L’Aquila yang ditimpa gempabumi mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan penduduknya amat berbangga dengan sumbangan bandar berkenaan kepada tamaddun moden kemanusiaan pasca-renaissans.
Di bandar inilah bersemadinya jasad Bapa Hubungan-Sejenis yang masyhur, Karl Heinrich Ulrichs (lahir 28 Ogos 1825 di Aurich, mati di L'Aquila, 14 Julai 1895), yang sentiasa dilawati oleh para-para aktivis hubungan-sejenis dari merata pelusuk dunia.
Gerakan ini lebih dikenali sebagai Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender social movements (LGBT movements) yang bertujuan untuk melakukan reformasi terhadap pandangan hidup seksual yang tabi’i kepada penerimaan budaya liberal seksual bukan tabi’i. Sebilangan besar ahli gerakan ini adalah merupakan para pejuang yang menganut faham Falsafah Liberal Uranian yang banyak membincangkan tentang psikologi syahwat dan keberahian feminin yang terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki atau sebaliknya.
Falsafah ini berkembang dari pemikiran Plato. Di antara buku rujukan penting Faham Liberal Uranian ialah Secreted Desires; Michael Matthew Kaylor, Secreted Desires: The Major Uranians: Hopkins, Pater and Wilde (Brno, CZ: Masaryk University Press, 2006).
Mengambilkira potensi sumber pendapatan perlancungan yang besar untuk Bandar L’Aquila dan Negara Itali yang berpusat di Rom itu, pihak Berkuasa Tempatannya dengan insentif, galakan dan sokongan penuh dari Kerajaan Itali telah mewujudkan kemudahan-kemudahan yang sebaik-baiknya untuk para jemaah Pergerakan Hubungan-Sejenis untuk menziarahi jirat Bapa Hubungan-Sejenis Moden itu. Beberapa sambutan besar-besaran juga dibuat setiap tahun bagi merai para pelancung Hubungan-Sejenis.
Atas sumbangan besar oleh Karl Heinrich Ulrichs ini Pertubuhan Undang-Undang Antarabangsa Lesbian dan Homoseks - International Lesbian and Gay Law Association telah mewujudkan Anugerah Tahunan Karl Heinrich Ulrichs Award bagi mengingati sumbangan-sumbangan Karl Heinrich Ulrichs kepada pengembangan Carahidup Hubungan-Sejenis.
Pada 6 April 2009, L’Aquila telah dilanda gempabumi yang besar yang meranapkan lebih 30,000 buah bangunan termasuk beberapa buah Gereja Katholik. Status jirat Bapa Hubungan-Sejenis belum dapat disahkan oleh Kerajaan Itali dan Majlis Perbandaran L’Aquila.
Kita berdoa’ kepada Allah subhana-hu-wata'ala agar jirat manusia terlaknat ini ditelan dan tenggelam sedalam-dalamnya ke dalam kerak bumi, insyaAllah.
Firman Allah subhana-hu-wata'ala, maksudnya;
"Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, (171) [yaitu] sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. (172) Dan sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti menang. (173) Maka berpalinglah kamu [Muhammad] dari mereka sampai suatu ketika. (174) Dan lihatlah mereka, maka kelak mereka akan melihat [azab itu]. (175) Maka apakah mereka meminta supaya siksa Kami disegerakan? (176) Maka apabila siksaan itu turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu. (177) Dan berpalinglah kamu dari mereka hingga suatu ketika. (178) Dan lihatlah, maka kelak mereka juga akan melihat. (179) Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. (180) Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. (181) Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. (182)" (As-Saffat)
WalhamduliLLahi Rabbil 'Alamiin !
No comments:
Post a Comment