Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Mahasuci Allah Tuhan Pengatur Alam, Salawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad Saw, Kepada Para Ahlul Baitnya, Para Sahabatnya, Para Tabiin Dan Tabi'at, Juga Muslimin dan Muslimat. Khususan Kepada Kedua Ibu Bapa Kami yang telah kembali ke rahmatullah, Khususan kepada Para Guru-Guru Kami yang telah pergi menghadap Yang Maha Agung, segala sesuatu adalah kepunyaan Allah, Al-Fatihah untuk mereka serta bacakan Surah Al-Ikhlas 12 kali yang satunya untuk diri sendiri..amin ya rabbal alamin.
Kami ingin menyampaikan sebuah berita yang amat menggembirakan sekalian umat islam di seluruh dunia. Mudah mudahan apa yang akan kami sampaikan ini terhindar dari fitnah yang mengundang perselisihan faham di antara mereka yang mempunyai niat dan hasrat yang berbeza dalam menentukan siapakah Imam Mahdi yang sebenar. anggaplah cerita ini sebagai dongengan atau tahyul semata mata dari kami. Maka adalah kalam ini harus pada akal untuk diterima atau ditolak seadanya. Kami amat mengharapkan pertolongan Allah Swt di atas segala rencana kebaikan ini yang semata mata ingin menyedar dan mengingatkan sekalian umat muslimin dan muslimat dari lena tidur dan khayalan yang tidak akan ada kenyataannya. Kami juga bermohon kehadrat Allah Swt semuga tulisan ini dapat memberikan manfaat yang sebaik baiknya walaupun kami sendiri meminta pembaca menganggapnya sebagai dongengan, mana tau benar Wallahu a'lam. Semata mata ilahi anta maqsudi waridhaka matlubi.
Juga harapan kami kepada sekalian pembaca laman ini kami mohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada kata kata dari kami yang kurang enak dibaca lantaran teramatlah kerdil diri kami dan teramat sedikit ilmu kami dalam menyampaikan maksud yang tersirat ini. Walaupun begitu kami cuba sedaya upaya yang termampu untuk menyampaikan setiap perkhabaran dari apa yang pernah kami dengar sekitar hujung akhir tahun 2009M bersamaan 1430H di dalam bulan Rabiul Akhir yang lalu.
Dengan nama Allah Kami nukilkan kembali kata-kata yang pernah kami dengar beberapa waktu yang lalu di salah sebuah negeri yang mudah mudahan diberkati Allah Swt dengan pemandangan yang mengasyikkan menghijau dan bergunung ganang indah sekali, dikelilingi sungai sungai yang berselirat dipenuhi hutan rimba yang menenangkan hati yang ingin mencari ketenangan dan menyepikan diri.
'IMAM MAHDI yang dinanti nanti jutaan bahkan billion umat islam telah muncul di salah sebuah negara islam di dunia yang terhampar padanya tempat sujud tua berdada lumut, tempat bernaung ahlinya syorga juga tempat tidur orang yang munafik dan juga tempat musyrik merusak nantinya'.ini adalah kata kata simbolik dari salah seorang ahli rohaniah.Dipetik kata2 ini pada bulan muharram .( Disember 2009 )
'Imam Mahdi sudah ada di sana, setiap khamis malam jumaat. Serbannya berlilit ibarat ular hitam dan ular putih' Kami telah merakamkan perkataan ini dalam bulan sebelum Muharram 2009-2010M. Kata kata ini datang dari seorang tua,yang tidak di kenali orang dan tidak akan dikenali.Tapi kami mungkin dapat mengenalinya lagi jika ditakdirkan dapat bertemu dengannya suatu ketika nanti. Mudah mudahan..
Seandainya kami diizinkan menyebut nama negara tempat al mahdi itu datang setiap khamis malam jumaat seperti yang dimaksudkan nescaya datanglah yahudi dan nasrani berbondong2 menghantar mata-mata memasang telinga untuk mencarinya, melihat dan membunuhnya itu pun jika mereka mengenalinya.
Sebenarnya, Kalau mengikut apa yang kami dengar dan fahami Baginda tidak merasakan dirinya adalah Imam Mahdi, bahkan dirinya hanyalah salah seorang manusia yang beriman yang ingin melihat keagungan islam kembali, maksiat terkubur, fitnah terlenyap, manusia hidup aman damai tanpa menindas dan tertindas. Tanpa menyangka dirinyalah Al-Muntazar itu. Ini adalah pandangan kami, tetapi nyata hakikat itu adalah benar. Sekalipun telah di nobatkan maka akan berkatalah hati hati orang yang soleh lagi merendah diri itu bahawa beliau bukanlah orang yang dijanjikan Tuhan. Maka maha benarlah sabda Rasulullah yang mengisyaratkan bahawa Mahdi itu akan melarikan diri ke madinah walaupun telah di tunjuk oleh seseorang. Beliau masih tetap membawa diri mencari tuhannya selama ini. Beliau masih lagi menguruskan dunia dirinya sendiri, masih belum tiba waktunya untuk di bai'at manusia ramai. Maka qiaskanlah wahai saudara kami para ikhwanul muslimin. Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa setiap pengakuan akan membatalkan pengakuan. Kecuali telah ternyata benar maka lahirlah pengakuan yang haq. Bukan pula seperti pandangan sesetengah manusia bahawa hendaklah mengaku dan mengisytiharkan diri jika telah ramai pengikut seperti yang berlaku di seluruh dunia.
Beliau adalah orang kebanyakan, yang sesungguhnya tidak disangkakan orang sama sekali bahawa beliau adalah manusia yang disebut sebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Apa yang sudah dijanjikan sangat pasti akan berlaku. Kami tinggal menghitung waktu dari saat ini 2010 M dan terus ke tahun tahun hadapan. Mahdi itu bukanlah dari kami bahkan kami hanya menyampaikan sahaja perkhabaran beritanya dari seorang tua bertongkat yang tiba-tiba kami temui di sebuah kawasan hutan pendalaman. Beliau adalah manusia dan bukan nya jin atau bunian. Apa yang menarik, orang tua itu menceritakan arwah ayahanda beliau sangat ditakuti dan digeruni oleh kebanyakan jin dan bunian di sebelah Tanah Melayu ini.Walau pun begitu bukanlah yang terhebat dan yang terkuat.
Kami tidak bermaksud untuk berbangga kepada sesiapa jua tetapi hanya sekadar untuk menceritakan kepada para pembaca yang budiman bahawa semasa hidupnya ayahanda hamba allah ini kalau mahu berjumpa dengan jin hanya perlu menepuk lantai dengan jampinya yang mudah, tergigil gigil jin yang ada berhampiran datang terbungkuk bungkuk menghormatinya. Atau sebut saja nama Tok Botak atau Tok Jxxx pada diri yang seorang lagi itu pasti mereka dari alam jin dan bunian sekalian sangat mengenalinya. Terutama di Asia Tenggara ini. Sayangnya beliau tidak membuka klinik perubatan tradisional islam. mungkin tidak mahu bercampur dengan manusia ramai agaknya.Tok Botak telah meninggal dunia sekitar tahun 2000M, tapi sampai sekarang nama Tok Botak sangat dikenali dikalangan jin.Beliau adalah salah seorang wali di alam jin mengikut kata salah seorang jin yang pernah kami temui dan berbincang dengannya selepas pertemuan dengan orang tua itu.
Ada pun Tok Jxxx sangat dikenal di seluruh dunia alam jin,bunian dan alam rohaniah manusia, tetapi sangat jelek di alam nyata dunia manusia. Begitulah Allah mengkehendaki agar hambaNya yang dikasihi tersembunyi dari pengetahuan manusia ramai. Kami menjadi saksi atas kemuliaan ilmu orang tua si Tok Jxxx itu.Perkaranya telah kami cuba dan benar2 terbukti bahawa Jin sangat mengenali Tok Jxxxt orang tua yang kami maksudkan. Pun begitu beliau bukanlah Imam Mahdi Al Muntazar, tetapi beliau lah yang telah menceritakan dimana Muhammad bin Abdullah Al Mahdiy kini berada.
Al Mahdi juga sebenarnya nanti sampai ketika akan dikenal dan ditakuti jin islam dan jin kafir yang ingin merusak. Jangan terlupa wahai saudara kami sekalian bahawa tentera Al Mahdi termasuk Rijalul Ghaib, berarti para malaikat tertentu, rohaniah manusia tertentu dan juga para jin tertentu yang akan bersama Imam Mahdi membantunya dalam peperangan besar itu nanti. Suatu peperangan yang bukan sahaja oleh manusia tetapi turut disertai oleh tentera tentera ghaib. Oleh sebab itu tentera Bani Tamim dan Mahdi tidak akan pernah kalah dan akan terus maju melangkah kehadapan dan dalam masa yang singkat dapat melumpuhkan musuh musuh Allah yang berani menghalang halanginya.
Walaupun bunyinya agak ganjil tetapi percayalah bahawa akan berlaku perang tanding atau sayembara beradu kekuatan zahir dan batin diantara manusia dengan manusia dan diantara jin dengan jin kafir. Perang yang akan mencengangkan yahudi dan nasrani dan sangat mengherankan Timur dan Barat. Peperangan kali ini adalah peperangan Tuhan dengan hambanya yang kufur dan ingkar si pemijak Al-Quranul Karim. Walaupun Allah Swt Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa untuk memusnahkan mereka dengan sekelip mata tetapi jangan lupa bahawa sababiahnya pasti ada dan berjalan mengikut ketentuan yang telah di tuliskan. Maka hambaNya yang benar benar beriman akan berpeluang untuk mati syahid di jalan Allah Swt.
Yahudi dan nasrani juga terkenal dengan kemampuan dan kebolehan mereka berhubung dan memerintahkan jin untuk menghancurkan peradaban manusia. Nabi Sulaiman itu sendiri adalah contoh bangsa Israel yang beriman yang telah di beritakan bahawa Baginda telah diberikan kelebihan mampu menguasai dan memerintahkan jin dan syaitan dari jenis jin rendah sehingga jin bertaraf tinggi lahi sakti. Imam Mahdi bukan saja mampu melakukan perkara zahir dengan bijaksana tetapi baginda mempunyai kelebihan menguasai jin untuk memudahkan segala urusan baginda pada masa itu.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pegunungan sekitar Tembok Yajuj dan Majuj Danau dekat Tembok Yajuj & Majuj Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis ba...
-
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ? MARI KENALI BANI TAMIM Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim Hadith Nabi SAW : ...
-
Published by Sang karut Amaran - Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengaj...
-
AMARAN : Artikel ini hanyalah semata-mata hiburan dongeng masa kini ,bersumberkan teropongan khayalan dan angan-angan semata-mata . Jika a...
-
“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijl...
-
Published by Sang karut Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sa...
-
Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan awal dari Hari Akhir akan segera Mulai meliputi: 1. Arab Revolutions (Musim Semi Arab) yang dimulai ...
-
Anak Indigo, menjelang akhir jaman kelak mereka akan direkrut untuk bergabung dengan pasukan pendukung Imam Mahdi. Benarkah itu? Sebuah...
-
“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Musli...
-
Amaran : Berhati-hatilah ketika membaca kisah dongeng lagi karut ini ....hamba tidak memaksa para pembaca mempercayainya ..jika ada penga...
No comments:
Post a Comment