PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Saturday, October 8, 2011

MENGEMBARA KE MASA HADAPAN : PERANG PRIMITIF ? siri 1

Published by Sang karut

RAMALAN ORANG-ORANG BARAT AKAN BUMI INI

Saya mulakan dengan ramalan orang-orang barat akan bumi tuhan ini pada masa akan datang khususnya pada tahun hadapan 2012.

1- Kununnya akan terjadi hentaman Planet Nibiru atau Planet X ke atas muka bumi tuhan ini sehingga hanya 1/4 kehidupan dan tempat tinggal yg terselamat .

2- Kununnya akan terjadi ribut solar yg mengakibatkan magnet bumi kacau bilau , peralatan elektrik rosak dan mesin janakuasa tenaga elektrik lumpuh dan tidak berfungsi .

3-Tamatnya kalendar Kaum Maya yg kununnya mengakibatkan berakhirnya hayat bumi tuhan ini . Dan macam-macam lagi ramalan . lihat sahaja lah blog dan laman web serta u tube yg menceritakan dan membahaskan perkara itu .

Tiada kesimpulan dan terus menjadi tanda tanya kerana kita hanya sebagai pengguna sesuatu teori yg dicampakkan kepada kita . Jika ia hanya sebagai provokasi dan lencongan fokus minda kepada sesuatu maka kita selama-lamanya akan tertipu dan kena tipu samada hidup ataupun mati .

Memandangkan 3 faktor di atas dan ditambah dengan faktor -faktor lain yg tidak dicatatkan di atas maka sebagai kesimpulan teknologi bumi tuhan ini pada masa itu musnah dan tidak berfungsi dan manusia akan kembali kepada zaman moyangnya iaitu tiada cahaya di waktu malam , kereta -kereta yg bergerak menggunakan sistem komputer akan lusuh di garaj kereta . telepon bimbit hanya mampu digunakan sebagai senjata membaling anjing dan sebagainya .

Ringkas dongengnya manusia akan kembali ke zaman PRIMITIF . adakah begitu ? Begitu juga anggapan manusia samada muslim atau non muslim perang yg akan berlaku juga di zaman Bani Tamim dan Imam Mahdi dan juga pada zaman Al masihud Dajjal akan berlaku seperti zaman dulu . Perang menggunakan kuda dan pedang dan seumpamanya .

Adakah perang yg berlaku di zaman Al Mahdi hanya mengunakan pedang ?

Begitulah anggapan sebahagian muslim berkenaan perang zaman Al Mahdi nanti . Perang primitif . Dari mana asal usul teori ini adakah dari sumber Islam ataupun propaganda musuh Islam ataupun keterbatasan dalam memahami dalil nas -nas.

Kali ini kembara dongeng mengembara ke masa hadapan utk mencari erti maksud dongeng lagi karut yg sebenar . Maka bermulalah Opss Al Mahdi yg dipenuhi fakta-fakta metos lagi tahyol

Tuan Kelarias -Baiklah kita mulakan dengan perang primitif di zaman Al Mahdi ...Jika Imam Mahdi berperang dengan pedang , kuda ,lastik dan anak panah , maka proses penaklukan DUNIA BARU ISLAM
akan mengambil masa puluhan tahun , barangkali tempohnya lebih lama dari itu , Jika dilihat sejarah Rasulallah s.a.w dan kisah awal dakwahnya sehingga pembukaan Makkah Al Mukarramah memakan masa yg amat lama iaitu selama 13 tahun lebih ...Jadi Imam Mahdi akan kesiangan dalam menakluk dunia ,sedangkan senjata mereka telah menjadi kuno semua akibat kehabisan senjata otomatik , berteraskan elektronik dan elektrik dan media elektronik yg membantunya .

Jadi wahai Srikandi Cinta teropongkan ! adakah di zaman Al Mahdi peperangan yg berlangsung waktu itu yakni tahun pertamanya sudah menggunakan peralatan perang seperti pedang sahaja atau bagaimana ? Juga teropongkan sekali siapakah pengikut -pengikut Al Mahdi yg seramai 313 orang itu ?

Ketika menunggu hasil khayalan Srikandi Cinta Tuan Kelarias mengulas Imam Mahdi dikhabarkan dapat menakluk bumi keseluruhannya dalam masa 7 hingga 9 tahun sahaja .Ini berdasarkan hadis yg bertaraf mutawatir darajatnya .Imam Mahdi bukan sahaja menguasai bumi bahkan memerintahnya .

Srikandi Cinta : Tuan , Saya disimulasikan seperti saya telah sampai di kawasan berbukit .Saya berdiri di sebuah pohon yg rendang .Saya dapat melihat terdapat mortar ,jet pejuang ,kereta kebal dan lain-lain senjata . Saya melihat mereka memakai pakaian tentera berwarna hitam tetapi tidak berserban ,sebaliknya memaki topi tentera cuma pakaian tentera mereka berwarna hitam!.

Saya juga diperlihatkan seperti ada seorang pemimpin yg sedang merangka strategi peperangan nampak berkarisma dan berkalibar orangnya . Namun saya dihijabkan dari melihat wajahnya kerana wajahnya diliputi cahaya putih yg terang . Dia juga memakai pakaian tentera dan bersungguh -sungguh dalam perjuangannya .

Saya juga diperlihatkan kenderaan mereka , seperti mereka menaiki kereta kebal yg berwarna hitam sebagai kenderaan perang . Srikandi Cinta menambah pakaian mereka adalah pakaian tentera yg berwarna hitam dan berceloreng-celoreng. Apa yg menakjubkan saya ialah akan bendera nya . Bendera mereka amat berbeza dengan sangkaan ramai orang . Bendera yg berkibar ialah bendera JALUR GEMILANG !. Bukan bendera hitam yg ditengahnya ada 2 kalimah shahadat.

Saya juga diperlihatkan sekalian tentera yg khusyuk mendengar taklimat dari ketua mereka . Saya diberitahu bahawa 313 orang tentera panji-panji hitam dari timur itu adalah panglima -panglima perang yg mana di belakangnya terdapat bala tentera yg jumlahnya puluhan ribu bahkan lebih lagi .

Kemudian Tuan Kelarias mengulas ...saya kurang percaya lah takkanlah bendera Malaysia pulak ! Saya minta kamu teropong semula dan sekarang kamu gunakan night version pula semoga kamu nampak disebaliknya .

Srikandi Cinta meneropong semula dan keputusannya adalah sama iaitu bendera yg dikatakan panji-panji hitam adalah Jalur Gemilang . Dan beliau diperlihatkan ketua yg memerintah bala tentera 313 ratus ribu tu adalah Orang melayu yg berkulit kuning-kuning langsat . Jalur gemilang dipacakkan di atas bukit yg dibawahnya menjadi kem mereka .

Saya juga bertambah yakin yg itu adalah tentera Malaysia kerana saya melihat Topi berwarna Biru yg dipakai oleh ketua dan panglima mereka sama dengan topi seragam tentera Malaysia . ( When the blue turban will enter the Rome )

Tuan Kelarias menambah ...mungkin juga sebab hanya ada 5 buah negara sahaja yg masih ada cahaya kerohanian iaitu Malaysia , China , Bekas Soviut Union ,Mekah dan Madinah .

Jadi kesimpulan di sini peperangan akhir zaman pada zaman Bani Tamim dan Imam Mahdi adalah menggunakan peralatan Moden seperti sekarang .Dari manakah mereka dapat bekalan senjata itu ..mari kita lihat apa kata teropong tahyol !

Tuan Kelarias - Rasulallah s.a.w berperang selama 13 tahun di Jazirah Arab dengan menaiki kuda dan memakai pedang serta anak panah .soalannya dari manakah Imam Mahdi ini mendapat bekalan senjata ,adakah dari kepunyaan negaranya sendiri iaitu Malaysia atau bersatu dengan Indonesia ataupun selepas mendapatkan dari negara-negara yg ditawan seperti Tahiland ,India serta negara -negara disepanjang jalan ke Madinah ?

Srikandi Cinta : Saya diperlihatkan senjata-senjata itu diperolehi dari gabungan beberapa buah negara antaranya Rusia dan China .

Tuan Kelarias berkata negara Semenanjung Emas ini mampu mengeluarkan pelurunya sendiri utk kegunaan dalam negara ,khabarnya juga dengan hanya kilang yg sebesar dapur rumah kita negara ini dapat mengeluarkan pelurunya . Rusia membantu kerana negara itu mahu melihat Amerika jatuh ,selepas Amarika jatuh Rusia pula akan mengayang negara yg dibantu pula. Thailand juga berkemampuan seperti Malaysia bahkan lebih sedikit iaitu selain dapat membuat pelurunya sendiri ,mereka mampu membuat senjata ringan dikilang nya walaupun sebesar dapur rumah kita .

Untuk akhir nya PERANG PRIMITIF siri satu ini Srikandi cuba meneropong siapakah yg mengetuai perang yg lebih besar ini iaitu bukan perang dalaman negara Malaysia tetapi perang diperingkat global setelah Malaysia ,Indonesia ,Thailand , Singapura , Berunai menjadi negara baru yg dinamakan NUSANTARA .Jawapnnya yg meghilangkan akal ialah " Pemimpin mereka adalah dikalangan orang Melayu dari semenanjung Emas !"

Kesimpulan nya di sini ialah dongeng menjelaskan dengan penuh tahyol
  • Semenanjung emas ini akan kucar kacir pada permulaannya sehingga menjadi besar dan lebih besar . Dongeng menemui penemuan yg membuat begitu teruja bagi rakyat Malaysia yg berbangsa Melayu Islam ini .Pemimpin yg akan mengetuai perang peringkat global setelah menyatukan Asia Tenggara ini ialah Orang Melayu .

  • Lagi mendongengkan apabila khayalan menemukan misteri panji -panji hitam yg glemer itu tidak lain tidak bukan ialah JALUR GEMILANG @ bendera Malaysia . Bukan yg disangka-sangka oleh sebahagian manusia muslim yg menganggap panji -panji hitam itu berwarna hitam dan didalamnya tertulis kalimah 2 syahadat .

  • Lebih mentahyolkan apabila terbongkarlah idea kuno yg tidak masuk akal yg mengatakan perang dizaman Imam Mahdi adalah dengan menggunakan kuda dan pedang . Bahkan pakaian mereka adalah pakaian tentera bukan berjubah dan berserban tetapi memakai pakaian tentera berwarna hitam serta berceloreng dan memakai topi yg berwarna biru .

  • 313 orang tentera Imam Mahdi itu yg terdiri daripada orang Melayu ( sebahagiannya wallah a'lam)yg berasal dari negara panji-panji hitam @ Malaysia adalah panglima-panglima tentera yg memimpin ratusan ribu bala tentera dibelakangnya .
Adakah tuan-puan masil lagi belum hilang akal ..nanti saya akan bawakan kepada tuan-puan artikal yg seumpamanya dengan ini atau lebih dari ini . walaubagaimanpun perlu diingat tuan-puan ,artikal ini adalah kisah dongeng lagi karut . Saya ulangi kalimah keramat ini buat kali kedua nya .....artikal ini adalah kisah dongeng lagi karut .
Insyallah bersambung ...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts