PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, May 15, 2011

Masalah -masalah perubatan berlebelkan Islam

Published by Sang karut 


AMARAN : Tuan Kelarias lebih arif tentang perkara ini ...hamba mohon utk mengupas persoalan kontroversi ini . Walaubagaimana pun tuan-tuan boleh sahaja menulis komen di bawah artikal ini utk pencerahan . Ini artikal dongeng lagi karut .
Masalah jenama
Dulu zaman nenek moyang kita jawatan itu dikenali sebagai Bomoh , Pawang ,Tabib dan sebagainya
Kata Gusti Sang Prabu
“Pawang diraja sebenarnya Wali Allah begitu juga dengan Bomoh dan Lebai …”
Masyarakat kita khususnya di kalangan generasi kini sudah melebelkan bomoh dan pawang sebagai suatu yg amat negatif ..Bomoh bela Jin !..bomoh mengamakan ilmu syirik ! Mengamalkan Ilmu Sihir .Ditambah lagi reputasi yg sangat –sangat negatif seperti …kes rogol pesakit selepas di pukau …dsb .
Jadi nama baik bomoh dan pawang sudah buruk dan wajib di tukar menjadi Rawatan Alternatif . Perubatan Islam .Aura terapi ..dan nama –nama yg lain dan mengenepikan dan menyahkan mentera –mentera yg ragu –ragu dsb ..Mereka memilih ayat-ayat Al Quran sebagai amalan dan rawatan ..cth –cth ayat yg selalu digunakan ialah ayatul Kursi ..3 Qul dsb .
Para pengamal perubatan sudah enggan namanya dikaitkan dgn nama pawang dan bomoh ..sangat menjijikkan bagi perawat-perawat generasi baru …suatu langkah utk menyelamatkan institusi kepawangan dan pembomohan sedunia nusantara . Bagi pesakit yg mahu rawatan kampong ini sering kali bertanya bomoh itu adakah mengunakan ayat Al quran atau tidak ? jika jawapannya ya ..maka pesakit itu akan cenderung utk berubat ..Jika jawapannya tidak menggunakan ayat Al quran tetapi menggunakan mentera yg kurang difahami maka pesakit itu terus membatalkan niatnya berubat dgn bomoh itu .
Betul ..tindakan mereka betul saya tidak salahkan …kesedaran manusia yg tidak mahu mensyirikkan Allah amat dialu-alukan .
Kesimpulan manusia kini ...maka kata sebahagian manusia ...aku akan berubat hanya pada Pak Ustaz yg mengamalkan rawatan Islam atau rawatan alternative tidak sesekali berubat pada bomoh dan pawang ..
Pak Ustaz tidak menggunakan jin dan bomoh menggunakan jin …adakah benar sangkaan itu ? Memang diakui sebahagian bomoh sudah tidak layak dipanggil sebagai bomoh tetapi layak dipanggil pengamal ahli sihir , walaupun dulu walilah yg menggunakan gelaran itu tetapi sekarang ahli sihir pula yg menggunakan gelaran itu pula . Nampaknya istilah itu dan imej yg negative itu kekal buat selama-lamanya dan manusia lebih selesa dgn rawatan alternative dsb .
Persamaan dan perbezaannya ..
SEMUA PERAWAT ISLAM MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN. Begitu juga bomoh yg negatif sudah tentu menggunakan khidmat jin juga . Apa bezanya di antara keduanya dan apa pula persamaannya .
Perbezaannya ialah perawat yg berlebelkan Islam itu menyandarkan tauhid kepada ALLAH samada sembuh atau tidak sesuatu penyakit setelah dirawat hanya semata-mata dgn izin Allah . Khidmat Jin itu sebagai alat usaha dan ikhtiar .Jin yg dijadikan khadam kebanyakkannya Islam
Cth : Gusti Sang Parbu berkata ..Abah respeklah dgn Dr.Harun Din ...walaupun dia menggunakan khadam jin ketika merawat tetapi tauhid dan penyerahannya kuat kepada ALLAH .
Pawang Diraja Selangor arwahnya . ketika pesakit yg masih di bawah rawatannya itu dibukakan oleh Allah akan " pandangan " telah melihat beberapa lembaga berwarna putih lebih kurang 5 ekor lalu bertanya ....Tuan saya ada melihat beberapa susuk lembaga berserban dan semuanya berwarna putih ..siapakah itu tuan ? Maka jawab Pawang di raja itu ..alah itu kawan ana semuanya tuu ..
Semasa zaman hamba belajar dulu 2 manusia inilah yg menjadi idola saya ..dan saya benar-benar mahu belajar dgn mereka ..tetapi Allah mempertemukan dgn Insan yg lebih baik drp mereka iaitu Gusti Sang Prabu .
Jadi kiaskan lah yg lain ..kiaskan lah dengan ahli pengamal perubatan yg sewaktu -waktu dengannya dan juga anak -anak muridnya sekalian ...adakah hamba menfitnah mereka? ...jawapanya tidak ! ...adakah syirik berubat berkhadamkan jin? jawapannya tidak ! ..jika tuan kata syirik beranikah tuan mensyirikkan 2 individu manusia di atas ? ...
Manakala Bomoh yg negative itu pula juga menggunakan khidmat jin kafir yg mana bomoh akan menyandarkan keberhasilan rawatan nya itu kepada Iblis . itulah perbezaannnya …Jadi bagaimanakah hendak membezakan diantara keduanya .
Pada fizikalnya kita lihatlah mereka dgn tanda-tanda zahir seperti menggelakkan diri drp dosa-dosa besar dsb dan mentaati perintah Allah seperti solat fardu , puasa dsb . Dan jika direzekikan Allah akan "pandangan" yg boleh menembusi dimensi yg ke 2 dan 3 maka bolehlah kelihatan makhluk -makhluk yg sedia berkhidmat pada tuannya ataupun dengan menggunakan kaedah yg tidak boleh diberitahu caranya di sini ….
Persamaannya pula ialah kedua –dua jenis perawat itu menggunakan khidmat jin …jangan melenting kawan ..baca terus.. hamba akan jelaskan selepas ini …
RASIONALISASI MINDA YG WARAS
Apa kata tuan pembaca jika manusia memohon pertolongan dengan manusia ? cth Kata Ahmad kepada Abu ....Abu! ..saya minta tolong belikan rokok ! ...maka jawab Abu ..ya saya akan tolong !..Apakah hukumnya ? Syirik..? . Mengapa tidak minta pertolongan terus kepada Allah ... Ya Allah tolong Hamba ..berikan lah hamba sekotak rokok !
Apa kata tuan pembaca jika manusia meminta tolong kepada kepada anjing buruannya menangkap rusa hutan .. cth Tuan Anjing berkata ...wahai anjing tangkapkan seekor rusa itu ! pergi ! lalu anjing pemburu itu pun melaksanakan tugasnya . Apakah hukumnya ? syirik ? mengapa tidak minta sahaja pada Allah . Wahai Allah hamba nak rusa hutan itu ..datangkan lah kepada ku wahai Allah !.
Apa kata tuan jika manusia meminta pertolongan jin utk melaksanakan tugas-tugas tertentu .Cth Wahai Seikh Abdul Samad ... tangkap semua jin-jin penggangu yg menyebabkan sipulan ini jatuh sakit ..dan ikat serta masukkan ke dalam botol serta buang ke laut China selatan . Apa hukumnya ? Syirik ? .
Makanan manusia ,jin dan haiwan
Manusia makan nasi ,roti , daging ,ayam ,ikan macam-macam lagi ..manusia minum air suam , air panas ,air sejuk dsb ..itu tidak perlulah diterangkan setiap manusia sudah tentu tahu . Manakala makanan haiwan pula bergantung atas jenis haiwan .Jika haiwan yg hanya makan daun akan makan daunlah jika haiwan makan daging akan makan daginglah dan seterusnya ..
Apapula makanan jin? Jin minum darah ....makan bertih ..makan ayam ..makan pulut kuning ..makan asap ..makan sum-sum tulang ,makan kotoran dsb ..
persoalannya .Makanan setiap makhluk Allah telah ditetapkan oleh NYA ..makanan manusia tidak sesuai dimakan oleh mahkluk lain dan sebaliknya .
Bagaimana jika situasi ini berlaku ?
Ahmad perawat berlebelkan Islam memberi makanan anaknya yg merajuk dengan makanan kegemarannya iaitu ayam panggang supaya keluar dari biliknya ...cth Pak Ahmad berkata : Sofea keluar nak dari bilik ..ni papa belikan ayam panggang ..makanan kegemaran Sofea ...lalu Sofea pun keluar dari bilik nya ...adakah perbuatan itu syirik ?
Ahmad perawat berlebelkan Islam memberi ikan mentah kepada kucing supaya diam dan tidak mencuri ikan di dapur lagi . Dgn perbuatan Ahmad kucing itu kenyang dan berhenti mencuri ikan di dapur .Apakah hukum perbuatan Ahmad ? Syirik ?
Ahmad perawat berlebelkan Islam memberi minum darah kepada jin yg menganggu para pelajar di sekolah supaya berhenti menganggu para pelajar di sana yg menyebabkan histeria? ohhh yg ini syirik ! ..ia ke ? mengapa fobia sangat ...?
Hamba sebenarnya menjawab masalah bagi pihak para perawat perubatan Islam di luar sana ..Hamba bukan menjawab bagi pihak PKMF TK . Kami cuma menjelaskan sahaja ..usahlah mengata sipulan -sipulan merawat menggunakan jin ..padahal diri sendiri pun 2 x 5 sahaja . Baru belajar 3 minggu dan belum khatam lagi atau tajam lagi ilmunya sudah mengata -ngata ....eh! kau jangan ke sana ..sipulan tu sesat ..guna khadam jin! ..
Kome tak tahu ker yg tuan guru kome pun guna khadam jin ketika merawat ... jika tuan guru kome pun guna khadam jin ,,kome sebagai anak murid nya takkanlah guna khadam malaikat !
Waduh hebat ini pak ... lawan tokey ini pak ... pak guru guna khadam jin anak muridnya yg baru mendaftar dah mampu guna khadam malaikat ..ehhh bukan ..bukan ..anak muridnya tidak menggunakan sebarang khadam ...hanya Allah sahaja ...
Ataupun memang tak guna khadam sebab khadam jinnya melepak tanda protes dibelakang nya ketika dia cuba mengubati pesakit ..nak ditolong tuannya belagak dihinanya jin khadamnya itu . Dengan retorik nya berkata kepada kaumnya ..ana nie merawat tak guna khadam jin ..sumpah ana cuma guna ayat alquran ? maka kata -kata itu di dengar oleh khadamnya itu lalu khadamnya menjawab dengan suara yg tidak didengari oleh tuannya ..apahal lah tuan aku nie ..sepanjang pagi dan petang aku diseru -seru supaya datang mendampinginya supaya apabila tuan aku menolong manusia aku akan tolong tuan aku merawat dan mudah kerjanya ..aku datang kerana perintah Tuhan dan asbab amalan " ruqoyyahnya "(pinjam perkataan Sang Panglipur Setia ).
Bukan itu sahaja ditambah hujjahnya dengan nas dan dalil ... Barang sesiapa yg meminta pertolongan dengan jin maka kafirlah ia ..kafir ! kafir ! ...betulke dalam mentafsir nas tu wahai tuan guru? Khadam yg melepak di belakangnya itu tersentak ..Ya Allah ...apa hal lah manusia nie ..nak kata bodoh ..pandai ..nak kata pandai bodoh ... sakitlah hati khadamnya itu maka bertambah -tambah lah ia malas nak menolong tuannya.. khadamnya itu melihat sahaja ketika tuannya menelepon nya dgn menggunakan ayat -ayat quran ...panggilan bertugas ketika tuannya itu cuba merawat pesakit ...
Jenis-jenis khadam
Perkara ini TK lah yg lebih arif ...tetapi hamba pohon utk menulisnya di sini utk sebagai jawapan awal kontrovesi yg melanda ketika ini ...Semua yg hamba tulis adalah berdasarkan penjelasan beliau ketika kami menadah telinga di PKMF TK
Khadam jin yg rendah terdiri drp toyol , hantu raya , jin jin yg lemah powernya yg tidak sampai pun tarafnya seperti kekuasaan dan kekuatan ifrit . Jin -jin ini selalunya di pelihara oleh golongan ahli sihir @ bomoh yg negatif utk kepentingan dunia semata -mata . cth bela khadam toyol utk mencuri duit orang di sekelilingnya .
Khadam jin yg sederhana di miliki oleh para pesilat seperti Silat Harimau Putih , Bangau Sakti dsb ..utk tujuan kekuatan semata-mata .cth seorang pesilat yg mempunyai jurus yg luar biasa dan bisa jika terkena pukulannya itu .
Khadam jin sederhana juga dimiliki oleh para pengamal perubatan samada berlebelkan Islam atau tidak .selalunya para pengamal perubatan ini memiliki 5 hingga 10 jin ifrit berwarna putih atau kelas pertengahan . jin ifrit ini berkuasa dan power ..kebanyakkan para perawat berhasil ketika merawat pesakitnya ..jika pesakit diganggu oleh jin yg tarafnya lebih rendah seperti ifrit warna hjiau ,biru dan merah . Khadam ini dimilki oleh Dr . Harun Din , Pawang Diraja Selangor .Ust .Ismail Kamus ..Dr. Amran Kasimen
Sami dan Tok Batin yg berkuasa sederhana juga memiliki khadam yg sebegitu .
Khadam yg kuat yg kebanyakkan di miliki oleh para sami -sami Hindu dan Budha .mereka mempunyai khadam jin ifrit kelas atas iaitu jin ifrit berwarna perak dan emas ..
Khadam ayat -ayat al quran cth khadam surah Ikhlas iaitu Seikh Abdul Samad ,khadam huruf hija'iah dari alif hingga ya .. khadam jenis ini khdam yg terkuat sekali yg mampu mengalahkan khadam ifrit perak dan emas yg dimiliki oleh para sami .Selalunya di miliki oleh pengamal jurus Nasrul Hak ...pengamal silat Abjad ..dan para wali songo .
Ada lagi khadam super power iaitu para malaikat yg jarang -jarang manusia memiliki .Hanya manusia yg memiliki rohaniah yg tinggi dan besar sahaja yg mampu mengarahkan mereka ,,kerana terlalu sakti dan terlalu berat disiplin yg patut di lakukan utk mendapatkannya cth .wali songo yg bertapa berbulan-bulan utk mendapatkan khadam jenis malaikat iaitu yg diberi nama Nogo Sosra dan Sabuk Inten ...lambang Jata Kerajaan Islam Demak Bintoro pada masa lalu .
Dan selepas peringkat itu barulah manusia bebas drp segala jenis khadam iaitu para wali-wali yg besar dan akbar .cth wali kutub dsb ... dan juga para nabi dan rasul .Cth Walaupun ketua para malaikat iaitu Jibrael a.s melutut di depan Rasulallah s.a.w menawarkan diri utk mengangkat bukit di sebelah Taif dan menghempapkan ke atas kaum Taif ..Rasulallah menolaknya ....Rasulallah berkata mereka itu jahil ..aku serahkan urusan ini kepada Allah ..manalah tahu anak cucu mereka nanti beriman kepada Allah . lalu Rasulallah pun berdoa..
Dan juga kisah -kisah pertolongan Allah s.w.t . seperti pedang pahlawan kafir Qurais yg beku sejengkal dari kepala rasul dan tidak bergerak-gerak kerana pertolongan Allah kepada kekasihnya . Dan kisah Suraqoh yg mengejar Rasulallah dan Saidina Abu bakar yg berhijrah ke Madinah ... terbenam kaki kudanya itu beberapa kali ketika hampir mencapai tubuh Rasulallah .
KESIMPULAN
  • Artikal ini adalah jawapan pertanyaan manusia kepada masalah bomoh ,pawang dan perubatan berlebelkan Islam . Ini adalah jawapan bagi pengamal perubatan Islam walaupun mereka tidak pernah melantik hamba pun hi hi hi .. ..menerangkan semua pengamal perubatan Islam berkhadam Jin .

  • Segala amalan dengan niat ..niatkan lah kerana Tuhan .tidak salah berkhadamkan jin jadikan khadam jin itu sabagai ikhtiar sahaja dan persoalan-persoalan yg berkaitan .
  • Kata Gusti Sang Prabu " Apa salahnya suruh jin beli rokok ..." sebagaimana kisah Nabi Sulaiman memerintahkan jin utk mendirikan masjidil Aqsa dan Istana ratu balkis dan bangunan-bangunan yg lain

  • Begitu juga Istana Kerajaan Islam Melayu Melaka yg batu batanya dianggut dari Negara Pasai oleh para jin yg sama dgn jin di zaman Nabi Sulaiman .( istana yg baru timbul itu )
Wallah a'lam

No comments:

Post a Comment

Popular Posts