Saat kemunculan Imam Mahdi
Al-Muntazar sudah sangat dekat. Anda boleh perhatikan kepada konflik Syria.
Kalau konflik itu menuju
kepada kemunculan pemenangnya, maka dialah As-Sufyani.
Pertentangan antara
As-Sufyani dan Imam Mahdi Al-Muntazar bergantung kepada keikhlasan hati.
Kedua-duanya mengaku sebagai ahlul-bait tetapi salah seorang daripadanya adalah
pendusta.
MUFTI AGUNG SYRIA
Apakah maksud kata-kata beliau? Apakah kerana beliau rapat dengan
Basyar Al-Assad? Atau kerana beliau melihat mudarat konflik Syria ini lebih
besar daripada mudarat Al-Assad itu sendiri?
Konflik Syria ini akan memunculkan manusia yang bernama As-Sufyani. Dan
As-Sufyani itu adalah penentang kepada manusia suci akhir zaman, Al-Mahdi
Al-Muntazar.
Television Al Arabiya melaporkan, Selasa (12/3), Mufti Agung Syria dalam siaran televisionnya, menyatakan setiap muslim, baik yang tinggal di Syria atau di luarnya harus mendukung rejim Assad.
Hassoun mendesak seluruh warga Arab dan muslim berjuang melawan apa yang dia sebut sebagai musuh Syria.
Kita pun menjadi keliru. Pihak manakah yang benar dalam konflik ini?
Basyar Al-Assad atau kumpulan penentangnya?
SYEIKH SAID RAMADHAN AL-BUTI
Mufti ini yang diketahui dekat dengan Assad juga memperingatkan tentang
kemungkinan berlakunya serangan bunuh diri di Amerika Syarikat dan Eropah jika masyarakat
antarabangsa melancarkan serangan ke atas Syria.
Kata-kata Mufti ini sangat dibenci oleh rakyat Syria sendiri. Buktinya,
ulamak tersohor dunia dari Syria (Syeikh Said Ramadhan Al-Buti) dibunuh dan
kematiannya disoraki. Difahamkan bahawa Syeikh Al-Buti pernah mengeluarkan
kenyataan serupa (menyokong rejim Basyar Al-Assad).
Mufti ini pun mungkin akan menerima nasib serupa. Bahkan seorang imam
masjid di tempat di mana Syeikh Al-Buti dibunuh juga telah menerima nasib
ngeri.
Dia telah disembelih dibunuh, dipancung & dicincang tubuhnya.
Pemberontak Syria telah benar-benar percaya bahawa Assad itu patut dibunuh. Dan
penyokong-penyokongnya juga patut dibunuh.
ADAKAH IA SEBUAH LAKONAN?
Ada orang berkata, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti dipaksa oleh Assad
supaya mengeluarkan kenyataan menyokongnya. Wallahu ahlam. Tetapi saya
berpendapat kalau begitu keadaannya, kenapa beliau dibunuh?.
Saya mempunyai pendapat yang sama dengan pendapat berikutnya bahawa mereka (para ulamak) itu memilih
mudarat yang sedikit daripada mudarat yang banyak. Memang Basyar Al-Assad itu
jahat, tetapi As-Sufyani itu lagi jahat.
MARI KITA KENALI AS-SUFYANI ITU?
Bersabda Nabi SAW, “Sebelum (munculnya) al-Mahdi, As-Sufyani akan muncul
bersama-sama 360 pasukan (tentera) berkuda, kemudian dengan diiringi oleh
30,000 (tentera) yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani
kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang
terbunuh di Zaurak, iaitu suatu kota di Timur. Setelah itu, mereka menyerbu
Kufah. Lantas (ketika itu) muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Yang
memegang benderanya ialah seorang Pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan Syuaib
bin Saleh. Dia (at-Tamimi itu) kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada
penduduk Kufah dan membunuh semuanya. Setelah itu as-Sufyani mengerahkan
sebahagian tenteranya (pergi menyerang) Madinah. Mereka terus menyerang Madinah
selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Ketika mereka sampai di al-Baida, Allah
memerintahkan Jibril supaya menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang
mana dengan hentakan itu, mereka jadi terbenam ke dalam bumi sehingga tidak
berbaki melainkan dua orang yang kemudian menyampaikan (perihal) peristiwa
tersebut kepada as-Sufyani. Tetapi as-Sufyani tidak menghiraukannya. Lalu dia
mengirimkan dua orang (keturunan) Parsi untuk meminta bantuan (kerajaan Romawi)
menaklukkan Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya ini segera
dikabulkan (lalu dihantar pasukan tentera yang ramai untuk membantu). Tetapi
ketika kedua-dua orang (utusan) ini sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka
dibunuh orang. Selain itu, as-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari
dirinya, bahawa ada seorang perempuan duduk-duduk di atas pahanya di pintu gerbang
di Damsyik. Ketika itulah terdengar satu seruan dari langit, “Wahai (sekalian)
manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim,
orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang
yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu,
sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
KITA STOP SEBENTAR
Hadis di atas akan disambung selepas ini. Mari kita tengok beberapa
perkara yang boleh kita bincangkan.
[1] Siapa itu As-Sufyani dan Kalb?
Kami cenderung mengatakan As-Sufyani itu adalah pemerintah baru Syria
yang menguasai akan Syria, Jordan & sebahagian utara Tanah Arab.
Dia berasal dari keturunan Khalid bin Muawiyah. Peringkat awalnya dia
mengaku sebagai ahlul bait. Tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar akan membuka
tembelangnya.
Kalb itu adalah Amerika Syarikat & sekutu-sekutu Dajjal yang
menyokongnya. Dalam konteks konflik Syria sekarang ini, kelompok pembangkang
Syrialah yang akan memunculkan As-Sufyani.
Anda boleh merujuk post saya sebelum ini. KONFLIK SYRIA (SIRI 1) Di mana Imam Mahdi di dalamnya? , Amerika Syarikat, Britain
& Perachis adalah pendokong kuat kepada pembangkang Syria masakini. Maka
dengan itu, Isreal juga berada di situ.
[2] Kenapa As-Sufyani & Kalb menyerang Iraq? Sebab Iraq itu sebuah
negera Syiah yang sefahaman pulak dengan Iran. Iran dan Syria itu bersahabat
baik. Kemusnahan Syria perlu disusuli dengan kemusnahan Iraq. Bila kedua-duanya
musnah, percaturan politik Asia Barat akan lebih menyebelahi kuasa Barat,
menurut pendapat mereka.
MARI KITA DENGARKAN LAGI MUFTI ITU
Tak hanya itu, Hassoun juga menyerang ulama di Teluk yang menyatakan sokongan
kepada rakyat Syria yang meminta Assad berundur.
Ulamak-ulamak Teluk itu, sebahagian besarnya pro pemerintah masing-masing. Bila diperhalusi, kebanyakan mereka pula ternyata menyatakan sokongan menurut citarasa pemerintah mereka pula. Hasilnya, ramai pro Amerika Syarikat & sekutu-sekutunya.
Ulamak-ulamak Teluk itu, sebahagian besarnya pro pemerintah masing-masing. Bila diperhalusi, kebanyakan mereka pula ternyata menyatakan sokongan menurut citarasa pemerintah mereka pula. Hasilnya, ramai pro Amerika Syarikat & sekutu-sekutunya.
Nyanyian perang di Syria
adalah sesuatu yang sangat mengelirukan. Mana satu yang benar? Basyar Al-Assad
atau penentangnya?
PENDAPAT SAHABATKU
Saya pernah menanyakan
pendapat sahabatku (Wan Samsuri) beberapa tahun yang lepas. Beliau seorang yang
alim, warak & hafaz Al-Quran. Dia tamat belajar dari Mesir dan sekarang
menjadi mudir di sebuah sekolah Arab di Kelantan.
Katanya, di antara
askar-askar yang ada di negara Arab, askar-askar Syrialah yang paling alim
& soleh. Maka kerana itu, konflik Syria itu mewujudkan beberapa persoalan
seperti berikut.
[1] Kenapa Arab Springs di
Syria berlaku cukup lama? Dalam bahasa yang mudah, kenapa Basyar Al-Assad belum
jatuh lagi?
[2] Jumlah korban setakat ini
(dalam masa 2 tahun) ialah 70,000 nyawa. Bermakna dalam setahun, kehilangan
35,000 nyawa. Dan dalam sebulan, mencapai 3,000 nyawa. Ini menunjukkan
peperangan yang berlaku tidak realistik. Maksudnya, ramai orang awam menjadi
korban. Kita tidak pasti samada tentera atau pemberontak yang menjadi pembunuh
tegar orang awam.
[3] Mari kita perhalusi situasi
no (2) di atas. Kumpulan pemberontak terdiri daripada pelbagai puak &
golongan. Masing-masing dengan niat & dendam yang berbeza. Paling
mengejutkan, mereka sanggup membunuh ulama & imam mereka sendiri. Bahkan
lebih tolol daripada itu, mereka sanggup bersorak-sorak kerananya,
[4] Kalau mereka sanggup
membunuh ulama mereka & imam mereka, apakah mereka tidak sanggup membunuh
jiran mereka, kenalan mereka, sahabat handai mereka yang tidak sebulu &
sefaham dengan mereka?
[5] Dari segi kewarakan &
amalan agama, askar-askar Basyar Al-Assad ternyata lebih berkualiti daripada
pembangkang. Mereka lebih soleh &
alim. Sebab itu, pertahanan Basyar masih lagi kuat. Pembangkang belum mampu
menjatuhkannya.
INI HANYA PENDAPAT SAYA.
Cerita di Syria ini akan berlanjutan dengan pelbagai kisah misteri.
Sekarang mari kita teruskan dengan kisah Imam Mahdi dari hadis sebelum ini.
SAMBUNGAN HADIS
Lalu ada satu pertanyaan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah,
bagaimanakah kami dapat mengenalinya (maksudnya Al-Mahdi)?” Jawab baginda, “Dia
adalah dari keturunanku, iaitu perawakannya seakan-akan Bani Israel, kulitnya
kemerah-merahan seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya
bertahi lalat hitam (yang hidup). Dia tampan orangnya, berusia 40 tahun. Dia
akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir,
Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka kemudian pergi ke Makkah
bersama-sama, lantas (setelah membaiat Imam Mahdi) berangkat (pula) ke Syam.
Waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni
langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang buas dan ikan-ikan di laut
semuanya suka/redha kepadanya. Air menjadi mudah (didapati) di mana-mana negeri
pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir (deras dan banyak), harta karun
(melimpah ruah dan) mudah didapati. Dia lantas pergi ke Syam dan menyembelih
as-Sufyani di bawah pokok yang dahan-dahannya (menjulur) sampai ke Laut
Tibriyah.”
No comments:
Post a Comment