Dikurniakan umur yang panjang adalah kelebihan baginya.Dia ingin menjadi Tuhan sekarang.Tetapi bagaimana?Dia perlu berjalan mengembara untuk mengumpulkan pengikutnya.Tahun demi tahun dia mempelajari segala ilmu pengetahuan dunia perlahan-lahan.Apa yang hendak dirisaukan?Umurku panjang,desis hatinya.Tahun ini aku belajar ilmu Fizik,tahun depan aku belajar ilmu Biologi...
Untuk menjadi Tuhan,atau sekurang-kurangnya dewa di bumi ini,strategi yang mampan perlu dirangka.Setiap tempat yang dilawatinya,akan diwujudkan kelompok-kelompok pengikutnya.Kelompok-kelompok ini adalah segolongan manusia yang mempercayainya.Percaya kepada kebolehannya.Percaya kepada dirinya yang digelar:
"The Wise Man"
Ini adalah jigsclue yang penting,untuk mempelajari ilmu strategi Dajjal Laknatullah The AntiChrist.
Sila ambil perhatian.
"Secret Societies"
(Kelompok Rahsia)
"Ordo Ab Chao!"
Keseorangan di dunia seperti dalam kisah 'Robinson Crusoe' sememangnya memeritkan.Dia perlu bangkit untuk menjadi dewa yang dipatuhi oleh manusia.Dia perlu belajar segala ilmu sains untuk meyakinkan manusia akan keistimewaan dirinya.Mula-mula dia perlu datang kepada manusia supaya manusia dapat diyakinkan bahawa dia adalah penyelamat mereka;Messiah Yang Ditunggu-tunggu.Usaha yang pertama 'mentarbiah' sekelompok manusia yang pertama ditemuinya menemui jalan buntu dan amat perit;dihalau dan dihina.Tetapi dia tetap tidak mengalah.Dia pun berusaha lagi dan lagi.Ilmu sains yang dimilikinya hasil umurnya yang panjang dan pengalaman mengembara amat-amat berguna.Apabila berjaya mempengaruhi sekolompok manusia,dia mula mengasah pelbagai cara baru untuk mempengaruhi manusia supaya mempercayainya.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali..." (Hadis)
Dia mula mengatur strategi baru.Strategi yang benar-benar berjaya dan tidak pernah menghampakannya.
Dia mula menubuhkan kelompok-kelompok rahsia di sana-sini.
Untuk ini,Dajjal perlu sampai ke semua bangsa dan umat supaya mereka akan dapat dikumpulkan ke dalam kelompok-kelompok berasingan yang mempercayainya.Kelompok-kelompok ini nanti akan bertemu di antara satu sama lain;dengan kata lain,akan disatukan melalui benang-benang merah yang tersembunyi.Setiap umat mesti menerima konsep ajaran dewa-dewi,yang dijana oleh para rahib yang mengamalkan sihir.Ini adalah trend yang perlu diajar kepada semua bangsa.Sihir adalah pemangkin untuk semua ini.Kekuatan 'magis' untuk setiap kelompok rahsia yang didalanginya.Terdapat dua rahsia sihir The AntiChrist;pertamanya melalui kekuatan ilmu sains dan keduanya melalui perhubungan dengan makhluk berdimensi lain,jin dan syaitan.
"Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” (Hadis)
Kelompok-kelompok rahsia ini amat menghormati Dajjal ini.Dia digelar:The Wise Man;Orang Yang Bijaksana.Dajjal mengikat para pengikutnya di dalam kelompok-kelompok rahsia ini dengan kuasa ilmu pengetahuannya yang tinggi.Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada KEPERCAYAAN DAN KEKAYAAN.Manusia cepat menghormati kepada orang yang punya kemahiran dan kepandaian.Dajjal akan mengajarkan segala kepandaian ini dan memacu mereka untuk gigih belajar dan berusaha bagi meningkatkan imej kelompok-kelompok rahsia ini di mata masyarakat.Kelompok-kelompok rahsia ini menjadi lebih terhormat dan kaya-raya.Lama kelamaan,mereka tidak perlu lagi menunjuk-nunjukkan kepandaian mereka,kerana IMEJ mereka dengan sendirinya telah menarik ramai bijakpandai,bangsawan dan raja-raja untuk menyertai 'kelab-kelab' mereka ini.
Dajjal menubuhkan kelompok-kelompok rahsia ini antara lain adalah untuk:
1) Meluaskan empayarnya.
2) Mengekalkan kewujudannya (survive)
Ini adalah prinsip yang paling digemari oleh Dajjal iaitu DIVIDE & RULE.Dajjal tahu kehadiran para nabi yang diutuskan ke dalam Matrix dunia ini untuk menyatukan manusia kepada penyembahan Tuhan Yang Satu.Oleh itu untuk menggagalkan usaha mereka dia perlu memecahbelahkan mereka.Dajjal perlu menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh dunia.Cawangan-cawangan berasingan yang nantinya akan di satukan kelak.Ini adalah prinsip yang biasa digunakan dalam industri hartanah.Donald Trump biasa bermain taktik begini.
Salah satu tujuan menubuhkan banyak kelompok rahsia di sana-sini adalah untuk mengekalkan kewujudannya.Jika terdapat kelompok rahsia miliknya yang dimusnahkan,diharamkan atau sebagainya,Dajal masih memiliki cawangan yang lain.Mereka dapat bergabung kembali dan berpecah untuk menubuhkan kelompok rahsia yang lain.Ini benar-benar KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN.
Di antara kelompok-kelompok rahsia Dajjal Laknatullah Al-Muntazhor The AntiChrist a.k.a The Hidden Hand:
Illuminati
Freemasonry (di bawahnya bercambah lagi pertubuhan yang lain seperti Rotary Club,Lion Club etc)
Knight of Malta
Thule Society
The Round Table
Priory of Zion
Council of Nine
Brotherhood of Snake
Club of Rome
Fraternity of Rosicrusian
Aum Shinrikyo
Triad (Chinese Secret Societies)
Blue Brethren
BabylonianBrotherhood
Vril Society
Apabila terdapat banyak kelompok rahsia,strategi tahap kedua dijalankan.Dajjal akan memilih yang mana akan dikomersilkan,akan diiklankan ke khalayak ramai.Dajjal akan menjual imej dan segala 'trademark' kelompok rahsia yang dipilihnya itu.Ini bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya lebih mengenali dan membiasakan diri dengan kelompok rahsianya.Gerak kerja secara 'underground' mula ditinggalkan dan kelompok rahsia Dajal ini mula melangkah ke dunia 'mainstream'.
Namun pada masa yang sama,kelompok-kelompok rahsia yang lain tetap tersembunyi dan menjalankan gerak kerjanya secara rahsia dan tidak diketahui orang ramai.Pertubuhan-pertubuhan Dajjal yang telah dikomersilkan mendapat arahan dari organisasi yang bertaraf 'The Hidden Hand' ini.Para pengikut yang dungu di dalam pertubuhan Dajal yang komersil ini digalakkan menjalankan pelbagai program kemanusian dan kebajikan,tetapi para elit mereka di dalam 'Hidden Organization' menjalankan penjualan senjata,industri pelacuran dan pornografi,pengedaran dadah,penyeludupan dan perhambaan manusia,kegiatan subversif,peperangan dan 1001 program kejahatan,tanpa disedari oleh para pengikut bawahan.Para Elit ini adalah syaitan-syaitan manusia yang amat komited dengan tugas mereka.
"Katakanlah(wahai Muhammad)
"Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekalian manusia.
Yang menguasai sekalian manusia,
Tuhan yang berhak di sembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,
yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
iaitu pembisik dan penghasut
dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-nas)
Merekalah yang memegang sosio-politik dunia masakini,menghampiri cita-cita Dajjal Laknatullah The AntiChrist untuk menjadi 'dewaraja' di bumi ini.Media massa,internet,dunia hiburan,filem,intelligen,ketenteraan,pendidikan,perniagaan dan pelbagai cabang ruanglingkup kehidupan manusia dikuasai oleh para Elit ini.Mereka merasa telah mampu mengawal dunia ini.Melalui 'secret societies',Dajjal Laknatullah semakin yakin dapat mengalahkan Tuhan yang mencipta dirinya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
SELAMAT DATANG KE DUNIA 'SECRET SOCIETIES'
---------------------------------------------
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
FIKIRKAN SEMULA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pegunungan sekitar Tembok Yajuj dan Majuj Danau dekat Tembok Yajuj & Majuj Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis ba...
-
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ? MARI KENALI BANI TAMIM Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim Hadith Nabi SAW : ...
-
Published by Sang karut Amaran - Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengaj...
-
AMARAN : Artikel ini hanyalah semata-mata hiburan dongeng masa kini ,bersumberkan teropongan khayalan dan angan-angan semata-mata . Jika a...
-
“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijl...
-
Published by Sang karut Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sa...
-
Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan awal dari Hari Akhir akan segera Mulai meliputi: 1. Arab Revolutions (Musim Semi Arab) yang dimulai ...
-
Anak Indigo, menjelang akhir jaman kelak mereka akan direkrut untuk bergabung dengan pasukan pendukung Imam Mahdi. Benarkah itu? Sebuah...
-
“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Musli...
-
Amaran : Berhati-hatilah ketika membaca kisah dongeng lagi karut ini ....hamba tidak memaksa para pembaca mempercayainya ..jika ada penga...
No comments:
Post a Comment