi paling popular ialah di Gunung Ararat, tetapi ada pihak mengatakan hal itu hanyalah pembohongan Yahudi untuk mengelakkan lokasi yang lebih tepat tidak menjadi keutamaan para pencari.Muhammad Isa Dawud dalam bukunya ‘Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia’ memberikan beberapa hujah yang menarik dalam menolak kewujudan bahtera Nuh di Gunung Ararat.
Begitu juga dengan lokasi Gua Ashabul Kahfi. Sekurang-kurangnya tiga buah gua di tempat yang berlainan didakwa sebagai tempat persembunyian mereka yang mereka tertidur selama 309 tahun di dalamnya. Jika anda mendakwa pernah berziarah ke Gua Ashabul Kahfi, boleh jadi ia bukan tempat yang sebenar.
Begitulah antara permainan ‘tangan-tangan Yahudi’. Mereka sengaja menghebahkan ataupun sekurang-kurangnya membiarkan khabar-khabar angin mengatakan sesuatu benda itu berada di sana sini sedangkan mereka sendiri meneroka di tempat yang paling berkemungkinan benda itu ditemui. Mereka sengaja ‘memecahkan’ gerombolan pengkaji dan pencari supaya mereka dapat menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih aman.
Menurut English Wikipedia, ada beberapa lokasi yang digembar-gemburkan sebagai tempat tabut hari ini.
DOME OF THE ROCK- Dikenali sebagai Masjid Qubbah as-Sakhrah berhampiran Masjidil Aqsa. Dipercayai Haikal Sulaiman yang asal dibina di situ. Di situlah baginda meletakkan tabut. Umum mengetahui wujudnya terowong-terowong lama di bawah Dome of the Rock. Ada kemungkinan tabut pernah diletakkan di situ.
Sekitar 586 SM Bukhtanassar/ Nebuchadnezzar's memusnahkan Haikal Sulaiman dan merampas segala harta benda di situ. Sama ada Raja Bukhtanassar menemui tabut ataupun tabut disorokkan terlebih dahulu oleh Bani Israil, tidaklah dapat dipastikan. Namun begitu kita masih boleh membuat kira-kira.
Jika Bukhtanassar mendapat tabut, apakah dia membawanya pulang ataupun memusnahkannya? Saya berpendapat tabut tidak dimusnahkan ataupun disentuh oleh tentera musuh Bani Israil. Jika tidak, sudah tentulah bala Tuhan akan turun ke atas mereka sebagaimana yang terjadi kepada penduduk Palestin sewaktu mereka merampas tabut daripada Bani Israil.
Beberapa peneliti juga percaya Bukhtanassar tidak mendapatkan tabut. Kerajaan Bukhtanassar membuat senarai yang lengkap tentang barang rampasan mereka tetapi tidak menyenaraikan tabut. (1)
Ringkasnya, tabut berjaya disorok ataupun dilarikan terlebih dahulu oleh Bani Israil.
GEREJA OUR LADY MARY OF ZION di AXUM, ETHIOPHIA- Tempat ini menjadi salah satu lokasi paling popular. Anak Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis dari Kerajaan Sabak (Sheba) dipercayai pergi menemui bapanya di Jerusalem. Raja Menelik 1 pulang dari Jerusalem dengan membawa tabut.
Raja Menelik memang ada membawa sesuatu hadiah penting daripada bapanya Nabi Sulaiman memandangkan kerajaan Saba’ terletak jauh daripada Jerusalem. Saba’ merupakan sempadan paling jauh bagi kerajaan Nabi Sulaiman, kebetulan anaknya bertakhta di situ. Atas dasar kasih sayang dan pengiktirafan, Raja Menelik dihadiahkan sesuatu yang tidak dihadiahkan kepada anak-anak Nabi Sulaiman yang lain. Tapi apakah hadiah itu tabut?
Saya rasa tidak. Boleh jadi ia hanya replika tabut ataupun benda lain yang bentuknya ada persamaan dengan tabut.
(*Ada orang menyangkakan Nabi Sulaiman memerintah seluruh dunia kerana dia dikatakan menguasai Timur dan Barat, kerajaannya meluas dari Jepun ke benua Amerika. Kajian menunjukkan kerajaan Nabi Sulaiman tidaklah seluas yang diperkatakan. Kerajaannya tidakpun mencecah India, China dan Eropah. Di Afrika pun setakat sebahagian Mesir dan Ethiophia. Kesnya sama dengan kes banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Ada orang menganggap banjir itu melanda seluruh dunia. Wallahualam)
Dari Yaman, tabut dibawa merentasi selat sempit di Laut Merah ke Ethiophia (Habsyah). Selepas singgah di beberapa lokasi, akhirnya tabut diletakkan di Gereja Our Lady Mary. Sesekali tabut digunakan dalam perayaan-perayaan tertentu sebagimana yang biasa kita lihat dalam dokumentari di televisyen. Malangnya tabut yang digunakan itu hanyalah yang replikanya.
Banyak gereja di Ethiophia menyimpan sebuah replika tabut. Di Axum, tabut diletakkan dalam bangunan Gereja Our Lady Mary yang berpagar besi. Hanya paderi penjaga tabut saja yang dibenarkan masuk ke bangunan itu. Orang-orang penting di situ pun sekadar di muka pintu bangunan sementara orang-orang biasa serta orang asing setakat di pintu pagar saja. Tidak ada sebarang bukti kukuh untuk mengakui kewujudan tabut di dalam bangunan itu.
Pada perayaan tertentu, masyarakat tempatan mengeluarkan tabut replika dari bangunan itu lalu mengaraknya pada waktu malam. Kemudian tabut replika dimasukkan kembali ke bangunan tersebut. Nampak seolah-olah masyarakat tempatan diperbodohkan. Mereka sendiri tidak pernah melihat yang aslinya.
Memang benar keturunan Raja Menelik 1 ada berhijrah ke Ethiophia. Kini keturunan itu dikenali sebagai ‘Yahudi Hitam’ kerana mereka berdarah Nabi Sulaiman (beragama ‘Yahudi’- agama Nabi Musa) dan berkulit gelap (negro).
Tabut di Ethiophia. Turut memaparkan upacara penganut agama Kristian yang seakan-akan solat orang Islam serta perbuatan mengucup tempat suci sebagaimana umat Islam mengucup Hajarul Aswad di Kaabah.
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Cerita itu tidak lain adalah dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab.
Pertama- Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Menelik membawanya pulang?
Kedua- Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik 1, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?
Ketiga- Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka melepaskan tabut ke tangan bangsa asing.
Keempat- Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu?
Kelima- Yahudi hari ini buat-buat tidak tahu saja dengan tabut di Ethiophia. Tidakkah kita berasa pelik? Padahal tabut menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka mengalahkan dunia terutamanya orang-orang Islam. Maksudnya kaum Yahudi hari ini memang tahu tabut sebenar tidak berada di sana. Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu.
Keenam- agama mereka yang mendakwa berketurunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya ‘berbau Kristian’. Padahal tabut bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.
ZIMBABWE- Orang-orang Lemba percaya mereka keturunan Nabi Sulaiman daripada anaknya Raja Menelik. Maksudnya mereka saudara-mara orang-orang di Ethiophia. Mereka mendakwa nenek moyang mereka membawa sesuatu bernama ‘Ngoma Lungundu’ ataupun “Voice of God’ yang rupanya semirip dengan rupa tabut dan kekeramatannya juga lebih kurang sama. Benda itu diletakkan dalam gua di Pergunungan Dumghe. Nampaknya orang-orang Zimbabwe terpaksalah berebut dengan orang-orang Ethiophia.
MESIR- Firaus Sesac (Sisak) yang menyerang Jerusalem membawa pulang tabut sebagaimana yang dipaparkan dalam filem ‘Indiana Jones- Raiders of the Lost Ark’ lakonan Harrison Ford arahan Steven Spielberg. Steven Spielberg sudah kita maklumi seorang Yahudi yang membawa agenda Yahudi dalam filem-filemnya.
GUNUNG NEBO/ NABU di tebing Sungai Jordan. Ada pihak mempercayai Nabi Irmia (Jeremiah)pernah mengambil tabut dan dibawa ke Gunung Nebo. Hingga kini lokasi tabut itu tidak diketahui. Cerita tentangnya terdapat dalam kitab Makabi/ Macabe 2 2:4-8 (2). Kitab Makabi tidak diterima sebagai sebahagian daripada Bible Perjanjian Lama (Old Tetstament) oleh orang-orang Yahudi dan Protestan, tetapi diakui oleh kaum Katholik dan Ortodoks. (3)
Gunung Nebo. Dipercayai Nabi Musa dikebumikan di sini
LANGUEDOC di Peranchis. Ada lagenda mengatakan tabut dibawa ke sana selepas Perang Salib
CAVE OF THE COLUMN, QUMRAN.
ENGLAND
IRELAND
Dan banyak lagi.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang dihidangkan setakat ini, secara peribadi jika saya dibiayai untuk mengembara mencari tabut, saya akan mencarinya di Jerusalem ataupun di Gunung Nabu.
(1) http://www.youtube.com/watch?v=RV0SczirQE4&feature=related
(2) http://st-takla.org/pub_Deuterocanon/Deuterocanon-Apocrypha_El-Asfar_El-Kanoneya_El-Tanya__9-Second-of-Maccabees.html#Chapter%202
(3) http://en.wikipedia.org/wiki/2_Maccabees
Video-video di bawah memaparkan pengembaraan ala 'Indiana Jones' seorang pengkaji tabut. Bermula dari Jerusalem, dia pergi ke Ethiophia ke sebuah kuil di atas bukit yang hanya boleh dinaiki dengan cara memanjat menggunakan tali. Tebingnya menegak. Yang hairannya, ada orang-orang tua di atas bukit itu. Mungkin mereka naik pada usia muda dan tidak turun-turun lagi. Mungkin juga mereka ada jalan rahsia yang tidak didedahkan kepada orang asing.
Di atas bukit itu dia menemui sebuah kitab lama yang menceritakan tentang tabut. Diberitakan tabut pernah dibawa ke sebuah pulau. Si pengkaji pergi pula ke pulau itu. Yang ada hanyalah kesan-kesan sesuatu menyerupai tabut. Diberitakan pula dari situ tabut dipindahkan ke Axum. Dia pergi pula ke Axum.
Di Axum, dia sempat menyaksikan perarakan replika tabut pada waktu malam. Seperti nasib para pengkaji lain, dia hanya dibenarkan berada di pagar Gereja Our Lady Mary. Pengembaraan pengkaji ini memang mencabar.
Benarkah Tabut di Nusantara (khususnya Indonesia)?
ReplyDeleteDikatakan Wikipedia ada menyebut tentang Indonesia sebagai lokasi tabut. Saya cuba mencarinya tetapi belum ketemu. Yang saya perolehi ialah ungkapan berikut:
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”
“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].”
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Ark_of_the_Covenant
Apabila dua perenggan di atas diterjemahkan menggunakan Google Translate, ia akan jadi begini:
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”
“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”
Kita lihat terjemahannya.
ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS
Masalahnya terletak pada ‘fikiran’ Google Translate. Google Translate (orang yang memprogamkannya) tersilap dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA menjadi INDONESIA!
Dari segi sejarahnya pula, umum mengetahui jika ada pun penghijrahan keturunan berdarah Yahudi ke sebelah Timur (Asia) ialah pada zaman Nabi Ibrahim. Ketika itu tabut masih berada di tangan orang-orang Bani Israil sehinggalah selepas zaman Nabi Sulaiman. Selepas zaman Nabi Sulaiman pula, umumnya orang-orang Yahudi tidak lagi berhijrah ke rantau sebelah sini, lebih-lebih lagi keturunan Bani Levi.
Berdasarkan maklumat-maklumat ini, kemungkinan untuk tabut berada di sekitar Nusantara nampaknya tipis. Mungkin ada maklumat-maklumat lain yang tidak sampai kepada saya. Namun begitu, Allah boleh meletakkannya di mana-mana saja termasuklah di Nusantara khususnya Indonesia sekalipun.