Malam semalam saya menemui Tugiran, lebih kurang dalam pukul 1.00 pagi. Kami berbincang dua tiga perkara mengenai perkembangan adik cikgu Naswan dan kakak cikgu Denan. Alhamdulillah semasa kami cuba hubungi para petugas di alam sana mereka telah menyelesaikan sebahagian besar tugas yang diamanahkan kepada mereka. Semakin cerah harapan Lina adik cikgu Naswan untuk terus bebas dari sihir yang mengikatnya semenjak bertahun lalu.
Saya sebenarnya berhajat ingin berkomunikasi dengan saudara kami allahyarham Hang Tuah. Perkara utama yang ingin saya ketahui ialah kemana beliau pergi menghilangkan diri setelah membantu Tun Mamat meminang puteri gunung ledang yang katanya tidak berjaya itu. Saya merasakan semenjak dari dahulu lagi Hang Tuah sebenarnya meyembunyikan rahsia kehidupan dihujung usianya dari pengetahuan ramai. Beliau pasti telah pergi meninggalkan segala bentuk kemewahan dan kebesaran anugerah diraja yang diterimanya lalu membawa diri akibat menanggung kekecewaan dan tekanan perasaan yang amat mendalam.
Terlalu banyak peristiwa yang mengecewakan dirinya sepanjang pengabdiannya kepada Sultan Melaka yang telah ditabal menjadi raja ketika masih muda itu. Perasaan serik sebenarnya menghantui dirinya setelah diantaranya membunuh sahabat tipuannya si Tamingsari dan anak saudaranya sendiri Hwang Jee Fat.
Belum kebah dari sesal yang menyakitkan perasaan kerana permainan bentara majapahit dan pembesarnya yang lain dirinya kehilangan kekasih hati yang bakal dijadikan suri di rumahtangganya, dibunuh pembesar melaka melalui pembunuh upahan. ika mengikutkan hati naluri dan dorongan nafsu marahnya itu, mahu saja dirinya menyelesaikan pengkhianat itu di belakang raja. Anak Sang Adi Putra yang berketurunan arab jawa memang memilikki wajah yang ayu dan menawan sebagai anak kacukan dari bumi Madinah yang berpindah ke Samarkhand. Dari Samarkhand ayahnya mengikut datuknya yang menetap di kepulauan jawa setelah mengahwini puteri dari negeri utara itu.
Hang Tuah sentiasa menahan diri merana sepanjang masa dengan hiburan senda gurau anak anak saudaranya termasuk Hang Kasturi yang bukan dari kalangan bangsanya, tiba tiba pula difitnah bermukah dengan gundik raja. Raja yang dihormati dan ditaatinya itu telah menjatuhkan hukuman mati pula terhadapnya, membawa dirinya bersembunyi dikebun bendahara jauh dari kota atas pertunjuk dari ayahanda angkatnya Tun Perak tuan bendahara Melaka.
Kisah dirinya yang penuh duka dan belum lagi reda kononnya diampun segala kesalahannya oleh sang raja, diperintahkannya pula membunuh Hang Jebat yang diperkirakannya sudah menderhaka kepada raja dan melanggar pesanan guru. Bertambah lagi sesalan yang tak sudah bertalu talu sehinggalah akhirnya beliau membawa diri terasing dari isteri dan anak pupunya Anak angkatnya itu adalah hadiah anak angkat pemberian tanda kasih dari ayahanda angkatnya Tuan Bendahara. Adi Wiranta dan ibu angkatnya ditinggalkan pergi berkelana semata mata mengubat hati lara yang tiada terubat selain memisahkan diri dari mereka dan berkelana mencari manusia pilihan tuhan yang dapat menjernihkan hatinya semula menghadap kebesaran dan keagungan Allah swt tuhan sekalian hati hati manusia.
Ketika Tun Mamat bersiap untuk berangkat kembali ke istana, menghampirlah tokoh tua itu padanya sambil berbisik.'' Paduka, Hamba sebenarnya telah lama berkeinginan untuk bertapa. Semenjak dari dahulu lagi selepas hamba dipermainkan oleh mereka yang durjana, hamba merasa amat kecewa. Telah sampai masanya untuk berkelana mencari kebenaran diri hamba yang sebenarnya. Paduka sendiri memahami diri hamba yang sudah pun lanjut usia ini. Kedudukan hamba telah pun ada penggantinya, hamba sendiri pun telah teramat lemahnya sehingga tidak lagi mampu mendaki gunung ini. Hamba bercadang untuk membawa diri ke suatu tempat di..( berbisik di telinga Tun Mamat )...untuk persediaan hamba bekal dibawa mati. Sekali kali hamba tidak mengizinkan paduka menyampaikan rahsia tempat hamba berkhalwat ini kepada sesiapa pun jua. Hamba sudah tidak ingin lagi menyertai kesibukan hidup seperti sebelum ini. Sudah hamba fikirkan masak masak keputusan ini. Izinkan hamba berlalu untuk mencari sesuatu yang hamba telah kehilangannya selama ini. Sampaikan salam hamba buat Adi Wiranta serta ibunya. Kelak jika diizinkan Allah hamba akan kembali menemui keluarga dan kota Melaka atau hamba terus menemui tuhan. Tun Mamat keheranan dengan akuan orang yang lebih wajar digelar Eyangnya. Banyak perkara ilmu yang dipelajari daripada Eyangnya itu. Tetapi kenapa tiba tiba begini jadinya. Itu barangkali detik hatinya memandang dan menilai keinginan gurunya yang sentiasa sehaluan dan sependapat dengan Eyangnya Hang Tuah. Walau pun hatinya berat menerima kenyataan itu dia terpaksa menerima keputusan Eyangnya untuk mencari sesuatu yang pernah Eyangnya ceritakan kepadanya sebelum ini. Eyangnya ingin kembali mencari kebesaran tuhan yang melenyap semenjak guru persilatannya meninggal sebelum beliau membunuh Tamingsari dahulu. Dalam umur yang sedemikian tua, Hang Tuah telah cuba melangkah membawa diri mencari ketenangan abadi dengan harapan dapat bertemu dengan seseorang yang dapat membimbingnya mengenali diri. Namun apakan daya usianya sudah melampaui dirinya sendiri. Hanya keinginan hati yang membara. Oleh itu beliau membiarkan dirinya lama bertapa di salah sebuah daerah di dalam negeri Perak sekarang ini. Hampir berbulan beliau di sana sehinggalah pada suatu hari Tun Mamat tiba menziarahinya, sehingga membawa keinginannya untuk mengembara ke negara Rom akhirnya terlaksana dengan bantuan dari anak didiknya itu sendiri.Perbualan dua insan berwajahkan wajah cina kedua duanya ini penulis rakamkan melalui alam khayalan seolah olah penulis sedang mendengar perbualan mereka di kaki gunung itu 500 tahun lalu. Jadi janganlah dipercayainya kerana tiada asal baginya barang yang nyata.
Tun Mamat menyampaikan berita dan pesanan dari keluarganya yang tercinta bahawa mereka selamat seperti adanya. Tun Mamat juga mengkhabarkan bagaimana ayahandanya merajuk hampir berbulan lamanya kerana gagal dan tidak mampu menyediakan persyaratan yang dikatakan diminta oleh puteri gunung ledang. Mereka tertawa mendengar berita yang dibawa oleh Tun Mamat yang bermalam di kawasan pendalaman bersama Eyangnya itu. Mereka berdua sedar bahawa selama ini mereka terpaksa mengada- adakan cerita karut itu untuk membunuh keinginan paduka sultan. Perkara ini sebenarnya telah di akui oleh nenek puteri bunian baru baru ini dalam pertemuan dan dialog yang entah ke berapa kali dengan penulis.
Negeri tujuan utamanya yang pertama ialah sebuah daerah di negeri Perak. Beliau menetap beberapa lama di sana sambil bertapa sebagai meditasi yang sering dilakukannya. Dalam pada masa yang sama beliau masih tercari cari ketenangan diri yang dihajati sehinggalah pada suatu hari Tun Mamat sampai ke pondok tempatnya bertapa. Tun Mamat sahaja yang tahu arah tuju Hang Tuah yang di anggap sebagai gurunya itu selama ini. Dari pertemuan ini membawa kepada pelayaran Hang Tuah seperti zaman pengabdiannya dengan kerajaan Melaka, berlayar menuju ke kota Rom. Dari kota Rom dan ke Hadaramaut di Yaman.
Semasa di dalam perjalanan ke Rom beliau tiba tiba telah disapa oleh seseorang yang berpakaian jubah dan serban. Orang itu menghadiahkan kepadanya sebuah tepak sirih melayu yang diperbuat daripada emas keseluruhannya. Adat melayu menetapkan setiap pemberian tepak sirih hendaklah dilengkapi dengan segala bahan bahan yang mencukupi untuk dibuat menginang, tetapi kali ini tidak. Bekas tepak sirih itu kosong tanpa bahan penginangannya walaupun sebutir. Orang tua itu memberitahunya,'' Perjuangan kamu wahai saudaraku selama ini kosong sekosongnya ibarat tepak sireh yang kosong itu''. Hang Tuah yang waktu itu mungkin tua sebaya pada lahiriahnya dengan orang yang memperkenalkan diri sebagai Khidir a.s. Beliau terkenang kembali sejarah perjuangannya selama ini mengabdi kepada raja yang terlalu mementingkan diri dan mengabaikan kepentingan rakyat sehingga akhirnya runtuh kota Melaka dibedil oleh sekira kira ratusan sahaja askar portugis yang telah dipelawa masuk oleh salah seorang pembesar istana yang ingin melihat supaya karier sultan berakhir. Pengabdian dan perjuangan yang didambakan selama ini rupa rupanya sia sia sahaja seperti tepak sirih emas itu.
Kota Venice adalah merupakan salah sebuah kota yang menjadi sebutan dan buah mulut para pedagang yang pernah singgah di sana. Hang Tuah juga pernah mendengar tentangnya melalui para guru agama dan alim ulama, kota yang sebahagiannya itu di darat dan sebahagiannya lagi di laut yang disebut sebagai kota musyrik yang terakhir akan runtuh yang di darat dan tenggelam keseluruhannya ke dalam air pada waktu di serang oleh sekumpulan mujahidin islam dari keturunan bani Ishak hanya dengan kesan gelombang zikir beramai ramai. Kota ini merupakan pusat tumpuan pelancung dari dahulu hingga ke zaman sekarang. Venice menyimpan seribu satu khazanah islam termasuk di antaranya tongkat asli nabi Musa, kitab Injil dan Taurat asli, manuskrip berharga yang ribuan naskhah jumlahnya hasil pencurian mereka di abad lalu dan termasuklah perhiasan dalaman masjidil aqsa yang sangat bernilai dan berharga selepas mereka merempuh Baitul Maqdis dan menguasainya menjadi gereja. Venice akan di kuasai islam selepas imam Mahadi dan ketumbukan tentera tenteranya berjaya memasukki katedral di Vatican City melalui pintu sebelah timurnya. Menurut perkhabaran hadis.
Hadaramaut pula adalah salah sebuah kota maju dalam perdagangan dan juga menjadi tempat tumpuan pedagang dan para pelajar termasuk para penggemar jalan ahli tasauf. Di sana sangat ramai didapati tokoh ulama beraliran sufi yang mengekalkan cara hidup para darwisy yang sengaja memilih kehidupan dunia secara sederhana. Ia berkekalan sehingga kini dan menjadi salah sebuah negara yang akan menggemparkan dunia akhir zaman di mana akan keluar beramai ramai para wali yang akan menjadi pembantu Imam Mahdi al Muntazar. Kemungkinan Hang Tuah pergi berlayar ke tempat tempat yang disebutkan untuk menjalankan perniagaan di sana adalah amat tipis. Beliau sebenarnya mencari seorang guru mursyid yang akhirnya salah seorang guru terkenal di bumi dan di langit itu berada di kepulauan Jawa. Beliau mendapat pertunjuk itu dari seseorang di sana. Kapal pelayarannya singgah di Rom bukan dengan kehendak dirinya tetapi itu adalah urusan ahli perniagaan yang berserta. Kemungkinan besar pada tanggapan penulis beliau terus menuju ke bumi Makkah untuk mengerjakan haji dan mendapat nama baru dari sheikh yang menuntunnya di sana. Ini hanyalah andaian penulis kerana penulis tidak mendapat pengetahuan mengenainya. Kebarangkaliannya sangat besar. Tetapi jika penulis mendapat petunjuk cerita yang baru mengenainya nanti, penulis akan melampirkannya di sini.
Semasa di dalam perjalanan ke Rom beliau tiba tiba telah disapa oleh seseorang yang berpakaian jubah dan serban. Orang itu menghadiahkan kepadanya sebuah tepak sirih melayu yang diperbuat daripada emas keseluruhannya. Adat melayu menetapkan setiap pemberian tepak sirih hendaklah dilengkapi dengan segala bahan bahan yang mencukupi untuk dibuat menginang, tetapi kali ini tidak. Bekas tepak sirih itu kosong tanpa bahan penginangannya walaupun sebutir. Orang tua itu memberitahunya,'' Perjuangan kamu wahai saudaraku selama ini kosong sekosongnya ibarat tepak sireh yang kosong itu''. Hang Tuah yang waktu itu mungkin tua sebaya pada lahiriahnya dengan orang yang memperkenalkan diri sebagai Khidir a.s. Beliau terkenang kembali sejarah perjuangannya selama ini mengabdi kepada raja yang terlalu mementingkan diri dan mengabaikan kepentingan rakyat sehingga akhirnya runtuh kota Melaka dibedil oleh sekira kira ratusan sahaja askar portugis yang telah dipelawa masuk oleh salah seorang pembesar istana yang ingin melihat supaya karier sultan berakhir. Pengabdian dan perjuangan yang didambakan selama ini rupa rupanya sia sia sahaja seperti tepak sirih emas itu.
Hanya dikeranakan pangkat dan kebesaran dan harta yang tidak seberapa beliau telah banyak mensia siakan waktu untuk berbuat kebajikan kepada tuhannya Allah Azza Wajalla. Perkara ini tidak dapat dinafikan berlaku terhadap diri Hang Tuah selaku pendatang asing yang bermukim di negeri orang , sangat memerlukan pertolongan dari orang tempatan lebih lebih lagi dari orang besar kerajaan supaya dirinya ada tempat bergantung menyara diri meneruskan hidup yang dirasakan sesuai baginya. Oleh sebab itu apabila dirinya sedar bahawa orang yang kena serang perompak jalanan di pasar suatu ketika dulu itu adalah tuan bendahara, dia segera menyingsing lengan di hadapan orang besar istana itu dengan harapan yang penuh berarti di dalam hatinya. Walhal dirinya sendiri amat tertekan menghadapi tujuh pahlawan melayu handalan dari salah sebuah perguruan hitam terkenal jahatnya, termasuk lima belas pengikut pahlawan pahlawan handalan yang ditentang pula oleh sanak saudaranya yang lain. Beliau akhirnya berjaya membunuh ketujuh tujuh perampok itu dengan meninggalkan kejutan di dalam hati tuan bendahara Melaka. Akhirnya tuan bendahara amat kasih kepadanya dan mengangkat Hang Tuah sebagai anaknya dari kerana yatim piatu yang dikhabarkan kepadanya. Dari kerana itu juga Hang Tuah berjaya mendapat habuan yang dicita citakannya sebagai pegawai kerajaan yang dapat menjamin kehidupannya seharian dengan tidak lagi bergantung kepada saudara maranya yang lain.
Seorang manusia yang hanya mendapat didikan fizikal dan sedikit didikan displin diri tidak mungkin mampu melepaskan diri dari ajakan ajakan nafsu duniawi melainkan bekas perguruan ahli ahli sufi. Perguruan persilatan menitik beratkan disiplin diri yang tinggi, kuat, garang, kebal dan berani menghadapi musuh serta pantang dicabar. Ini amat berbeza sama sekali jika dibuat perbandingan dengan pusat didikan kerohanian yang mementingkan tawaddhu' yakni merendah diri, meninggalkan mazmumah dan mengembangkan mahmudah di dalam diri , menjauhkan diri dari mencari pangkat kebesaran, harta dan perempuan. Oleh kerana itu teguran dari seorang yang bernama Khidir a.s itu sedikit sebanyak telah menyentuh jiwa raganya jauh di dalam lubuk hati sanubarinya. Setelah beliau kembali dari Hadaramaut seitkar Yaman itu, beliau telah menuju ke Tanah Jawa dan mencari seseorang yang terkenal dengan panggilan Sang Kerta Nala. Beliau ini adalah seorang penembahan atau yamtuan yakni seseorang yang sangat dihormati atas kewaskitaan dan kezuhudannya. Beliau adalah ayahanda kepada guru persilatannya Sang Adi Putra yang telah meninggal dunia sebelum Hang Tuah bertarung dan membunuh allahyarham Tamingsari .
Dari maklumat yang penulis terima Sang Karta Nala adalah seorang bangsa asing juga berketurunan arab yang pernah menjadi guru atau sheikh kepada para wali songo di Tanah Jawa. Ini bererti Hang Tuah pernah berguru dengan gurunya para sunan terawal , termasuk embah Sunan Kali Jaga. Kemungkinan besar dan kepastian yang amat pasti bahawa Sang Karta Nala adalah sosok yang pernah dikenali dengan nama Sheikh Maulana Malik Ibrahim Asmara (Samarkhandi), wallahua'lam bissawab. Bukankah tidak berapa lama selepas itu kerajaan Majapahit runtuh beserta sumpah palapa patih gajah mada akibat pukulan jihad seorang anak dari isteri Brawijaya raja Majapahit. Anak ini adalah murid wali keramat embah Sunan Ngampel ( Ampel ) yang sememangnya murid sejati Sang Kerta Nala Sheikh Mursyid Maulana Malik Ibrahim. Anak itu adalah Sunan Demak atau nama aslinya Raden Fatah Sultan Alam Syah sultan kerajaan Demak Bintara. yang memiliki pondok pesantrenan dengan ribuan murid. Kerajaan inilah yang melahirkan seorang senopati terbilang kehandalannya dikemudian hari Mahesa Jenar, sehingga kisah petualangan manunggaling kawula gusti dari gurunya Sheikh Siti Jenar atau dengan nama sebenarnya Sheikh Abdul Jalil , difilemkan oleh S.H. Mintardja di dalam siri filem persilatan Nagasasra dan Sabukinten. Inshaalah jika punya kesempatan waktu ijinkan wahai anak anak Semarang juga anak anak keturunan dari bekas penerus kesinambungan pendiri kerajaan islam nusantara kerajaan islam Demak Bintoro yang hebat dan mengkagumkan ini , izin kepada saya untuk menceritakan sosok yang mendapat gelar istana sebagai Gusti Rangga Tohjaya yang memilikki ilmu agung aji kesatuan gelombang martabat tujuh 'sasra birawa', melalui perkhabaran dari alam ghaib yang penuh dengan dongeng ini.
Dari maklumat yang penulis terima Sang Karta Nala adalah seorang bangsa asing juga berketurunan arab yang pernah menjadi guru atau sheikh kepada para wali songo di Tanah Jawa. Ini bererti Hang Tuah pernah berguru dengan gurunya para sunan terawal , termasuk embah Sunan Kali Jaga. Kemungkinan besar dan kepastian yang amat pasti bahawa Sang Karta Nala adalah sosok yang pernah dikenali dengan nama Sheikh Maulana Malik Ibrahim Asmara (Samarkhandi), wallahua'lam bissawab. Bukankah tidak berapa lama selepas itu kerajaan Majapahit runtuh beserta sumpah palapa patih gajah mada akibat pukulan jihad seorang anak dari isteri Brawijaya raja Majapahit. Anak ini adalah murid wali keramat embah Sunan Ngampel ( Ampel ) yang sememangnya murid sejati Sang Kerta Nala Sheikh Mursyid Maulana Malik Ibrahim. Anak itu adalah Sunan Demak atau nama aslinya Raden Fatah Sultan Alam Syah sultan kerajaan Demak Bintara. yang memiliki pondok pesantrenan dengan ribuan murid. Kerajaan inilah yang melahirkan seorang senopati terbilang kehandalannya dikemudian hari Mahesa Jenar, sehingga kisah petualangan manunggaling kawula gusti dari gurunya Sheikh Siti Jenar atau dengan nama sebenarnya Sheikh Abdul Jalil , difilemkan oleh S.H. Mintardja di dalam siri filem persilatan Nagasasra dan Sabukinten. Inshaalah jika punya kesempatan waktu ijinkan wahai anak anak Semarang juga anak anak keturunan dari bekas penerus kesinambungan pendiri kerajaan islam nusantara kerajaan islam Demak Bintoro yang hebat dan mengkagumkan ini , izin kepada saya untuk menceritakan sosok yang mendapat gelar istana sebagai Gusti Rangga Tohjaya yang memilikki ilmu agung aji kesatuan gelombang martabat tujuh 'sasra birawa', melalui perkhabaran dari alam ghaib yang penuh dengan dongeng ini.
Hang Tuah yang sudah sekitar 80an menetap bersama sheikh besar ini selama 4 tahun menurut perkhabaran ghaibnya. Di sana beliau menuntut ilmu kerohanian para wali dengan berbaiah zikir tarikat naqsyabandi ah alqadariah , yang menjadi pegangan rahsia para sunan yang memilikki karomah besar berkat mengamalkannya. Di dalam kesukaran dan mujahadah nafsu untuk menghalusi ilmu sifat ketuhanan ini membawa beliau mentaqarubkan diri dengan lebih berkesan mencari ketenangan jiwa yang dicari carinya selama itu. Di sanalah beliau mengabdikan diri kepada gurunya yang memiliki ilmu mukassyafah lahir dan batin bergelar sheikh lagi mursyid seperti yang pernah diberitahukan kepadanya sewaktu di Hadaramaut, Yaman sebelumnya.
Pada tahun kelima beliau telah kembali ke tanah air tetapi beliau tidak terus menuju ke Melaka bahkan beliau menuju terus ke Pattani dan tinggal di sana bersama anak anak pondok pengajian kitab yang dikenal dengan nama Nungrat atau Ningrat melalui perkhabaran ghaib jika benar. Guru pondok tersebut bernama Tuan Guru Sheikh Mustaffa Bin Ali seorang sheikh tarikat, melalui perkhabaran ghaib jika ada benarnya. Beliau menetap selama hampir tiga tahun di sana. Pada tahun kedua beliau menetap di Nungrat/ Ningrat itu (menurut perkhabaran ghaibnya) beliau telah menerima berita bahawa isteri kesayangannya telah meninggal dunia melalui rakan rakan saudagar yang mengenalinya. Beliau hanya mampu termengadah ke langit mendengar berita tersebut dengan titisan air mata sedih sehingga akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Pattani pada usia hampir 90 tahun lebih kurang. Beliau dikebumikan di kawasan sekitar bekas pondok tersebut berdekatan sebuah masjid yang berhampiran dengannya. Kubur beliau ditandai dengan binaan bata rendah sepanjang 12 kaki x 4 kaki lebih kurang sebagai tanda dan bukti terakhir bahawa beliau bukanlah berasal usul dari bangsa melayu tetapi beliau adalah anak yatim piatu keturunan 'Hwang' atau 'Huang' dari negeri di bawah Tibet yang dikenal daerah keturunannya dengan panggilan Gwang atau Guang Zhaou berlatar belakangkan sawah padi, pohon kelapa dan bukit bukau. Di tempat kelahiran Hwang Tou Ah ini adalah merupakan daerah kependudukan kaum muslim kesan pengislaman para sahabat Rasulullah saw, yang telah ke kawasan itu dan sekitar negeri China. Padanya terdiri sebuah masjid dengan reka bentuk bumbung seperti segitiga dan mempunyai pintu gerbang besar untuk memasuki kampungnya. Beliau datang dari sebuah keluarga muslim dengan mengekalkan nama cinanya yang membawa maksud keturunan Hwang itu sendiri dari sahabat Rasulullah saw Saad Ibnu Waqqash . Beliau telah diambil bekerja sebagai pembantu perniagaan ibu dan bapa saudaranya ke Melaka, wallahu a'lam bissawab.
Adapun nama tempat di semua daerah atau negeri yang telah disebutkan di atas adalah diperolehi dari sumber perkhabaran ghaib semata mata, penulis belum pernah cuba menjejaki nama nama tempat tersebut. Mudah mudahan penulis akan sampai ke sana bersama rohaniah Hang Tuah yang dikenali dikalangan jin dan di alam jin itu sendiri sebagai salah seorang wali jin terkemuka yang rohaniahnya bebas bergerak kemana sahaja yang allahyarham kehendakki termasuk membantu para manusia terpilih di dalam menegakkan amal kebajikan diseluruh nusantara melayu ini. Penulis akan melampirkan lakaran akhir wajah sebenar Hang Tuah semasa beliau menjawat jawatan sebagai Laksamana terbilang pahlawan Melaka dahulu. Sekian kami tamatkan secebis kisah dari sekian banyak kisah petualangan beliau sepanjang hayatnya.
No comments:
Post a Comment