PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Tuesday, May 10, 2011

Sistine Chapel of Blessed Azazel


*AntiChrist yang memberikan kunci yang salah kepada dunia Kristian



Dua Rahsia Sulit Terbesar:Knight Templar dan Rennes-le-Chateau

Sejarah panjang agama Kristian telah banyak bercampur-baur dengan kelompok-kelompok rahsia (secret societies),paganisme dan ajaran sesat Kabbalah-Yahudi.Tidak boleh tidak,sesungguhnya dunia Kristian tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan kelompok-kelompok rahsia ini yang bertanggungjawab 'mempagankan' ajaran-ajaran Jesus (nabi Isa a.s) sehingga menjadi satu agama yang berwarna-warni dengan berhala-berhala dewa-dewi Rom-Mesir-Babilon,para Santo dan orang suci,Maryam si Perawan Suci dan imej-imej Jesus sendiri.Juga tidak dinafikan peranan para Kabbalah Yahudi yang bertanggungjawab menyelewengkan kitab Injil dan menyembunyikan Firman-firman-Nya dan merekalah yang menjadi dalang kepada konsep Triniti;konsep yang tidak pernah diajarkan oleh Jesus sendiri,juga para Hawariyyun (apostles) di mana Triniti adalah berasal dari agama-agama Pagan Kuno yang selalu meletakkan posisi tiga entiti sebagai objek sembahan (deities) seperti Mesir (Horus,Isis dan Osiris),Hindu (Trimurthi-Brahma,Vishnu,Siva) dan ya,sudah pasti dari ajaran sesat Kabbalah sendiri iaitu Jahbulon (gabungan tiga dewa orang Kaldan/Chaldea,Syria Kuno dan Mesir Kuno) yang menjadi silibus peringkat tinggi hingga 33rd Degree Freemasonry.

Perlu diingat,pengetahuan rahsia peringkat tinggi ini tidaklah diketahui oleh para Mason peringkat bawah kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membukakan rahsia atau istilah Masonnya 'Illumination' iaitu pencerahan secara sedikit demi sedikit selaras dengan kenaikan pangkat mereka dalam organisasi.Juga,rahsia sulit terbesar tidaklah diketahui oleh para pengikut Kristian bawahan atau kebanyakan tetapi hanya akan diketahui jika mereka mengkaji susurgalur ajaran Kristian sehingga era Constatine hingga pemburuan jemaah Kristian awal (atau golongan Nasrani),era sebelum Paulus dan zaman Hawariyyun (The Apostles).Rahsia yang juga disimpan kemas dalam Ruang Rahsia Diraja Vatikan tanpa sesiapa pun dibenarkan memasukinya kecuali yang terpilih dari Dunia Kristian dan Para Elit 'The Wise Man'.

Rahsia yang merupakan sumber ketakutan kepada Vatikan turun-temurun.


Petunjuk Tersembunyi dan 'Peti Harta' Dari Rennes-le-Chateau



Golongan Kabbalah sememangnya tidak senang melihat ajaran-ajaran suci Jesus yang mengesakan Allah s.w.t dan menolak segala kebohongan dan amalan sihir para rahib Kabbalah yang sesat lagi menyesatkan.Sudah tentu setiap saat mereka merancang penghapusan terhadap Jesus atau Isa a.s itu.Golongan Kabbalah inilah 'frontman' kepada rancangan-rancangan The Hidden Hand sejak zaman nabi Musa a.s (Moses) lagi.Kemunculan seorang nabi dari kalangan mereka yang tiba-tiba membawa ajaran mengesakan Allah s.w.t sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi dan pengaruh mereka di kalangan orang-orang Yahudi Bani Israel sendiri.Merekalah yang menghasut Pilatus,wakil kerajaan Rom di wilayah Palestin dan sekitarnya untuk menghukum Nabi Isa a.s.Anda boleh menonton filem 'The Passion' arahan Mel Gibson untuk membayangkan sikap para rabbi Yahudi yang berdegil mahu menghukum 'nabi Isa' walaupun Pilatus sudah bosan dan dia sendiri kalau boleh mahu melepaskan sahaja orang yang ditunjuk oleh rabbi Yahudi itu.Bandingkan dengan golongan Kabbalah di zaman Rasullullah s.a.w yang merancang pembunuhan nabi seperti kisah Bani Quraizah (salah satu suku kaum Yahudi di Tanah Arab).Mereka inilah golongan yang suka membunuh para nabi,kerana ajaran yang dibawa nabi-nabi menentang amalan penyembahan syaitan dan sihir mereka.

Golongan Kabbalah ini adalah sinonim dengan kultus-kultus pagan dan sihir Eropah kerana para Kabbalis lah yang mengajar pengikut-pengikut pagan Eropah ini sistem sihir yang lebih 'advance' serta pengajian ilmu hitam Gematria yang menekankan penggunaan simbol-simbol tertentu sebagai kuasa menyeru alam kegelapan dan dunia mistik Iblis.Golongan Kabbalah ini pula menyusup masuk ke dalam organisasi Nasrani yang ketika itu dalam suasana kurang stabil hubungannya dengan Empayar Rom yang ketika itu sebahagian besarnya memegang dunia Eropah.Mereka menawarkan 'Kristian wajah baru' iaitu ajaran Kristian yang dihibridkan dengan kepercayaan pagan Rom.Dewa Matahari digantikan dengan imej Jesus sendiri.Maryam menggantikan Dewi Semiramis/Diana atau Isis.Kaum Unitarian yang menolak penuhanan Jesus dipulaukan,diburu,dicop menentang gereja,dibunuh,diseksa dan pelbagai lagi tindakan provokatif dilakukan ke atas mereka.Sejarah gereja penuh dengan pelbagai versi Mahkamah Inquisition.

Warisan pagan inilah yang kita dapat lihat di Vatikan sendiri.Gereja dan biara-biara penuh dengan imej pagan dan berhala Rom.Sehinggakan imej patung-patung lelaki yang bertelanjang bulat serta lukisan-lukisan separuh lucah pun ada di dalam gereja.Ini adalah seni kaum Pagan-Kabbalis yang mewakili kelompok Illumination yang menguasai gereja ketika itu.Rahsia ajaran suci Nabi Isa a.s dan pembohongan para Kabbalis dalam dunia Kristian telah tertutup kemas dengan begitu baik sekali selama berkurun-kurun.Tetapi sepandai-pandai tupai melompat,adakalanya terdapat titik-titik tertentu di dalam sejarah Kristian di mana orang-orang Kristian sendiri menemui keanehan atau 'anomalies' yang tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri.Orang-orang Kristian yang menemui lompang dalam agama mereka terus-menerus mencari jawapan sehingga ada yang tersesat lagi jauh apabila menganut ajaran menyembah syaitan apabila sudah tidak percaya dengan 'kebenaran' Kristian.

Terdapat dua anekdot terkenal dalam sejarah konspirasi agama Kristian;The Knight Templar dan Rennes-le-Chateau.
Dua anekdot ini adalah berbeza tetapi mempunyai hubungkait yang jelas.Menyelesaikan misteri yang menyelubungi dua anekdot ini ibarat membuka Ruang Rahsia Diraja Vatikan.Mengetahui apa yang dijumpai oleh The Knight Templar dan Pastor Sauniere bagaikan mengetahui apa yang ditakuti oleh Vatikan selama ini.


Misteri Rennes-le-Chateau



Rennes-le-Chateau adalah sebuah desa di selatan Perancis.Terletak 1500 kaki di atas bukit dua desa berkembar Couiza dan Montazels,tempat ini merupakan kawasan penuh sejarah yang mempunyai hubungan dengan Celt,Rom,Visigoth,Merovingian,Cathars dan sudah pasti Knight Templar.Kedudukannya berdekatan Laut Mediterranean menjadikan ia sebagai 'Laluan Sutera' para pedagang,tentera,rahib-rahib dan pengembara.Ini menjadikan tempat ini penuh kesan-kesan sejarah.Kedudukannya yang berdekatan Mediterranean menyebabkan di sini berkembangnya ajaran-ajaran Kabbalah dari para petualang Yahudi yang berlayar dari pelabuhan-pelabuhan di Palestin seperti Jaffa dalam perjalanan mereka ke Eropah. LALUAN INI ADALAH LALUAN PARA GURU ORANG-ORANG EROPAH di mana dari para Kabbalis inilah orang-orang Eropah belajar tentang pentagram,kad-kad Tarot dan segitiga syaitan.

Desa ini menyimpan sejumlah rahsia besar,sejak para Knight Templar yang baru pulang dari Perang Salib telah tiba-tiba berubah sikap dan mengamalkan ajaran-ajaran sesat dan mereka bermastautin di sini.Mereka mengambil keputusan menetap di Rennes-le-Chateau kerana desa ini jauh dari pengaruh Vatikan atau Katolik dan di desa ini juga sebahagian besar penduduknya mengamalkan ajaran Kristian yang bercampur aduk dengan kepercayaan pagan dan sihir Kabbalah.Apakah yang ditemui para Templar di Baitul Maqdis??Mengapa mereka meninggalkan ajaran Kristian selepas Perang Salib lalu mengamalkan kepercayaan yang ditentang oleh dunia Katolik??Mengapa mereka dibunuh dan diburu??

Persoalan ini tetap tersimpan beratus tahun sehinggalah kedatangan seorang pastor (pendeta/paderi Kristian) muda ke desa yang penuh misteri ini.Kehadirannya yang kelak akan meninggalkan petunjuk yang berguna untuk memimpin ke Dua Rahsia Sulit Terbesar.


Francois Bérenger Sauniére dan Harta Karun Templar




Kisah tentang desa kecil dan misteri ini kembali terdedah dengan kedatangan Pastur Francois Bérenger Sauniére (1852-1917). Sauniere (33) berasal dari Desa Montazels, dekat Rennes le Château.

Pada tahun 1850, ayah Sauniere bekerja sebagai pengurus Marques de Castel Majou, sebuah kastil besar di hujung desa. Ibunya berasal dari keluarga terhormat. Dua bersaudara Afred dan Berenger, yang pintar dan bercita-cita tinggi, di sekolahkan ke Biara Carcassonne agar kelak menjadi pastor dan meneruskan tradisi kehormatan bagi keluarganya.

Setelah lulus, Berenger menjadi pastor di Desa Le Clat, yang berada agak jauh dari Montazels, namun masih berada di sekitar Rennes le Château. Tanah Desa Le Clat dimiliki oleh keluarga Hautpoul-Fellines. Setelah tiga tahun mengabdikan diri di Le Clat, Berenger dipindahkan oleh atasannya, Biskup Carcassonne, ke Rennes le Château.

Pada awal Jun 1885, Pastur Bérenger Sauniére datang di Rennes le Château dan tinggal di rumah keluarga Denarnaud. Anak Denarnaud, Marie Denarnaud dijadikan pembantu Sauniere. Kehidupan pastor itu amat sederhana. Pendapatannya hanya enam pound sterling setiap tahun ditambah dengan saguhati dari jemaah gerejanya. Pastor Berenger Sauniére bersahabat dengan Pastor Henri Boudet dari desa tetangga, Rennes-le-Bains.

Beberapa bulan kemudian Sauniére mendapat masalah besar ketika dalam salah satu acara yang dipimpinnya, Pastor muda itu menyampaikan suatu ajaran yang sangat anti-Republikan, padahal pada waktu itu pemilihan umum tengah berlangsung.Untuk sementara waktu Sauniére dibebaskan dari tugas di jabatannya. Ketika akhirnya dia dikembalikan kepada posisinya pada musim panas 1886, dia menerima hadiah sebesar 3. 000 franc dari Countess de Chambord, janda kepada seseorang yang menuntut dirinya sebagai raja Perancis, King Henry de Bourbon yang mengaku bergelar Henry V, yang merasa berhutang budi karena Sauniére membela kaum monarki (bangsawan/raja-raja). Pastor itu kemudian menggunakan wang tersebut untuk merenovasi gereja kecilnya yang sudah rosak di sana-sini. Pada saat inilah pastor itu menemui sejumlah manuskrip dari kulit (parchment) yang mengandungi kod rahsia.

Di bagian atas sebuah tiang dekat mimbar, dia menemukan sebuah laci rahsia yang menyimpan sebuah dokumen. Dokumen itu memimpinnya menemukan sebuah bekas besar yang sarat dengan syiling emas. Kononnya, syiling emas itu sangat cukup untuk membangun seluruh desa menjadi makmur.

Setelah itu, Sauniére kembali menemukan empat lembar manuskrip kulit dari sebuah tiang bercirikan Visigoth dekat altar yang pada awalnya hendak dipindahkan. Manuskrip-manuskrip tersebut amat sukar dibaca karena susunan huruf-hurufnya tidak teratur dan sekilas pandang tidak membawa apa-apa makna. Tapi pendeta muda tersebut seorang yang cukup kritis. Ia meyakini, walau apa pun itu, penemuannya itu pasti sesuatu yang sangat berharga, sehingga membuat orang-orang menyimpannya di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Sejak awal, Sauniére mencurigai, naskah yang berisi tulisan yang rumit itu sebenarnya merupakan sebuah tulisan rahsia atau kod, yang harus dipecahkan dengan menggunakan kunci atau teknik tertentu, sebelum erti sesungguhnya diketahui. Jelas, di dalam batin Sauniére, ada sesuatu yang sangat berharga di sebalik kod-kod yang begitu rumit ini.

Sauniére tidak mampu memahami apa yang sesungguhnya dimaksudkan oleh naskah-naskah itu. Akhirnya pastor itu mengunjungi beberapa kenalannya, salah satunya Biskup Carcassonne, Felix-Arsène Billard, untuk diminta pendapatnya. Oleh Billard, Sauniére dinasihati agar menemui seorang ahli pemecah kod bernama Émile Hoffet, yang ketika itu merupakan seorang pemuda yang sedang belajar untuk jadi imam Kristian, namun memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai ajaran sesat dan dunia kelompok-kelompok rahsia.

Sekembalinya dari perjalanan mengunjungi beberapa kenalannya, kehidupan Sauniére yang pada awalnya sederhana berubah mendadak. Dalam waktu yang tidak lama pendeta itu diketahui sering bertindak aneh. Kadangkala menyusuri jalanan desa bersama pembantunya, terkadang pula mengurung diri di rumahnya, atau berjalan ke sana-kemari tiada arah tujuan. Selain merenovasi gereja, dia juga mampu membangun menara Magdala (Magdalena) yang mewah dan bahkan sebuah bangunan vila yang dinamakannya Vila Bethania lengkap dengan taman yang indah serta rumah kaca.



Tidak diketahui dari mana Sauniere mendapat inspirasi, gereja yang direnovasinya ternyata diubah dengan gaya bangunan dan senibina yang amat tidak lazim bahkan kelihatan mengerikan. Sebuah patung menyeramkan, Raja Iblis Asmodeus—Iblis penjaga harta karun rahsia Kuil Sulaiman dalam kepercayaan Kabbalah—didirikan di jalan masuk ke dalam gereja. Di bahagian pintu masuk gereja ditulis ayat-ayat: TERRIBILIS EST LOCUS ISTE (TEMPAT INI MENGERIKAN).



Adakah penempatan patung Asmodeus ini oleh Sauniére dimaksudkan bahwa di dalam gereja tersebut terdapat sesuatu rahsia yang sungguh-sungguh penting dan berharga? Selain itu, Sauniére juga sering mengadakan perjamuan mewah kepada penduduk desa. Seluruh warga desa tersebut, besar kecil, seluruhnya sering dijamu oleh sang pendeta dalam acara jamuan yang mewah.

Bahkan sejumlah tamu penting dari berbagai desa dan negeri juga sering datang mengunjungi pendeta itu. Sauniére telah hidup dalam gaya para raja. Pernah dalam beberapa malam, penduduk menangkap pastor muda itu bersama pembantunya tengah membongkar makam Marquise d’Hautpoul de Blanchefort. Dan ketika ditanya, maka jawapan yang diperoleh pun dikesan seakan menutupi sesuatu.Anehnya, terhadap perubahan yang sangat menonjol tersebut, Vatikan tidak mahu mengambil peduli. Entah mengapa Gereja seolah-olah menutup mata bahkan dikesan enggan untuk sekadar bertanya tentang penyebab perubahan itu. Takutkah Gereja pada Sauniére? Gerangan apakah yang ditemukan Sauniére di dalam rongga salah satu tiang Gereja Magdalena? Yang jelas, sesuatu itu telah menjadikannya kaya raya dan berkuasa. Pertanyaan-pertanyaan ini terus terkunci dan menjadi salah satu rahsia sejarah Gereja Vatikan yang paling gelap hingga kini.

Ketika Sauniére terus hidup dalam segala kekayaan dan pengaruhnya, tiba-tiba Biskup Carcassonne meninggal dunia. Seorang Biskup dilantik Vatikan menggantikan yang lama. Biskup baru ini merasa ada sesuatu yang janggal dengan kehidupan Sauniére. Dari mana pendeta bawahannya itu bisa bergaya hidup mewah dan mendapatkan harta kekayaan serta wang yang berlimpah, padahal wilayah kekuasaannya hanya di sebuah kampung kecil bernama Rennes-le-Château?

Biskup baru itu rupanya tidak mendapat arahan terlebih dahulu dari Gereja, sehingga ia dengan sangat biasa dan tanpa perasaan apa pun menulis surat kepada Sauniére agar dengan segera tampil untuk menjelaskan segala sumber harta kekayaan yang diperolehnya.

Tindakan Biskup Carcassonne yang baru itu amat menyinggung perasaan Sauniére. Dengan berani, Sauniére menentangnya. Biskup Carcassonne terkejut dengan keberanian Sauniere. Sang Biskup pun tidak mahu kehilangan kewibawaannya. Dia dengan kasar menuduh Sauniére telah melakukan jual-beli hal-hal yang bersifat rohani. Biskup pun mengadukannya ke mahkamah daerah untuk menghakimi orang bawahannya itu. Atas desakan biskup, mahkamah daerah kemudian mengambil keputusan untuk menahan Sauniére.

Dengan menahan marah, Sauniére mengadukan kejadian ini ke Vatikan. Setelah menerima surat pengaduan Sauniére, dengan cepat Vatikan segera membuat surat perintah yang ditujukan pada Biskup Carcassonne yang baru dan juga Mahkamah Daerah.Perintahnya hanya satu: Bebaskan Sauniére secepatnya dan bebaskan dia dari segala tuduhan serta pulihkan nama baiknya.

Dalam keadaan masih dilanda rasa hairan, Biskup Carcassonne kemudian segera membebaskan Sauniére dan tidak pernah lagi mengusiknya. Sejak itu Sauniére mampu hidup tenang dan meneruskan gaya hidup para rajanya yang mewah. Entah mengapa, setelah peristiwa itu Sauniére mengundurkan diri sebagai pastor desa. Gereja kemudian mengangkat Pastur Marty sebagai pastur baru di desa tersebut, namun warga desa tidak memperdulikannya.

Bersama warga desa dan Marie Denarnaud, Sauniére terus hidup dalam kemewahan. Selain Sauniére, Marie Denarnaud sering terlihat mengenakan model pakaian paling terkini dan mahal dari Paris. Sebab itulah Marie juga sering disebut sebagai “La Madonne”. Selama hidupnya, dari tahun 1896 hingga 1917, pastor muda tersebut diketahui telah membelanjakan wangnya tidak kurang dari 23 juta franc. Tiap bulan dia sekurangnya mengeluarkan 160. 000 franc.

Sauniére juga memiliki simpanan bank di Paris, Perpignan, Toulousse, dan Budapest. Belum cukup dengan itu, pastor ini juga malabur dalam jumlah yang besar di bursa, saham perusahaan, dan sekuriti, suatu tindakan yang tidak lazim dilakukan oleh seorang imam Katolik.


Kematian Sauniere dan Petunjuk Penting


Pada Rabu 17 Januari 1917, Sauniére yang telah berusia 65 tahun tiba-tiba diserang penyakit yang mirip dengan serangan jantung. Anehnya, lima hari sebelumnya, para penduduk desa mengatakan bahwa Sauniére nampak sangat sihat dan cergas untuk lelaki seusianya. Dan yang juga aneh, di tarikh 12 Januari itu, pembantu Sauniére, Marie Denarnaud, diketahui telah memesan sebuah keranda bagi majikannya.

Apakah Marie Denarnaud memiliki deria keenam yang mengatakan bahawa majikannya itu akan segera meninggal dunia? Atau Marie terlibat dalam suatu pakatan jahat yang entah siapa yang melancarkannya untuk menghabiskan riwayat Sauniére, disebabkan majikannya itu memegang sebuah rahsia yang membuat Vatikan gentar? Di pihak mana Marie Denarnaud?

Bukan itu saja, tarikh 17 Januari ini sebenarnya juga bukan tarikh yang biasa. Nisan makam Marquise d’Hautpoul de Blanchefort yang dibuat Sauniére ternyata juga bertarikh 17 Januari. Selain itu, hari perayaan pembangunan Gereja Saint Sulpice yang terkait dengan rahsia Da Vinci juga dilakukan tiap tarikh 17 Januari. Ini terlalu naïf jika dianggap hanya suatu kebetulan.

Setelah terserang penyakit jantung yang misteri, keadaan kesihatan Sauniére turun mendadak. Dia terus berbaring dan nazak. Seorang pastor desa yang berhampiran, pendeta dari Espéraza, dipanggil untuk mendengarkan pengakuan terakhirnya dan melaksanakan ritual peminyakan terakhir. Pendeta itu segera datang. Dia sendirian masuk ke bilik di mana Sauniére terbaring lemah.

Tidak lama kemudian,pendeta Espéraza tersebut keluar dari bilik. Badannya gementar. Mukanya pucat lesi. Kedua matanya kosong seakan melihat hantu. Menurut René Descadeillas, “…sejak hari itu, pendeta tua tersebut tidak lagi menjadi orang yang sama; dia jelas-jelas telah mengalami suatu kejutan. Dan sampai akhir hayatnya dia tidak pernah terlihat tertawa lagi. ”

Pendeta itu juga menolak memberikan upacara terakhir menurut tradisi Katolik Rom untuk Sauniére. Pada Isnin, 22 Januari 1917, Sauniére meninggal dunia. Pendeta kaya raya itu tidak meninggalkan apa-apa selain misteri yang tetap dalam kegelapan.


Persoalan dan misteri penemuan Sauniere


Apakah sebenarnya yang ditemui oleh Sauniere?Mengapa Vatikan takut malah menutup mulut dengan tindak-tanduk Sauniere?Benarkah dia telah menemui harta karun yang banyak di dalam gereja tua itu?DAN MENGAPA PENDETA DARI ESPERAZA PUCAT DAN GEMENTAR MENDENGAR PENGAKUAN SAUNIERE??

Mula-mula kita hendaklah mengkaji apakah manuskrip dari kulit yang ditemui oleh Sauniere.Pada umumnya para pengkaji Barat telah mendekodkan tulisan-tulisan rahsia pada manuskrip ini berdasarkan pengetahuan mereka dalam bahasa Latin dan Greek.



'Parchment' yang pertama setelah diselesaikan berbunyi seperti berikut:


A DAGOBERT II ROI ET A SION EST CE TRESOR ET IL EST LA MORT


diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris:


To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead



Sesetengah berpendapat 'il est la mort' bermaksud 'it is death'.Ini berkemungkinan,walau bagaimanapun 'he is there dead' adalah lebih jelas bagi pembaca Perancis.

Dagobert II adalah merujuk kepada seorang raja dari dinasti Merovingian.'Sion' pula mungkin merujuk kepada 'secret societies' Priory of Sion.


THE ’SHEPHERDESS’ PARCHMENT



Manuskrip kedua pula lebih dikenali sebagai The Shepherdess Parchment,di dalamnya mengandungi kata-kata seperti Rex Mundi (King of The World) yang selalu digunakan oleh golongan Cathars,satu golongan ajaran Gnostic yang dituduh sesat oleh Katolik,juga Ad Genesareth (To Genesareth) di mana Genesareth adalah nama lain bagi Laut Galilee.Setelah didekodkan oleh pakar bahasa,muncullah sebarisan ayat yang aneh,


BERGERE PAS DE TENTATION QUE POUSSIN TENIERS GARDENT LE CLEF PAX DCLXXXI PAR LE CROIX ET CE CHEVAL DE DIEU J’ACHEVE CE DAEMON DE GARDIEN A MIDI POMMES BLEUES



Dalam bahasa Inggeris:

Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Pelbagai tafsiran Barat mengenai dua petunjuk ini.Sebelum itu mari kita lihat beberapa hipotesis para pengkaji tentang misteri penemuan Sauniere ini.

-Dua 'parchment' itu sebenarnya tidak mengandungi makna apa-apa
-Dua 'parchment' itu adalah hanyalah hasil karya seni untuk para peminatnya
-Dua 'parchment' itu adalah yang asli dan ia mengandungi maklumat untuk para ahlinya sahaja
-Dua 'parchment' itu sebenarnya direka-reka oleh Sauniere untuk menyembunyikan rahsia lebih besar
-Dua 'parchment' itu sememangnya asli dan Sauniere juga telah menemui 'parchment' lain yang lebih mengggemparkan tetapi disembunyikan olehnya.
-Dua 'parchment' itu sememangnya asli,tetapi cara tafsiran para pemecah kod adalah salah dan Sauniere tahu apa yang dimaksudkan oleh 'parchment' itu.

ok,pertama sekali anggaplah manuskrip ini adalah yang asli dan para pemecah kod telah melakukan tugas mereka sebaiknya.Kita lihat 'parchment' pertama.


To Dagobert II, King, and to Sion is this treasure and he is there dead


Ini mungkin pemberitahuan kepada raja Merovingian ini dan kepada Sion (Priory of Sion?) bahawa ini adalah 'harta' itu dan bahawa orang tertentu telah menemui ajalnya di suatu tempat.

Secara ringkas Priory of Sion adalah satu kelompok rahsia di mana dikatakan Leonardo Da Vinci,Jacques De Molay (Grand Master Knight Templar) dan Isaac Newton adalah Grand Master bagi kelompok rahsia ini.Priory of Sion mempunyai kaitan dengan Masonic Lodges yang lain seperti GLA (Swiss Grand Lodge Alpina) dan P2 (Italian Masonic Lodge).Masonic Lodge ini telah merekrut ahli-ahli mereka untuk Priory of Sion.P2,sebagai rangkaian Priory of Sion adalah satu organisasi yang lebih kepada mafia,mereka telah mengawal Italian Secret Police dan ada kaitan dengan CIA dan KGB.P2 disyaki sebagai suspek utama pembunuhan John Paul I dan melakukan percubaan membunuh John Paul II.Sampai di sini,anda dapat lihat rahsia dari petunjuk ini?

Sesiapa yang dapat melihat rahsia itu di sini,akan dapat melihat terus satu rahsia paling besar melibatkan sejarah beratus tahun agama Kristian dan siapa yang mengawalnya dan untuk apa mereka mengawalnya.

Kepada yang masih tercari-cari,tidak mengapa,mari kita teruskan memecahkan petunjuk ini.

Dagobert II pula adalah seorang raja Merovingian,di mana keturunan Merovingian adalah penyembah syaitan dan mereka mengamalkan sihir.Kerajaan merekalah yang memegang gelaran Holy Roman Empire.Apakah kaitan Merovingian dengan Sion?Priory of Sionlah yang mengangkat dan memastikan keturunan Merovingian menaiki takhta Perancis dan Empayar Roman Suci itu.Mereka adalah 'di sebalik tabir' bagi Merovingian dan segala fahaman mistik mereka.Dagobert II telah mati dibunuh atas arahan Mayor Pepin The Fat yang akhirnya memulakan Dinasti Carolingian bermula dari Charles Martel.

Mari kita lihat pula 'parchment' kedua yang dikenali sebagai The Shepherdess Parchment.


Shepherdess no temptation. That Poussin [and] Teniers keep the key. Peace 681. By the cross and this horse of God. I finish off this guardian daemon at midday. Blue apples.

Di sini kita dapat lihat perkataan 'shepherdess','no temptation',Poussin dan Teniers.Umum mengetahui bahawa 'shepherdess' adalah merujuk kepada hasilkarya Nicolas Poussin yang berjudul The Shepherds of Arcadia.'No temptation' pula adalah hasil seni David Teniers iaitu The Temptation of St Anthony.Kedua-dua lukisan ini anehnya menunjukkan sebuah kubur lama yang di selubungi misteri dan suasana sekitarnya merujuk kepada desa di selatan Perancis ini pada masa-masa lalu.Lokasi kubur lama ini pernah dicari oleh sekumpulan penyelidik berdasarkan suasana Rennes-le-Chateau pada zaman dahulu seperti yang digambarkan dalam kedua-dua lukisan,tetapi di lokasi tersebut didapati terdapat kesan-kesan binaan yang telah dimusnahkan.

*David Teniers’s The Temptation of St Anthony


*Nicolas Poussin’s The Shepherds of Arcadia


'...keep the key' adalah petunjuk yang menarik.'Key' adalah satu alat untuk membuka rahsia yang lebih besar dan ia disimpan oleh Poussin dan Teniers.Cuba teka,dimanakah kunci itu disimpan?

Ya...sudah tentu di dalam lukisan-lukisan mereka.

'Peace 681',para pengkaji cenderung mengaitkannya dengan tarikh Sigebert IV iaitu anak kepada Dagobert II dibawa ke Rennes-le-Chateau.Ayat-ayat seterusnya mengatakan,

"demi salib ini dan kuda Tuhan (para pembela agama).Aku telah membunuh syaitan penjaga (Asmodeus?) ini pada tengah hari.Epal Biru"

Jika dicantumkan petunjuk pertama dan kedua serta sejarah raja-raja Merovingian dan kelompok rahsia,kita dapati Dagobert II telah dibunuh (he is there dead) dan 'harta' telah diserahkan kepada 'Sion' (to Sion,is this treasure).Kedua-dua lukisan Poussin dan Teniers menunjukkan kuburan jadi mungkin harta itu telah ditanam atau disimpan bersama-sama kuburan Dagobert atau kuburan orang lain.Orang yang melakukan pembunuhan ada kaitan dengan pihak gereja (By the cross and this horse of God).Waris Dagobert iaitu Sigabert IV telah dibawa ke desa misteri ini sama ada diselamatkan (peace) atau dibunuh (rest in peace).Pembunuh tersebut nampaknya telah berjaya membunuh orang yang mereka buru itu (I finish off this guardian daemon at midday) pada waktu tengah hari.'Blue Apples' mungkin tidak ada kaitan atau mungkin kata pengenalan diri atau kod komunikasi kelompok rahsia.Kemungkinan juga 'Blue Apples' ini merujuk kepada buah khuldi yang dimakan oleh Nabi Adam a.s atas godaan Iblis.Jika pendapat ini diambil,ia adalah lambang yang dikaitkan kepada Iblis,atau lebih tepat lagi dalang kepada pembunuhan dan penyimpanan 'harta' atau rahsia ini merupakan satu kelompok rahsia yang ada kaitan dengan kultus penyembahan syaitan.

Sampai di sini anda nampak apa yang berlaku?Kita tambah lagi satu petunjuk,

Sebenarnya pada tahun 469,Gereja Roman Katolik telah membuat satu perjanjian dengan Clovis I,seorang raja berketurunan Franks dengan merestui Clovis I sebagai 'New Constatine' sebagai balasan penyertaannya ke dalam agama Kristian.Bermula dari sinilah Empayar Roman Suci (Holy Roman Empire) melebarkan sayapnya dengan didukung oleh Dinasti Merovingian.Tetapi pihak Gereja telah memungkiri janjinya dengan melantik Charlemagne,cucu kepada Charles Martel sebagai Emperor Roman Suci yang baru selepas beberapa siri pembunuhan dan konspirasi ke atas Dinasti Merovingian.

Soalannya,MENGAPAKAH PIHAK GEREJA MEMUNGKIRI JANJINYA??

No comments:

Post a Comment

Popular Posts