PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, August 7, 2011

Anjing dan Hukum Islam


Perlumbaan anjing baka Saluki di sempadan Arab Saudi dan UAE

As'salamualaikum semua.

Salam dari saya pembuka bicara , ingin kongsi ilmu kepada semua . Kita semua mengetahui bahawa haiwan yang boleh dipelihara atau yang tidak boleh kan ? Satu contoh yang ingin saya ambil ialah anjing . Kita sebagai orang Islam tidak boleh membela anjing tetapi boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu . Apa maksudnya ini ? Kata tak boleh bela anjing tapi ini lain pulak yang diperkatakan . Mari semua , saya jelaskan dengan lebih terperinci supaya anda semua lebih faham apa yang saya maksudkan 'boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu' .

Menurut penasihat Syariah Telaga Biru Sdn.Bhd , Dr.Zahazan Mohamed berkata , anjing merupakan antara segelintir binatang yang disebut di dalam Al-quran dan hadis Nabi S.A.W.

" Dalam surah Al-Khafi ada menyebut seekor anjing yang menemani pemuda-pemuda Ashabul Kahfi menanti di pintu gua tempat mereka tidur , untuk menakut-nakutkan musuh mereka .

Katanya , ini menunjukkan bahawa ada kebaikan pada anjing untuk umat islam .

" Dalam surah Al-Maidah pula ada menjelaskan bahawa haiwan liar yang ditangkap oleh binatang buruan seperti anjing adalah halal untu dimakan .

" Para ulama menafsirkan anjing boleh dibela , jika ia digunakan untu pemburuan , menjaga ladang yang terlalu besar atau untuk menjaga kambing , lembu dan binatang ternakan .

Bagaimanapun , Dr. Zahazan menjelaskan adalah tidak wajar untuk seorang Muslim membela anjing di dalam rumah tanpa sebarang tujuan .

" Ini kerana dalam satu hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim ada menyebut sekiranya kita membela anjing di dalam rumah tanpa ada sebarang keperluan , pahala kita akan berkurang setiap hari .

" Dalam kes lumba anjing , kalau anjing itu telah dilatih dan ditugaskan untuk berlari pantas dan memburu ia dibolehkan , tidak menjadi masalah , " katanya .

Kenyataan Dr.Zahazan turut disokong bekas Mufti Perlis , Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, tidak menjadi masalah bagi orang Islam untuk membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu seperti digunakan untuk menjaga rumah dan kebun .

" Islam tidak pernah menyuruh umatnya menganiyai anjing (seperti gambar di bawah) . Tidak salahnya membela anjing tetapi kita mestilah berlaku baik kepada haiwan tersebut dan hukum-hukum berkaitan anjing perlulah dijaga , misalnya air liurnya adalah najis .

Acara yang di haramkan oleh Taliban tetapi telah di 'halalkan' oleh pemerintah boneka afganistan sekarang

" Dalam hadis turut menyebur kisah seorang wanita yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan memperoleh pahala, " katanya .

Menurut Asri , tidak menjadi masalah sekiranya umat Islam membela anjing dan membawanya pergi menyertai pertandingan lumba anjing .

" Adapun tentang hadis yang menyebut membela anjing di dalam rumah dikurangkan pahalanya , para ulama membuat tafsiran bahawa kita disuruh untuk mementingkan manusia berbanding haiwan dan soal hospitaliti , kehadiran anjing mungkin membawa ketidakselesaan pada tetamu .

" Ada juga kajian menunjukkan bahawa anjing membawa penyakit . Bagaimanapun sekiranya anjing dibela di luar rumah dan memberi manfaat ia tidak menjadi masalah , " katanya .

walahualam .

No comments:

Post a Comment

Popular Posts