Ketika Hwang Tou Ah berumur lebih kurang 10 tahun bersama teman teman seangkatannya yang masih mempunyai tali persaudaraan yang kuat si Hwang Jee Fat, Hwang Lee Ker dan Hwang Lee Kiew dan anak anak saudaranya yang lain telah berpeluang untuk menyertai satu rombongan pelayaran kapal dagang dari negeri China negeri asal usul mereka berempat. Hang Tuah pula menurut kata qilnya ialah seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa semenjak kecil lalu dibawa oleh bapa saudaranya seorang saudagar kaya raya berlayar ke arah kepulauan melayu menuju ke sebuah kota yang amat terkenal pada masa itu iaitu, kota Kerajaan Islam Melayu Melaka. Pelayaran anak anak ini disertai oleh ibu dan bapa saudara mereka yang kebanyakkannya adalah peniaga dan pedagang dari golongan atasan. Kebetulan pada masa yang sama kedua dua buah negeri ini telah pun menjalinkan hubungan perdagangan sebelumnya.
Kisah ini bermula pada zaman Sultan Mansyur Syah yang mana pada zaman itu Kota Melaka telah menjadi salah sebuah pelabuhan persinggahan perdagangan yang sibuk dan terkenal di seluruh dunia ditambah lagi Melaka pada masa itu secara tidak langsung turut menjadi sebuah pusat penyebaran islam terbesar di Asia Tenggara. Melaka ketika itu berada di puncak kemasyhuran dan kekuatan sebagai salah sebuah kerajaan islam yang menawarkan berbagai peluang perniagaan dan pekerjaan.
Melaka ketika itu juga adalah sebagai pusat pengembangan tamadun islam yang kaya dengan berbagai sumber ilmu pengetahuan dunia dan akhirat dari sebelah belahan timur bumi ini. Sebagai buktinya salah sebuah warisan istana Sultan Mansyur Syah, telah dibina dengan menampilkan seni bina islam yang unik dan teramat rahsia yaitu simbol kerajaan islam yang mewarisi kesenian dan kebudayaan ilmu Martabat Tujuh.
Ilmu ini hanya dikenal oleh golongan atasan termasuk para sultan yang memerintah sebelum itu serta beberapa orang alim ulama dari kalangan sheikh ahli ahli sufi yang kebanyakkannya datang dari luar negeri. Istana yang ditenggelami pasir itu di tingkat bawahnya adalah tempat berkhalwat ( uzlah ) dan tempat bertawajjuh para sheikh dan golongan para bangsawan termasuk keluarga diraja. Tanpa berlebih lebihan dongeng, saya mendapat tahu dari salah seorang rohaniah yang pernah menjelaskan bahawa istana yang tertimbus sebahagiannya itu adalah bekas pusat pertemuan rahsia dari seluruh dunia dari kalangan para wali kutub, abdal, nujabak dan lain lainnya pada masa awal pemerintahan Sultan Mansyur Shah. Pada hari ini, dengan takdir dari Allah swt bangunan istana tersebut telah muncul di permukaan dan sedang dalam kajian dan siasatan para pengkaji sejarah. Perhatikanlah batu batu merah kota dan istananya itu, kalau mengikut perkhabaran ghaib, sebenarnya didatangkan khas dari negeri Pasai yang makmur tanpa menggunakan sebuah tongkang atau kapal laut pun, tetapi menggunakan khidmat tenaga jin seperti Nabi Sulaiman a.s memindahkan singgahsana Ratu Balqis dari Sana'a.
Ilmu ini hanya dikenal oleh golongan atasan termasuk para sultan yang memerintah sebelum itu serta beberapa orang alim ulama dari kalangan sheikh ahli ahli sufi yang kebanyakkannya datang dari luar negeri. Istana yang ditenggelami pasir itu di tingkat bawahnya adalah tempat berkhalwat ( uzlah ) dan tempat bertawajjuh para sheikh dan golongan para bangsawan termasuk keluarga diraja. Tanpa berlebih lebihan dongeng, saya mendapat tahu dari salah seorang rohaniah yang pernah menjelaskan bahawa istana yang tertimbus sebahagiannya itu adalah bekas pusat pertemuan rahsia dari seluruh dunia dari kalangan para wali kutub, abdal, nujabak dan lain lainnya pada masa awal pemerintahan Sultan Mansyur Shah. Pada hari ini, dengan takdir dari Allah swt bangunan istana tersebut telah muncul di permukaan dan sedang dalam kajian dan siasatan para pengkaji sejarah. Perhatikanlah batu batu merah kota dan istananya itu, kalau mengikut perkhabaran ghaib, sebenarnya didatangkan khas dari negeri Pasai yang makmur tanpa menggunakan sebuah tongkang atau kapal laut pun, tetapi menggunakan khidmat tenaga jin seperti Nabi Sulaiman a.s memindahkan singgahsana Ratu Balqis dari Sana'a.
Tidak hairanlah jika kerajaan Melaka pada masa itu menjadi tumpuan para pedagang laut dan darat yang datang dari seluruh pelusuk alam berkumpul dan bermastautin sehingga ada diantaranya yang tidak berminat lagi untuk kembali ke negara asalnya. Segala galanya cukup untuk mereka meneruskan kehidupan baru yang lebih selesa , aman dan damai bersama ahli keluarganya masing masing.
Setiap hari tidak putus putus pelabuhan Kota Melaka dilabuhi kapal kapal besar dan kecil yang menurunkan barang dagangan dari negara negara sejauh tanah besar China, Arab, Eropah dan benua benua lain yang tidak terpapar di dalam sejarah. Termasuklah salah sebuah kapal dagang yang ditumpangi oleh anak anak keluarga keturunan Hang yang berlabuh disuatu hari yang bertuah. Sebuah kapal yang bukan sahaja membawa bersamanya barang barang dagangan eksklusif dari China tetapi turut membawa anak anak keturunan 'Hang' , cikal bakal, yang pada kemudian harinya muncul sebagai tokoh tokoh pahlawan agung maha perkasa , panglima panglima terbilang kerajaan islam melayu Melaka yang amat disegani, ditakuti dan digeruni oleh saingannya ketika itu iaitu kerajaan Majapahit yang tidak kurang juga hebatnya.
Bekerjalah anak anak yang pintar dan rajin ini setiap hari bersama ahli keluarga rombongan mereka serta kaum sebangsa yang telah menetap lama sebelum kedatangan mereka . Mereka tetap cekal menjalankan aktiviti perniagaan barangan hasil keluaran dari negeri mereka di Kota Melaka. Mereka hidup bergaul dengan rakyat tempatan mengenali budaya dan adat istiadat melayu sehingga suasana dan persekitaran yang baru itu sebati dengan jiwa raga mereka. Demikianlah halnya anak anak keturunan Hang ini belajar hidup berdikari di negeri orang tanpa belaian kasih sayang dari kedua ibu bapa mereka.
Pada masa yang sama dari sekian ramai rakan kenalan berbangsa melayu, muncullah seorang anak muda dari kalangan yang hampir sebaya dengan mereka langsung menjadi rakan karib setiap hari. Pemuda itu lah yang bergelar Hang Kasturi. Mungkin sempena nama satu haruman yang dipanggil kasturi. Oleh kerana terlalu akrab dan saling percaya dan dipercayai, anak anak serta keluarga keturunan hang itu sengaja memakaikan gelaran keturunan hang kepada anak muda Kasturi yang memang dikenali ramai oleh penduduk sekitar kota sebagai salah seorang anak penghulu yang dihormati. Hampir pada setiap hari anak anak ini bertemu, bekerja, bermain dan bercerita sebagaimana anak anak yang lain. Sesuai dengan keadaan pada masa itu, perbualan mereka tidak akan sunyi dari menceritakan kehebatan ilmu itu dan ilmu ini, cara pertahanan diri sipulan itu dan sipulan ini. Sehinggalah keinginan untuk mempelajari ilmu persilatan yang senilai dengan ijazah sarjana muda pada masa ini tidak dapat ditahan lagi. Anak anak remaja yang dahagakan pengetahuan serta perasaan ingin tahu yang amat kuat itu akhirnya membawa mereka kepada seseorang yang sangat arif mengenainya.
Pada suatu ketika seseorang telah menceritakan kepada mereka bahawa di salah sebuah daerah keadipatian di kepulauan Jawa terdapat seorang tokoh sakti yang bergelar 'Ki Ageng Adi Putra'. Menurut khabarnya tokoh sakti itu mampu membunuh lawannya tanpa menggunakan sebarang senjata dan tubuhnya yang kebal dari semua jenis senjata yang ada sangat digeruni dan di hormati oleh sesiapa pun yang mengenalinya. Sayang, pada pandangan sesetengah mereka, kenapa Ki Ageng tidak mencurahkan bakti dan menghambakan diri kepada Majapahit. Jawab kami, istilah Ki Ageng itu sendiri membawa arti yang lebih mirip kepada guru agung yang sedia di ketahui ramai bahawa manusia itu adalah peribadi yang warak dan suka menyendiri dari kesibukkan dunia.
Ilmu kebal adalah suatu ilmu yang sangat dituntut dan dicari cari oleh kesatria mana sekalipun. Apa yang pasti, pemiliknya atau yang mampu menguasainya akan mendapat tempat di hati sultan atau raja yang berkuasa. Pada hari ini, ilmu ringgit dan peti besi kebal amat penting kepada hartawan dunia. Sesiapa pun yang dapat menguasai ilmu itu maka orang itu dianggap amat hebat dan maha penting sekali. untuk mempertahankan sesebuah kerajaan dari runtuh dikuasai musuh. Oleh kerana itu, pada masa ilmu kebal menjadi idola para kanuragan dan para pahlawan besar kerajaan nusantara, para empu keris dan tosan aji yang lain, berlumba lumba mencipta dan mereka untuk menghasilkan suatu senjata yang mampu merobek dada dan perut musuh yang kebal senjata tajam. Saat itu muncullah empu yang berjaya menciptakan sebilah keris lagenda yang tidak luput di telan zaman, keris Taming Sari. Menurut perkhabaran ghaibnya keris ini mampu menjadikan pemegangnya kebal serta mampu membelah usus musuh musuhnya yang memiliki ilmu kebal besi . Itulah keris Taming Sari yang diciptakan dari teras kayu hitam yang sangat keras dan sangat berbisa yang dikenali dengan nama jawanya sebagai 'Kayu Galeh Kelor'. Masyarakat jawa dan orang orang Majapahit benar benar sangat mengenali kayu ini serta khasiatnya yang sangat ajaib sehingga kini. InshaAllah akan penulis sampaikan perkara sebenarnya tentang keris ini...pada suatu masa nanti..
Ilmu kebal menurut cerita mereka yang ariflah, saya sendiri kurang mengetahui selok beloknya..sebab itu semasa saya siap melakar sosok tubuh Hang Tuah tapak tangan kanan saya mengeluarkan darah bersemburan hitam pekat dengan kesan sakit yang amat sangat sambil terpejam dan mengancing gigi selama hampir sepuluh minit..nanti saya beritahu kenapa.....ilmu kebal dikatakan mempunyai jenis dan peringkat yang banyak.
Pertama kebal kerana timbulan' suatu istilah yang bermaksud pengisian semula menggunakan jampi jampi tertentu samada jampi jampi melayu kuno atau ayat ayat alquran terpilih. Ada di antaranya yang disertai dengan memasukkan barang benda susuk dan lain lain ke dalam tubuh melalui taangan kanan atau kirinya atau di tempat tempat tertentu di anggota tubuh. Sama seperti keadaan saudara install suatu perisian kekomputer.
Kedua, kebal kerana wafak wafak tertentu yang ditulis dan dipuasakan oleh sipenulisnya selama beberapa hari. Biasanya kebal wafak ini hanya akan berlaku apabila sampai ketika kecemasan sahaja.
Ketiga kebal kekal dengan memiliki sesuatu barang contohnya keris Taming Sari, siung,cemara,kalung babi. tanduk rusa putih atau kijang putih, batu delima kebal,atau sebarang batu yang kebal dan bermacam macam lagi. Barang barang ini biasanya mengandungi khadam halus dari bangsa jin yang jika meresap ke tubuh, si pemakainya akan merasa kebas dan tidak lut sebarang senjata, tetapi dengan tempoh tertentu barang barang tersebut mesti dipulihkan atau 'dirawat' semula.
Kebal seterusnya adalah kebal berkhadamkan malaikat. Ini adalah suatu ilmu yang sangat jarang diperolehi. Mungkin satu dari sejuta manusia yang mampu milik. Ini adalah kerana syarat pemilikannya amat terhad dan amat ketat. Jiwa mestilah bersih sebersihnya dari kekotoran maknawi. tetapi ada juga yang menyangka di tahap ini mereka telah sampai ke hadrat Allah..Nauzubillahi min zalik.
Kebal yang terakhir adalah ilmu kebal jalinan penyatuan hemoglobin di dalam darah yang mengandungi unsur unsur zat besi khurasani dan unsur unsur galian yang lain. Jika disatukan dengan gerakan gelombang martabat tujuh yang sentiasa hidup dan larut di dalam darah mampu menyatukan segala jenis unsur besi di bawah kulit dan mengeraskan kulit seterusnya melindungi tubuh dari terobek atau terluka. Khalifah Khalifah zikir biasanya memiliki keilmuan seperti ini, tetapi itu bukanlah yang mutakhir di dalam dunia imu kebal. Bahkan ada satu lagi kekuatan seperti itu yang amat tidak terduga oleh umat manusia jin dan bunian serta para malaikatNya kecuali yang Haq dan Yang maha Kuasa.Kami pernah menyaksikan perkara ini dahulu .Kita kembali bersama Hang Tou Ah yang ketika itu berumur dua puluhan tahun, bersama anak anak saudaranya termasuk si mamat Kasturi itu yang sedang mempersiapkan segala perbekalan untuk menempuh satu perjalanan yang jauh dan mungkin memakan masa berminggu minggu.
Jadi berangkatlah mereka berlima ke suatu daerah terpencil di Tanah Jawa dengan bekalan dan pemandu yang dapat menemukan anak anak muda ini dengan seorang tokoh guru terbilang dan ternama Ki Ageng Panembahan Sang Adi Putra dengan kewaskitaannya. Panembahan inilah yang membukakan rahsia kejaguhan dan kekebalan Taming Sari ada pada keris hitamnya dikemudian hari. Maka mengabdilah sang ingson kawula kepada gustinya, sang hamba kepada tuannya, si murid kepada gurunya selama beberapa purnama lima pada bilangan tahunnya. Hang Tuah akhirnya mendahului temannya yang lain dalam persaingan merebut ketangkasan dan kepakaran membela diri namun begitu kekuatannya hampir setanding dengan teman temannya yang lain. Mungkin begitulah kebenaran yang disampaikan oleh penghikayatnya kemudian bagaimana beliau diceritakan mampu bertahan dalam perselisihan yang memerah tenaga selama tujuh hari tujuh malam. Namun ilmu kebal yang berjaya dituntutnya menenggelamkan keegoan teman teman seperguruannya yang lain. Itulah pewaris ilmu perguruan Ki Ageng Sang Adi Putra dari tanah Kidul yang diberkati Allah...bersambung..
Tapak tangan saya bercucuran darah selesai melakar wajah Hang Tou Ah kerana terhentak ke kepala paku konkrit berkarat hitam dan tenggelam menembusi kulit..terpaksa penulis ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan kerana semakin lama semakin berbisa. Asalnya penulis cuba bertahan, tapi lama kelamaan bisanya melarat sampai ke bahu, terpaksalah berangkut ke klinik Sungai Besar di temani adik sebagai pemandu.. Terlupa nak baca jampi Hang Tuah, mana tau boleh kebal..Semasa dirawat, penulis terpaksa menahan rasa nyeri tanpa bius apa tidaknya sekeliling kulit yang berlubang ditarik seperti nak terkoyak untuk digunting..Habis kulit luar di potong, penyepit berkilat tu ditenggelamkan kedalam lubang luka yang merah lalu dicepitnya sebahagian daging dan dipotong sedikit lagi..terus terpancut kecil darah dari kesan luka. Amat ngeri rasanya sebab penulis tak dapat nak tutup mata...Mungkin arwah Laksamana Hang Tuah sengaja mengajak penulis kembali ke zamannya menyaksikan titisan darah dan keperitan menahan sakit tertikam keris berbisa berkarat pejuang melayu dahulu. Mudah mudahan terkifarat dosa hamba..
No comments:
Post a Comment