Bagaimana hendak melaksanakan hukuman hudud ( hukuman rotan ) bagi manusia Islam yg berzina ?
Banyak perkara yg perlu di ambil kira sekiranya hendak melaksanakan hukuman rotan kepada penzina .Hukuman ini bukan semata-mata utk memberi kesakitan pelaku zina dan memalukannya tetapi ada objektif yg terpenting iaitu mengeluarkan kembali jin ifrit yg sebanyak 100 ekor itu keluar dari tubuh badan penzina itu . Perkara itu adalah utama kerana melahirkan jiwa manusia yg sejahtera selepas sahaja hukuman rotan itu dilaksanakan .Sekiranya syarat-syarat nya tidak mencukupi dan dipatuhi maka kesannya pun tidak berhasil secara maksima .Maka hukuman tuhan itu berkemungkinan akan menjadi bahan ejekan bagi penentang hukum-hukum tuhan yg termaktub di dalam Al Quran . Sang Karut bukan berkata bagi pihak pemerintah dan juga bagi pihak pembangkang .Sang Karut berkata dari aspek kerohanian .
Syarat berkenaan manusia yg melaksanakan hukuman rotan
Manusia yg merotan hendaklah sekurang-kurangnya memiliki 50% kekuatan rohaniahnya seperti yg saya jelaskan pada artikal yg terdahulu . Manusia yg memiliki rohaniah 50% adalah manusia yg memiliki nafsu mutmainnah @ nafsu yg tetap .Maksud nafsu yg tetap ialah apabila di timpa musibah ia akan kembali kepada Allah ..sabar dan menerima musibah itu datang dari Allah . Tidak menyalahkan takdir dan hilang kawalan diri . Jika di hitung dengan logika ,manusia yg mempunyai nafsu mutmainnah ialah mereka yg mempunyai 50 % rohaniahnya 50 % akal yg sihat dan sejahtera yg selari dengan hukum hakam tuhan akan fikirannya dan baki nya 50 % adalah nafsunya .
Manusia yg rohaniahnya di bawah 50% adalah tidak layak untuk menjadi orang yg melaksanakan hukuman rotan ke atas para pesalah zina dsb .Ini kerana jiwanya masih lagi dikuasai nafsu dan mengikut logika jika seseorang manusia itu hanya memiliki 30 % rohaniah maka nafsunya ialah 70 % .Hukuman sebatan rotan yg dilaksanakan masih lagi di bawah pengaruh nafsu maka hasilnya orang yg dirotan tidak berjaya di sejahterakan jiwanya . Orang yg dirotan akan segera memprotes mengapa ia dirotan atau marah dan dendam ini berlaku secara otomatis bukan di buat -buat , mengapa perkara ini berlaku ? Ini kerana semuanya itu berpun ca dari jiwa orang yg merotan Jika perotan minum arak terlebih dahulu supaya kononnya utk tenaga sokongan jiwa supaya lebih tega utk melaksanakan hukuman rotan itu ..maka akibatnya kepada orang yg dihukum , mereka akan hanya menerima kesan sakit di rotan dan menghasilkan kesan yg negatif dan yg pastinya jauh untuk menghasilkan manusia yg jiwanya sejahtera
Untuk mencari manusia yg rohaniahnya 50 % di dunia Islam ini adalah sangat sukar mungkin di semenanjung emas ini yg hanya memiliki rohaniahnya 50 % boleh dibilang dengan jari . Saya perkenalkan manusia yg memiliki rohaniahnya 50% bahkan lebih dari itu iaitu 60% ialah seperti wali songo yg masyhur itu . Banyaknya ilmu agama tidak menjamin rohaniahnya besar . Hanya banyak sahaja ilmunya tidak semestinya di amal .
Gusti Sang Prabu ada memberitahu yg manusia itu terbahagi kepada beberapa golongan yg paling ramai ialah golongan manusia yg hanya tahu retorik agama dan mendapat laba hasil dari retorik agamanya sehingga dijadikan bisnis yg menguntungkan pula , ketahuilah manusia yg mahir retorik agama rohaniahnya secara purata hanyalah 10% dan 90% adalah nafsunya .Bagaimana kalau mereka ini di jadikan orang yg melaksanakan hukuman rotan ..adakah dapat melahirkan manusia yg hatinya sejahtara .
Mereka yg hanya mahir retorik agama tanpa diamalkan apa yg diretorikkan dan di jadikan pekerjaaan retoriknya itu sebagai bisnis yg lumayan diklasifikasikan sebagai ulama dunia atau ulama su ' . Bertaubatlah ...Cukuplah anda sahaja yg begitu janganlah membabitkan orang lain supaya ikut serta beretorik agama sehinggakan anda melebelkan sesiapa yg tidak pandai utk meretorikkan agama maka ia bukan golongan yg benar -benar beragama .janganlah anda menghukum kepada yg enggan meretorikkan agama sebagai manusia yg tidak sah agamanya ..cukuplah hanya anda ..jangan babitkan orang lain . Makanlah hasil bisnis retorik itu ..nanti kamu akan tahu juga akhirnya ....
Mereka itu adalah golongan yg sesat di dalam nyata ... zohirnya berwatak orang-orang yg saleh tetapi sebenarnya mereka pencinta hawa nafsu yg licik ...
Peralatan pelaksanaan hukuman rotan
Rotan juga diambil kira ..tidak boleh sewenang-wenangnya menjadikan sebatang rotan layak menjadi alat utk di rotan ke tubuh badan manusia yg berzina .Objektif merotan adalah utk mengeluarkan jin diri iaitu 100 ekor ifrit yg masuk akibat manusia itu berzina . Jadi rotan yg macamane itu yg layak di jadikan alat merotan ?
Rotan itu wajiblah dirohaniahkan supaya menjadi suatu alat medium yg berkesan ia umpama magnet yg boleh menarik ifrit -ifrit apabila rotan itu dipukulkan di tempat-tempat yg tepat dibahagian tubuh badan manusia . Seperti sang panglipur setia memberi ulasan ..kesan dirotan itu tidaklah begitu sakit tetapi apabila rotan yg telah dirohaniahkan itu terkena bahagian yg tepat maka ia umpama renjatan elektrik ..perit semacam . kalau nak cuba silakanlah ...Renjatan itu menandakan ifrit yg menyorok disarung manusia itu akan keluar terus ke rotan yg telah dirohaniahkan .Rotan yg tidak dirohaniahkan adalah tidak mampu melakukan perkara itu .
Bagaimanakah utk melaksanakan hukumam rotan jika tidak memenuhi akan syarat-syaratnya ..adakah akan memberi kesan yg sebenar iaitu dapat melahirkan manusia yg jiwanya sejahtera setelah dirotan ?..
Cara lain mengeluarkan jin diri
Cara yg lain utk mengeluarkan jin diri @Jin ifrit ialah dengan cara duduk dengan tujuan utk bertawajuh kepada Allah. Duduk tapa jirim 12 mengikut masa -masa yg ditentukan samada 30 minit atau 1 jam atau 2 jam. Di antara syarat duduk tapa jirim ialah seseorang itu hendaklah mencari gelombang yg baik iaitu mencari dan memilih tempat yg mempunyai gelombang yg tinggi .
Diantara tempat-tempat-tempat yg mempunyai gelombang yg tinggi lagi baik seperti di 2 tanah suci iaitu di Mekah dan di Madinah .Tempat yg mempunyai gelombang tinggi lagi baik tidak mampu@boleh dicerobohi oleh jin -jin yg jahat . Dan tempat itu juga tidak boleh dicerobohi oleh Dajjal . Kesan yg buruk@negatif akan di rasai dan terima oleh para petapa sekiranya mereka bertapa di tempat yg tidak mempunyai gelombang .....kesan yg saya maksudkan ialah jin-jin akan menawarkan diri supaya di ambil bekerja oleh petapa itu . Bertapa ditempat yg salah akan menambahkan koleksi jin yg sedia ada pada tubuh manusia itu .
Betapa pada tempat yg betul akan menghasilkan kesan yg positif iaitu akan berlakulah proses pengeluaran jin -jin diri dari tubuh manusia satu persatu ..bukan mudah saudara ku ..mungkin sekali tapa mampu mengelurkan 3 ke 4 ekor jin ifrit diri . Sekali tapa bermaksud duduk bertawajuh selama 1 jam . Jadi anda dapat bezakan diantara tapa jalan hitam dengan tapa jalan rasulallah s.a.w .
Jadi ada 3 cara untuk mengeluarkan jin diri dari sarung diri sendiri iaitu solat tasbih dan bertasbih yg ke 2 di rotan dan yg ke 3 duduk tapa semata-mata bertawajuh kerana Allah .
Bersambung Insyaallah ...
No comments:
Post a Comment