(Bagi mereka yang ingin membaca Hikayat Merong Mahawangsa asal, sila ke Arkib Blog April. Terdapat 14 bab semuanya)
Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan maklumat yang didapati dari buku ATLAS SEDJARAH oleh Prof Muhammad Yamin dari Indonesia. Buku ini diterbitkan pada tahun 1956. Saya memilih buku ini sebagai bahan maklumat kerana peta-peta sejarah ini agak berbeza dari yang digunakan oleh penjajah British. Oleh itu kita dapat meneliti sejarah Nusantara dari perspektif yang berbeza.
Terdapat 83 peta semuanya dalam buku ini tetapi hanya 5 bertulis Langkasuka;
Dari Peta NEGARA-NEGARA INDONESIA LAMA SEBELUM TUMBUHNYA SERIWIJAYA |
Dari Peta KEDATUAN SERIWIJAYA(SAN-FO-TSI), k.k. 925-1235M |
Dari Peta ASIA DAN EROPAH DALAM ABAD KE-9 DAN 10. c) Kerajaan Kebangsaan di Asia Tenggara, k.k. 960 |
Dari Peta TENGGELAMNYA SERIWIJAYA.SINGASARI 1222-1293M |
Lokasi Langkasuka bagaimanapun ditulis dengan agak spesifik dalam Hikayat Merong Mahawangsa;
Bab 4; Kerajaan Langkasuka,m.s.18 - "Bahawa pulau yang besar itu baharu hendak bersatu dengan daratan itu bernama Pulau Seri..."
Bab 4, m.s. 19 - "...dinamanya akan dia Langkasuka, kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka2an..." (mungkin datangnya dari perkataan 'alangkah sukanya)
Bab 5, m.s. 31 - "Ada tuanku kepada daratan tanah besar sebelah Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak menanti ambil kalau2 ada duli tuanku hidup."
Bab 6, ayat pertama - "Se bermula maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahawangsa membuat negeri ke timur Pulau Seri itu..."
Bab 6, m.s. 44 - "...selalu Pulau Seri itu sangatlah sudah hendak bertemu dengan daratan, akhirnya bernama Gunung Jerai kerana sebab tingginya."
Bagaimanapun, Kerajaan Langkasuka telah dilebarkan menjadi 4 negeri iaitu; Kedah Zamin Tauran, Siam Lancang, Perak dan Pattani semasa pemerintahan Raja Merong Mahapudisat (Bukan Merong Mahawangsa). Baginda menghantar anak sulungnya ke Siam dan anak perempuannya ke Pattani. Kota yang akan didirikan anak sulungnya itu dibayangkan sangat jauh ke Utara;
Bab 7 m.s. 48 - "...hingga sampai dua ratus hari berjalan itu sambil bermain juga sekalian, baharulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik..."
Maka peta-peta ini menunjukkan Kerajaan Langkasuka selepas anak sulung Raja Merong Mahapudisat memerintah Siam. Mungkin juga di bawah pemerintahan cucu cicitnya. Jika Kerajaan Langkasuka sudahpun sampai ke Siam sebelum tumbuhnya Sri Wijaya iaitu kira-kira pada 925 Masehi, (maklumat dari Peta 1 dan 3) sudah tentu Kota Langkasuka di tepi Gunung Jerai lebih tua dari zaman itu.
Dalam ATLAS SEDJARAH ini terdapat hanya 1 peta yang memberi maklumat tentang Kerajaan Nabi-nabi Allah;(klik dan zoom-in untuk membesarkan peta)
ASIA BARAT SEJAK RUNTUHNYA KERAJAAN ASSURIA SAMPAI NAIKNYA PERSIA (612-525 seb. M) |
Nabi-nabi tersebut ialah Nabi Daud a.s. dan anaknya Nabi Sulaiman a.s. . Nampak seperti orang Nusantara amat kenal dengan Kerajaan Nabi-nabi ini walaupun Kerajaan mereka amat jauh dari Nusantara dan zamannya pula sangat purba; Abad ke 11 dan ke 10 Sebelum Masihi - iaitu 3 ribu tahun dahulu!
Kemudian ada pula Peta India dan Tiongkok (China) dahulukala yang sezaman(Abad 11 ke 9 Sebelum Masihi) dengan Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.. Peta ini menunjukkan Dinasti Tsjou.
Sekarang mari kita lihat di timur India. Di atas tulisan Teluk Benggala, terdapat satu tempat yang dinamakan Kalingga. Sama seperti nasib Langkasuka, Kalingga hanya berada dalam peta-peta sehingga abad ke 6 Masehi sahaja.
Dalam HMM, terdapat 1 tempat yang disebut-sebut bernama Kelinggi. Di sinilah dikatakan kapal Merong Mahawangsa yang membawa anak raja Rom diserang oleh Garuda-Bab 3,m.s. 9.
Kedudukan Negeri Kelinggi tersebut nampak seperti sesuai dengan negeri Kalingga di atas;
Bab 6, m.s. 37 - "Lautnya daripada sebelah kita datang juga, negeri itupun jauhlah juga pelayarannya itu hingga sebulan belayar."
Dari semua pemerhatian di atas, amatlah munasabah sekiranya Merong Mahawangsa adalah sezaman dengan Nabi Sulaiman a.s., Raja China dari Dinasti Chow(Tjiou) dan Raja Kalingga ini. Walaupun Merong Mahawangsa sepatutnya sezaman juga dengan anak raja Rom, tetapi Benua Rom yang digambarkan oleh 'Fakir' sepatutnya bukanlah sehebat bunyinya kerana 'Fakir' hidup pada zaman Rom telah menjadi 1 empayar yang besar. Penulis ini mungkin menyangkakan jajahan Rom semasa Raja Merong juga sebesar empayar Rom di zamannya.
Sekarang mari kita tumpu kepada satu maklumat lain iaitu tentang Kerajaan Sukhotai.
Kemudian ada pula Peta India dan Tiongkok (China) dahulukala yang sezaman(Abad 11 ke 9 Sebelum Masihi) dengan Kerajaan Nabi Sulaiman a.s.. Peta ini menunjukkan Dinasti Tsjou.
INDIA DAN TIONGKOK DAHULUKALA. |
Dalam HMM, terdapat 1 tempat yang disebut-sebut bernama Kelinggi. Di sinilah dikatakan kapal Merong Mahawangsa yang membawa anak raja Rom diserang oleh Garuda-Bab 3,m.s. 9.
Kedudukan Negeri Kelinggi tersebut nampak seperti sesuai dengan negeri Kalingga di atas;
Bab 6, m.s. 37 - "Lautnya daripada sebelah kita datang juga, negeri itupun jauhlah juga pelayarannya itu hingga sebulan belayar."
Dari semua pemerhatian di atas, amatlah munasabah sekiranya Merong Mahawangsa adalah sezaman dengan Nabi Sulaiman a.s., Raja China dari Dinasti Chow(Tjiou) dan Raja Kalingga ini. Walaupun Merong Mahawangsa sepatutnya sezaman juga dengan anak raja Rom, tetapi Benua Rom yang digambarkan oleh 'Fakir' sepatutnya bukanlah sehebat bunyinya kerana 'Fakir' hidup pada zaman Rom telah menjadi 1 empayar yang besar. Penulis ini mungkin menyangkakan jajahan Rom semasa Raja Merong juga sebesar empayar Rom di zamannya.
Sekarang mari kita tumpu kepada satu maklumat lain iaitu tentang Kerajaan Sukhotai.
GEMA PENGARUH MONGGOL DI ASIA TENGGARA KK. 1250-1400 |
TENGGELAMNYA SERIWIDJADJA.SINGASARI 1222-1293 |
Tetapi jika bukan Sukhotai yang berada di Semenanjung, siapakah Siam yang dimaksudkan itu?
KERAJAAN KUBILAI CHAN (1279-1294) |
SAMUDERA INDONESIA(INDIA) DAN DAERAH SEKELILINGNYA KK.1700 |
WAllahua'lam.
InsyaAllah saya akan sambung lagi topik ini dalam Peta-peta lama dari Indonesia 2.
No comments:
Post a Comment