PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Monday, May 9, 2011

' TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Kata Hwang Tou Ah Atau Sabda Rasul.

Published by TuanKelarias

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA siapa yang berkata.
RETORIK ATAU HAKIKAT  BANGSA MELAYU PELARIAN YANG MENYIMPAN RAHSIA?

Hamba memohon izin dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Raja yang memerintah negeri negeri melayu yang bertakhta di singgahsana lam alif memayungi rakyat jelata juga bagi hamba yang kurang arifnya lagi banyak khilaf dan dhaifnya bagi menyempurnakan kalam hamba pacal yang hina membukakan rahsia kata kata yang dinisbahkan kepada allahyarham YANG TELAH KEMBALI waliyyus saghir PANGKAT RABBI YANG DIBERI Tun Laksamana Hwang Tou Ah yang dikenal akan dia dengan tulisan dan panggilan laqabnya Tun Laksamana Hang Tuah.

Dengan kemunculan kembali secara tiba tiba istana kayangan yang merinin Istana Kota Melaka yang dibina di zaman Tuanku Sultan Mansyur Shah di negeri Melaka pada hari ini dari tepian sungai berpasir mengenang kembali sejarah silam yang gilang gemilang di bawah pemerintahan yang agung lagi dimuliakan juga diberkati Allah yang telah menjadikan istana itu sebagai pusat pertemuan dan perkumpulan para wali agung dari seluruh dunia dizaman baginda Sultan Mansyur Syah yang masyhur lagi dihormati.

Dengan kemunculan istana yang pernah menjadi idola keagungan empayar islam maka timbullah tidak lama selepas itu maka terdengarlah kalam yang syak, zhan dan waham dari makhluq tuhan yang mempertikaikan istilah ' Takkan / Tak Melayu Hilang Di Dunia ' itu jika benar Hwang Tou Ah berbangsa cina mengapa pula dia allahyarham berkata sedemikian rupa.

Syahdan kita bersama kembali ke zaman purba yang amat teraba raba ini mencungkil kisah dan teladan yang boleh diperbuat pendoman kita seanak cucu seadanya. Semuga dengan pencerahan nur yang tidak seberapa ilmu pada kalam musannifnya ini dapatlah kiranya jua dijadikan sebagai titik pemisah antara yang haq dan yang bathil , wallahu a'alam bissawab.

SUMPAHAN HWANG TOU AH PENUH ARTI.

Kenapa Hwang Tou Ah pernah dikaitkan dan diandaikan dengan pepatah melayu ' Tak Melayu Hilang di Dunia'. Maka hamba menjawab, bahasa asli melayu sebenarnya pada tilikan hamba yang banyak salahnya ini, tiada ada padanya awalan ' tak ' melainkan membawa pengertian dan sumpahan kata kata dari keturunan atau perkataan orang orang yang dari keturunan bangsa arab. Adalah menjadi adat kebiasaan orang orang arab dalam tuturkata mereka menyebutkan kata 'barang, tidak,tak dan yang sesuai dengannya di awal istilah sebagai kata tambah yang menunjukkan makna nafi jenis dan lain lainnya. Barang atau 'ma', tidak atau tak 'ma, atau laa' selalu digunakan dalam komunikasi seharian termasuk kaedah penyusunan kaedah tata bahasa nahu arab yang sama penggunaannya seperti yang terkandung di dalam al quranul karim.

Sebagai contohnya di sini hamba bawakan salah satu dari ayat al quran al karim yang dimulakan kata awalannya menggunakan 'Ma, yakni Tidak atau Tak'. Bismillah, " Maa Min Daabbatin Fil Ardhi Illa Alallahi Rizquha" artinya : " Tidak ada daripada haiwan melata yang hidup di atas bumi ini melainkan atas Allah yang merezkikannya". Ini hanya sebagai contoh sahaja. Ada satu lagi suku kata yang mirip artinya seperti suatu sumpahan yang tidak akan terjadi atau berlaku dikemudian hari yang selalu digunakan oleh mereka yaitu 'Lan..' bererti tidak, tidak akan, tidak akan sekali kali dengan tempoh masa selama lamanya. Sebagai contoh penggunaan 'Lan' ini tercatat di dalam suatu ayat mengenai yahudi dan kristian, Bismillah, " Lan Tardha ankal Yahuuda wa Lan Nashaara, Hatta Tattabi'a Millata Hum", yang bermaksud : Tidak akan sekali kali berlaku kesukaan atau kegembiraan atau kesenangan hati dari bangsa yahudi dan nasrani kepada kamu sehinggalah kamu mahu mengikuti agama dukungan mereka". Ini sebagai contohnya sahaja. Lan di sini membawa maksud tidak akan berlaku atau tak akan dengan ringkasan kata melayunya takkan atau tak yang sangat tegas dalam memberikan maksud tidak berlakunya dikemudian hari. Begitu pun hamba ini sebenarnya bukanlah seorang yang arif nahu dan saraf sayugia hendaklah dirujuk kepada mereka yang ahlinya. Wallahu a'alam.


RAHSIA KATA ITU IALAH DARI SANG ADI PUTRA.

Hamba mengandaikan pada mulanya ' Takkan / Tak Melayu Hilang Di Dunia berasal dari kata guru Hwang Tou Aah yang berketurunan arab dengan kata kata sumpahannya mengenai bangsa ajam melayu bertuah di akhir zaman " Lan Yazilal Malayuwiyyatu fil Alami / Fid Dunia". " Tidak akan sekali kali bangsa melayu itu akan hilang dari dunia ini sampai bila bila". (Yakni sampai sa'ah) Kenapa guru Hwang Tou Ah berkata begitu. Bangsa ajam dari kalangan melayu telah disebut sebut sebagai bangsa yang akan memikul gandar kemunculan islam di hari akhir zaman. Perkara ini amat jelas bagi mereka kaum arab yang sedia mengetahuinya dari kata sabda Baginda Rasulullah SAW yang mengkhabarkan berita ghaib gembira ini melaui para sahabat Baginda SAW dan juga kepada tabiin dan yang mengikutinya. Tersimpan kata kata bahawa bangsa ajam melayu di sebelah nusantara timur akan melakukan keajaiban di akhir zaman. Ilmunya ini banyak disimpan dan dirahsiakan oleh para ahli sufi mukasyafah yang banyak menerima ilmu secara ladunni kepada mereka mengenainya. Oleh itu ramai dari antara mereka kaum sufi arab dahulu memilih Tanah Jawa dan Melaka termasuk Pattani yang berkerajaan Islam Siam dan sekitarnya. Istilah NUSANTARA juga turut timbul akibat berita gembira ini. Nusa yang berartikan Negara, Antara : yang memberi maksud Antara Tiga Laut yang bertemu muka. Sehingga pernah dipopularkan istilah ini di dalam sumpah palapa' Patih Gajah Mada di bawah kerajaan Majapahit dahulu.


RAHSIA BERITA GEMBIRA TENTANG BANGSA INI DIKETAHUI LEBIH DAHULU OLEH BANGSA ARAB

Bangsa arab dari kalangan alim ulama' nya yang amat terkenal dahulu telah bertanggungjawab mewar warkan secara bersalasilah yakni secara rahsia dan hanya beredar di kalangan istana, bahawa terdapat sebuah negara bakal muncul menjadi tumpuan umat islam dan menjadi pusat pemerintahan islam yang terulung di dunia di akhir zaman. Akibat dari kata kata ini maka timbullah istilah 'Nusantara , Melayu , Jawi , Takkan Melayu Hilang Di Dunia dan lain lain lagi yang berkait rapat dengan bangsa pelarian ini. Termasuk saya. Melayu berarti 'Melarikan diri', bukan bererti 'Mala, yakni Kaum Mala'. 'MELAYU' adalah berasal dari bahasa JAWI atau jawa yang bermaksud 'berlari'. Tanah Melayu adalah istilah yang tercipta dizaman bahasa jawa banyak diguna pakai terutama zaman Majapahit berkuasa, Kerajaan Melaka, dan Kerajaan Demak. Keseluruhan pemerintahnya adalah ramai dari raja jawa berbahasa jawa. Bahasa melayu dijadikan bahasa istana pada mulanya dahulu. Bahasa jawa atau jawi serta tulisan jawinya yang mengandungi huruf tambahan dari koleksi hijaiyahnya iaitu 'ga' dan 'nga' kerana bahasa jawa dan akhirnya dimelayukan ini terpaksa menambah dua huruf tersebut untuk disesuaikan dengan lahjah jawa yang banyak perkataan sengau dari yang lain. Ini hanya sangkaan saya, setelah saya dapatkan sedikit sebanyak petunjuknya dari perkhabaran alam ghaib.


KITA INI BEKAS ORANG PENGHIJRAH PINDAH RANDAH-.IMIGRANT.

Kita termasuk saya sendiri terpaksa mengakui asal usul saya sebenarnya bukan dari Tanah Tempat Wong Mbelayu Iki " 'tanah tempat orang kerajaan dulu melarikan diri  ke sini ini ( Tanah Melayu) ' dari Tanah Jawa samada kerajaan semasa Kediri atau singosari atau pun majapahit menguasainya dahulu. Atau yang jadi pelarian itu datang dari siam, China, India, Arab, Parsi, Syria, Mekah dan Madinah dan dari seluruh dunia senang cerita kalau ditilik khabarnya.

Mertua saya orang melayu banjar, dari banjar masin. Pelarian bangsa melayu (pelarian  /berhijrah) dari negeri Banjar Masin.

Abang ipar saya di Semenyih itu orang melayu pelarian dari india kahwin tempatan datang dari Kedah yang pernah dikuasai kerajaan hindu berketurunan India lah rakyat kedah sebahagiannya, sebahagian lagi kahwin campur dengan orang siam Pattani, jadi, mana ada melayu Kedah pure asli di sana.

Adik saya bangsa melayu keturunan jawa kahwin dengan anak keturunan mamak penang yang berkahwin dengan pelarian dari jawa, duduk di Penang samalah seperti Tun Dr Mahadir, asal usulnya dulu dari Negara India tok neneknya, mana ada melayu. Mana melayunya, tidak ada, melainkan orang pendatang juga.

Murid ayah saya berasal dari Johor yang sangat banyak orang melayu keturunan jawa termasuk Muhyidin Yassin anak salah seorang Kiyai Ageng itu, pun orang melayu keturunan jawa berasal dari tanah jawa, mana melayunya.

Kawan saya Rahim tinggal di Padang Jawa, dia orang bugis kawin keluarga bugis datang dari bugis bukan orang asal bumi malaysia dia disebut melayu berpindah hijrah ke tanah ini yang akhirnya disebut oleh tokoh tokoh besar kerajaan jawa negeri ini sebagai Tanah Tempat Berpindah Randahnya Manusia, ringkasnya Tanah Melayu.

PAK KADUK NAIK JUNJUNG ,BAGI BETIS NAK PEHA, BAGI PEHA NAK TUNGKING.

KEBETULAN sejarah tidak menipu, ramai pula anak raja jawa, bugis, dan lain lain itu datang ke tanah kosong yang hanya di diami oleh pendatang orang asli pulau dari luar negara menetap dan membuka jajahan di sini. Bangsa inilah yang dipanggil melayu atau 'mbelayu' berarti melarikan diri atau pelarian atau juga pendatang. Bangsa inilah yang mula menguasai tanah Malaysia.

Jadi, kita ingatkan bangsa yang bukan melayu dan yang bukan islam ( muslim pula tak kira apa bangsa, beriman lagi beramal saleh, berhak menuntut tanah bumi ini, bumi tuhan, jangan dinafikan , besar tulisan firman dalam al quranul karim ' bumi ini diwariskan kepada orang yang saleh lepas qiamah malah berhak juga sebelumnya ) yang bukan islam , bawalah bertenang jangan jadi pak kaduk naik junjung. Kita sudah bagi tempat tinggal berdiam, rumah pun dah besar, kereta pun besar besar, harta melimpah ruah dimilik, saham berjuta juta dah dibeli. Apa lagi yang kamu nak..? Jadi, ingat ingatlah melayu yang penyabar ini, jangan jadi tikus membaikki labu, konon nak membela, tapi menyapu...Saya lihat tanah di Sungai Siput, tanah pembalakan habis disapu bersih oleh cina sebanyak hampir 80%. Taukeh cengkot buntung tangan sebelah di pekan Sg Siput itu pun dapat berjuta juta. Apa lagi yang kamu semua nak tuntut..kesian melayu yang mula mula sampai , dapat berkuasa perang sana sini, tiba tiba dah aman bangsa kuffar sapu harta habis licin senang cerita. Ini pun dengar khabar bangsa kuffar Penang dah ada meeting rahsia pelik pelik, macam nak memberontak saja bunyi nya..minta dijauhkan Allah.

Mari kita lupakan sengketa bangsa yang tidak menguntungkan sesiapa yang hanya akan ditemui akhirnya nanti bangsa melayu sebenar yang di tanah Malaysia ini ialah orang asli, itu baru konfom betul, itu pun dia berpindah randah entah dari laut mana pulau mana dulu.dia mendahului kita menetap di tanah Malaysia ini.


ASAL HANG TUAH ANAK GWANG ZHAOU PEGANG WASIAT AMANAH GURU.

Hwang Tou Ah sebenarnya berasal dari Gwang Zhaou, salah sebuah negeri atau daerah di Negeri China. Kampung halamannya berlatar belakangkan sebuah masjid berkubah segitiga dan sebuah pintu gerbang reka bentuk islam. Daerah itu adalah daerah muslim yang menjadi keturunan Saad Abi Waqqash yang telah berkahwin dengan rakyat tempatan melahirkan keturunan muslim sejati seperti ahli keluarga Hwang Tou Ah dan anak anak saudaranya yang lain. Pada masa itu Dinasti Ming sebagai kerajaan yang memerintah China telah banyak menerima kebudayaan islam sebagai suatu cara hidup. Raja Ming sendiri sebenarnya telah memeluk agama islam secara rahsia tanpa disedari para menterinya yang lain, kecuali Laksamana Cheng Ho dan beberapa pegawai dan beberapa orang besar kerajaan yang lain. Sebagai rakyat cina yang merantau dan mempunyai campuran darah keimanan keturunan sahabat nabi, Hwang Tou Ah dengan berlapang dada menerima kata kata gurunya Sang Adi Putra yang sehingga sekarang saya masih tercari cari nama sebenarnya. Sang Adi Putra lah yang melaungkan kemuliaan dan kehormatan melayu kepada hwang Tou Ah supaya menerima dan membela bangsa ini kerana mereka bakal melakarkan sejarah yang besar nanti di akhir zaman.

DIALOG DENGAN SANG ADI PUTRA DAN HWANG TOU AH.

Akhirnya saya menjemput rohaniah Allahyarham Sang Adi Putra guru persilatan Laksamana Hwang Tou Ah   ( Hang Tuah ) serta Hang Tuah sendiri, untuk berdialog bersama kami di suatu ketika dengan isi dialog seperti yang saya tuliskan kembali seperti berikut tanpa sebarang tambahan dan rekaan dari saya menjelaskan keadaan yang sebenarnya ( Wallahu a'alam bissawab ) :

Saya :

Sang Guru :  ...bersambung...kita akan tahu nanti kenapa dia berkata 'tak melayu hilang di dunia', atas sababan nuzulnya apa dan kenapa bila masanya.

Sengaja saya sertakan gambar Laksamana Hang Tuah , pada anggapan saya 80 peratus dari wajahnya yang sebenar. Pandai pandai lah adjust sendiri gambar ini. Saya tidak benarkan gambar ini dicopy dengan tujuan khurafat atau meraih keuntungan untuk kepentingan individu. Sumpahan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts