PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, May 22, 2011

BANTUAN KEPADA BANI ISRAEL JEPUN


BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Ada bukti dan indikasi yang amat kukuh di sudut sejarah, kebudayaan, sains dan keagamaan bahawa Bangsa Jepun adalah sebahagian dari 12-Suku Bani Israel yang telah dihukum berdiaspora ke merata Dunia pada ribuan tahun yang lalu.

Kajian sebegini dapat ditemui dengan banyak dan antara rujukannya ialah di sini. Atas pembuktian ini ianya memberi maksud bahawa Bangsa Jepun, sebagai Bani Israel, juga telah mengikat satu perjanjian dengan Allah subhanahu wa ta’ala untuk melaksana dan memartabatkan Agama Islam yang dianuti oleh warisan ibubapa mereka yang asal dari para Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Bani Israel ‘alaihimassalam.
Ketahuilah bahawa janji-janji Allah subhanahu wa ta’ala sebagaimana termaktub di dalam Taurat dan Injil yang asal sebagaimana yang diperkukuh oleh Al-Qur’an Al-Hakim melalui lidah Nabi berbangsa Arab; Muhammad sallAllahu ‘alaihi wa aalihi wa sohbihi wassalam, tetap akan berlaku terhadap Bangsa Bani Israel walau di mana mereka berada dan walau apapun nama Bangsa mereka yang baru.
Yakni, samaada mereka berada di pasifik, antartik, artik, di orbit ataupun di mana-mana sahaja mereka berada di alam nyata ini. Tiada sesuatupun yang tidak tertakluk di bawah pemerhatian Allah subnanahu wa ta’ala.
Sesungguhnya tiadalah perubahan kepada hukum-hukum, sunnatuLlah dan kalimahNya. Ya Allah sungguh aku mempersaksikannya dan pilihlah aku yang faqir lagi bodoh ini untuk menyaksikannya. 3 gerak gempabumi berskala mega di lokasi-lokasi yang spesifik di mukabumi menjadi bukti bahawa keturunan Bani Israel akan tetap diekori oleh ikatan janji mereka walau di mana-mana sahaja keturunan ini berada dan walaupun mereka sudah tidak tahu atau sudah tidak mahu tahu akan asal-muasal mereka. 

Oleh itu, selagi Bangsa Bani Israel Jepun tidak membenarkan dan mempersaksikan kebenaran Risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dengan kembali semula kepada Agama Hanif ayahnda kita Nabi Ibrahim ‘alaihissalam maka hukum sunnatuLlah akan tetap berjalan keatas Bangsa Bani Israel Jepun dan lain-lain Bangsa Bani Israel.
Jika ada yang mahu membantu mereka dari ditenggelamkan maka bantuan nasihat peringatan amanah ini lah yang paling afdhal untuk diperpanjangkan kepada Bani Israel Jepun ini.
Yakni, bantuan yang akan dapat menyelamatkan diri mereka yang sebenar-benar diri yang akan mengadapNya nanti dan bukannya diri fana yang hanya tahu untuk memuaskan kehendak diri yang duniawi.
Ya Allah, persaksikan lah bahawa aku yang faqir lagi sangat bodoh ini sudah menyampaikannya dan terimalah taubatku.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala, maksudnya;
“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. (62) Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah". Dan tahukah kamu, boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (63) Sesungguhnya Allah mela’nati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala [neraka], (64) mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindungpun dan tidak [pula] seorang penolong. (65) Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andai kata kami ta’at kepada Allah dan ta’at [pula] kepada Rasul". (66) Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan [yang benar]. (67) Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (68) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. (69) Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, (70) niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta’ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (71)Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, (72) sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mu’min laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (73)
[Surah Al-Ahzab]
SadaqAllahul Maulanal ‘Adziim

No comments:

Post a Comment

Popular Posts