PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, November 25, 2012

Misteri Kewujudan Medan Tenaga Yang Terkuat Di Segitiga Bermuda, Makkah dan Madinah (update)


Atas permintaan seorang pembaca, saya tulis kembali kisah ini dalam bahasa Melayu. Ini mungkin artikel terakhir blog ini (saya sebut mungkin) kerana mempunyai tugas yang lebih besar pada 2012 nanti. Saya juga tidak lagi mampu menulis dengan baik atas beberapa faktor yang sukar saya jelaskan. Walaupun begitu saya cuba bertahan selama mungkin. Mulai tahun hadapan, keadaan negara kita mungkin tidak lagi sama seperti hari ini kecuali Allah menyelamatkannya. Jika diberi kesempatan dan kekuatan, saya akan cuba menjelaskannya sama ada di sini atau di ABATASA2. InsyaAllah.

Jika tidak kerana itu pun, saya fikir satu hari nanti, blog ini dan abatasa2 juga akan hadapi serangan dari luar. Saya amat yakin mengenainya memandangkan ada tanda-tanda yang boleh dikaitkan mengenainya..Andai kata ini terjadi, atau saya berhenti selepas artikel ini, saya mengambil kesempatan memohon berbanyak ampun dan maaf terhadap kesilapan atau ketelanjuran semasa menulis.

fenomena di Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda

Segitiga Bermuda (bahasa Inggris: Bermuda Triangle), terkadang disebut juga Segitiga Syaitan adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta batu persegi atau 4 juta km persegi yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Syarikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bahagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat.


Segitiga bermuda sangat misteri. Sering ada isu paranormal di daerah tersebut yang menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintasinya. Ada pula yang mengatakan bahwa sudah menjadi gejala alam bahwa sesiapa pun tidak boleh melintasi wilayah tersebut. Bahkan ada pula yang mengatakan bahwa itu semua akibat gangguan makhluk asing


Sejarah awal

Pada masa pelayaran Christopher Colombus, ketika melintasi area segitiga Bermuda, salah satu awak kapalnya mengatakan melihat “cahaya aneh berkemilau di cakrawala”. Beberapa orang mengatakan telah mengamati sesuatu seperti meteor. Dalam catatannya ia menulis bahwa peralatan navigasi tidak berfungsi dengan baik selama berada di kawasan tersebut.


Berbagai peristiwa kehilangan termasuk kapal-kapal besar dan kapal terbang di kawasan tersebut pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1951 oleh E.V.W. Jones dari majalah Associated Press. Jones menulis artikel mengenai peristiwa kehilangan misteri yang menimpa kapal terbang dan laut di kawasan tersebut dan menyebutnya ‘Segitiga Syaitan’. Hal tersebut diungkit kembali pada tahun berikutnya oleh Fate Magazine dengan artikel yang dibuat George X. Tahun 1964, Vincent Geddis menyebut area tersebut sebagai ‘Segitiga Bermuda yang mematikan’.



Kajian dari AfterDark pula dalam artikelnya MECCA, MEDINA & THE BERMUDA TRIANGLE menjelaskan banyak perkara yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kebanyakan orang. Biar saya ulas sedikit tentang penulis tersebut. AfterDark mempunyai ramai rakan di kalangan pemikir dan pemerhati fenomena global dan sering berbincang setiap isu besar timbul. Itulah kelebihan AfterDark. Bagi saya dia juga seorang penulis yang hebat dan mempunyai style tersendiri dalam penulisannya. Artikel yang dikeluarkan dalam blognya banyak memberi input tambahan untuk memahami peristiwa yang berlaku disekeliling kita.

AfterDark cekap menulis dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, dia lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris memandangkan pembaca tulisannya dari seluruh dunia bukan sahaja dari Malaysia dan Indonesia. Ada juga satu dua artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu.

Salah satu artikel yang dikeluarkan kira-kira 2 tahun lalu telah saya siarkan semula di blog ini pada Januari 2010, Sekarang masih lagi dibaca dan menjadi antara artikel yang popular. Malaysia 2013 ?? unleash riots... moslems, ..must read  Anehnya apa yang disebut dalam artikel itu menunjukkan bahawa AfterDark mempunyai sentuhan yang istimewa. Banyak kebenaran telah dapat beliau singkap untuk diketengahkan..Jangan hiraukan pegangan politiknya, ambil pengetahuan yang dikongsikan. Saya percaya beliau seorang yang jujur. 

Cukuplah setakat itu.mengenai AfterDark. Dibawah ini saya paparkan terjemahan dari arikel asal AfterDark yang pernah saya siarkan sebelum ini. dan saya mmohon maaf jika terjemahan saya ini tidak memuaskan.


MEKAH, MADINAH dan SEGITIGA BERMUDA: Tiga Medan Tenaga Terkuat

Kita tinggalkan politik Malaysia untuk seketika dan melihat kepada beberapa perkara yang kelihatan seperti karut (nampak bodoh) yang saya benar-benar suka untuk berkongsi dengan orang-orang yang tidak keberatan membaca mengenai perkara paranormal.


Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah satu teori oleh sekumpulan orang (sudah tentu saya bercakap tentang kawan-kawan saya dalam “kumpulan pemerhati” (watchers group) ) mengenai Dajjal dan medan tenaga bumi.


Tetapi sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan sedikit mengapa saya menulis topik ini dari sudut pandangan sekular. Mungkin ada yang mula berfikir saya sedang menyebarkan heresy.Eventhough, harap tidak begitu. Kami dalam Kumpulan Pemerhati (Watcher Group) banyak membincangkan hal berkitan Dajjal / Antichrist, kami cuba cara yang terbaik untuk membincangkan hal ini dalam persekitaran sekular. Mengapa? Jawapannya mudah. Jika kita mula terlalu awal kemukakan Hadis dan Al-Quran sebagai bukti untuk hujah kita, akhirnya hanya orang Islam dalam kumpulan sahaja yang sedia mendengar idea-idea kita. Orang bukan Islam akan meninggalkan perbincangan kerana mereka tidak akan selesa dipersembahkan dengan teks agama pada awal perbincangan.



Mengasingkan mereka yang bukan Islam pada peringkat awal seperti itu akan menggagalkan tujuan dakwah. Maksud saya, bagaimana mereka dapat mendengar apa yang mahu kita katakan jika mereka meninggalkan korum pada peringkat awal, betul? Oleh itu, adalah satu idea yang baik memulakan topik perbincangan yang mereka rasa selesa, dan memperlihatkan isu Dajjal ini kedengaran seperti unsur berkaitan Sains.


Kami bermula dalam nada sekular, maka secara beransur-ansur menaik taraf hujah kami kepada mode agama sebelum akhirnya memuktamadkan dengan dalil dari sumber agama.


Hollywood telah melakukan perkara serupa selama beribu tahun. Mereka sentiasa memulakan filem dengan sesuatu yang sekular dan tidak menyakitkan hati, umpamanya bumi dimusnahkan oleh nyalaan suria sebelum mereka perlahan-lahan menyalurkan propaganda agama bawah sedar. Propaganda berbentuk ingatan bawah sedar disampaikan oleh hero (watak utama filem) mengeluarkan kata-kata seperti "
Bible telah meramalkan sebelum ini .. yada yada yadai ". Dan ia berfungsi!! Bible sentiasa kedengaran hebat dan memberangsangkan dalam filem. Malangnya umat Islam tidak berjaya. Gagal menggunakan strategi yang lebih baik dari mereka. Saya tertanya-tanya mengapa?

 

Kembali kepada apa yang mahu saya tulis. Okay, di sini ada kuiz, ? Apakah Bermuda Triangle, Mekah dan Madinah mempunyai persamaan?


tik tok tik tok tik tok .. Buuzzzz! ... maaf, masa anda sudah tamat.


Adakah anda belum tahu lagi?
Ketiga-tiga tempat tersebut dikatakan mengeluarkan medan tenaga yang sangat kuat. Segitiga Bermuda telah diketahui memancarkan medan elektromagnet yang kuat manakala Tanah Suci dikatakan oleh Dr, Abdul Baset Sayyid telah membebaskan tenaga radiasi yang kuat. Bukankah itu sesuatu yang menarik? Memandangkan bahawa kebelakangan ini ada tersebar teori yang sangat menarik tentang tempat-tempat yang berkaitan Dajjal.


Setiap kali kita bercakap mengenai Dajjal, Mekah dan Madinah, kita sudah tahu tentang satu hadith mafhumnya bahawa Dajjal dilarang daripada memasuki dua Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah.. Menurut hadith ini, tanah-tanah suci ini akan dikawal ketat oleh malaikat yang sentiasa menghunus pedang menyekat Dajjal dari menceroboh.

Baru-baru ini, terdapat teori yang sangat menarik tentang Dajjal dan Segitiga Bermuda. Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Khuyut al-Khafiyyah baina al-Masikh ad-Dajjal wa asrar Muthallath Bermuda wa al-Atbaq at-Ta'irah" teori bahawa terdapat kerajaan rahsia yang diperintah oleh Dajjal di Segi Tiga Bermuda.
 

Saya tidak mempunyai peluang untuk membaca penuh keseluruhan buku tersebut (seseorang boleh email versi Bahasa Inggeris atau Melayu untuk saya?) Tetapi saya sendiri tidak dapat bersetuju pada masa ini dengan inti hujah Dawud tersebut. Maksud saya, jika Samiri adalah Dajjal dan Dajjal adalah Samiri (Samiri ialah lelaki misteri yang menipu bani Israel dengan anak lembu emas sebagai Tuhan palsu semasa ketiadaan Musa as) maka kenapa Dajjal tidak memerintah dunia sejak itu?

Kedua, hujah Isa Dawud tidak masuk akal dari perspektif hadith. Hadith dengan jelas menyatakan bahawa dalam sepanjang waktu kehidupan Nabi Muhammad saw, Dajjal dipenjarakan di sebuah pulau misteri dan dijaga oleh Al-Jazazah. Oleh itu, melainkan jika Dawud kemukakan teori mengapa semasa Musa as, Dajjal adalah seorang lelaki yang bebas dan semasa nabi Muhammad saw, Dajal tiba-tiba dirantai di sebuah pulau, maka saya tidak dapat menimbangkan idea bahawa Samiri dan Dajjal adalah entiti yang sama.


Ketiga, kepala lembu jantan syaitan "Moloch" telah di angkat sebagai Tuhan sejak zaman Sumeria lagi, sementaya replika Moloch selaku anak lembu emas hanya diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada zaman Nabi Musa as. Sekarang, kita tahu bahawa Dajjal adalah seorang Yahudi dan ibu bapanya juga adalah orang Yahudi. Malah, kedua-dua ibu bapa Dajjal adalah penyembah anak lembu emas sejak sebelum Dajjal dilahirkan.

Oleh itu, garis masa antara maklumat kedua-duanya tidak sepadan antara satu sama lain. Jika ibu bapa Dajjal menyembah Moloch maka ini bermakna Moloch sebagai anak lembu emas telah diperkenalkan kepada orang-orang Yahudi pada masa Dajjal. Tetapi teks agama kita menunjukkan bahawa kali pertama orang-orang Yahudi diperkenalkan kepada tuhan anak lembu emas itu ialah pada hari-hari awal sebelum Exodus. Oleh itu, satu-satunya penjelasan yang waras adalah Dajjal dilahirkan selepas anak lembu emas telah diperkenalkan oleh Samiri kepada orang-orang Yahudi dan bukan sebelum itu. Itu sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita mengatakan bahawa Dajjal dan Samiri bukanlah orang yang sama.


Walau bagaimanapun, dari sudut
pandangan sekular (teori sains moden), ada dibayangkan bahawa pulau Dajjal adalah terletak di dalam kawasan Segitiga Bermuda. Idea saya berdasarkan kepada fakta bahawa Bermuda Triangle terkenal kerana memancarkan medan elektromagnet yang kuat.

Sesaorang boleh terpenjara jika ada sesuatu yang menghalang dia daripada bebas (melepaskan diri), betul? Dalam dunia biasa, kebiasaannya kita merujuk kepada empat tembok-tembok yang dibina di sekeliling banduan itu untuk menghalang dia melepaskan diri. Begitulah juga kita perlu bina dinding atau pagar untuk menghalang sesiapa dari menceroboh ke halaman rumah kita.


Membina dinding biasanya kaedah yang paling murah dan praktikal. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat banduan yang merbahaya, walaupun ada empat penjuru dinding, masih lagi tidak dapat dikawal dari bergerak masuk dan keluar. Oleh itu selain daripada mempunyai dinding, pengawal keselamatan (guards) bersenjata sepenuhnya diletakkan di seluruh kawasan yang dikawal. Jika ada banduan yang lebih merbahaya dari itu, memerlukan langkah lebih ketat memerlukan lebih ramai pengawal untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang masa siang dan malam.


Fakta wujudnya bahawa medan tenaga yang dipancarkan dari Segitiga Bermuda, Mekah dan Madinah adalah sangat menarik jika sekiranya Segitiga itu adalah sememangnya benar pulau Dajjal .

Teori pertama sekular tentang perkara ini datang dari seorang warga Amerika dalam kumpulan kami - Kumpulan Pemerhati (tentu sahaja dia juga mengetahui cerita tersebut memandangkan cerita anak lembu emas dan kedatangan Dajjal juga telah disebut di dalam Bible). Dia mengatakan bahawa adalah munasabah perisai elektromagnet mampu bertindak sebagai sebuah tembok “mencegah Antichrist dari melarikan diri dari Segitiga Bermuda". Menurut beliau, dalam bidang perubatan terdapat sejenis penyakit yang dipanggil "neuropathic pain" yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat bagi sesetengah orang yang mengidap "Hipersensitivity Elektromagnetik" (EHS). Seseorang yang mengalami Hipersensitiviti Elektromagnetik ini akan sedaya upaya berusaha menjauhkan diri dari mesin MRI di hospital. Mereka juga akan berusaha mengelakkan diri dari beberapa perkara-perkara biasa yang lain seperti menggunakan laluan bawah tanah dan bercakap melalui handpone terlalu lama. 

  

Ia adalah teori yang menarik, tetapi masih ia belum dapat menjawab persoalan mengapa Dajjal mampu bergerak ke semua tempat di dunia kecuali Mekah dan Madinah. Ya, kami dapat menerima pandangan tersebut, jika sekiranya Dajjal mengalami ekstrim EHS, apakah ada keterangan lain yang boleh menjelaskan mengapa dia tidak dapat melepaskan diri dari kuil di Segitiga Bermuda dan tidak dapat masuk ke Mekah dan Madinah.

 

Dalam usaha untuk melerai teori Dajjal yang dapat difikirkan melalui teori sekular, katakan benar teori Dajjal terpaksa menderita penyakit Hipersensitiviti Elektromagnetik (EHS) yang paling teruk, dapat menghalang dia daripada memasuki Mekah dan Madinah, tetapi kita tahu masih banyak tempat-tempat lain di dunia ini terdiri dari kawasan bawah tanah sepertimana di New York dan juga kawasan-kawasan berhampiran grid elektrik voltan tinggi. Jadi teori EHS tidak seiring dengan apa yang disebut dalam hadith yang menyatakan bahawa satu-satunya tempat terlarang ialah Mekah dan Madinah.

Tambahan lagi, jika benar bahawa Dajjal adalah penderita EHS, tentu segala masalah yang kita hadapi sudah pun selesai. Hanya perlu mendirikan beberapa ratus menara elektromagnet di kawasan sekeliling dan kita akan selamat dari ancaman Dajjal. Sepertimana yang kita tahu ia tidaklah semudah itu.


Oleh kerana rakan Amerika dalam kumpulan tersebut (watcher group) telah kemukakan hujah, sepatutnya ada ahli kumpulan dari kalangan orang Islam dapat kemukakan hujah yang lebih kukuh (dipersekitaran sekular). Jika tidak, kita tentu akan malu. Jadi, teori di bawah adalah yang terbaik dapat saya ketengahkan dalam masa singkat (sepontan).


Pada pandangan saya kehadiran medan elektromagnet yang kuat di tiga tempat ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran besar umat antara dimensi. Oleh itu jika orang Amerika berhujah bahawa medan magnetic itu adalah tembok (Wall), saya pula mengatakan bahawa ia mungkin berpunca dari kesan yang terhasil dari "pengawal keselamatan".


Mengapa saya mengatakan begitu?


Ia adalah satu pengetahuan yang biasa di kalangan penyiasat paranormal seperti pemburu hantu (ghost hunters) dan seumpamanya bahawa kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan mendadak bacaan elektromagnetik. Terdapat teori bahawa roh juga sebagai makhluk antara dimensi memerlukan tenaga untuk menyatakan kewujudan diri mereka dan meter EMF dikatakan dapat mengesan tenaga ini. Kita selalu melihat perkara berkaitan di televisyen di mana penyiasat paranormal sentiasa membawa bersama mereka meter EMF untuk mengukur derivatif (kadar perubahan) di persekitaran medan magnet (termasuk mengesan kehadiran roh atau hantu).


Hakikatnya semua makhluk di dunia ini memancarkan tenaga, ia telah disahkan oleh saintis Rusia yang diketuai oleh Semyon Davidovich Kirlian dan Dr. Konstantin Korotkov. Teknik mereka, yang dikenali sebagai Teknik Kirlian dan teknik Visualisasi Pelepasan Gas (GDV) adalah satu penemuan yang membolehkan mereka menangkap gambaran objek melalui satu kamera khas tenaga mental dan tenaga rohani yang berpunca dan dari individu, tumbuh-tumbuhan, cecair, serbuk, dan juga objek tidak tidak bernyawa.

Jika benar kehadiran makhluk antara dimensi boleh menyebabkan lonjakan tenaga dipersekitaran, maka lonjakan sama juga boleh berlaku disebabkan oleh kehadiran para malaikat di Mekah dan Madinah kerana malaikat juga entiti yang boleh di definisi sebagai entiti antara dimensi (inter-dimensional).


Saya rasa tidak ada keperluan untuk saya jelaskan apa yang membawa saya untuk mempercayai wujudnya perhimpunan besar-besaran malaikat di Mekah dan Madinah. Maksud saya, perkataan "Tanah Suci" itu sendiri seharusnya mencukupi untuk menyampaikan hujah saya. Saya telah membaca dengan penuh minat artikel di http//insanberdakwah.blogspot.com tentang makhluk antara dimensi. Artikel itu mengatakan bahawa bilangan malaikat di dunia ini begitu besar (berganda-ganda) berbanding bilangan manusia. Tentu nampak bodoh untuk kita menghitung dalam bentuk bilangan (kita mungkin bercakap tentang quintillions di sini).


Harus kita ingat bahawa para malaikat dijadikan dari Cahaya, maka menurut Heinrich Rudolf Hertz, 'cahaya' itu sendiri adalah sebahagian daripada sinaran elektromagnet dengan pelbagai frekuensi kira-kira 405 THz kepada 790 THz. Dalam soal fizik ia kelihatan kecil, tetapi bayangkan jika mendarabkannya dengan quintillion sumber-sumber terdebut pada satu-satu masa dan dari sini kita mempunyai teori mengapa Mekah dan Madinah memancarkan sejumlah tenaga besar yang amat luar biasa.


Saya fikir ia juga boleh diterima akal bahawa terdapat satu perhimpunan besar-besaran malaikat di pulau di mana Dajjal dipenjarakan. Kita sedang bercakap tentang banduan imortal yang paling merbahaya di dunia. 

Jika jumlah tentera besar-besaran yang terdiri dari para malaikat dengan pedang terhunus untuk menghalang dia daripada memasuki Tanah Suci, maka adalah logik bilangan yang sama juga diperlukan untuk menghalang beliau daripada melepaskan diri dari pulau tersebut. Kita belum mengambill kira kemungkinan wujudnya berbilion-bilion makhluk antara dimensi yang lain (yang tidak suci) berkumpul berhampiran kawasan ini untuk mengesan banduan yang kita bicarakan ini.

Walau bagaimanapun, teori yang saya bangunkan ini tidak disokong oleh sebarang bukti, menjadikan artikel ini hanya sesuai untuk bacaan ringan seumpama membaca cerita fiksyen sains yang murah sahaja. Saya kemukakan hujah ini hanya kerana ia kedengaran seperti satu idea yang baik. Sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan maruah kita orang Islam pada masa perbincangan itu. Maksud saya, jika orang Amerika itu boleh membawa teori yang menarik pada tempoh segera, tentulah memalukan jika tidak ada umat Islam yang boleh menawarkan alternatif. Jadi ia hanya untuk menjaga maruah ..ha ha ha ..


Sebenarnya, tiada siapa yang pasti mengapa Mekah, Madinah dan Segitiga Bermuda memancarkan tenaga yang besar. Kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan Dajjal, agak meyakinkan Segitiga Bermuda adalah lokasi di mana pulau misteri itu terletak dan kelihatan seperti satu kemungkinan yang terbaik. Kita dapati keadaan yang berlaku seolah-olah terdapat satu kuasa misteri yang mencegah manusia daripada menghampirinya. Bilangan kapal-kapal dan kapal terbang yang hilang agak banyak di Segitiga ini. Seolah-olah kapal-kapal ini telah mendekati satu kawasan rahsia yang terlarang di mana mereka telah ditenggelamkan atau ditembak jatuh untuk melindungi rahsianya.


Terdapat teori arus perdana yang mengatakan bahawa medan elektromagnet di Segitiga Bermuda begitu kuat sehingga mampu menarik kapal terbang dari ruang angkasa. Ini disokong oleh penemuan bangkai-bangkai kapal di dasar laut di sekitar kawasan tersebut. Mendengar cerita ini, teori yang saya bangunkan tidak dapat membantu tetapi saya teringat semula apa yang diberitahu oleh bos saya tentang perjalanannya mengerjakan Umrah ke Mekah baru-baru ini. 

Beliau menunjukkan kepada saya satu video dimana dia dan sekumpulan penumpang lain dalam perjalanan dengan bas di pinggir Madinah, tiba-tiba bas tersebut menjadi berat seolah-olah ia bergerak menghala ke atas bukit. Kata beliau, ini adalah pengalaman biasa di kalangan pengusaha bas di Madinah. Kawasan itu betul-betul di pinggir Madinah (sempadan Tanah Haram) mempunyai reputasi enjin kereta terpaksa bekerja lebih keras. Kelihatan seperti bas yang dipandu mengharungi medan magnet gergasi

Satu lagi perkara mengenai Segitiga Bermuda, mengingatkan saya tentang Tanah Suci Elixir of Life (Fountain of Youth). Bagi orang-orang yang telah membaca artikel saya sebelum ini "Immortals", saya telah menjelaskan di sana bahawa Elixir merupakan motivasi sebenar di sebalik perjalanan Christopher Columbus ke New Amerika.

Pada suatu ketika dalam perjalanannya melalui Laut Sargasso dan Segitiga Bermuda, perkara-perkara yang luar biasa mula berlaku. Pada bulan September 1492 kompas pelayaran menjadi gila selama hampir sepanjang bulan dan sepanjang tempoh itu, Columbus menyaksikan satu fenomena ganjil. Apa yang beliau sifatkan sebagai "percikan api yang mengagumkan dari dari langit ke laut" “(marvelous branch of fire fall from the heavens into the sea”) pada 15 September. Kemudian pada 11 Oktober, 1492 dia melihat satu lagi cahaya di ufuk yang masih tidak dapat dijelaskan sehingga hari ini


Terdapat perdebatan hangat dalam Internet mengenai perkara ini. Apa yang boleh menyebabkan terpancarnya cahaya yang telah dilihat Christopher pada 11 Oktober itu. Menjadi satu tarikan untuk mengetahui bahawa sebelum cahaya itu kelihatan, sistem pelayaran mereka tidak berfungsi dengan teratur (menajdi gila). Ia berlaku pada bulan September, seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang mereka daripada bergerak turus ke hadapan. Setelah mereka selamat melalui perjalanan yang berbengkang bengkok di kawasan tersebut, satu cahaya telah muncul pada bulan Oktober seperti ada seseorang menghantar isyarat kecemasan di langit memberitahu mereka bahawa mereka telah terlepas sebuah pulau.


Ada pendapat yang kukuh dalam sessi perbincangan ‘kumpulan’ (watchers group) ) ini tentang lokasi Elixir of Life terletak, ia berada di pulau yang sama di mana Dajjal dipenjarakan. Keadaan ini bolehlah menerangkan keadaan Dajjal (mengikut pandangan sekular) yang kekal hidup lama (immortal) dan sebab mengapa Christopher Columbus telah diarahkan oleh Ratu Isabella Castile untuk belayar ke sana yang berkemungkinan pula mendengar dari Ponce de León (Ponce de León kemudian menyertai Columbus sepanjang Voyage kedua semata-mata untuk mencari Elixir of Life ).

Elixir of Life adalah satu perkara yang menarik bagi saya, terutamanya saya mula terfikir tentang sifat-sifat penyembuhan air Zam-Zam di Mekah dan kisah-kisah yang saya dengar tentang kesan penyembuhan Tanah Suci ke atas penduduknya. Saya tidak tahu secara peribadi sama ada cerita-cerita ini boleh disahkan (saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk melaksanakan Umrah lagi) tetapi ibu saya tetap mengatakan bahawa dia berasa sangat sihat apabila dia melangkah masuk ke Tanah Suci. Pada masa ini ibu saya sedang merancang untuk menunaikan haji kali ke 3 dengan ayah saya. Ibu saya cukup yakin bahawa sebaik sahaja kedua-duanya tiba di Tanah Suci, masalah kesihatan ayah saya akan sembuh buat sementara waktu sepanjang tempoh mengerjakan haji.


Riwayat mengenai kelebihan air Zam-Zam yang memberi khasiat penyembuhan adalah seperti yang terdapat dalam Sahih Muslim di mana (mafhumnya) Rasulullah saw (keamanan dan rahmat daripada Allah ke atasnya) bertanya kepada Abu Zar ra, yang tinggal berhampiran Kaabah selama empat puluh hari dan malam ia memberi tahu baginda bahawa dia tidak makan sebarang makanan atau minuman selain daripada hanya meminum air Zamzam: Riwayat oleh Imam Muslim, 2473)..


Ibn al-Qayyim (mungkin Allah telah memberi rahmat kepadanya) juga pernah berkata:


"Saya dan beberapa orang lagi telah mencuba menyembuhkan penyakit melalui air Zamzam dan mendapati berlaku perkara yang menakjubkan. Saya juga sembuh dari pelbagai penyakit, saya telah sembuh dengan izin Allah. Saya menemui seseorang yang dipelihara dari kesukaran untuk setengah bulan atau lebih, dan dia tidak merasa lapar, dia melakukan Tawaaf bersama-sama dengan orang lain sama seperti yang mereka lakukan. Dia memberitahu saya bahawa dia hanya minum air Zamzam selama empat puluh hari dan beliau mempunyai kekuatan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, berpuasa dan melaksanakan Tawaaf berkali-kali ". Zaad al-Ma'aad, 4 / 319, 320.

Saya tidak begitu pasti sama ada tenaga bumi dan Elexir of Life (fountain of youth) ada hubung kait antara satu sama lain. Sama ada tumpuan tenaga bumi yang menyebabkan sifat-sifat penyembuhan (penawar) air zam-zam atau air itu sendiri yang mengeluarkan sinaran tenaga. Perkara ini terus kekal sebagai misteri.


Saya tahu bahawa Luciferians telah lama dilengkapi satelit dengan teknologi GDV yang membolehkan mereka melihat aura di seluruh dunia. Itu mungkin teknologi paling canggih yang pernah dicipta. Mereka bukan sahaja boleh melihat kita dalam mod penglihatan malam ataupun mod inframerah, malah mereka juga mampu melihat ke arah setiap sudud jiwa kita. Tidak keterlaluan jika kita kata melalui penambahan nilai (upgrade) Kirlian dan GDV terhadap teknologi ini akan dengan mudah membolehkan mereka melihat setiap makhluk antara dimensi yang mengembara di dunia kita


Saya rasa saya mula faham sekarang kenapa Imam Mahadi berada dalam keadaan orang biasa sebelum dia mencapai umur 40 tahun (di islahkan dalam satu malam). Jika Allah menjadikan dia istimewa sejak dari lahir, sudah pasti beliau dapat dikesan oleh satelit sebagai kanak-kanak lelaki muda dengan aura kepekatan tertinggi terpancar dari dalam dirinya. Ia akan menjadi sangat mudah untuk Luciferians dengan serta-merta menghalakan pengesan serta zoom terhadap dirinya dan membunuhnya sementara dia masih muda.


penghargaan untuk AfterDarkWriters



apa kaitan dengan keris?

Tolong beri jawapan kerana saya tiada jawapannya.

Mengapa Melayu tidak menggunakan pedang sebagaimana bangsa lain?
Sebaliknya terus menggunakan keris. Sesuatu yang pelik. 


Apa itu Lorong waktu (worm holes)?


Dalam sejarah, manusia, kapal-kapal, pesawat terbang dan lain-lain sebagainya yang hilang secara misteri seperti yang sering kita dengar di perairan Segitiga Bermuda, sebenarnya adalah masuk ke dalam lorong waktu yang misteri ini.


Seorang ilmuan Amerika yang bernama Ado Snandick berpendapat, mata manusia tidak dapat melihat keberadaan suatu benda dalam ruang lain, itulah objektif keberadaan lorong waktu.


Dalam penyelidikannya terhadap lorong waktu ini, John Buckally mengemukakan teori hipotesisnya sebagai berikut:


* Keberadaan lorong waktu adalah bersifat kebendaan (material), tidak terlihat, tidak dapat disentuh, tertutup untuk dunia fana kehidupan umat manusia, namun tidak mutlak, karena kadang-kadang ia akan terbuka.


* Lorong waktu dengan dunia manusia bukanlah suatu sistem waktu, setelah memasuki seperingkat sistem waktu, ada kemungkinan kembali ke masa lalu yang sangat jauh, atau memasuki masa hadapan, karena di dalam lorong waktu tersebut, waktu dapat bersifat searah atau pun berlawanan arah, boleh bergerak lurus atau sebaliknya, dan bahkan boleh berada dalam keadaan diam membeku.


* Terhadap dunia fana di bumi, jika memasuki lorong waktu, berarti hilang secara misteri, dan jika keluar dari lorong waktu itu, maka ia muncul pula secara misteri.


Disebabkan lorong waktu dan bumi bukan merupakan sebuah sistem waktu, dan oleh kerana waktu boleh diam membeku, maka meskipun telah hilang selama 3 tahun, 5 tahun, bahkan 30 atau 50 tahun, waktunya sama seperti dengan satu atau setengah hari.


Meskipun beberapa teori dilontarkan, namun tidak ada yang memuaskan sebab munculnya tambahan seperti benda asing bersinar yang mengelilingi pesawat sebelum kontak dengan menara pengawas terputus dan pesawat lenyap.
(sebahagian sumber)

Satu lagi misteri untuk dikongsi bersama. Masih banyak rahsia alam yang belum dapat diteroka oleh makhluk lemah bernama manusia. Namun malangnya dalam kegelapan kejahilan, sebahagian manusia ini begitu angkuh berdiri cuba memakai pakaian Tuhan dan mengaku mereka pandai dan tahu segalanya.

Tiga Titik Aneh

Cuba buat satu garisan melintasi mukabumi (secara kasar) dan bahagikan dengan angka 3 (mengapa 3? tak perlulah kita fikirkan),  kita akan lihat ada tiga tempat yang mana dua darinya amat terkenal dan telah disentuh dalam artikel di atas. Satu titik lagi terus tersembunyi, walaupun ada yang cuba menyelongkarnya, namun ia terhenti begitu sahaja. Keganjilannya semakin bertambah dan siapakah yang berani (dengan ikhlas) cuba selesaikannya? Menghairankan, titik satu, sejuk tetapi panas di dalamnya, titik kedua panas diluar sejuk di dalamnya, bagaimana dengan titik ketiga yang pernah digelar Segitiga Naga? Bersifat panas-sejuk?

Semoga ada yang berani membuka rahsia ini.... atau ia akan terus kekal sebagai rahsia selamanya?
klik untuk besarkan
 
SUMBER 
 
Salam hormat dari Abatasa

No comments:

Post a Comment

Popular Posts