PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Sunday, May 15, 2011

Raja Kayu ..Ratu Lebah , Panah Arjuna dan Khadam Tahi Bintang ..

Published by Sang karut 

 Amaran : Kisah ini berdasarkan pengalaman yg benar Sang Karut ..walaupun begitu anggaplah kisah ini sebagai karut lagi dongeng ..andai ada pengajarnnya ..maka kutiplah .

RAJA KAYU.... KUAT SERTA MERTA

Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa ...saya cuma sebagai seorang pencerita kisah -kisah alam jin yg dialami oleh warga PKMF TK ...saya memfokuskan cerita dan pengalaman yg dialami oleh En Zamri ... macam wartawan pula tetapi bukan wartawan surat khabar tetapi wartawan alam jin ...

Pada siri yg lepas berkenaan salah satu kisah -kisah pendek alam jin ..iaitu ROH ULAR jenis haiwan bukan jin yg kafir memeluk Islam telah membuka fikiran manusia dan menimbulkan polemik . Penjelasan saya adalah seperti berikut ..

Penjelasan pertama

Ini adalah kisah karut lagi dongeng ...tidak perlulah anda berhujjah samada benar atau tidak ... jika ia di luar ilmu yg sedia ada pada manusia ....tolakkan sahaja dan anggaplah ia sebagai kisah dongeng lagi karut ..

Penjelasan kedua

Hanya manusia dan jin sahaja yg dikehendaki hidup bersyariat seperti tercatat di dalam Quran ..saya tidak akan nafikan Al quran ...tetapi pernahkan kita terfikir ..kicauan burung adalah tasbih kepada Allah , embekkan kambing adalah tahmid kepada Allah salakkan anjing adalah takbir kepada Allah ... malaikat yg sentiasa taat kepada Allah seperti sentiasa bertawaf di baitul makmur , padahal golongan itu tidak ditaklifkan oleh Allah dan hidup bersyariat atas perbuatannya tetapi mereka tetap taat kepadanya ...

Pernah tak kita dengar pokok yg dimasukkan ke dalam api neraka? ..pokok yg dimaksudkan ialah pokok gargaq ..pokok krismas ataupun pokok Yahudi ... padahal pokok itu tidak ditaklifkan utk bersyariat ! mengapa dimasukkan ke dalam api neraka ? selama-lamanya ..adakah ia kafir ? bukankah semua makhluk Allah itu Islam ? ..apa jawapnnya ye...

Kisah anjing Ashabul Kahfi yg satu-satunya anjing yg dimasukkan ke dalam surga ..adakah anjing ini ditaklifkan hidup bersyariat ? apa jawapannya ye ...

Saya berpendapat inilah peluang utk kita mengetahui hakikat roh ciptaan Allah s.w.t ..ilmu ini tidak terdapat di dalam buku dan kitab ...ilmu ini berdasarkan pengalaman bagi manusia yg mengalami ...peluang utk mengorek ilmu Tuhan utk tujuan keimanan supaya menjadi lebih mantap ...

Apa pula balasan bagi ular dan binatang lain diakhirat kelak ? ..wallah a'lam ...mereka tidak dituntut diakhirat kelak dan didunia pun mereka tidak dituntut utk hidup bersyariat ...apa faedahnya Islam dan Kafir bagi golongan mereka itu ? ...soalan ini juga boleh kita ajukan kepada para malaikat ..apa faedah kamu menjadi Islam dan beribadat kpd Allah ? kamu tidak dituntut hidup bersyariat ! dan diakhirat kelak kamu tidak di hisab ...? dan kamu tidak dimasukkan ke dalm surga ataupun neraka ... jadi persoalan ini mengasak akal supaya berfikir ...akal yg malas berfikir diasak dengan ilmu yg menyalahi kefahaman tradisi turun temurun ..jadilah manusia yg terbuka mindanya ...kaji lah ia ...itulah hidup seorang muslim ...otaknya berjalan ....barulah ber fungsi otak itu ...

Baru -baru ini Sang Panglipur Setia memanggil Ratu Lebah .... Ratu lebah itu datang dan menjawab salam ...bagi warga PKMF TK ia tidak menjadi suatu yg pelik ... dan ajaib ...

Dan baru -baru ini En Zamri ada memanggil khadam tahi bintang ..juga datang dan menjawab salam ..apabila di tanya ..siapakah anda ...manusia ? jawapannya bukan.. jin? juga bukan ..malaikat ? juga bukan ... jadi kami mengklasifikasikan sebagai kadam tahi bintang ..mereka datang dengan menjawab salam ....adakah mereka di taklifkan hidup bersyariat seperti manusia dan jin ..cth solat ..puasa ..zakat ..apakah jawapanya ?...

Nanti saya tuliskan kisah -kisah pendek seterusnya ..berkenaan khadam tahi bintang , ratu lebah dan kisah -kisah yg lain ..sebagai pengajaran ..ilmu Allah itu sebenarnya luas jadi anda sudah nampak secara praktikalnya ilmu Allah itu Maha Luas ... jika kita anggap Ilmu Allah itu seperti yg kita fikirkan maka kita menghina Allah ...

Kisah pertama ialah berkenaan raja kayu ..saya tidak pernah melihat warna dan rupa kayu ini ...tetapi menurut rakan -rakan yg pernah melihat dan memiliki ia berwarna hitam ..fungsinya ialah utk kekuatan serta merta ... kayu itu di asah sehingga keluar habuknya kemudian habuknya itu di sapu di mana-mana bahagian tubuh cthnya tangan ..maka tangan itu akan menjadi kuat serta merta ...

Di sebuah sekolah yg berprestij tinggi di daerah Sabak Bernam iaitu sekolah yg sama berkenaan kes Ular tedung selar ..ada satu kes yg lain iaitu ...laporan sebahagian pelajar yg mana ada seorang paranormal di undang khas utk memberi power kepada para atlit sekolah tersebut ...

Jadi perkara ini diajukan kepada En Zamri ...

En Zamri enggan mengulas apa-apa utk melihat hakikat sebenar di sebalik ritual itu maka di panggilkan penunggu kayu raja itu ...maka hadirlah ia ...

En Zamri - Assalamualaikum
Raja kayu - Waalaikum salam
En Zamri - Siapakah kamu /
Raja kayu - Jin !
En Zamri - Jin Ifrit ?
Raja kayu - Ya !
En Zamri - Warna apa ?
Raja kayu - Putih
En Zamri - Apa faedah kamu menunggu di dalam raja kayu itu ?
Raja kayu - Utk kekuatan ...
En Zamri - Ooo jika di sapukan di kaki ..kaki akan menjadi kuat dan tahan berlari ?
Raja kayu - Ya

En Zamri - Ada berapa ramai di situ ?
Raja Kayu - Pada setiap debu ada faedahnya ....
En Zamri - Jika di sapu di zakar adakah ia bertambah hebat ?
Raja Kayu - Ya
En Zamri - Adakah kamu mengambil faedah dari tubuh badan yg disapu serbuk kayu itu ?
Raja kayu - Ya
En Zamri - Macamana jika tubuh manusia itu makan ?
Raja Kayu - Saya akan makan bersama-sama manusia itu ...
En Zamri - Jika manusia itu berjimak ?
Raja Kayu - Ya saya ikut serta ..
En Zamri - Bila kamu akan keluar dari tubuh manusia ?
Raja Kayu - Apabila tubuh manusia itu mati ..aku akan keluar secara automtik

En Zamri - Bagaimana hendak menawarkan @ keluar dari tubuh manusia ?
Raja Kayu - Simbah sahaja dengan air kelapa muda berserta dengan niat ....
En Zamri - Oh begitu ..baiklah itu sahaja ...pulanglah
Raja Kayu pun melangkah pergi ....

Pengajarannya di sini ...setiap perkara yg kita kerjakan hendaklah di ambil kira ..jika ianya bagus sekalipun kadang-kadang ada unsur-unsur jin yg kita tidak sedari ..walupun ia bukan seperti susuk ..jin yg mengambil faedah drp sarung itu khususnya dalam hal ehwal jimak menyebabkan terjejasnya keturunan manusia ....manusia yg lahir mempunyai kawan karib yg ramai terdiri drp jin tanpa manusia sedari

Ratu Lebah berpindah tempat ....

Ketika kami bergotong royong di PKMF TK ..tiba-tiba Akak Setia datang dan seakan-akan meminta pertolongan .... Ada lebah di dalam bilik ..lebah itu sedang membuat sarang di sebalik bantal dan tilam ..minta sesiapa yg boleh uruskan ..Sang Lenteng ka atau siapa-siapa ..minta halau keluar sekawan lebah dari bilik itu ..saya khuatir lebah itu menyengat anak-anak ...

En Zamri mencelah ... bakar kan kemenyan ke sabut ke ...cadangan itu di terima dan dibakarkan apa yg patut dibakarkan dengan tujuan supaya kawanan lebah itu keluar dari bilik itu ataupun kurang mengganas .

Sang Lenteng mempunyai idea yg lebih baik lalu berkata ..apakata buatkan rumahnya kemudian panggil ratu lebah bincang dan pindahkan mereka ...

Panas terik matahari menikam kulit ....En Zamri melihat Sang Panglipur Setia kemudian melihat Sang Sarung ... Sang sarung mengeleng-gelengkan kepala nya menandakan tiada akses ...

Tiba-tiba En Zamri bersetuju menjadi sarung ..memandangkan cadangan Sang Lenteng boleh di pakai ...lalu terjadilah dialog di bawah ..

Sang Panglipur : Panggilkan ratu lebah itu ke mari ...
En Zamri ( Ratu Lebah ):........
Sang Panglipur : Assalamualaikum
Ratu lebah : Waalaikum salam
Sang Panglipur : Kamukah ratu lebah yg berada di dalam bilik itu ?
Ratu Lebah : Ya...
Sang Panglipur : Kenapa kamu berada di situ ?
Ratu lebah : Bilik itu kosong ...

Sang Panglipur : Kamu suka tinggal di situ ?
Ratu Lebah : Ya ..tempat itu sejuk ..penghuninya baik-baik ...
Sang Panglipur : Apakata kamu berpindah dari bilik itu ?
Ratu Lebah : menggelengkan kepala ..
Sang Panglipur : Saya cadangkan kamu pindah di bawah kontena Sang Mondok ..
Ratu lebah : Menggelengkan kepala
Sang Panglipur : Baiklah saya minta kamu pindah di rumah atas ..
Ratu Lebah : Ya ..
Sang panglipur : Kamu balik dan beritahu rakyat kamu kemudian pindah ke atas ...bila kamu akan berpindah ?
Ratu Lebah : Sekarang ...
Sang Panglipur : Baiklah terima kasih ... kamu boleh pergi

Sebenarnya ada beberapa dialog lagi tetapi tidak perlulah di tulis di sini ...tidak lama kemudian Sang panglipur pun melihat bilik tadi dan di dapati kawanan lebah yg asalnya berada di celahan bantal telah berpindah ke sebelah atas dinding bilik tersebut ..alhamdulillah .Sang Lenteng mensyorkan kepada Sang Khadam membuat rumah lebah ..apabila sudah siap nanti ..barulah di pindahkan kawanan lebah ke rumah khas lebah itu ... dikhabarkan ada 5 kawanan lebah disekitar PKMF TK ...


Sang Puteri Terkena Panahan Arjuna

Pada suatu hari Sang Puteri meminta keizinan drp Sang Prabu utk balik ke kampungnya di sebelah utara semenanjung Malaysia ..maka di benarkanlah ...setelah lebih kurang 1 minggu maka kembalilah Sang Puteri ke PKMF TK ...

Sekembalinya Sang Puteri dengan membawa sekali sihir -sihir dan panahan arjuna ...ringkas komen dari Sang Prabu ..macam binatang kena panah ... bak kata macam landaklah dibuatnya ..apabila di cabut datang kembali panah tersebut ...Sang Puteri sentiasa di panah sehingga mengalami sakit -sakit dibahagian tengkok dan kepala ..

Ketika menjamu selera di sebuah restoran Sang Prabu membuka cerita kepada kami sekalian ... aaa En Zamri dan Sang Panglipur tawajuhkan Sang puteri ini ....maka mereka berdua bertawajuhlah ....

Selepas beberapa ketika En Zamri melaporkan ... Sang Prabu ..Sang Puteri terkena panah di belakang lehernya apabila di cabut panah itu muncul kembali ...Ya memang begitulah ..saya sudah banyak menghabiskan masa untuk mencabut semua panah tetapi panah itu kembali semula ...Sang prabu berkata ... En Zamri kamu cari punca panah ini dan selesaikan tugas ini ..

En Zamri bertawajuh semula .... dia melihat beberapa Ifrit Sang Arjuna giat melepaskan panah-panahnya ... En Zamri hanya melihat terlebih dahulu ..ohhh ini ke rupanya sang arjuna ..boleh tahan juga tampannya ...tidak lama kemudian akta ISA dilaksanakan ke atas JIN arjuna itu ...mereka di gunikan ...selepas selesai En Zamri pun membuka matanya ... lalu berkata ..Semua sudah digunikan ....

Sang Prabu menjawab ..jin yg macam itu tidak boleh dibiarkan ...kamu firekan sehingga hangus ...baiklah kata En Zamri ...En Zamri pun melaksanakan tugasnya ...

Apabila telah selesai tugas ..maka En Zamri pun meneropong Sang Puteri ..selain panah arjuna ...kelihatan seperti belitan sebesar 2 inci di sekeliling leher Sang Puteri seperti anjing di ikat lehernya ...perkara itu dilaporkan kepada Sang Prabu ...Sang Parabu pun berkata ..Kamu tawajuhkan siapa punya angkara belitan leher dan siapa punya angkara panahan arjuna itu ..

Apabila di tawajuhkan ..maka kelihatan sesosok wajah seorang perempuan utk belitan leher dan seorang lelaki utk panahan arjuna ...Sang Parabu mengangguk -angguk apabila diberitahu ..

Tiba-tiba Sang Panglipur setia menambah laporan ...di leher Sang Puteri terdapat banyak anak panah kecil .....

Selain itu Sang puteri di beri beberapa hadiah dari beberpa orang ketika pulang ke kampungnya ... seperti rantai manik , rantai berbatu dan 2 bilah cincin ...apabila di periksa di sarung Sang Sarung ..barang -barang tersebut semuanya berisi jampi -jampi yg agak kuat impaknya ..sehinggakan Sang Panglipur berkata ..ah saya nak pengang benda-benda ini ...naik kebas tangan saya ... barang-barang itu kemudiannya di serahkan kepada En Zamri ..mahu tidak mahu En Zamri menyimpannya buat sementara ...

Sang Prabu berkata ..nanti kamu tawarkan semua barang-barang ini ..bagaimana caranya terpulanglah kepada kamu !

Apabila kembali ke PKMF TK .... En Zamri meminta khidmat Sang Jabarut ... Sang Panglipur Setia .. Saya melihat ritual yg akan dilaksanakan oleh mereka bertiga itu ...

Ada perbincangan sedikit ...maklumlah belum pernah menawarkan barang -barang yg berjampi ...setelah beberapa ketika Sang Jabarut mencadangkan supaya di rotan sahaja barang-barang jampi itu ...satu persatu di rotan ..sambil di arahkan keluar segala penghuni barang jampi itu ...

Kami tidak tahu samada teknik itu berkesan atau tidak ..tiba -tiba Sang Sarung duduk di sebelah kami setelah kembali dari melepaskan hajat dari bilik air ...Alhamdulilllah ...ada alat bantuan .mudahlah kerja kami sedikit ..

Kesempatan di gunakan sebaik-baiknya oleh mereka bertiga ..mula-mula En .Zamri mengambil sebentuk cincin kemudian di panggilnya penunggu keluar masuk ke sarung ...selepas di tanya beberapa soalan lalu di azankan cincin itu lalu keluarlah jin ifrit yg menunggu itu ..begitu juga cincin yg ke 2 . dan seterusnya gelang manik dengan cara yg sama juga di laksanakan dan berkesan ... dan yg terakhir rantai berbatu ....nampaknya jin ifrit penunggu yg berada di dalam rantai berbatu itu handal ,tidak mahu keluar dan tidak mempan serta tidak lut diikat .menjadi suatu kehairanan kepada mereka bertiga ..apabila di tanya jin ifrit warna apa ? maka jawapannya warna putih ..jin peringkat pertengahan yg biasa yg insyallah dapat ditewaskan ..

Buntu mereka bertiga ..Sang Panglipur terus bertawajuh utk mencari jalan bagi menewaskan jin yg handal itu ...kemudian beliau mengsyorkan supaya di pisahkan di antara rantai dan buahnya ..kemudian ritual yg sama dilaksanakan dan tidak berjaya ..

Tiba-tiba En Zamri mahu mencuba buat sekian kalinya .... ntah macamane berdasarkan pengalaman , Sang Jabarut mengambil rotan dan cuba menyelak telinga jin ifrit ..dengan tidak semena-mena ifrit penunggu itu cabut lari ..rupa-rupanya jin ifrit itu bertelingga besar seperti gajah dan menjadi penutup azan dan kalis bunyi ..maka azan dan bacaan ayat suci tidak terkesan olehnya .

Selepas itu En Zamri memanggil jin ifrit yg terakhir ..oleh kerana kami sudah tahu kelemahannya maka Sang Jabarut menunjukkan rotan kepada jin ifrit itu..tiba-tiba jin itu cabut lari ..tidak sempat pun azan berakhir ..Kami bersyukur tugasan kami itu dapat diselesaikan ..itulah pertama kali kami diberi tugasan utk menawarkan barang yg dimasukki jin ...barang -barang perhiasan itu dirohaniahkan oleh En Zamri dan Sang Panglipur setia atas cadangan Sang Jabarut ..dengan kata-kata ringkas kepada mereka berdua ..En Zamri dan Sang Panglipur setia kobatkan barang-barang itu supaya tidak boleh dimasukkan jin ifrit lagi ...

Khadam Tahi Bintang

Sang Kemenyan adalah salah satu mangsa sihir roro kidul dan nyai blorong yg sudah masuk Islam dan sedang belajar di bandaraya Jin PKMF TK ...Nasibnya hampir berakhir dengan kematian ..alhamdulillah nyawanya masih panjang ..beliau lebih bernasib baik dari 2 orang sahabatnya sebelum ini yg berakhir dengan kematian ...Selain drp sihir roro kidul .beliau juga di sihir oleh rakan sepejabatnya ...telah banyak usaha dilakukan olehnya dan warga PKMF TK khususnya Sang Prabu banyak membantu utk memulihkannya .

Salah satu ikhtiar beliau ialah dengan menggunakan tahi bintang . Jika ditulis kisah nya maka kisah itu memerlukan beberapa siri utk menyelesaikannya .... Beliau penggemar dan pengumpul,barang -barang misteri seperti keris yg berusia ratusan tahun dan kebanyakkan kerisnya adalah keris yg original dan ada khadamnya siapa yg berminat bolehlah berhubung dengannya ... tetapi sekarang keris-keris itu telah kosong dan khadamnya di tempatkan di bandaraya Jin berdekatan dengan PKMF TK. Tidak ada masalah jika para pembaca berminat hendak membeli keris dan mengisikan khadam - Hubungi sahaja Tuan Kelarias .

Beliau sanggup menghabiskan ribuan ringgit utk keris sahaja ..itu belum di campur dengan barang yg ntah apa-apa termasuklah tahi bintang ...

Pada suatu malam beliau hadir ke kelas mingguan di PKMF TK ..selain membesarkan rohaniahnya .beliau juga berikhtiar utk berubat ... dan membawa koleksi -koleksi barang misterinya ..

Seperti biasa beliau akan bertemu dengan En Zamri utk meminta khidmat teropongnya ...tapi pada malam itu dia membawa serbuk besi dan logam-logam yg aneh ..lalu terjadilah dialog di bawah ....

Sang kemenyan- En. Zamri ..tolong lihatkan ada apa di dalam logam ini sambil menunjukkan sebuk besi
En Zamri - Kejap ye ... ohh saya lihat terdapat aura api menyelubungi batu ini ...batu apa nie ?
Sang Kemenyan - Ini serbuk tahi bintang ...
En Zamri - I ye ke ... sambil membelek-belek ..serbuk ...dapat dari mana ?
Sang Kemenyan- Saya beli ...

Tak lama kemudian datanglah Sang Tata Karma ikut serta lalu duduk di sebelah En Zamri ..

Sang Kemenyan - Hah ..sudah datang ..Zam ...tolong tengokkan mana tau ada penunggunya ...
En Zamri - Sang Tata ..sedia ..panggilkan penunggu tahi bintang ni masuk ke sarung Sang Tata ...maka hadirlah ia dengan izin Tuhan ..

Khadam Tahi bintang - Assalamualaikum ...
En. Zamri- Waalaikum salam ..kamu bangsa apa ?
Khadam Tahi bintang - Diam.
En. Zamri .Adakah kamu jin ?
Khadam tahi bintang - bukan
En Zamri - Manusia?
Khadam Tahi bintang - Bukan

En Zamri - Malaikat ?
Khadam Tahi bintang - Bukan
En Zamri - Kalau semua bukan siapakah kamu ?
Khadm tahi bintang - Saya khadam tahi bintang ...

Khabarnya rupa khadam tahi bintang ini berwarna putih mempunyai 2 kaki seperti manusia gagah serta mempunyai 2 sayap ....dan fungsi nya ialah utk merejam syaitan ...oleh itu En Zamri meneruskan dialognya

En Zamri- Apa kegunaan kamu ya?
Khadam Tahi bintang - utk merejam syaitan ...
En Zamri - Adakah boleh digunakan oleh manusia ?
Khadam Tahi bintang - boleh ...

Sang kemenyan yg berdiam diri dari tadi mencelah ... bagaimana caranya ....dan adakah boleh merejam jin ?

Khadm Tahi bintang - boleh ..niatkan kan kemudian baca ayat perejam syaitan 7 kali kemudian campak kan sedikit atau genggam tahi bintang itu kemudian lontar dengan menggunakan isyarat sahaja ...maka terejamlah syaitan dan jin yg dikehendaki ..

En Zamri ; Oh begitu ...terima kasih ..assalamulaikum
Khadam tahi bintang - Waalaikum salam

Utk pengetahuan pembaca ...sang kemenyan sebenarnya mempunyai 2 ketul lagi tahi bintang ...kalau tadi auranya berwarna merah yg satu lagi berwarna kuning keoren-orenan dan ketulan yg terakhir auranya berwarna biru ...yg paling kuat kuasa apinya ialah biru di ikuti oleh oren dan merah ..setelah selesai menyarung Sang Tata Karma bersembang dengan Sang kemenyan dan meminta daripada Sang Kemenyan agar serbuk tahi bintang dijual kepadanya .. setelah tawar menawar ..sang kemenyan menjualnya sebanyak rm 100,00....

Dan 2 ketul biji tahi bintang yg lain diletakkan di laci meja kerjanya utk menangkis serangan sihir yg dilancarkan oleh teman sepejabatnya ...ada juga En Zamri meneropong meja Sang Kemenyan ...jin-jin sihir seakan-akan takut dan berjaga-jaga utk datang ke meja sang kemenyan ...tetapi serangan dilancarkan juga ..agaknya depa nak kasi mati Sang Kemenyan lah ...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts