PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, October 16, 2011

Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah I/2

HMM:

Assalamu’alaikum wbt.
(Bagi yang ingin membaca Hikayat Merong Mahawangsa asal, sila ke arsip blog ini)

Kita teruskan lagi perbincangan tentang Rakshasa dan mengakhiri dengan Islamnya Melayu Nusantara.

Rakhine Chronicles mengatakan mereka telah berada di Tripura, India dan seterusnya di Myanmar sejak lebih kurang 5325 tahun dahulu (3325SM). Agama Hindu pula percaya Rama berperang dengan Ravana kira-kira 5000 tahun dahulu dan dari Hikayat Merong Mahawangsa, peperangan ini berlaku di Pulau Langkawi.

Dari sudut Arkeologi, tengkorak manusia serta beberapa artifak zaman Neolitik telah ditemui di Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lebih menarik lagi ia mempunyai pentarikhan mutlak sekitar 5000 tahun dahulu juga.


A - Tapak Guar Kepah yang berada di tebing Sungai Muda.

Beberapa artefak dari Tapak Guar Kepah
Lebihkurang 40 rangka manusia dari Guar Kepah kini berada di Belanda. Ia dihantar ke sana oleh arkeologis British, Evans untuk kajian lebih lanjut. Kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun menyatakan minat untuk membawa pulang rangka-rangka tersebut.

Dalam Uttarakanda Valmiki Ramayana, kaum Rakshasa ditugaskan oleh Brahma untuk menjaga perairan. Mungkin teknologi pengangkutan air belum begitu canggih ketika itu, mereka berhijrah melalui jalan darat menyusuri sungai-sungai. Inilah sebabnya Rakshasa didapati di sekitar tebing sungai bukan sahaja di India, tetapi di setiap sungai besar di Timur umpamanya sungai-sungai di Myanmar malah hingga ke Sungai Mekong di Laos dan Cambodia.

Ketua kaum Rakshasa, Ravana, sebenarnya bukanlah berketurunan Rakshasa sahaja. Dia dikatakan berdarah kacukan ½ Brahman, 1/32 Rakshasa, 3/32 Dewa dan 3/8 Gandharva. Nama-nama ini sebenarnya ialah nama kaum-kaum purba India. Andaikata Dewa Brahma itu Nabi Ibrahim a.s.(menunggu kepastian dari para ulama’), maka Ravana adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Mengikut susur galurnya, Datuk Ravana ialah cucu Brahma. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah datang meninggalkan keturunannya di Allahabad sejak lebih 5000 tahun dahulu. Adakah ini benar? Bagaimanapun, Atlas Al-Quran oleh Dr Shauqi Abu Khalil pula menyatakan Nabi Ibrahim a.s. hidup sekitar 1800SM iaitu 3800 tahun dahulu.

Kebelakangan ini sudah banyak tapak arkeologi telah didedahkan di India. Pentarikhan dengan cara radiokarbon dan lain-lain dapat memberikan tarikh yang mutlak dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana fahaman agama.

Mari kita lihat satu tamadun yang dikatakan pupus iaitu Tamadun Indus Mohenjo-daro dan Harappa.



Persamaan tamadun ini dengan Durbar Patan Square, Nepal yang dibina oleh Dinasti Sikh Malla serta persamaan dengan Tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah ialah ketiga-tiganya menggunakan batu bata dan bukan batu blok untuk membina bangunan.


Pada zaman penjajahan British, mereka telah mewujudkan Teori Penaklukan Aryan (Aryan Invasion Theory). Teori ini menyatakan Tamadun Indus yang diduduki oleh kaum Dravidia pupus kerana ditakluk oleh Kaum Aryan antara 1500SM – 1200SM. Setelah ditemui lebih 2500 tapak arkeologi dari Tamadun Indus-Sarasvati(2/3 berada di tebing Sungai Sarasvati yang kering) tanpa bukti penulisan dan begitu banyak penulisan Veda tentang Sungai Sarasvati dan tamadunnya, pembohongan penjajah ini mula terserlah. Tamadun Indus sebenarnya adalah Tamadun Indo-Aryan awal iaitu sebelum penulisan Rigveda dibuat. Indo-Aryan di sini bermaksud sudah ada kahwin campur di antara orang India (berkulit gelap) dan orang Aryan(Iran/Parsi/Persia-berkulit cerah) yang datang dari barat. Gelombang penghijrahan Aryan ini berlaku beberapa kali.
Ini beberapa petikan dari archaeologyonline.net pada bahagian ‘artifact’, berkenaan ‘scientific verification of Vedas knowledge’;

Early indologists wished to control & convert the followers of Vedic Culture, therefore they widely propagated that the Vedas were simply mythology.
Max Muller, “Vedas were worse than savage”, “India must be conquered again by education..it’s religion is doomed”
Thomas Macaulay, who introduced English education into India wanted to make the residents into a race that was: “Indian in blood and color, but English in taste, in opinion, in morals, and in intellect.”
These early Indologists:
·         Devised the Aryan Invasion Theory, denying India’s Vedic past
·         They taught that the English educational system is superior
·         They intentionally misinterpreted Sanskrit texts to make the Vedas look primitive.
·         And they systematically tried to make Indians ashamed of their own culture
·         Thus the actions of these indologists seems to indicate that they were motivated by a racial bias.


Nampaknya Vedas juga menimpa nasib yang sama seperti Hikayat Merong Mahawangsa.

Kaedah saintifik terkini seperti imej satelit resolusi tinggi telah membuktikan kewujudan Sungai Sarasvati satu ketika dahulu. Sungai Sarasvati inilah yang dianggap bertembung dengan Sungai Ganges di Allahabad. Sebenarnya hulu Sungai Yamuna yang bertembung dengan Sungai Sarasvati menyebabkan pada zaman dahulu, mereka tidak perlu ke Selatan India untuk ke timur seterusnya ke IndoChina dari Barat India. Begitu juga sebaliknya.


Sungai Sarasvati

Kesemua kajian berasingan memberikan hasil yang sama iaitu Sungai Sarasvati kering sekitar 1900SM. Pengeringan sungai inilah yang menyebabkan Tamadun Indus akhir berada di Uttar Pradesh iaitu di Allahabad dan sekitarnya. Perkembangan peradaban Indo-Aryan tiba-tiba nampak seperti terputus di situ. Akan tetapi ketika itu, andainya Dewa Brahma adalah Nabi Ibrahim a.s., baginda telahpun meninggalkan zuriatnya di timur. Pengeringan Sarasvati sudah tentu perancangan Allah SWT. Allahua’lam.

Dari tarikh pengeringan ini, nampaknya Dewa Brahma(mungkin Nabi Allah Ibrahim) hidup lebih awal dari tarikh 1800SM yang ditulis dalam Atlas Al-Qur’an.

Tamadun Indus telah diketahui bermula sekitar 3300SM(5300 tahun dahulu). Hingga hari ini masih terdapat persamaan Tamadun ini dengan mereka yang berada di Pergunungan Himalaya. Contohnya pemakaian gelang yang banyak pada patung ‘dancing girl’;


Akan tetapi Tamadun Mehrgagh yang berada di sebelah barat Tamadun Indus (bertanda titik merah dalam peta Sg Sarasvati) adalah lebih awal iaitu sekitar 7000SM (9000 tahun dahulu). Salah satu darah keturunan Ravana iaitu kaum Gandharva berasal dari Tamadun Mehrgarh ini. Keturunan ini sekarang membawa nama keluarga(surname) Garhwali dan Garg. Seperti keturunan Rakh juga, mereka menamakan tempat dengan menyelitkan nama keluarga seperti Chandigarh. Uniknya ada pula tempat bernama Rakhigarhi.(Lihat peta Sg Sarasvati) Adakah ini bermakna keturunan kacukan Rakshasa dan Gandharva pernah tinggal di sini?



Bangunan Mehrgarh juga diperbuat dari batu bata tetapi disaluti pula dengan bata jemur. Selain itu, mereka juga mengukir patung-patung wanita bersaiz kecil sama seperti yang dijumpai di Tamadun Indus. Oleh kerana Tamadun ini lebih awal dari Indus, maka kita dapat lihat perkembangan peradaban ini bergerak dari Barat ke Timur.

Bangunan kaum Dravidia di sebelah Selatan India kesemuanya dibuat dari batu blok. Ini termasuk Kota Dvaraka yang baru ditemui di dasar laut. Ia dikatakan di bina oleh Dewa Krishna.



Nampak seperti ada pertembungan dua kaum besar di sini. Satu bergerak ke Utara dan satu bergerak ke Selatan India. Akan tetapi, kedua-duanya datang dari Barat pada zaman lebih awal dari Nabi Ibrahim a.s. (jika Dewa Brahma ialah Nabi Ibrahim a.s.).
Kemungkinan paling logik ialah mereka ini berasal dari keturunan Nabi Nuh a.s. selepas Bahtera baginda mendarat di Bukit Judi. Harap perbincangan tentang hal ini diteruskan oleh para ulama’.

Berbalik kita ke kaum Rakshasa, mereka adalah Indo-Aryan yang bergerak ke utara. Sudah tentu mereka telahpun berhubung rapat serta berkahwin campur dengan kaum dari utara seperti dari Tibet, China sebelum ke IndoChina. Ini telah mengubah sifat fizikal mereka menjadi seperti Melayu Nusantara. Malah mereka juga membawa agama dan bahasa ke Utara.

Nama Merong tidak membawa makna bagi kita tetapi perkataan Tibet, ‘Melong’ bermaksud ‘cermin’. Sejak zaman Dewa Brahma lagi konsep pencerahan(enlightenment) ditekankan dalam agama Hindu. Selain itu ‘ketulenan’ atau ‘kesucian asli’ pula disebut oleh orang Tibet sebagai Kadag (Kedah?) Kebetulan pula satu ketika dahulu Kedah pernah digelar Kacha. Mungkinkah ini semua ada kena-mengena dengan teknologi membuat kaca oleh Nabi Sulaiman a.s.? Ingat kembali istana Ratu Balqis yang lantainya dibina dari kaca oleh Nabi Sulaiman a.s. dalam Surah an-Naml: Ayat 44.
Mungkinkah teknologi ini diajar kepada Merong Mahawangsa dan diusahakan di Kedah? Setakat ini ditemui bahan mentah kaca pelbagai warna untuk membuat manik di Tapak Arkeologi Sungai Mas.

Dalam HMM, penceritaan tentang Raja Merong bermula dari Bab 2 hingga Bab 6 sahaja. Tidak ada penceritaan tentang pelabuhan Goa, Sri Lanka dan juga Alexander the Great(Iskandar agung). Selain itu, dalam Atlas Sedjarah, Prof Yamin hanya menanda Goa pada peta abad ke 16M. Oleh itu, mengaitkan Raja Merong dengan Alexander the Great dan pelabuhan Goa ini adalah pembohongan penjajah semata-mata kerana Raja Merong hidup sekitar 600 tahun lebih awal dari Alexander the Great iaitu pada zaman Nabi Sulaiman a.s.

Abad ke 5SM ialah zaman Gautama Buddha iaitu bermulanya ajaran Buddha di India. Ada juga yang berpendapat bahawa Buddha mungkin seorang nabi. Ini juga perlu pencerahan dari para ulama’.

Di sini saya ingin tonjolkan satu perkataan dari peta India purbakala oleh Prof Yamin.

Perkataan Pratitya(bergaris kuning) berada di sebelah barat India. Ungkapan ‘Pratitya samutpada’ yang bermaksud ‘Hukum Sebab-Musabab yang saling bergantungan’ ialah asas bagi ajaran Buddha. Ajaran Buddha pula dikatakan bermula di Nepal dan seterusnya ke seluruh Asia Timur. Ini menunjukkan perkataan ‘pratitya’ telah lama digunakan di barat sebelum zaman Gautama Buddha lagi.Ini juga menunjukkan penyebaran ajaran Buddha ke seluruh Asia Timur besar kemungkinan dilakukan oleh kaum Rakshasa sendiri. Ingat kembali Rakhine Chronicle yang menyebut mereka pernah di pimpin oleh Raja Marayu. Selain itu Rakhine Chronicle juga menyatakan Gautama Buddha sendiri pernah melawat Dhanyawadi di Myanmar. Patung Buddha pertama dibina di situ. Kaum Rakhine Myanmar kini menganut ajaran Theravada Buddha.

Ajaran Buddha yang tiba di Kedah pada mulanya besar kemungkinan tidak menyembah patung Buddha. Ini kerana terdapat bukti mereka menanam pokok bunga teratai dengan banyak iaitu pada era Raja Merong Mahapudisat. Perhubungan mereka yang berterusan dengan penganut ajaran Buddha lain yang sebangsa mungkin satu faktor yang menyebabkan mereka akhirnya menganut ajaran Vajrayana Buddha yang mula membuat patung-patung kecil dan makara.

Saya berpendapat Tamadun Sungai Batu dibina pada era Raja Seri Mahawangsa kerana baginda memulakan gelaran Raja yang pangkalnya Seri(Pulau Seri/G.Jerai). Lihat Bab 8,m.s. 54;
“Maka anak raja itu pun meletakkan nama-nya sendiri Raja Seri Mahawangsa pada negeri Kedah itu supaya mudah menteri hulubalang hendak menghantar surat dengan nama raja itu.”

Cara baginda memberi nama tempat, Serukam, pula seakan sama dengan tempat Rakshasa lain di India. Contohnya;  Uttarakhand - tempat Rakshasa yang tinggal di Utara. Oleh itu, Serukam – tempat Rakshasa yang tinggal di Pulau Seri?

Ini juga mungkin kemudiannya diaplikasi kepada nama kerajaan iaitu Sri Vijaya – Pulau Seri Berjaya?

Kita lihat satu lagi peta dari Atlas Sedjarah Prof. Yamin;




Lihat Wangsa yang ada di India pada sekitar Abad 9 – 10 Masehi. Di Barat; Wangsa Gurdjara Pratihara, di timur; Wangsa Tjandela(Chandela) dan di Selatan; Wangsa TJola(Chola). Prof Yamin hanya menandakan Nusantara sebagai Kedatuan SeriWidjaja(Sanfotsi). Apakah yang dimaksudkannya dengan Kedatuan? Ia bermaksud kawasan yang diperintah oleh Datu-datu iaitu pembesar-pembesar(Datuk-datuk). Ini bermakna Indonesia hanya mengetahui Srivijaya sebagai diperintah oleh Datuk-datuk.

Lihat Inskripsi Kota Kapur ini;

Ini pula inskripsi Nisan Minye 7. Terjemahan oleh Stutterheim dan Marrison jelas menunjukkan ada perkataan ‘Kedah’. Namun vdMolen tidak bersetuju dengan terjemahan mereka. Boleh dikatakan semua inskripsi di Asia Tenggara menerima nasib yang sama. Terjemahan cenderung bersifat berat sebelah(bias). Ada juga yang terus 'disembunyikan' atas sebab-sebab agama atau bangsa.
Bagaimanapun saya bersetuju dengan cara mereka menamakan tulisan ini; tulisan Sumatera Kuno. Ia tidak membawa makna kaitannya dengan tulisan lain. Sepatutnya tulisan-tulisan lain yang dijumpai seperti tulisan Mon, tulisan Khmer juga dinamakan Mon Kuno dan Khmer Kuno. Menamakan tulisan ini sebagai Pallava membawa maksud ianya datang dari India Selatan dan ini sangatlah tidak benar.
 
.....................................................................................................................................................>>>>>>>

Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah II

Ini ialah kronologi peristiwa dan agama yang sampai ke Nusantara menurut pandangan peribadi saya sahaja. Kajian berterusan harus dijalankan oleh semua pihak yang terlibat yang mungkin menghasilkan bukti serta kronologi yang lebih spesifik pada masa akan datang.

        Nama Raja
        Tempat
               Masa
                 Agama
1.       Raja/Dewa Ravana
Pulau Langkawi
(Bukan di Sri Lanka)
Sekitar 3000SM iaitu 5000 tahun dahulu
Tauhid jika Dewa Brahma ialah Nabi Ibrahim a.s. dan mungkin terpesong kemudiannya.
2.       Raja Merong Mahawangsa
Kota Langkasuka
Sekitar 1000SM iaitu 3000 tahun dahulu
Tauhid ajaran Nabi Sulaiman a.s. Mungkin terpesong kemudiannya.
3.       Raja Merong Mahapudisat
Kedah Zamin Tauran
Menghantar anak membuka Siam, Patani dan Perak
Sekitar 500SM iaitu 2500 tahun dahulu, ketika Gautama Buddha masih hidup
Jika G Buddha nabi, mungkin Tauhid pada awalnya. Mungkin terpesong kemudiannya.
4.       Raja Seri Mahawangsa
Serukam
Sekitar 50Masehi iaitu 1960 tahun dahulu
Mungkin sudah menganut ajaran Buddha Vajrayana.
Buddha Vajrayana sangat dekat dengan agama Hindu. Perdagangan dengan penduduk India Selatan yang bermula pada masa ini akhirnya mengakibatkan ajaran Hindu menyerap masuk sedikit-demi sedikit.
5.       Raja Seri Maha Inderawangsa
Sungai Mas
Sekitar 600Masehi iaitu 1400 tahun dahulu

6.       Raja Ong Maha Perita Deria(Raja bersiung)
Kota Aur
Antara 600Masehi
hingga Islamnya Raja Phra Ong Mahawangsa yang dipersetujui pada 1136 Masehi
7.       Raja Pra’ Ong Mahaputisat
Kota Kuala Muda kemudian Bukit Meriam
8.       Raja Pra’ Ong Mahawangsa
(nama Islam; Sultan Mudzalfal/Muzaffar Shah)
Bukit Meriam
1136M – 1179M
Islam
9.       Sultan Muadzam Shah
Bukit Meriam
1179M – 1201M
Islam. Hikayat Merong Mahawangsa ditulis.


Bab 14, m.s. 145; “..ia bertitah suruh ambil sakalian berhala di dalam istana itu, maka sakalian itu pun di-hantarkan orang-lah ka-hadapan baginda dan Sheikh Abdullah, bertimbun2 daripada emas dan perak dan tembikar dan kayu dan tanah saperti rupa manusia. Sakalian habislah di-pukul oleh Sheikh Abdullah dengan kapak dan di-belah-nya dengan pedang hingga hanchor luloh sakalian-nya menjadi serbok; kemudian maka di-masokkan-nya ka-dalam api.”

Dari ayat ini jelas bahawa mereka sendiri yang menghapuskan berhala-berhala menyebabkan berhala kurang ditemui di tapak-tapak arkeologi di Lembah Bujang.

Sejak ditulis, HMM telah menjadi antara senjata dakwah di Nusantara hingga hampir semua orang Melayu memeluk agama Islam. Malangnya, setelah Kedah dijajah British dan Sukhotai, pelbagai usaha dibuat untuk memutarbelitkan ceritanya dan juga cubaan menghapuskannya.

Selain itu, banyak tempat di Malaysia dan kepulauan kecil sekitar barat Thailand telah ditukar ke nama Inggeris. Terdapat pula cerita yang mengatakan suatu ketika dulu Langkawi dipanggil Pulau Lada oleh orang Acheh pada abad ke 16. Akan tetapi dalam HMM Bab 6, m.s. 43 dinyatakan Pulau Lada sudah menjadi Bukit Lada semasa zaman Raja Merong lagi.

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ditulis pada 5 Januari 1927 oleh Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad adalah satu usaha oleh pihak istana pada ketika itu untuk menulis semula salasilah Raja Kedah. Oleh kerana HMM bukanlah buku sejarah, maka cubaan itu memang gagal dan lebih mengelirukan. Persamaan Al-Tarikh Salasilah dengan HMM hanyalah pada Seri Paduka Maharaja Derbar Raja iaitu Raja Pra’ Ong Mahawangsa yang bertukar nama ke Sultan Mudzaffar Shah setelah memeluk agama Islam pada tahun 1136Masehi.

KESIMPULAN

Jika benarlah semua tanggapan serta bukti-bukti yang telah saya kemukakan ini, maka benarlah pandangan yang mengatakan terdapat dua gelombang kedatangan Melayu ke Indochina. Gelombang pertama yang dipanggil Melayu-proto ialah bangsa purba Rakshasa berketurunan Indo-Aryan yang telah berkahwin campur dengan bangsa-bangsa lain di utara bermula di Tibet,China. Mereka menuju ke IndoChina sambil membuat penempatan di tepi sungai-sungai sekitar 5000 tahun dahulu. Dalam HMM, mereka digelar gergasi.

Antara Melayu-proto yang masih berada di Malaysia sekarang ialah Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan. Yang berada di Indonesia pula ialah Toraja(Sulawesi Selatan),  Sasak(Lombok), Dayak(Kalimantan Tengah), Batak(Sumatera Utara), Nias(pantai barat Sumatera Utara), Rejang dan lain-lain. Di Myanmar, mereka dipanggil Rakhine atau Arakan.

Melayu-deutero ialah Melayu yang datang melalui jalan laut dari India Utara dan Bangladesh sejak keturunan Raja Merong Mahawangsa membuka Langkasuka sekitar 3000 tahun dahulu. Melayu-deutero ialah semua Melayu yang selebihnya. Ia mungkin juga termasuk Kadazan, Iban, Bajau, Melanau dan lain-lain yang berada di Sabah dan Sarawak. Begitu juga Melayu Siam dan Pattani samada yang beragama Islam ataupun tidak. Orang Islam Cham di Kemboja, Vietnam dan Laos dan juga orang Melayu Myanmar.

Kebanyakan orang Melayu adalah Islam disebabkan adanya senjata-senjata dakwah seperti Hikayat Merong Mahawangsa. Akibat penjajahan, kegiatan dakwah agama Islam terhenti sebelum sempat sampai ke negara-negara lebih Timur seperti Filipina, Taiwan, Jepun, Korea mahupun yang lebih dekat seperti negeri Sabah dan Sarawak. Ajaran Buddha yang tersebar meluas di Timur mungkin juga dibawa oleh bangsa Melayu suatu ketika dahulu sejak membawa ajaran itu keluar dari India. Oleh kerana tidak lengkapnya ajaran Buddha itu, maka penganut Buddha sendiri tidak menganggap Buddha sebagai agama. Mungkin pendedahan ini boleh menyedarkan mereka tentang hal sebenarnya. InsyaAllah.

Setakat ini saja perbincangan kali ini. Jika terdapat bukti-bukti atau maklumat baru dari para ulama’ dan komen yang akan dibuka, InsyaAllah akan bersambung lagi.

To the rest of the world, you are also welcome to participate in the comment section but sorry to say, I can only understand this other language.

Akhir kata, apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang bukan itu kesilapan saya sendiri. Harap Maaf.
source
hmm-asal.blogspot

No comments:

Post a Comment

Popular Posts