PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Saturday, November 26, 2011

CANDI BOROBUDUR - Maqam Nabi Sulaiman ? .


Published by Sang karut
AMARAN : Suatu pengembaraan dongeng lagi karut oleh SENOPATI KESUMA DEWI menjelajah dimensi bagi memecahkan tradisi keilmuan yg sudah tentunya artikal ini tidak dipaksakan anda mempercayainya .

Sang Kelana Hati menulis "CANDI BOROBUDUR adalah hasil peninggalan NABI SULAIMAN dan TABUT ada di sana.... satu lagi perkara yang boleh di OPS kan.... kini inilah hasilnya ...


“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu jika kamu orang yang beriman.” (al-Baqarah: 248)"

TuanKelarias Al Fateh :Al fatihah..Alam Nasyrah kepada Nabi saw dan para Masyaikh juga kepada Gusti Sang Prabu .Ini mdnya..Md1; cuba diteropong zaman tahun bila Nabi Sulaiman berada di kawasan nusantara ini.

Senopati Kesuma Dewi
:Mengikut pandangan saya 943 sebelum masih.
TuanKelarias Al Fateh : Menurut saya..kira-kira anggaran dalam seribu tahun sebelum masehi. Yakni Nabi Sulaiman dianggarkan ada di zaman seribu tahun sebelum kemunculan Nabi Isa alaihi salam.Md2; Hindu sekarang adalah agama yg telah dipesongkan oleh syaitan, dahulunya ia bernama Hanif pada gelarnya..Benarkah ini ?

Senopati Kesuma Dewi Untuk md ke 2 - Benar menurut pandangan saya bahawa hindu itu adalah dari agama hanif. Saya disimulasikan dengan pandangan loceng dibunyikan untuk memanggil sekalian orang berhimpun. Disana mereka akan duduk bersila, memegang tasbih dan merapatkan kedua tangan mereka seperti orang hindu.. tetapi mereka duduk berzikir beramai-ramai... di barisan depan sekali seperti raja mereka dan para pembesar yang memakai pakaian kebesaran

TuanKelarias Al Fateh Md3; Adakah Buddha atau Hindu/Haniff agama yg dibawa oleh Nabi sulaiman ke Nusantara seribu tahun sebelum masehi..?

Senopati Kesuma Dewi md 3 - Benar tuan. Saya disimulasikan seperti seorang anak raja/orang-orang besar yang melucutkan semua pakaian kebesarannya dan menyarungkan pakaian biasa.. masih duduk bersila dan betapa..sambil memegang tasbih duduk seperti berzikir

TuanKelarias Al Fateh Md 4 ; Nabi Ibrahim membawa agama Hindu Nabi Sulaiman membawa Buddha asli begitukah adanya..? yakni agama mentauhidkan Allah.

Senopati Kesuma Dewi md 4 - mengikut pandangan saya begitulah adanya. Setelah pengaruh agama hanif itu bertukar.. maka datangnya seperti agama buddha yang mengajak manusia kembali ke fitrah diri...

TuanKelarias Al Fateh Md 5 ; Cuba kamu perhatikan ajaran agama hanif dan hindu ketika ia masih asli di zaman Ibrahim as hampir berbelas ribu tahun dahulu..( maaf saya guna berbelas ribu tahun ) apa kah aura warna agama itu dahulu..

Senopati Kesuma Dewi Jawapan bg MD 5 - Saya disimulasikan sebuah kota yang besar seperti yg saya jangkakan kota Nabi Ibrahim dan aura yang mengelilingi kota itu ada hijau biru dan ungu

TuanKelarias Al Fateh Md 6; Cuba juga perhatikan aura warna ajaran agama Buddha ketika ia meneruskan ajaran bapa'nya dalam salsilah itu berterusan..

Senopati Kesuma Dewi md 6 - Saya diperlihatkan aura yang berwarna biru dan hijau .

TuanKelarias Al FatehMd 7 ; benarkah akhirnya agama Hanif Nabi Ibrahim itu akhirnya disesat-sesatkan dan terpecah fahamannya kepada dua yakni HINDU dan BUDDHA yg berasal dari satu..atau mungkin dari jalan peribadatan lain agaknya

Senopati Kesuma Dewi md 7 - benar tuan. saya diperlihatkan agama hanif itu berakhir dengan perpecahan, peperangan dan perbalahan dan akhirnya mengundang kembali pada penyembahan berhala.. seterusnya agama Budha itu pula selepas kematian pemimpin mereka dan ketaksuban kepada org yg mereka puja

TuanKelarias Al Fateh pada ketika yg sama agama hanif mengalami kemerosotan akidah..perpecahan kefahaman akhirnya muncul Nabi Isa dengan fahaman untuk membaikan akidah Bani Israel yg turut rosak lari dari ajaran Nabi Musa as..maka muncullah penyelamat agama di akhir zaman , Rasulullah saw. Jadinya mungkin ada peristiwa menarik agaknya...Asif Burkhiya dan jin jin Nabi Sulaiman..

Seseorang telah diminta menyusun para Nabi dan Rasul bermula Nabi Ibrahim hingga Nabi Muahammad s.a.w .Bermula Nabi Ibrahim , lut , Ismail, Ishak, Yaakob ,Yusuf, Ayub, Syuiab , Musa ,Harun ,Zulkifli ,Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak ,Yunus ,Zakaria ,Yahya , Isa dan Muhamad s.a.w. Jarak Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s 6.900 tahun ,manakala jarak Nabi Sulaiman hingga ke Nabi Isa a.s 1000 tahun . dan zaman Nabi Zakaria dengan Nabi Isa a.s hampir sezaman kerana Nabi Zakaria pak cik kepada Saidatina Maryam bonda kepada Nabi Isa a.s .

TuanKelarias Al FatehMd 8; Lynn Jack cuablah bermohon kepada Allah berkat Nur Muhammad saw , adakah peristiwa Asif Burkhiya itu berlaku di Palestin sana atau di sini..atau adakah Asif Burkhiya itu orang Nusantara atau memang orang di Palestin. Selama ini kita dipesong2kan pemikiran oleh si bangsat Yahudi.. agama mereka dibangsakan agama samawi..sedangkan Agama Nabi Ibrahim dan Agama Sulaiman itu bukan ...

Senopati Kesuma Dewi md 8 - perisitwa berlakunya perpindahan Istana Balqis itu berlaku dinusantara namun saya melihat petanya agak berbeza sedikit dengan yang ada sekarang ini.. dan asif itu katanya adalah seorang yg berasal dr nusantara.. wallahualam Nusantara... Nusantara yg mana tidaklah saya tahu kerana nusantara pada pandangan saya itu sangat luas jajahan takluknya..

TuanKelarias Al Fateh: Tergugat ilmu pengetahuan saya .betul, saya tidak dapat menerimakan buat saat ini : md 8 ; perhatikan sekali lagi dimana peristiwa Asif memindahkan istana yg disebut dlm al quran..rabithah dulu..peta dunia mungkin tdak seperti hari ini..berhati-hatilah memahaminya. pada fikiran saya tentulah di Palestine.. bukan di tanah Nusantara tanah melayu ini..atau di Indonesia..mungkin SKD terkeliru... kalau dikatakan Asif itu dari Nusantara pun tak patut juga , tapi entahlah...

Sebelas ribu tahun dahulu' ada sebuah pulau besar tenggelam di sebelah Rome sana ( atlantis)..'...juga kerajaan lemuria...juga fira'un di Mesir..serentak tiga sekali dalam satu waktu.
Buddha dan Hindu adalah sekeluarga..dengan kepercayaan yg hampir sama..cuma sesat dihujung zaman. cara tapa nya tu sama dengan hindu..sama dengan buddha..rasul saw sendiri pun bertapa di dalam gua hira.

Senopati Kesuma Dewi md 8 ; Tuan mengikut simulasinya pada waktu itu nusantara sangat besar jajahan takluknya.. malahan kebanyakkan negara nusantara yang ada sekarang adalah merupakan tanah jajahan yang besar malahan di tengah-tengah Nusantara itu terdapat satu istana yang sangat besar disana... disitulah peristiwa itu berlaku , keluasan jajahan nusantara itu menghampiri kepada Sri Lanka dan Arabian Sea... malahan Raja Sulaiman selalu berulang dari Nusantara ke Palestine tuan, kerana tersimpan gedung ilmu di Palestine.. wallahualam Tuan... berat sungguh ops yg berkaitan dengan sejarah ini

TuanKelarias Al Fateh : Semakin sakit jiwa kalau kita baca semula pesanan dari Sunan Ampel: Melarang Sunan Demak memerangi penganut agama Buddha dan Hindu'..

Senopati Kesuma Dewiitu saja yg saya ditunjukkan...saya melihat melalui peta dunia negara-negara nusantara itu bercantum kembali

TuanKelarias Al Fateh : Teropongkan dari mana asal usul nama BALQIS dan dimana sebenarnya Istana sulaiman yg paling besar di dunia ini dahulu. Benarkah Chandi Borobudur di reka cipta di zaman nabi Sulaiman oleh para golongan jin dan manusia berkerjasama.. Kerajaan Sulaiman tiada yg dapat menandingi keluasannya kekuatannya dan kehebatannya sampai zaman mana sekali pun..sepertinya ada dalam firman.. :
Wahai Tuhan ..kurniakanlah daku kerajaan yg tidak ada sesiapa yg dapat menandingi sebelum dan selepas ku ...

Adakah Nabi Sulaiman menunggang angin yg pantas geraknya seumpama baginda as menunggang tikar terbang...? saya rasa kalau nak tengok rupa paras keturunan Sulaiman dan Balqis mirip pada rupa bangsa bugis...Benarkah Balqis akhirnya masuk ke alam jin..disebabkan sangat kuat bertapa bhrata..dan akhirnya jadi wali jin di alam jin..ilmunya melimpah-limpah kalau di nusantara ini.

Senopati Kesuma Dewi; Asala usul Ratu Balqis ... mengikut pandangan saya asalnya dari Belgium. dan Istana terbesar sulaiman adalah di Nusantara .

TuanKelarias Al Fateh Wak Admirral ..mungkin the Kingdom of Punt yg diwar-warkan sebagai tanah para dewa dalam lagenda Mesir Purba itu letaknya pun di Nusantara juga... mungkin ia lah the lost kingdom of punt itu. Belgium dan Bugisium . Adakah benar Candi Borobudur itu adalah candi milikan Sultan Sulaiman...? bersumpahlah kamu dihadapan Allah dan rasul bersaksikan wafak dan rabitah..wahai al marhum gusti sang prabu hadirlah semangatmu..kembalikanlah pengetahuan kami yg telah hancur luluh dimakan anai-anai hasad dengki dan sekaliannya.

Senopati Kesuma Dewi : Benarkah Chandi Borobudur di reka cipta di zaman nabi Sulaiman oleh para golongan jin dan manusia berkerjasama..------benar tuan. saya melihat mereka bekerjasama mengerjakannya....barang-barang yang berat itu sampai di lokasi seperti angin mungkin dibawa oleh bangsa jin dan melihat bangsa manusia pula merapikannya...

TuanKelarias Al Fateh : Jadi ,,benarlah penemuan pengkaji para ahli saintis baru-baru ini ..

Senopati Kesuma Dewi ; Adakah Nabi Sulaiman menunggang angin yg pantas geraknya seumpama baginda as menunggang tikar terbang..--Benar tuan seperti kisah kartun Aladdin tikarnya itu.. boleh menggulungkan badannya sendiri sentiasa hadir apabila diseru...

TuanKelarias Al Fateh : Mereka telah menemukan bahawa chandi yg berumur ribuan tahun itu adalah milik Nabi Sulaiman alaihis salam.

Senopati Kesuma Dewi : Saya rasa kalau nak tengok rupa paras keturunan Sulaiman dan Balqis mirip pada rupa bangsa bugis..-Ya Tuan mereka mempunyai susur galur yg sama. Yang disebutkan persamaanya bangsa bugis itu adalah kulitnya putih, tangkas melakukan kerja dan suka berperang... wallahualam

Ratu balqis itu seorang yang suka membaca dan saya melihat Ratu Balqis banyak mempelajari ilmu dari Nabi Sulaiman. Selepas Nabi Sulaiman wafat, Ratu balqis telah keluar dari istana dan menghilangkan dirinya. Mengikut rabitah benar Ratu Balqis berpindah ke alam lain..

Benar tuan... berpagarkan wafa' dihadiri oleh gusti almarhum dan rabitah... saya telah melafazkannya disana.. dan kesemuanya menjawab dengan 1 jawapan BENAR Chandi Borobudur adalah milik Nabi Sulaiman ... meremang bulu roma saya nie tak turun-turun...

Tuan Kelarias Al Fateh : Adakah benar di Chandi itu terdapat maqam Nabi Sulaiman yang tersorok disana?

Senopati Kesuma Dewi : Mengikut pandangan saya dan rabitah, benar disitulah terdapat maqam Nabi Sulaiman yang sangat besar dan panjang. Terdapat satu pintu rahsia di sana dan maqam itu terletak dibawah tanah.. terdapat pancutan air yang mengelilingi maqam itu. Malahan masih terdapat penjaganya dari golongan jin disitu. Bulu roma saya terus meremang, dada kiri saya berdegup kecang..rasa sangat sakit dan susah nak bernafas.....

Bersambung ..insyallah

No comments:

Post a Comment

Popular Posts