PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Monday, May 9, 2011

INILAH KEBESARAN DAN KEBENARAN KERIS TAMINGSARI YANG SEBENAR

 
SEBELUM SAUDARA SAUDARI TERPERANJAT SAYA CADANGKAN DIRIKANLAH SOLAT HAJAT DAN BACAKANLAH ISTIGHFAR MEMOHON KEPADANYA AGAR MENDAPAT PERTUNJUK DARI ALLAH SWT SUPAYA BERITA YANG SAYA BAWAKAN INI  MUDAH MUDAHAN PERKHABARAN YANG BENAR LAGI TIDAK MENAMBAHKAN CERITA YANG BERSIFAT BID'AH. AKU MEMOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH JIKA APA YANG AKU KHABARKAN INI DUSTA DAN TIDAK TERPERCAYA LAGI PENCIPTA KEKELIRUAN. SEMUGA TERLERAI IKATAN IKHTILAFI MIN/FI UMMATI RAHMATUN.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Keris Tamingsari adalah salah satu dari keris yang pernah dimilikki oleh Panglima Islam Tamingsari yang berkhidmat dan mengabdikan diri kepada kerajaan Majapahit yang bukan islam, beliau ialah seorang ahli pertapaan khusus untuk menuntut ilmu jirim. Keris kepunyaan Empu Sipolan dari perguruan tanah jawa adalah milik peribadi guru Si Tamingsari si Empu Sipolan. Keris ini telah diwariskan kepada anak murid kesayangan Empu Sipolan yakni Si Tamingsari supaya dijaga dan dipelihara oleh Tamingsari . Keris tersebut mengandungi hikmah kekuatan untuk dibawa berperang seperti kebanyakkan keris keris lain yang boleh mengebalkan tubuh dari dapat dicederakan oleh senjata besi dan lain lain.

Keris Tamingsari telah diwafa'kan dengan cara sulit untuk diisi dengan khadam jin perang dari bangsa khadam jin perang yang kebal seperti yang ada pada kebanyakkan batu batu tertentu atau peralatan senjata lain pada zaman dahulu. Senjata ini telah direka khas oleh Empu Sipolan yang menjadi guru Tamingsari dengan pengisian hikmah kebal kulit yang boleh di cubakan pada bila bila masa tanpa menunggu saat kecemasan. Wafa' ini sedikit berbeza dengan wafa' tulisan kertas atau huruf huruf biasa , kesannya tidak hanya sewaktu kecemasan sahaja.

Keris Tamingsari adalah satu satunya senjata yang boleh menyebabkan si pemakainya menjadi kebal dengan merasakan resapan halus dan kebas di seluruh tubuh serta menambahkan kekuatan tubuh untuk bergerak aktif dan tangkas selama berjam jam tanpa henti. Perkara ini tidak dapat diperolehi melalui latihan jasmani kebanyakkan tetapi hanya dapat di perolehi melalui meditasi tertentu yang dapat menyatukan gelombang gelombang tertentu sehingga dapat disatukan ke bilah senjata terpilih.

Keris Tamingsari bukanlah sebuah keris yang dibuat dari besi sehingga ada yang mengkhabarkan diperbuat dari 99 jenis besi termasuk besi yang diambil dari kaabah, seperti sangkaan kita dan saya sendiri sebelum ini.

Sebenarnya keris Tamingsari diperbuat dari 'Teras Kayu Kelor', orang jawa menyebutnya dengan panggilan 'Galeh Kelor'. Pokok 'kelor' sebenarnya menghasilkan buah yang boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit serius tertentu, dan ia amat dikenali oleh kebanyakkan orang jawa dan india mamak, malbariperubatan tradisional yang sangat penting. Galeh atau Teras kayu ini jika umurnya telah matang dan berpuluhan tahun hidup akan mempunyai teras yang keras dan berbisa jika terkena kulit manusia mahu pun binatang dengan menggunakan beberapa kaedah tertentu. Teras kayu ini berwarna hitam pekat dan sedikit warna kekayuan. sebagai bahan

Di kalangan orang jawa, kayu galeh kelor ini ramai yang memilikkinya kerana dipercayai sangat disukai oleh bangsa khadam jin timbulan perang, khadam jin kebal perang dan khadam jin perang yang bersifat kekal selama pemilik masih mengamalkan ritual tertentunya.

Ramai kanuragan dan paranormal yang mengetahui khasiat kayu ini pasti memakainya dijari sebagai cincin kecil berwarna hitam dalam bentuk empat segi tepat. Pemakai biasanya amat merahsiakan jenis dan khasiat batu cincin dari galeh kelor .

Kisah mengenai khasiat dan rahsia kayu teras kelor ini amat dimengerti oleh orang majapahit dan kanuragan serta paranormal dari kepulauan Indonesia. Maka tidak hairanlah jika Empu Si Polan tidak mensia siakan galeh kelornya untuk dijadikan sebilah keris yang menggegarkan Tanah Melayu diakhirnya nanti.


Teras kelor atau galeh kelor mempunyai sejarah mistiknya yang tersendiri. Pernahkah saudara sidang pelawat mendengar lembu lando..? Maka sejarahnya sangat rapat dengan lembu lando dan sekalian isi perut lembu lando. Biar sahabat sahabat kita dari Marang , pewaris kesultanan Demak Bintara memberikan komennya mengenai lembu lando.

Biasanya si pemakai yang diserang oleh musuh , jika dapat membalas balik dengan satu pukulan kepada penyerangnya dan tepat pada sasaran pasti akan menggelepar dan berbuih mulutnya akibat terkena bisa galeh kelor yang sangat terkenal sebagai senjata pukulan bersarung cincin di jari. Ia menyamai bisanya dengan kekuatan bisa kelabang sayuta yang di pakai oleh pewaris ilmu hitam zaman dahulu. Kayu ini sangat mahal harganya dan jika ada dijual di pasaran sekalipun hanya sebesar kuku jari. Kayu galeh kelor yang sudah matang dan tua amat sukar diperolehi.

bersambung..
Bismillahirrahmaanirrahiim..Dengan Nama Allah Daku menyambung Qalam yang benar. Demi Allah Dan Rasul. Diriku memperjuangkan kebenaran pahlawan Tamingsari yang kembali kepangkuanNya dalam keadaan membenarkan bahawa Allah adalah tuhan yang Esa, Muhammad Adalah PesuruhNya.

Adapun keris Tamingsari itu pula berwarna hitam. Pangkal kerisnya hanya selebar 1 inci setengah. Keris ini panjangnya hanya sejengkal lebih sahaja, tidak kurang daripada itu dan tidak lebih daripada yang demikian sebutnya dan tidak jua ia sama seperti keris yang lain. Oleh itu keris Tamingsari sering tidak kelihatan sewaktu diselit akan dia di pinggang pahlawan.

Keris Tamingsari berwarna hitam mirip seperti warna Keris Tamingsari dalam hayalan M.Nasir cerita Puteri Gunung Ledang. Telah dikhabarkan oleh mereka bahawa Hulu keris dan sarungnya berwarna kekuning kuningan seperti warna kayu jua . Wallaahu a'lam bissawab.

Keris Tamingsari direka oleh Empu Si polan khasnya untuk membocorkan perut panglima panglima yang kebal , dimana mereka memakai khadam jin kebal kebanyakkan. Jika mereka menerima anugerah kekebalan tubuh akibat kersani dibawah kulit dan didarah semula jadinya , maka Keris Tamingsari tidak dapat menembusinya kerana khadamnya lebih tinggi kedudukannya di atas dari khadam jin kebal yang kebanyakkan. Ertinya khadamnya itu lebih kuat.

Adapun dakwa mereka bahawa keris Tamingsari itu telah di buang ke sungai adalah suatu berita yang terkhilaf. Bahawa keris tersebut telah menjadi rebutan di kemudian hari oleh para kerabat di raja sultandirekakan cerita supaya tidak lagi dicari orang tertentu termasuk askar dari Majapahit yang menginginkan semula keris tersebut. Perintah itu di peroleh dari Patih Gajah Mada yang ternyata bukan islam. sehingga

Pada hari Bentara menyerahkan keris Tamingsari kepada Hang Tuah sebagai ucapan terimakasih kerana akhirnya Tamingsari terbunuh juga sebenarnya mereka tidak tahu bahawa keris itu mempunyai pengaruh besar kepada si pemakainya. Adalah bahawa Tamingsari handal sehandalnya serta  kebal pula tubuhnya dari senjata, tidak pernah walau sekali beliau membukakan akan segala rahsianya.

Jika sekiranya mereka menyedari perkara ini pasti keris itu akan jadi milik kerajaan Majapahit itu sendiri di atas sifat keluarbiasaannya. Pada waktu itu jarang sekali diketemukan pahlawan yang kebal tubuhnya tidak lut senjata, amat jarang sekali. pada masa itu juga amat sukar menemui senjata kebal. Jika ada sekalipun pasti mulut tidak senang bicara. Khuatir terlalu banyak perampok. Sedangkan keris Nagasasra dan Sabukinten yang dijaga dengan baik sanggup dirompak orang. Nagasasra Sabukinten adalah salah satu keris yang mewarisi ilmu kebal serta mempunyai sinar pancaran cahaya tiga warna yang amat menakutkan jin segala khadam perang.( sesuai dgn nama kawulo gusti) dan (muhibbah) . Ini adalah khabaran dari alam sana.

Keris Tamingsari tidak berapa kelihatan bila diselitkan dipinggang. Kerana saiznya yang lebih kecil dan pendek dibandingkan ia dengan keris pahlawan pahlawan jawa yang lain.

Hang Tuah telah menerima isyarat kerohanian yang dikenal orang sebagai ilmu firasat batin. Dengan pengetahuan itu beliau sendiri dapat mengenal kesaktian keris yang digenggam erat oleh pahlawan islam siTamingsari. Sehinggalah akhirnya Hang Tuah mengkhabarkan perihal keris itu di Melaka. maka ramai yang menginginkannya.

Khadam keris Tamingsari telah kembali ke tempat asalnya semenjak berada di lain negeri. Kini ia keris itu bersemayam di salah sebuah negeri di Tanah Melayu sehingga tahun 2009. Selepas itu dikhabarkan bahawa keris Tamingsari telah dibawa keluar dari simpanannya dan tercicir katanya sehingga tahun ini ia tidak dikembalikan. Begitu menurut khabarnya.

Maka mereka menambah bahawa keris itu sudah tidak akan kembali lagi kecuali mungkin akan ditemukan orang pilihan tuhan , raja segala raja. Mohon Ampun, Sembah patik harap diampun. Bukan hamba berniat tetapi inilah kebenaran yang patik dengar di sebalik awan mahkota yang merinin. Ampun Tuanku.

Keris puaka itu dahulu menjadi buruan raja dan segala panglima. Maka diserahkan kembali oleh Hang Tuah kepada Sultan kerana itulah rahsia agungnya kota Melaka di zaman Tuah. Hang Tuah lalu berkelana membawa diri. Pertemuannya dengan khidir a.s lebih berharga dari keris Tamingsari...

Wallahu a'lam bissawaab.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

4 comments:

  1. APAKAH ASAL USUL KERIS TAMING SARI ITU?

    Kita hanya mendengar perkhabaran hanya sedikit sejarah Keris Taming Sari itu bermula ianya dari dimiliki oleh Pendekar Majapahit hingga akhirnya ianya jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah. Akan tetapi asal usulnya maseh kabur. Begitu juga keberadaannya yang terkini ianya milik siapa dan ketulenannya samada asli atau palsu. Maka terbitlah beberapa pendapat dan andaian asal usulnya, unsur besinya, dan lain-lain yang berbeda-beda kefahamannya.

    Kata Sang Raja Wali : Diringkaskan ceritanya, setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat, maka Hang Tuah tersangatlah berdukacita. Maka benarlah ramalan mahagurunya Sang Adi Putra, bahawa salah seorang dari mereka lima sahabat itu akan mati ditangan salah seorang saudara seperguruan. Setelah Keris Taming Sari jatuh semula ketangan Hang Tuah, maka pada satu ketika tatakala Hang Tuah berada dipersisiran pantai, mengenangkan sesal bebalnya membunuh Hang Jebat, maka datanglah Sang Khidir AS menasehati beliau supaya keris tersebut dicampakkan kelaut. Kerananya bumi Melaka telah bermandikan darah. Makanya ianya telah berpuaka kerana telah memakan banyak nyawa.

    Maka akhirnya Keris Taming Sari itu dicampakkan jauh kedalam laut. Lalu ianya diganti oleh Hang Tuah dengan keris palsu yang hampir serupa panjang loknya dan bentuknya. Ulu dan sarungnya maseh kekal sama. Maka Keris Taming Sari yang dibangga-banggakan itu sekarang ini adalah keris duplicate yang tiada kesaktiannya, melainkan diisi. Persoalannya dilaut manakah ianya terpendam, atau sudahkah ianya ditimbulkan semula, atau adakah ianya sudah berada ditangan pemilik terbaru…??? Al-Asal jadinya hasil. Al-Hasil baliknya keasal. Al-Asal dari Al-Usul… Cubalah direnungkan….

    Sekian, boleh dibaca, tetapi jangan percaya…

    ReplyDelete
  2. …ASAL USUL KERIS TAMING SARI…

    Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

    Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

    Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

    Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

    Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

    Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

    Sekian, boleh dibaca, tetapi jangan percaya, kerana bukti dan dalilnya karut dan marut. Kalo paparan ini menjadi ribot-ribotan, mohon TS deletekan semua….

    Wallahu’alam….

    ReplyDelete
  3. Sebetilnya yang di berikan kepada hangtuah bukan keris taming sari yang asli karna yang asli di berikan kepada sunan kali jaga jadi keris taming sari yang ada di malaysia itu keris taming sari yang palsu maaf

    ReplyDelete
  4. taming sari itu bukan nama orang.. taming sari itu nama keris..

    ReplyDelete

Popular Posts