PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Friday, October 7, 2011

Malaysia & Indonesia akan bergabung tidak lama lagi & akan dipimpin oleh imam Mahdi.!

PM Malaysia sekarang adalah yang ke-6. Presiden Indonesia sekarang juga yang ke-6. Kedua-dua negara menanti yang ke-7. Teori/ramalan RAHMAN di Malaysia telah berakhir. Teori/ ramalan NOTONOGORO di Indonesia pula belum bernokhtah. RAHMAN + NOTONOGORO = ???.


MALAYSIA :

(Turutan PM yang berkuasa di Malaysia) :



R : Rahman

A : Abdul Razak

H : Hussein Onn

M : Mahathir

A : Abdullah

N : Najib



INDONESIA :

(Presiden yang memerintah lebih dari satu penggal : 5 tahun dan ke-atas) :



NO : sukarNO

TO : suharTO

NO : yudhoyoNO (Presiden Indonesia sekarang...)

GO : sutiyoGO

RO : iswan basRO



REVOLUSI KHILAFAH NUSANTARA :



UTAMA :

1. Nama Malaysia ditukar kembali kepada Tanah Melayu.

2. Nama Indonesia ditukar kembali kepada Tanah Jawa.

3. Bergabung membentuk Gagasan Nusantara.

4. Ketua Agama di Tanah Melayu adalah Sultan Agong Tanah Melayu (SATM).

5. Ketua Agama di Tanah Jawa adalah Raden Agong Tanah Jawa (RATJ).



SISTEM PERUNDANGAN :

1. Acuan sistem perundangan penjajah akan ditukar. Perundangan di Gagasan Nusantara akan dikenali sebagai Piagam Nusantara. Ia mencontohi sistem yang digunapakai dalam Piagam Madinah semasa pemerintahan Rasulullah dan para sahabat. Sejarah membuktikan sistem perundangan Allah dapat menyelesaikan semua permasalahan sejagat.



PERTAHANAN NEGARA :

1. Lapisan Pertama : Angkatan Tentera Nusantara (Gabungan pasukan Tentera di Nusantara).

2. Lapisan Kedua : Pasukan Polis Nusantara (Gabungan pasukan Polis di Nusantara).

3. Lapisan Ketiga : Angkatan Gayong Nusantara (Gabungan semua pertubuhan silat di Nusantara).



EKONOMI :

1. Matawang dinar akan dikuatkuasakan di Nusantara. Ia bersandar kepada nilai emas.

2. Jaringan Syarikat Peniagaan Islam Global dibentuk.

3. Letupan Ekonomi akan berlaku.



PELAKSANAAN :

2011 – 2012 :

Gerakan serangan bawah sedar (The Muslim Hidden Hand) – TMHH.



2013 – 2019 :

Pelaksanaan serangan maklumat disaluran media (internet, tv, radio dan akhbar).



2020 :

DIZAHIRKAN (Munculnya seorang yang diangkat menjadi pemimpin di Nusantara).



“Mereka merencana, kita juga merencana... dan sebaik-baik perencana adalah Allah...”



“Barangsiapa yang berjaya menguasai masa dan ruang, mereka akan berjaya menguasai dunia...”





THE MAN FROM THE EAST



The Man From The East,

Tercetus dari ramalan manusia,

Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,

Mengegar setiap penjuru dunia,

Mengejut dunia yang sedang lena,



The Man From The East,

Munculnya dari sebelah Timur,

Pertembungan tiga lautan nan makmur,

Nama kan gah pastinya tersohor,

Mengubah dunia yang kelam dan kabur,



The Man From The East,

Serban biru imej dibawa,

Sunnah dari Nabi tercinta,

Membawa sistem ekonomi Yang Esa,

Mengubah seluruh sistem manusia,



The Man From The East,

Kemunculannya terus dinanti,

Oleh dunia sehari hari,

Bagi seorang pejuang sejati,

Inilah saat yang dinanti,



The Man From The East,

Mungkinkah beliau dari Malaysia,

Atau mungkinkah dari Indonesia,

Pemimpin agung yang dinanti dunia,

Mengegar seluruh alam semesta,

Moga dari golongan agama,



The Man From The East,

Dunia menanti kemunculanmu,

Bagi merubah yang bercelaru,

Di dunia kejam yang penuh seteru,

Kahabarkanlah kemunculanmu,

Agar dapat kami berjuang bersamamu...




TEORI 'RAHMAN' – ZAMAN KEGEMILANGAN MALAYSIA.

Teori ini sudah lama diperkatakan pada zaman dahulu lagi. Teori ini diperkatakan ketika tahun 1992 lagi kalau tak silap saya. Pertamanya RAHMAN dikaitkan dengan nama TUNKU ABDUL RAHMAN iaitu Perdana Menteri Malaysia, bapa kemerdekaan dan kemudiannya Perdana Menteri Malaysia selepas ini merupakan nama-nama berkaitan iaitu:

“R A H M A N”=Penyayang(Sayang akan rakyatnya).

Ternyata teori itu menjadi dengan kehadiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke 6
R - Rahman (Tunku Abdul Rahman)
A – Abdul Razak Hussein
H – Hussein Onn
M – Mahathir Mohamad
A – Abdullah Ahmad Badawi (bila Anwar gagal)
N – Najib (Datuk Seri Mohd Najib)

....INILAH ZAMAN GEMILANG MALAYSIA.....

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970) Bapa Kemerdekaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam.Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990, seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Tun Abdul Razak.
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang.
Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah warisnya sebagai Perdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam pentadbiran Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2004. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

TUN Hussein bin Onn.
TUN Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).


Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

YB Amat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
YB Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain menjadi Menteri Kewangan I, bekas Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
Pendidikan:
Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.


Selain itu, Sami-sami Hindu di India turut meramalkan melalui ramalannya beberapa tahun lepas bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia selepas ini bukan lagi dari kalangan orang politik. Diberitakan bahwa Perdana Menteri Malaysia pernah mengemukakan beberapa nama untuk ditenung sebagai bakal Perdana Menteri supaya dapat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Semua nama yang dikemukakan itu ditolak karena diberitahu nama-nama mereka itu tidak ada dalam senarai sebagai pengganti Perdana Menteri. Sahih atau tidak berita ini, tidak dapat dipastikan.

Jelaslah bahwa orang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini tidak lagi dari kalangan orang-orang politik. Tambahan pula, seorang ulama besar di Malaysia telah baru-baru ini membuat perisytiharan bahwa tokoh agama akan menjadi pemimpin Malaysia pada alaf baru ini. Kebetulan pula, Malaysia ini dikatakan sebagai pusat kebangkitan Islam kali kedua, pada akhir zaman, yaitu zaman kita ini. Jika dikaitkan kedua-dua penyataan ini, bagaikan ada kaitan yang rapat antara kedua-duanya.

Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahwa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahwa,

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Seh Malaya yang turun di Tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo yaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahwa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad SAW. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahwa pemimpin yang dimaksudkan itu, lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut lagi bahwa sebelum raja baru ini muncul, akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang sedang bergaduh itu. Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka karena jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.

Demikianlah sedikit lagi keistimewaan yang ada pada pribadi yang bergelar Imam Mahdi ini. Memang Imam Mahdi itu sungguh-sungguh adalah Orang Allah, orang yang dibesarkan karena sememangnya orang besar Tuhan, besar namanya, besar kedudukannya, patut dibesarkan dan perlu disebut secara besar-besaran pula. Sambutan kepada kemunculannya kelak, juga akan dibuat secara penuh besar-besaran, amat meriah, penuh gembira, sepenuh-penuh kesyukuran, sesuai dengan kedudukannya sebagai orang besar Allah itu. Tidak ada sambutan yang lebih besar dan meriah selain daripada sambutan terhadap kedatangannya ke dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts