PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Monday, May 9, 2011

KEMBARA HANG TUAH 2 "versi akhir zaman 2010".

Setelah berbulan bulan bahkan bertahun tahun lamanya Hang Tou Ah mengabdikan diri kepada gurunya bersama sama teman teman perguruannya yang lain, maka sampailah ketika dan detiknya,saat perpisahan kehendak yang menebal untuk terus bersama guru yang dicinta. Terbayang diraut wajah mereka kesedihan yang tersembunyi setelah dengan tiba tiba Sang Adi Putra memanggil mereka semua untuk mengadap dirinya pada suatu malam, bersama murid muridnya yang lain. Bercahayakan lampu obor yang menerangi sekitar tapak perguruan, gurunya telah menyampaikan beberapa kalimat yang mengejutkan mereka semua.Inilah sebahagian dari pesanan dan wasiat keramat dari guru mereka yang belum pernah tercatat dimana mana makalah sebelum ini. 

  " Wahai anak anakku sekalian, dengarkanlah perkataanku lewat malam ini. Mungkin telah sampai saatnya kalian membawa diri dan mengadu nasib diperantauan yang akan datang..berat hatiku ingin menyampaikan, tapi berat lagi tanggungjawab yang harus kalian pikul apabila sampai masanya...Hamba melihat kesempurnaan ilmu kalian setakat ini sudah sampai kemuncaknya..Hamba melihat kebaikan kebaikannya sudah mendekat pada diri kalian. Bahkan kalian ini semua sudah selayaknya meninggalkan pedeprokan pesantren ini secepatnya. Kembalilah kalian ke negeri kalian, bahawa di sana akan berlaku kebaikan kebaikan itu
, negeri kalian bakal memerlukan tenaga pengabdian kalian untuk mempertahankan Islam sebagai agama yang mesti dipertahankan... Kembalilah kalian kepangkuan mereka. Ingatlah sekalian pesanan dan ingatan yang pernah kalian peroleh di sini... "

"Abdikanlah diri kepada raja raja kamu kerna mereka adalah wakil kebaikan walau sikapnya menjengkelkan kalian... Tiada apa salahnya kalian mentaati mereka selagi mereka tidak menduakan pengeran gusti Allah dan kanjeng Rasul..Taat dan patuhilah mereka sekalian raja raja kerna mereka mewarisi leluhur suci ahlil bait yang mulia... Tiada raja yang memerintah agama ini melainkan dengan izin pengeran gusti Allah berbau darah leluhur yang suci lagi mulia... Hancurkanlah setiap kejahatan yang menghalang halangi raja raja kalian... "


"Jadikanlah bangsa ini bangsa yang tidak akan melenyap dari bumi tuhan ini... Bangsa inilah yang akan memikul gandar ketinggian islam dari arah kanan dan kiri dunia. akhirnya nanti...Jadilah kamu perajurit yang taat kepada guru, raja dan negara.."


"Demi nyawaku di tangan genggamanNya bahawa aku tidak sekali kali mengizinkan ilmu kalian disalah gunakan untuk memperebutkan harta duniawi semata mata, aku tidak redha kalian melanggar syariat nabi kita yang agung, aku tidak sekali kali meredhakan kalian jadi pendurhaka kepada raja dan negara kalian. sekali kali aku memperingatkan kamu wahai anak anak yang taat dan patuh sekaliannya bahawa janganlah kamu semua mensyirikkan Allah, kerna sebesar besar dosa yang tidak akan mendapat pengampunan dariNya adalah kesalahan melakukan dosa syirik... "


"Ayuh, bersiaplah wahai anak anakku, esok kalian segera berangkat dari perguruan ini ke pangkalan perahu besar dihujung sungai. Di sana akan kedapatan sebuah tongkang besar akan menuju ke Melaka. bersegeralah berangkat untuk mendapatkannya.."

Transkrip ini penulis susun semula ke dalam bahasa melayu yang berasal dari bahasa jawa asli. penulis mendapatkannya dari perkhabaran yang ghaib dalam bentuk khayalan semata mata. Oleh itu penulis sendiri tidak akan bertanggungjawab mengenai keaslian wasiat terakhir Ki Ageng Sang Adi Putra kepada rombongan anak anak perguruan ini. Wallahua'lam bissawab.

 
Sampai masanya anak anak muda remaja itu bersiap meninggalkan gurunya tercinta untuk kembali ke tanah airnya persinggahannya dahulu. Sudah lama mereka terkenang kenangkannya. Hari ini wajah kota Melaka bagaikan sudah di depan mata. Sembah dan salam mohon izin dan perkenan guru secara majlis beradab meninggalkan perguruan telah berlalu, berjalanlah mereka menuju ke pengkalan kapal dan perahu berlabuh di hujung muara yang tidak sampai satu jam berjalan kaki melalui denai hutan. Setelah sampai di pelabuhan mereka meminta izin untuk menumpangkan mereka  kembali ke Melaka. Benarlah seperti apa yang dikatakan guru, kapal tongkang itu akan ke Kota Melaka dan anak anak kapal tongkangnya membenarkan anak anak muda itu menaikkinya dengan tambang semampunya. Tidak ada apa yang dapat dirasakan dihati anak anak muda itu melainkan kegembiraan menanti dipertemukan dengan ahli keluarga dan rakan taulan di Kota Melaka. ( Penulis mendapatkan maklumat ini melalui perkhabara ghaib juga, yang mana perkhabaran ini tidak dapat dipertanggungjawabkan keasliannya )

  Setelah berlayar berhari hari menempuh gelombang samudera selat yang terkadang bergelora dan terkadang tenang sepi tanpa gelora, akhirnya kapal mereka menghampiri Kota Melaka yang dari kejauhan kelihatan kapal kapal dagang besar dan kecil berlalu menaikkan layar masing masing. Masih dengan suasana yang sama. Keriuhan yang sama. Teriakkan anak anak kecil yang sama. Itulah yang kedengaran apabila kapal mereka merapati pelabuhan besar waktu itu. Tidak banyak perubahan keadaannya semenjak mereka meninggalkannya lima tahun yang lalu. Cuma mungkin jumlah kapal yang berlabuh lebih banyak dari dahulu. Turunlah anak anak muda itu dengan gembiranya sambil menggalas 'buntelan' kain yang dijadikan beg galas orang dulu untuk membawa pakaian dan peralatan ringan. Buntelan kain ini biasa dipakaikan kebahu kanan atau bahu kiri untuk membawa persalinan diri sewaktu merantau jauh atau berkelana. Anak anak muda yang bakal bergelar pendekar terbilang da menjadi laksamana agung salah seorang daripadanya ini telah kembali ke Kota Melaka. Mereka mengulang sejarah pelayaran pergi tetapi kali ini mereka kembalr tidak seperti sebelumnya. Mereka diserbu ahli keluarga dan rakan taulan setelah ramai berteriak teriak " Hang Tuah dan anak anak itu telah kembali, lihatlah di pengkalan sana..mereka sedang menuju kemari". Mereka berpelukan melepaskan rindu yang tertahan sekian lama sambil di perhatikan segelintir orang orang kota dengan pandangan yang menyenangkan termasuk salah seorang orang besar istana Tun Perak si bendahara kerajaan Melaka .

  Sebenarnya masing masing tahu pemergian mereka berlima ini menuntut ilmu persilatan tata bela diri di Tanah Jawa berguru dengan Adi Putra. Masing masing ingin melihat hasil perguruan mereka berlima siapakah di antara mereka yang  lebih tangkas dan bergaya sewaktu digelanggang persilatan nantinya. Sayembara pertandingan beradu kekuatan sering diadakan di kota terkadang sebagai majlis sambutan keraian dan kebesaran, kadang kadang pula sayembara di adakan untuk mencari pelapis atau pengganti bakal hulubalang istana. Pada malam itu anak anak ini menjamu selera sempena kesyukuran kerana telah selamat kembali dari perantauan. Kemeriahan disulami riuh rendah suara tertawa dan perbualan yang tidak putus putus menceritakan kisah pahit manis mereka selama diperantauan menuntut ilmu persilatan dan pertahanan diri. 

  Sebenarnya mereka ini bukan sahaja mendapat warisan ilmu persilatan dan pertahanan diri semata mata tetapi mereka telah berkesempatan mendalami ilmu syariat islam yang telah dianuti oleh mereka semenjak dari negeri asal usul mereka lagi. Semua keluarga ' Hang ' adalah penganut agama islam sejati murni semenjak agama ini mula tersebar secara meluas di negeri China terutama di kawasan pantai. Berkat kesabaran dan kesungguhan sahabat baginda saw Saad Ibnu Waqash radhiallahu anhu menyebarkan islam di sana.

  Tersebar ke seluruh kota kisah anak anak pedagang cina yang telah pergi merantau ke tanah jawa telah kembali ke Melaka. Pemergian mereka dahulu sebenarnya telah mendapat perhatian penduduk setempat yang sedia mengenali keramahan dan keakraban anak anak itu. Pada masa itu mungkin boleh di tarik cuping telinganya tetapi kali ini mereka harus berfikir seribu kali jika ingin mengusik mereka seperti dahulu. 

  Ramai teman dan sahabat handai mereka datang berkunjung menemuinya bertanyakan khabar. Ada diantara mereka yang iri dengan penampilan baru mereka kali ini. Melihat sosok tubuh yang kekar  dan sasa dengan urat  urat yang timbul di tangan sudah dapat dimengertikan bahawa anak anak muda itu telah banyak menjalani latihan fizikal yang berat dan rumit. Berbeza sekali penampilan mereka sebelum berpergian dahulu. Kalau dulu pakaian mereka pun sudah menggambarkan yang mereka itu ialah keturunan  pedagang cina yang datang berdagang ke kota Melaka. Tetapi  pada hari ini  tutur bicara dan tingkah laku mereka serta cara berpakaiannya melambangkan mereka ini seperti pernah dilahirkan dari kalangan rumpun bangsa melayu. Hanya paras rupa  sahaja yang membezakan bahawa mereka bukanlah keturunan  bangsa melayu yang sebenarnya. 

  Mereka lebih selesa mengenakan pakaian ala pendekar melayu jawa sekembalinya dari tanah Jawa.  Sesuai dengan masa dan keadaan dimana jiwa dan perasaan telah tersalut budaya dan cara hidup orang orang jawa disekitar perguruannya sehinggalah akhirnya mereka mengenakan pakaian rasmi pegawai kerajaan kota Melaka setelah mula bertugas di istana. Bahasa pertuturan mereka sehari hari masih terbawa bawa bawa loghat jawa, ternyata mereka menguasai bahasa jawa dengan baik sekali termasuk bahasa melayu lama. Bahasa ibundanya pula semakin hari semakin jarang digunakan kecuali ketika bersama teman sebangsanya. Adalah diberitakan bahawa, bahasa jawa banyak digunakan dalam pertuturan seharian dengan penduduk tempatan . 

  Sesiapa sahaja yang melihat anak anak muda remaja berlima ini di jalanan pasti akan dapat merasakan kewibawaan dan keperkasaan mereka. Tubuh mereka yang tegap sasa sudah cukup untuk menghalangi niat  mereka yang ingin mencuba sejauh mana kehebatan ilmu mereka terutama yang dianggap tertua di dalam kumpulan anak anak cina islam itu. Walaupun begitu ada juga yang memang berani dan sangat ingin mencuba kehandalan anak anak muda ini supaya membuka seni bela diri dan tata geraknya yang amat menakjubkan itu. Perhatikan telahan penulis ( mudah mudahan benar ), salah satu daripada sekian banyak persembahan seni silat mempertahankan diri Hang Tuah dan rakan rakannya itu ternyata ada persamaannya dengan persembahan seni silat gayung di tanahair kita hari ini. Penulis mendapatkan keterangannya melalui perkhabaran ghaib semata mata. Wallahu a'lam bissawab..bersambung ke kisah seterusnya, keampuhan ilmu perguruan Ki Ageng Sang Adi Putra teruji...

Ini adalah lakaran gambaran Laksamana Hnng Tuah 80% daripada wajahnya yang sebenar. Dapatkanlah kepastian melalui solat hajat dan solat tasbih untuk menghilangkan hati hati yang panas .

No comments:

Post a Comment

Popular Posts