PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Thursday, August 7, 2014

KONFLIK SYRIA (4) Sebuah fitnah besar

Apakah sebenarnya yang berlaku di Syria? Adakah Basyar Al-Assad berada di pihak yang benar? Atau dia itu bakal As-Sufyani yang akan menentang Imam Mahdi akhir zaman?

Saya telah bertanya seorang hamba Allah yang soleh. Apa pendapat dia tentang  konflik Syria masakini? Jawabnya mudah sahaja…sebuah fitnah besar.

PERMULAAN SEBUAH FITNAH BESAR
Kalau anda melihat Syria sekarang, anda akan melihat keadaannya seperti kota hantu yang sunyi-sepi. Semuanya penuh huru-hara & pembunuhan.

Ini adalah PERMULAAN. Selepas ini Asia Barat keseluruhannya akan menjadi seperti Syria. Anda akan dapat melihat Syria, Jordan, Arab Saudi,  Palestin, Iraq, Yaman, Iran dan sebagainya akan penuh huru-hara & pembunuhan.

BELITAN PERTAMA
Ini adalah belitan pertama (maksudnya ular besar sedang melakukan tugasnya). Syria sedang dibelit ular fitnah yang dahsyat. Dan ia akan berjangkit kepada 2 kota Haramain, Mekah dan Madinah. Dan kemudian akan berjangkit ke tempat-tempat lain seperti saya sebutkan di atas.  
Dan anda jangan terkejut kalau selepas ini dua kumpulan orang Islam berperang seolah-olah kumpulan merekalah yang benar.

Pada peringkat awal, As-Sufyani (pemerintah baru Syria) menjadi pemerintah sah yang diiktiraf oleh Al-Mahdi. Kemudian dia melakukan sesuatu yang menyeleweng dan ditegur keras oleh Al-Mahdi. Maka bermulalah pertentangan.

BERMULALAH PERTENTANGAN
As-Sufyani mendakwa dialah ahlul bait. Imam Mahdi juga mendakwa yang sama. Kalau kita berada di tengah-tengah mereka, suara siapakah yang akan kita dengar. Dan perintah siapa pula yang akan kita ikut?

Sekarang perang saudara berlaku di Syria. Kita pun jadi keliru untuk mengatakan pihak mana yang benar. Setengah pihak berpendapat, 95% ulamak Syria menyokong pembangkang. Hanya 5% menyokong Basyar Al-Assad. Benarkah itu?

Bila nanti terjadi pertentangan antara Imam Mahdi & As-Sufyani, kekeliruan kita akan jadi bertambah besar. Kedua-duanya mendakwa ahlul bait. Mustahil kedua-duanya penipu. Dan mustahil pula kedua-duanya benar.

ASAS PENILAIAN SAYA
Dalam menilai siapa yang benar atau salah, kunci penilaiannya terletak kepada redha Yahudi dan Nasara. Anda mesti tahu, Yahudi dan Nasara sangat benci kepada Islam. Kebencian mereka meliputi segala perkara sehingga kita patut berhati-hati dalam semua hal.

Saya telah menulis dalam post-post saya sebelum ini, KONFLIK SYRIA (siri 1,2 & 3) bahawa pembankang Syria ditunjangi oleh Yahudi & agen-agen Dajjal seperti USA, Britain & Peranchis. 

Silakan anda membaca. Kemudian kosongkan kepala anda untuk menyerap pertimbangan yang sesuai dari hujjah-hujjah saya. Anda jangan fanatik, kerana sifat fanatik akan menjadikan anda bodoh.

DAKWAAN TIDAK JELAS
Pembenci-pembenci Basyar Al-Assad telah mendakwa bahawa gambaran konflik Syria tidak jelas kepada dunia.  Mereka mendakwa media-media barat telah menyokong Basyar dan menutup kezalimannya.

Mereka tidak mahu manusia seluruh dunia tahu apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka  memutarbelitkan fakta.

Saya melihat penjelasan mereka sangat tidak masuk akal. Ada 3 sebab. [1] Syria itu anti barat. Mustahil ada kerjasama & penyatuan. [2] Sekarang ini dunia tanpa sempadan (borderless nation). Mustahil berita dapat dilindungi & disekat. [3] Jangan mudah percaya kepada sebarang berita yang sampai kepada telinga anda. Kerana ibu segala berita ialah Yahudi laknatullah.  

ANDA MENYOKONG SIAPA?
Kalau nanti terjadi pertentangan hebat antara As-Sufyani & Imam Mahdi, anda akan menyokong siapa? anda tentu menjawab bahawa KAMI menyokong imam kami, Al-Mahdi Al-Muntazar.

Benarkah begitu? Apakah semudah itu? Secara pribadi, saya kurang yakin. Anda akan melihat peperangan antara mereka disokong oleh kelompok ulamak masing-masing. Masing-masing mempertahankan hujjahnya, sedangkan sesiapa yang menentang Al-Mahdi itu, maka dia kufur dan akan diheret ke neraka.

ANDA FAHAM MAKSUD SAYA?
Kalau anda tidak faham, maka ini jawapannya. Bahawa Al-Mahdi itu akan dibaaih oleh para wali dari Syam & Mesir, juga oleh para wali Abdal dari Iraq, juga oleh golongan Asoib (kerohanian) dari Timur.

Mereka itu (berjumlah 313 orang) bukanlah para ulamak yang menonjolkan diri untuk dikenali. Mereka manusia tersembunyi yang mengajak manusia lain hanya kepada Allah SWT.

DI MANA PARA ULAMAK ZAHIR?     
Kenapa Tuhan menghantar para wali & asoibnya untuk menyokong & membaaih Al-Mahdi? Jawapannya ada pada konflik Syria masa sekarang.  Dikhabarkan 95% ulamak Syria dan terdapat beberapa ulamak lain secara terang-terangan menyokong Pakatan Pembangkang Syria. 
Apakah mereka (ulamak-ulamak) itu tidak tahu tentang kemunculan As-Sufyani dari kemenangan Pakatan Pembankang itu? Dan apakah mereka juga tidak tahu pertentangannya dengan Al-Mahdi?  Saya tidak tahu kenapa mereka "tidak tahu" atau "buat-buat tidak tahu". 
Sebab itu, cahaya Allah sangat penting untuk menentukan haluan sebenar. 


Saya teringat kepada kata-kata Syeikh Jaafar As-Sadiq : “Imam Mahdi Al-Muntazar akan keluar pada saat orang ramai melupakannya” Anda faham maksudnya? Kalau orang ramai melupakan Al-Mahdi, maka mereka juga tentu melupakan As-Sufyani.

MAKSUDNYA. Mereka tidak kisah tentang Pakatan Pembankang Syria. Mereka tidak kisah tentang pemerintah baru selepas itu. Mereka tidak kisah tentang As-Sufyani itu baik atau jahat.

Saya juga teringat kepada satu kata-kata hikmah : “ Al-Mahdi akan muncul pada saat manusia tidak lagi mendapat hidayah”. Anda faham maksudnya? Hidayah tidak lagi mengisi hati manusia, kerana hatinya telah dikotorkan oleh lumut dunia, pangkat & darjat. alangkah peritnya untuk mengatakan demikian.


TENTU ANDA FAHAM SEKARANG
Al-Mahdi Al-Muntazar akan disokong, dibaaih, dibantu & didokong oleh ahlullah (orang-orang Allah) yang hidup berpandukan cahaya Allah. Anda mesti menerima hakikat tersebut supaya hidup anda tidak tersesat.

SEJARAH LAMPAU
Konflik berdarah (pada zaman Haffez Al-Assad) berlaku di Hama pada tahun 1982, berlaku selama 27 hari dan mengorbankan hampir 46000  penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik.

Rakyat mula bangkit kembali terhadap kezaliman yang berlaku sejak 2 tahun yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

Cuba anda perhatikan, sesudah 31 tahun baru “kebangkitan semula” ini berlaku. Maksudnya jelas. Ada kelompok tertentu di Syria yang memanaskan cerita lama.

Tangan siapa yang memulakan api? Tentu sekali pembangkang yang benci kepada Basyar dan keluarganya.

Siapakah pula yang menimbun kayu apinya? Tentu sekali Yahudi & agen-agen Dajjal.

PUNCA KONFLIK KONONNYA?
Kononnya ada sekumpulan kanak-kanak, seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.

Slogan ini sama seperti yang telah dilaungkan di Negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

Saya merasa curiga dengan cerita di atas. Bahkan tidak ada sebuah filem pun di atas muka bmi ini memaparkan pembukaan cerita seperti itu. Sangat janggal dan lemah. Cuba anda berfikir dengan menambah sedikit kewarasan lagi pada fikiran anda. .

[1] Kanak-kanak itu (di mana pun kanak-kanak itu) terdidik dengan sifat jujur & mudah mengaku kesalahan. Mustahil mereka begitu sukar untuk mengaku perbuatan mereka.

[2] Kalau pun ada sebahagian payah berlaku jujur, mustahil pula 50% lagi gagal membocorkan rahsia.Kanak-kanak realtifnya mudah mengaku salah.Demikian kajian pakar psikologi.

[3] Kalau pelaku itu sudah dikenalpasti melalui pembocoran rahsia, kenapa kanak-kanak itu perlu diseksa begitu kejam?Sangat mustahil kanak-kanak itu melakukannya tanpa campurtangan orang dewasa yang cuba berputarbelit.

[4] Apakah perlunya wanita-wanita itu dihantar sebagai tukarganti? saya hanya melihat ayat ini sebagai rekaan untuk menampakkan kejahatan askar sahaja.

[5] Paling akhirnya, apakah perlunya perkahwinan bagi manusia yang JAHAT & KEJAM? 

Sejukkanlah hati anda. Berfikirlah secara masak. Kalau anda seorang yang emosi, ilmu anda sendiri pun tidak mampu menjinakkan anda. Semoga bermanfaat.

1 comment:

Popular Posts