Dialog ini adalah khayalan penulis semata mata , kami belum pernah untuk cuba mendapatkan dialog asli suasana gawat bendahara sedang dikeroyok perompak dan penyamun itu.
"Bendahara dikepung penyamun," Tolong bendahara, tolong dia.." jerit suara orang berlari ke arah Hang Tuah yang sedang berbual bersama rakan rakannya. Hang Tuah dan rakan rakan berlimanya segera ke arah suara orang bertempik keras dari arah pasar yang tidak berapa jauh dari tempat mereka berlima selalu merehatkan diri. Mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana Bendahara sedang dikelilingi oleh beberapa orang anak anak muda gagah perkasa yang masing masing menutup muka takut dikenali orang. Jarang sekali berlaku keributan seperti itu di tengah tengah pasar di siang hari pula. Ramai pengunjung pasar bertempiaran lari melihat beberapa orang muda mengepung bendahara. Menunggu artinya maut, lari berarti selamat. Itu bahasa mereka yang tahu menilai kehebatan orang yang sedang memberi tekanan kepada Bendahara Melaka, salah seorang menteri kerajaan. Pengiringnya semua telah tewas tersungkur. Artinya jika pengiring Bendahara boleh ditewaskan dengan mudah maka itu juga bererti yang menghadapinya bukanlah manusia sembarangan. Bendahara sudah merasakan nyawanya sangat terancam, belum tentu dia mampu menewaskan penyamun penyamun itu dengan tenaga usia hujungnya itu. Namun menyerah bukan jawaban tetapi melawan biar sampai ke titisan darah terakhir adalah tanda juang keturunan jawa asli dari Kelang, asal usul suatu perkampungan kecil di Muar, Johor. ( Bukan Kelang Selangor itu.. kemungkinan tapak kampung Ke'lang di Muar masih ada lagi hingga kini. Nama Kelang itu sendiri sudah lenyap dari sejarahnya. 'Ke' dibaca Kerek, Lang dibaca Lang yang bererti langkauan antara sebuah sungai, yakni kampung yang terdiri di seberang sana sungai. Asal usul perkataan Kelang ini dari bahasa Siam Pattani) Saya mohon ampun dan maaf kepada para pakar sejarah dan arkib negara jika kenyataan saya ini mengundang pertelingkahan. Maklumat kelang ini, saya perolehi sumber ini juga dari alam kerohanian , ini adalah yang sebenar dengan peristiwanya.
Hang Tuah telah berada dari arah belakang Bendahara yang sedang di kepung. Penyamun yang tercabar dengan keberanian Bendahara langsung tidak menyangka, mereka sekarang sedang diperhatikan oleh lima orang pemuda tampan dan mereka semua adalah anak murid perguruan Sang Adi Putra. Ditakdirkan ketangkasan dan kelincahan mereka menguasai ilmu mempertahankan diri dari perguruan kidul itu akhirnya akan teruji dan akan dibuktikan kepada seluruh masyarakat kota dan baginda sultan itu nanti sendiri. dipendekkan cerita peristiwa ini memang benar benar terjadi yang mana akhirnya Hang Tuah serta rakan rakannya yang lain telah berjaya menewaskan gerombolan penyamun yang mula bermaharajalela , pada sangkaan mereka, ilmu mereka dan kelincahan mereka mengawal diri tidak akan tercabar oleh sesiapa pun tetapi entah macamana kekegoan mereka akhirnya dihancurkan oleh pukulan maut perguruan anak anak China yang baru pulang merantau menuntut ilmu. Dengan sebab peristiwa ini serta ketakjuban Tuan Bendahara melihat aksi dan bunga tari persilatan lima anak muda ini akhirnya membawa mereka semua ke istana mengadap paduka seri tuanku Sultan Mahmud. Dengan restu dan perkenan dari baginda sultan, permintaan tuan bendahara diperkenankan supaya kelima lima anak anak muda itu diterima sebagai hulubalang istana.
Penulis bukan ahli dalam bidang sejarah untuk mengulas kisah penuh sejarah Hang Tuah dan pengembaraannya. Penulis sekadar ingin mengongsikan apa yang telah penulis lalui sedikit masa lalu mana tau ini boleh dijadikan panduan sejarah melayu. Penulis mengalami banyak kesukaran yang perlu dilakukan untuk mendapatkan sebahagian dari apa yang telah diceritakan semula di sini. Di antaranya penulis terpaksa menahan diri dari tidak tidur sepanjang malam sehingga subuh dan siangnya sedikit selama lebih dari dua bulan kalau agakkan penulis tak silap..Kita bertiga terpaksa bergerak pergi dan balik dengan jarak hampir 60km pergi balik untuk mencari kawasan lokasi tertentu sebagai cara untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru. Ini adalah pengalaman penulis sebelum ini yang mana jika diminta untuk berbuat demikian sekarang mungkin sudah tidak berdaya lagi...Penulis akan meringkaskan peristiwa pengembaraan Hang Tuah sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir di salah sebuah negeri di Utara Semenanjung Tanah Melayu.
Peristiwa Hang Tuah ke Majapahit adalah benar, beliau bersayembara benar, tetapi beliau tidak sedar diri diperalatkan oleh Kerajaan Majapahit melalui Patih Gajah Mada dengan izin dari rajanya yang sangat terhutang budi kepada Patih Gajah Mada. Sebenarnya Patih Gajah Mada ada tersirat' berangan dan berkhayal untuk menjadi raja Majapahit melalui politik palapanya sebagai salah satu sumpahannya yang menggerunkan raja. Tamingsari yang keras hati dan sangat mentaati Bentara Majapahit itu sebelumnya, telah mula menunjukkan ketegasannya terhadap Patih Gajah Mada setelah seruannya menerima Melaka sebagai rakan dan bukan sebagai wilayah taaluknya mendapat tentangan Patih Gajah Mada. Tamingsari yang sedia mengamalkan islam sebagai cara hidup tidak bersetuju kerajaannya menyerang Melaka ( Apa bukti Tamingsari islam, buktinya pada kami ialah beliau menjawab salam jika dibacakan salam..Jika bukan islam memang tidak akan menjawab ucapan salam dari kami ). Sebagai langkah berjaga jaga dan mengiytiharkan perdamaian, jika mereka menyerang pun belum tentu mereka menang maka diadakan majlis perkahwinan dengan menerima Sultan Mahmud sebagai menantu Raja Majapahit ketika itu. Mengikut adat jawa dan melayu lama dulu termasuk mana mana kerajaan sekalipun, jika raja menyerahkan anak perempuannya lalu dikahwinkan kepada salah seorang raja asing yang diingininya itu berarti kerajaannya akan bergabung dan menjadi wilayah penguasaannya secara halus. Melalui perkahwinan mereka menakluk wilayah secara aman atau sebagai tanda persahabatan dan persaudaraan dalam pemerintahan.
Tamingsari mula dibenci oleh Patih Gajah Mada yang bukan beragama islam, ( ternyata beliau tidak menjawab salam dari saya ketika sampai rohaniahnya pada bulan januari 2010 sebelum ini.) dan beliau juga mula tidak disenangi oleh pembesar pembesar yang lain. Pertembungan Hang Tuah dan Tamingsari adalah umpama politik sempit penghalalan cara yang sudah bermula semenjak dari zaman dahulu lagi. Tamingsari sebenarnya mendapat syahid akhirat pada istilahnya, kerana mempertahankan islam , akibat perasaan dendam mereka dikala berjaya menempa sejarah pembesaran wilayah oleh kerajaan Majapahit sendiri. begitu juga Hang Tuah yang menjadi mangsa dendam kesumat dan kebencian sebilangan orang besar istana. Hang Tuah juga dihukum bunuh seperti apa yang Tamingsari hadapi. Hang Tuah ibarat robot yang menerima arahan dari alat kawalan jauh, sedia berkhidmat kepada raja dan negara yang penting ada nama besar, pendapatan yang lumayan tanpa merasa akan di singkirkan. Beliau rasa berbangga mendapat tempat di hati raja walaupun beliau bukan keturunan sebangsa. Itu adalah harapan anak perantauan dari China, Arab dan orang Jawa sendiri jika mereka sampai ke Kota Melaka pada masa itu. Tom pires pernah menggambarkan Melaka sebagai sebuah negeri agung dan ternama sehingga beliau menyebutkan di dalam salah sebuah buku sejarah bangsa melayu nukilannya dengan kata kata yang amat bermakna daripadanya,'' Negeri yang tiada tandingannya di muka bumi ketika itu.. ''
Sebenarnya Hang Tuah merasai tekanan dan penyesalan yang amat sangat setelah beliau dibisikkan pesanan dari Tamingsari ketika beliau rebah menahan keperitan bisa kerisnya itu sendiri. Katanya ' Kalaulah benar tuan hamba bersahabat, kenapa tuan hamba tergamak melakukan ini.., tuan hamba telah tersalah dengan melakukan ketaatan bukan pada tempatnya..'. Kedua beliau juga tertekan perasaannya setelah itu setelah membunuh Tamingsari melalui pukul curi, sesuatu yang amat dilarang dan menjadi sumpahan perguruan panglima perang beraliran putih mana sekalipun. Seorang yang melakukannya boleh digelar orang sebagai pengecut dan bacul. Beliau walaupun seorang yang handal dalam dunia persilatan dan bijak memanipulasi keadaan ( auta seorang cina dalam bisness seperti layaknya cina yang ada di negara ini ) sebenarnya tidak layak menerima anugerah tali pinggang tertinggi dalam dunia persilatan melayu kerana beliau pernah meninggalkan adat bertarung sewaktu bersayembara beradu kekuatan yang akhirnya membawa kematian yang disengajakan ke atas Tamingsari melalui pukul curi. Walaupun sudah pernah kecewa dan merana beliau akhirnya menanggung derita sakit jiwa buat kedua kalinya setelah kekasihnya pula, Si Pulanah anak gurunya Sang Adi Putra di aniaya oleh orang yang sakit hati dan iri hati kepadanya. Hang Tuah dengan kedudukannya sebagai pahlawan istana sentiasa mendapat jalan mudah untuk semakin menghampiri pangkat kebesaran tertinggi di dalam kerajaan Melaka. Perkara ini amat diragui oleh pembesar yang lain yang akhirnya siri siri fitnah yang sungguh tidak disangka datang menimpa diri Hang Tuah.
Para pembesar yang masih belum berpuas hati dengan kehilangan kekasih Hang Tuah , telah merancang satu lagi konspirasi tak terduga sepanjang zaman oleh Tun Perak serta para rakan temannya yang lain yang tidak mampu berbuat apa melainkan memerhatikannya sahaja. Hang Jebat yang telah lama menyimpan marah dan rasa yang amat tidak puas hati terhadap sultan, para pembesar serta orang orang tertentu istana akhirnya meledak kemarahannya ibarat bom nuklear menghantam Hiroshima dan Nagasaki. Lari tunggang langgang Sultan Mahmud Syah dan para pegawai istana meninggalkan istana dan terus bersembunyi dari di kerjakan oleh Hang Jebat. Mereka sebenarnya amatlah tidak menyangka sama sekali hang jebat jadi begitu. Sultan malah mencadangkan supaya jawatan Hang Tuah diserahkan kepada Hang Jebat untuk menggantikannya. Memandangkan Hanya Hang Jebat sahaja yang layak menduduki jawatan penting laksamana Melaka itu. Hang Jebat juga tahu perkaranya, oleh kerana beliau bukan gila pangkat dan kuasa Hang Jebat menutup mata dan telinganya. Para pegawai istana membina istana baru untuk raja mereka selepas itu. Sultan berkata, 'beta sudah tidak akan menjijakkan kaki ke istana beta yang tercemar itu'..
Dari kesempatan yang ada Hang Jebat sudah hilang sabar dengan keangkuhan dan kesombongan Sultan Mahmud dari hari ke sehari. Telinganya bagaikan terkena pancaran halilintar setelah menerima aduan dari teman temannya yang lain pada suatu hari bahawa Hang Tuah , abang saudaranya telah dipanggil mengadap paduka tuanku kerana tuduhan kes zina lalu dijatuhi hukuman mati. Kospirasi fitnah oleh orang orang besar istana telah berjaya mempengaruhi sultan kecuali tuan bendahara tun perak,yang telah pun Jebat sedia mengetahuinya juga sebelum itu. Hang Tuah tersentak untuk kali ketiga di dalam sejarah hidupnya sebagai seorang senopati dan pahlawan terbilang menghadapi fitnah , tetapi kali ini dengan lebih tragis, beliau diminta oleh sultan tanpa usul periksa supaya menerima hukuman bunuh setelah katanya bermukah bersama gundiknya di istana atau di luar istana baginda. Hang Jebat yang sememangnya mengetahui pada hari kejadian tuduhan itu Hang Tuah bersama beliau, tidak dapat menahan dirinya lagi walaupun telah cuba dipujuk dan disabarkan berhari hari. Dengan dada berombak dan nafas tercungap cungap keras itu berarti gelora amarahnya sudah tidak dapat dikawal lagi. Maka bertempiaran orang orang lari menyelamatkan diri melihat Jebat tiba tiba mengamuk seperti dirasuk syaitan...Memang Jebat telah dirasuk syaitan. Dia telah lupa pesan gurunya..dia terlupa wasiat gurunya..dia terlupa, walaupun sakit hatinya sudah tidak tertahan sepatutnya dia hendaklah pergi dengan meninggakan kerajaan dan membebaskan diri dari mengabdi kepada istana. Itulah pesan dan ingatan dari teman yang lain.
Perbuatan mengamuk tidak tentu pasal sehingga membuat kerosakkan harta di bumi , mengganggu ketenteraman awam akhirnya melibatkan nyawa adalah merupakam suatu kesalahan besar, sezalim mana sekalipun raja itu masih ada platform atau saluran yang aman untuk mencari jalan penyelesaiannya, tidak lepas dalam negara gunakan mahkamah antara bangsa the Haque atau di mana sahaja untuk menuntut keadilan. Itulah silapnya Hang Jebat yang tidak menggunakan saluran diplomat yang selamat, dia tidak sebijak Hang Tuah di dalam hal siasah..( ingat satu peristiwa seorang komando dengan senjatanya menembak membabi buta sehingga orang orang yang tak bersalah tercedera dan ada yang terbunuh...besar diat kena bayar, kalau tidak tak akan terlepas soalan kubur nanti...dia itu mengamuk kerana tidak berpuashati dengan seorang raja kan..? Adiknya teraniaya hanya dengan sebatang pemukul bola...) . Kalau nak marah dengan PM atau raja mana sekalipun jangan buat macam Hang Jebat, hukumnya bukan dapat pahala tapi mati katak kalau tidak bertaubat...tidak ada syahid. Ini yang bagi tahu saya orang tak nampak..kalau orang yang nampak saya pun akan buat tak indah.. Kalau nak menegakkan kebenaran gunakan tiket penasihat sedia ada dengan menyediakan bukti dan alasan yang membingungkan PM serta cara mengatasi , barulah PM percaya kalau tidak mahu percaya juga jangan sakit hati, cubalah lagi sehingga benar benar dia percaya. Tirulah embah sunan kalijaga menasihati sultan Trenggana, jadilah seperti panembaha Ismaya Gunung Karang Tumaritis menasihati sultan Trenggana, contohi sunan sunan wali songo menjadi penasihat raja . Menegur pemimpin mesti hendaklah berhati hati. mereka orang besar walaupun kita yang memilihnya melalui undi, hindari perbuatan mencela kedudukan dan maruahnya ' Tahsin..'. Rujuk kitab Imam Ghazali dan Kitab Adab Bersama Menegur Pemimpin dan Sulthan yang lainnya. Gunakan orang perantaraan yang dipercaya, pasti ada...PM boleh dengar cakap tukang tenung India 20 tahun lalu..tak mungkin PM sekarang dan bila bila tak nak dengar berita lagi canggih dari itu..? Oleh itu jika tiada kemampuan jangan lah betindak melulu dengan mengikutkan kata hati sebab perbuatan kita hanya akan menjadikan perpecahan ddikalangan ahli keluarga kita sendiri dan telah terbukti akibatnya memutuskan sillaturrahmi yang tidak akan mudah bersambung semula dan.. Sumur Burhud adalah lubang yang disediakan untuk ahli ahli agama yang dengan sengaja menurut rasa marah hatinya mengamuk dan membuat kerosakkan hubungan persaudaraan ukhwah islam. Lihat bagaimana orang menggunakan hikmah ? Negara sebesar dan sedegil cina, islam boleh masuk ke dalam..Cuba tiru perangai Saad Ibnu Waqqash ....tak tertiru. Sebabnya apa? Dia Boleh lah, Sahabat Nabi..Aku ni siapa..? Penulis jawab, aku ni syaitan yang tidak mahu mendengar teguran orang lain. Konon kalau sudah khatam kitab di India dan Pakistan dirinya berada di landasan benar dengan ayat hadith yang berapi api di hadapan para awam yang bodoh bodoh belaka. Membaca tak pandai menulis pun entah..lagi lah...Awas lah wahai saudara saudaraku seluruh dunia islam, kita telah meninggalkan sebesar besar hikmah , ini perkara mengundang bala...Bagaimana seorang arwah bunian berkata kepada saya pada suatu hari , '' Hati - hati dengan perkataan sesetengah orang orang islam , islam di pentas sekarang...bukan lagi di hati, apabila melihat cara berpakaian dan berjanggut sangat menarik, tetapi apabila kami yang dapat melihat hati mereka, penuh darah hitam ammarah yang kami sendiri segan memandangnya..mereka bukan dari kalangan orang yang akan lepas dari siksa kubur...kenapa tuan?..dengarlah apa aku kata dan jangan kamu mencari cari kesalahan mereka.." Embah Kiyai Haji Abdur Rahman.
Hang Jebat mengejar , melibas, menerjang apa saja dan menikam semau maunya sesiapa sahaja tidak kira dia hulubalang atau orang besar istana. Sultan Mahmud pun dengar khabar sudah melarikan diri bersama pembantu pembantunya. Tinggallah dayang dan gundik raja yang tidak sempat kemana mana. Hang Jebat bermaharaja lela di istana Melaka sebulan lamanya. Para hulubalang Melaka kenal siapa Hang Jebat, sultan dan semua pembesar istana amat mengenalinya, pukulannya boleh merontokkan tulang rusuk dan dada , semua berlalu menyelamatkan diri tanpa sepatah kata. Semua terkejut dan terpinga pinga melihat Hang Jebat tiba tiba naik darah. Sungguh mereka langsung tidak menduga. Barulah teringat si Mahmud akan Hang Tuah pada ketika itu , " Kalaulah Tuah masih hidup merasa si Jebat akan dia..hanya Hang Tuah sahaja yang boleh menghadapi si durjana itu.." Maka menoleh tuan Bendahara Tun Perak ke arah tuanku paduka sultan seraya merafa'kan sembah adab bicara kepada raja. " Ampun tuanku sembah patik harap diampun", Tersentak paduka raja mendengar kata kata bendahara, " benarkah apa yang bendahara katakan ? ", " Benar tuanku, hamba telah sembunyikan Hang Tuah di suatu tempat yang jauh dari sini. " Kalau begitu, bawakan Laksamana mengadap beta, beta ampunkan kesalahannya. Adapun perkara fitnah itu biar beta fikirkan nanti " kecutlah para pemfitnah yang turut mendengar pengakuan tuan bendahara serta ancaman halus dari paduka raja sendiri.
Di sebelah ialah Us Kamaruzzaman Adimin yang bersedia menjadi sarung perantaraan melalui ''channel channel'' tertentu yang dapat menghubungkan kami dengan mereka di alam ghaib. Kelihatan di dalam gambar di sebelah ini beliau sedangtunduk menghulur kedua belah tangan tanpa dapat dikawal pergerakannya..sewaktu salah seorang perempuan terpisah dari suaminya sekian lama akhirnya bertemu jua pada malam itu dengan izin dari Allah.
No comments:
Post a Comment