" SEJUK PERUT IBU YANG MENGANDUNG ''
Warna gula kelapa yang tercalit pada benderanya bukanlah suatu kebetulan pereka grafiknya dahulu semata mata , tetapi warna itu adalah merupakan rahsia kelahiran anak anak singa tuhan sekalian alam dari penghujung bumi di sebelah timur jauh ini. Warna yang telah ditentukan Allah swt sebagai tanda sumber energi tubuh mendapatkan tenaga penuh menggerakkan sekalian urat nadi darah yang mengalir melahirkan cucu cucunya yang mulia lagi dimuliakan Allah. Anak cucu yang dimuliakan Allah membawa diri tersebar ke seluruh penjuru dunia dan yang yang tersebar dengan ramainya di kawasan asia ini. Siapa menyangka anak cucu baginda Rasulullah SAW masih ramai yang mampu bertahan untuk terus hidup. Berkembang biak sehingga hilang nama dan identiti asalnya. Ramai dari mereka yang sudah kehilangan iras wajah arab itu sendiri setelah berlaku kahwin campur yang tidak dapat dikawal atau sengaja dilakukan. Walaupun kulitnya coklat hidungnya tidak lagi mancung, janggutnya jarang dan amat nipis, tetapi darahnya masih dari darah nur muhammad keturunan darah panas membara Hassan dan Hussain yang akan kembali membalas dendam yang haq di atas kehancuran keturunan bapa dan datuk mereka. Darah yang akan kembali meruap membakar tengkuk mereka yang telah menghalau keturunan ini keluar dari bumi arab sendiri seperti kucing kurap yang busuk. Ternyata benihnya yang amat subur telah berkembang biak di timur yang jauh dari bumi arab yang berbau darah sufyani dan nifaqi.
Kata kata ini berdasarkan kebenaran nyata bahawa generasi kependudukan yang tersebar di seluruh asia ini terutama di nusantara yang nama nusantara itu sendiri menjadi rahsia selama ini adalah datang kebanyakkannya dari tanah jawa dan sekitar kepulauan yang lain. Hampir boleh dikatakan Indonesia adalah tanahair pelindung dan penyebar jenerasi bertuhankan Allah tuhan Muhammad saw dari umat islam paling ramai di dunia . Termasuk keturunan yang menjadi manusia pilihan yang dikenali sebgai para embah sunan wali sembilan dan sekalian masyaikh mursyid yang benar lagi dibenarkan dan mursyid yang benar tetapi dipersalahkan. Sudah ditentukan Allah mereka dilahirkan dan melahirkan keturunan anak cucu singa singa Allah yang akan yang akan mengaum dihadapan musuh musuhnya yang nyata dan tersembunyi. Jika terlihat kedua taringnya yang besar dibasahi air liur kelaparan darah, maka bersiaplah wahai musuh musuh Allah yang angkuh dan sombong untuk menghadapinya satu persatu. SatrioPaningit bakal mengangkat sumpah agung di bumi asing. Bahawa tanah ini akan bertetesan darah merah mencair membekukan bumi yang durjana sebagai saksi pembebasan diri dari nuraka Allah..
Tidak dinyatakan di mana tempatnya , tidak dijelaskan di mana munculnya tetapi ternyata Nostradamos berjaya mengungkapkan sebahagian kata kata dari para ilmuan islam yang kitab kitabnya akhirnya terwaris secara tidak disangkakan setelah bapanya dihukum bunuh oleh kerajaan pada masa itu. Akibat membukakan ketakutan dan ancaman kepada keruntuhan kerajaan melalui firasat alim ulama ahli sufi islam yang diterjemahkan oleh rakan yahudi bapanya yang fasih berbahasa arab. Bapa Nostradamos membeli kitab manuskrip yang hanya sebuah itu melalui seorang pencuri berbangsa yahudi yang menyamar memasuki kutubkhanah besar kota Baghdad zaman askar Mongol meruntuhkan Baghdad. Hasil pemikiran yang dicuri dari ahli kasyaf Baghdad sangat lama sebelum keruntuhan Baghdad lagi. Kitab itu bukan kitab, tetapi lembaran manuskrip lama.
Salah satu dari ilmu firasat masyhur yang sempat dinukilkan di sini ialah bagaimana Nostradamos mengkhayalkan kemunculan singa singa Allah di akhir zaman dengan kata kata terjemahan keduanya " The long awaited one, will never come in to europe, instead he will appear in asia, he will dominate over all the rules of the orient".. Merujuk kata kata yang ditandakan, bahawa kemunculannya bukan di eropah atau di tempat tempat lain tetapi mereka akan muncul di asia dan menguasai seluruh pemerintahan di rantau timur akhirnya. Katakanlah kata kata ini benar, dan memang benar benar akan berlaku. Indonesia adalah penyebab punca kelahiran singa dan harimau ini. Anak kundang raja yang bersemayam di singgahsana .
Di sana berkumpul para ulama ahli sufi yang datang berduyun duyun membawa khabar gembira yang dirahsiakan sehingga timbul istilah nusantara. Nusantara adalah berasal dari kata Nusa dan Antara. Nusa berertikan negara, Antara bererti diantara dua atau tiga. Nostradamus menambah dengan kata kata yang bererti " negara yang di kelilingi oleh tiga lautan - antara tiga lautan yang bertemu muka" Ini merujuk kepada negara yang padanya dikelilingi oleh tiga lautan yang nyata. Mungkin Indonesia..atau mungkin Malaysia ,sama sekali bukan Singapura tetapi ada pula nama padanya singa.....
Di sana juga terkumpul berbagai sejarah dan peristiwa kedamaian dan peperangan yang tidak pernah sunyi dari diberitakan sebagai kenangan sehingga ke hari ini. Terkumpul berbagai jenis peralatan yang sengaja digunakan sebagai alat persenjataan di dalam peperangan untuk melumpuhkan lawan yang perkasa dan terbilang. Sehingga ada dari antara nama senjatanya yang lebih masyhur dan ternama dari panglimanya. Senjata senjata itu akan muncul sebagai lambang kebesaran dan kekuatan misteri yang tidak tertanggung oleh musuh apabila sampai masanya pada ketikanya nanti.
Salah satu daripadanya yang memang terkenal hebat dan ampuhnya iaitu Keris Naga Sasra dan Keris Sabuk Inten akan menjadi lambang kawula gusti serta mahabbah kasih sayang yang akan memerangi kejahatan dan melimpah ruahkan kekayaan ke seluruh tanah Jawa khasnya atau ke seluruh kepulauan Indonesia amnya. Juga akan dapat dinikmati kemanisannya bersama negara tetangga kejiranannya yang hampir, Malaysia yang menjadi teka teki humor berkenaan bani tamimnya.
Hanya Allah swt yang maha mengetahui akan segala kejadian dan yang akan berlaku nanti, kita saksikan dan jadikanlah diri kita sebagai manusia terpilih dengan memberikan laluan akal akal kita berfikir dan menterjemahkan khayalan ini agar dapat dijadikan satu panduan yang jelas menguji keimanan dan ketaqwaan umat muslimin serata NUSANTARA ini.
'Selamat bertemu dengan kebenaran ini'.
Saya menyampaikan pesanan Embah Kiyai Samsuri wonoco cerbon dan Embah Kiyai Haji Saleh keramatan Banyu Wangi melalui saudara saya yang telah kembali kerahmatullah alaih pada semalam siang (25hb Feb 2009 saudara Wak Din) " Negoromu Bakale Diperintah Karo Wong Kapir Ndong" yang artinya lebih kurang begini ; negara kamu akan diperintah oleh orang orang kafir nak, wal 'iyazubillah min zalika. Bersiap sedialah menghadapinya jika ia benar benar terjadi.Jika dikira dari tarikh hari Arwah wak Din mendapat pesanan penting ini sehingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ialah selama 35 hari..fikirkanlah bersama wahai pemuda Allah.
Pada pandangan sebahagian besar ahli sufi, kebanyakan manusia yang hampir dijemput oleh malaikat maut dalam masa 40 hari terakhir biasanya banyak mendiamkan diri dan berkelakuan ganjil tidak seperti biasanya, ini banyak disaksikan kejadian perubahan sikap ini oleh keluarga yang terdekat. Itu sebagai tanda rohaniah dirinya sendiri banyak bertafakur sedangkan aqal fikirannya tidak akan menyedari apa yang sedang berlaku.
Pada pandangan sebahagian besar ahli sufi, kebanyakan manusia yang hampir dijemput oleh malaikat maut dalam masa 40 hari terakhir biasanya banyak mendiamkan diri dan berkelakuan ganjil tidak seperti biasanya, ini banyak disaksikan kejadian perubahan sikap ini oleh keluarga yang terdekat. Itu sebagai tanda rohaniah dirinya sendiri banyak bertafakur sedangkan aqal fikirannya tidak akan menyedari apa yang sedang berlaku.
No comments:
Post a Comment