PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Monday, May 9, 2011

KISAH: ‘IFRIT KLON’ ATAU HANTU RAYA MENGANGGU ISTERI

Published by Sang karut

Amaran: Kandungan cerita dongeng ini tidak memetik sumber ilmiah dan memerlukan pengesahan . Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri.
Adaptasi cerita dari seorang teman
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya:”Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
(Muslim)
ISTERI DIGANGGU KLON SUAMI
Ziyad dan Munah (Moona) baru sahaja sampai ke rumah jam 10:00 malam, isteri Ziyad bersiap sedia untuk tidur setelah sekian hari berjalan jauh menziarahi ayahanda dan bondanya . Anak-anak mereka, sudah lama terlentuk kerana esok sekolah. Ziyad pula sedang bersiap, untuk menghadiri temu janji bersama rakan-rakan untuk berlibur.
Setengah jam kemudian Ziyad masuk ke bilik untuk mengenakan pakaian dan lampu kalimantang pun dipetik. Tek! …Sambil memakai baju, Ziyad melihat isteri tersayang dan anak-anak sebagai tanda ucap selamat tidur, walaupun mereka sudah ‘hanyut’ entah ke mana dibuai mimpi. Tiba-tiba mata si Munah isteri Ziyad , memandang tepat kepadanya…seperti kebingungan ..
LELAKI BERJUBAH HITAM DISANGKA SUAMI.
Meluncur dari mulutnya, “Eh! abang tadikan dah pergi!, kenapa pakai baju lain ni? Mana jubah hitamnya!”. Tersentak terus Ziyad dibuatnya, rasa tidak sedap hati mulai menjalar dalam batang tubuh Ziyad, lalu dia mendekati isterinya dan berkata ,”Awak ni mimpi kot!...biasalah mimpikan mainan tidur! tak basuh kakilah tu!”. Lantas Munah menjawab dengan nada agak keras: “ Saya tak mimpi!, saya nampak abang nak keluar, pakai jubah hitam”. Si Ziyad menafikan pakaian yang dipakainya tadi sekeras-kerasnya. Walaupun Ziyad mepunyai jubah hitam tapi sudah lama dia tidak memakainya…Ziyad pun berkata: “ Baiklah ceritakan pada abang apa yang awak nampak dan alami sebentar tadi”.
Moona pun membetulkan tempat duduknya dan mulai bercerita. “Tadi saya nampak abang pakai jubah hitam, kemudian saya duduk di ruang dapur sambil makan, dan saya perasaan yang abang sedang mengubatkan saya, membuang angin di kepala kerana kepala saya bengal..entah tetiba sakit…” . Moona meneruskan ceritanya lagi : “Sedang abang mengubat, saya pun memandang abang dan abang pun memandang saya seolah-oleh abang mengerti gerak hati saya, yang saya sedang sakit keras di kepala. Terus saya percaya yang abang ni memang sedang merawat saya.” Moona menambah lagi: “ketika saya melihat abang mengubat, saya masuk dalam mimpi lagi satu, dan nampak empat ekor ular hitam yang ada gelang putih dilehernya.”…

Untuk pengetahuan pembaca, Ziyad pernah mendapatkan khidmat Sang Karut meneropong ke dalam kepala isteri Ziyad. Sang Karut kata ada ular tengah menjalar-jalar di atas kepala si Moona 2 ke 3 ekor, patutlah si Moona selalu sakit kepala ajer..…. Ketika Si Moona seronok bercerita , Ziyad mencelah dengan satu soalan: “Awak perasan tak yang awak ni sedang tidur dan bermimpi”. Moona menjawab: “Saya tahu, saya tidak tidur dan celik macam biasa”. Dalam hati Ziyad berkata, Cehh! tak mengaku konon….tidur sampai ngorok (dengkur).. korok..korok..korok…klorok …ada hati nak ‘cover line’.
Kemudian Moona meneruskan ceritanya lagi: “Saya sangat pasti abang pakai jubah hitam, saya ni bukannya buta warna (color blank) macam abang!, kalau tak percaya mari kita ke hospital buat medical ‘chek up’, malam ini jugak! siapa buta warna, abang ke saya!.” Terlintas dalam hati hamba yang sedari tadi mendengar kisah Ziyad ini sambil bersenandung,.. “Dalam sayang….., ada cinta…., dalam cinta ada anginnya…...dalam angin ada bahagianya…. Ziyad meneruskan ceritanya lagi.. dia pun bertanya lagi kepada si isteri: “Apa dia buat seterusnya?”. Orang rumahnya menyambung kisahnya, “Kemudian ‘abang’ berjalan keluar dari rumah kerana ada temujanji dengan kawan, saya kejar ‘abang’ sampai ruang tamu rumah..dan saya kata, malam ni tak payahlah pergi…saya rasa tak sihat badan la…? Kemudian mata saya terus celik dan nampak abang.”katanya….
MENYOROT ‘ABANG KLON’
Hati Ziyad tidak berapa senang dengan hal yang terjadi. Mengenai temujanji untuk berlibur, Ziyad mencapai telefon bimbitnya dan menelefon si Zamri (kawan se gotong royong tandas) dan membatalkan hasratnya serta bercerita tentang perkara yang terjadi kepadanya. Walaupun hati Ziyad meronta-ronta nak pergi berlibur sambil berkaraoke, tetapi dek kerana kasih dan sayangnya kepada isterinya si Moona (panggilan manja), maka dipendam hasrat tersebut begitu sahaja. Hati Ziyad terlintas untuk menjejaki ‘abang klon’ dengan menggunakan ‘pandangan’ isterinya, Moona. Kemarahan Ziyad sudah sampai ke kemuncaknya. Naik bulu roma seluruh tubuhnya dan tiba-tiba tangannya mengeras seperti jazbah wasilah mendekatinya……..Ziyad menghulurkan telapak tangannya ke muka isterinya dan menyuruhnya melihat dengan mencelikkan mata sambil mengingatkan akan ‘tali ingatan berterusan’.
Setelah beberapa saat, Ziyad menyuruh isterinya menutup mata dan mulakan sorotan diri Moona..dengan arahan si Ziyad sebagai pembimbing, Ziyad berkata: “ Awak cari ‘abang klon’ tu, kita hapuskan ‘dia’! dan tangkap masuk botol, jika perasaan awak tidak bersetuju dengn ‘dia’ awak tangkap. Kalau tidak berdaya mohon bantuan dari Tuan Kelarias”. Selang beberapa minit, orang rumahnya pun membuka matanya yang sepet tu. Ziyad pun bertanya: “ Apa yang awak nampak dalam ‘pandangan’ awak tadi….?
MENANGKAP ‘ABANG KLON’ ATAU HANTU RAYA
Moona sambil mengosok matanya yang kemerah-merahan bercerita lagi, “Saya nampak diri saya berada di kawasan padang yang sangat luas, sedang duduk di bawah pokok. Kemudian datang si ‘abang klon’ berjubah hitam dan saya tangkap masuk dalam botol yang kedap udara seperti yang diarahkan”. Walaupun sudah ditangkap tapi pada perasaan tubuh kasarnya ada lagi ‘benda’ yang cuba untuk meresap ke tubuh.
‘Benda’ tu duduk pula di belakang Moona, sambil tangannya seperti mahu berbuat sesuatu. Kata Moona, “Saya pun tangkap beberapa ekor dan hantar kepada Tuan Kelarias, sampai penat rasanya.” “Sedang saya menangkap ‘benda’ tu, saya dengar pesanan abang (Ziyad), jika tidak mampu, minta tolong kepada tuan Kelarias. Sekonyong-konyong, Tuan Kelarias datang memberi pesanan: “Cukuplah! Biar Aku yang buat!”. Isteri Ziyad pun membuka matanya…termengah-mengah dia kepenatan. Untuk pengetahuan pembaca, Ziyad adalah rakan dogengan hamba di bawah bimbingan Tuan Kelarias.
Hamba teringat, Tuan Kelarias pernah berkata: “ Rohaniah kecil sangat sukar untuk berjalan, lagilah berbuat perkara seperti bertempur dan ‘kill and clean’, rohaniah akan penat dan tidak mampu melakukan perkara-perkara yang lebih besar seperti bertarung dengan Jin dan ifrit yang bersaiz mega voltron..untuk mengelilingi bumi akan semput dan pancit ditengah jalan…alamatnya bergentayanganlah rohaniah tersangkut di pokok kelapa, tersadai di air kumbahan, silap-silap masuk lobang jamban atau tersangkut di jaring UFO…he heh heh.”.
Seperkara lagi Tuan Kelarias selalu berpesan katanya: “…….agar sentiasa berusaha membesarkan rohaniah hingga mencapai paling rendah pun 50% dan ke atas dengan bermujahadah bersungguh-sungguh. Supaya dapat menempuh keadaan alam seterusnya dengan lebih mudah dan cepat bergerak…”. Bila terkenangkan kata-katanya, hamba rasa rohaniah hamba yang seciput ni agaknya terkehel dipulas jin ifrit bila ‘bertugas’.
“…Hamba mohon dikurniakan kepada hamba dan rakan-rakan seperjuangan agar dirahmati Allah dan diredhai guru untuk memperbesarkan rohaniah di sisiNYA…..” Amin…
MENG ‘ADJUST’ KEDUDUKAN RUMAH YANG BERSARANG IFRIT
Ziyad yang sedari tadi meneguk secawan dua kopi panas mula bertenaga kembali untuk bercerita. Hamba pun bertanya: “ Apa terjadi seterusnya…”. Ziyad mula menyusun kata, begini ceritanya: “Beberapa minit selepas manangkap ‘abang klon’, terlintas di hati saya untuk meninjau kawasan rumah, kerana sangkin bengangnya saya kerana ada benda yang mengklonkan saya..sebagai suami… dan isteri yang dicintai percaya pulak tu… ishh tak boleh jadi….Ini tak boleh jadi!!!. Ziyad menyambung lagi, tinjauan dilakukan dengan melihat dari atas bumbung rumah seperti helikopter airwolf mengesan musuh. Dengan pandangan yang agak kabur, disebabkan night vision jenama murah, saya terlihat tompok-tompok merah sedang menyala memberikan isyarat, menandakan di situ terdapat musuh yang sedang menyerang hendap.” Sambil menyedut rokok lenteng cengkihnya…..sesekali Ziyad terbatuk tersedak asap bercampur kopi. Kemudian Ziyad menyambung ceritanya, “Saya peliklah tanpa diduga tetiba kelibat Tuan Kelarias datang menjenguk, manalah dia tahu saya tengah buntu nak menyetelkan masalah ini.
Bila Tuan Kelarias sudah berdekatan, apalagi saya bertanya kepada Tuan Kelarias yang sentiasa menjadi mentor dalam hal-hal ke’ifritan ini: “Tuan! bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini..?” Saya bertanya semangat. “Engkau buat seperti biasa, musnahkan mana yang berniat jahat dan yang mengganggu ketenteraman, kemudian bersihkan apa yang ada.” Begitulah kata Tuan Kelarias sebelum dia meninggalkan saya keseorangan. Saya mengangguk tanda faham, lalu operasi ‘kill and clean’ pun bermula….” katanya sambil menggaru-garu badannya yang sesekali gatal. Hamba lihat si Ziyad mula bersemangat dan berkeyakinan, mungkin kerana Tuan Kelarias membantunya tadi.
PAGAR BUIH, TELUS MATA IFRIT.
Sesekali Ziyad melepaskan pandangan jauh seolah-olah berfikir untuk mengolah cerita. Setelah lama dia berdiam diri…akhirnya dia menyambung ceritanya. “Ketika saya di atas bumbung sambil meneropong, saya dapat melihat tompok-tompok isyarat sedang bergerak dalam kelompok berbeza, lokasinya ialah di setiap bilik tidur dan di hadapan rumah. Dengan menetapkan ayat power di hati, bukan saya yang melakukan…
saya pun mengalirkan sasro birawa peringkat sederhana sahaja, setiap bilik di Zazzzz sampai hilang tompok merah yang bersarang, keadaannya seperti binatang hidup sedang menjalar ke sana-sini. Habis semuanya terbakar kepanasan.” Suara Ziyad mula menaik, tanda dia puas. Ziyad bercerita lagi.”Setelah selesai operasi ‘mencuci’, tetiba terasa rumah tempat dia duduk itu menjadi kecil dalam pandangan, seperti di dalam telapak tangan, diputar-putar, di uli-uli, di goncang-goncang macam rumah mainan dan akhirnya seperti rumah itu dalam buih biru sedang terapung-apung di perkuatkan dengan tenaga dalaman. Lalu diletakkan kembali kedudukan asalnya..hati saya pun berdoa; “Mudah-mudahan rumah ini tidak dilihat oleh makhluk yang berniat jahat dari langit, bumi dan antara keduanya.” Katanya lagi, saya cuma menyaksikannya sahaja, mungkin imaginasi saya sahaja yang terikut-ikut seperti dalam filem fiksyen..
MANDI LIMAU MENGELUARKAN ANGIN MEGATRON PERINGKAT JINGGA.
Hamba teringat dengan isterinya si Moona, apa sudah jadi dengan isterinya. Hamba pun bertanya. Bagaimana dengan isteri engkau Ziyad?” Kata ziyad , isterinya keletihan, bingung, panik dan pelbagai perasaan menyelubungi dirinya. Terluncur dari mulut Ziyad agar menyuruh si Moona mandi limau, solat taubat dan solat tasbih. Ziyad memandikan air limau dengan cara yang diajarkan oleh Tuan Kelarias, tarik nafas buang nafas dan segala kaifiat dilengkapkan. Ketika sedang mandi, isterinya mula terbuang angin, Pruuuuuuuttttt…..memecah kedinginan malam.
Pada mulanya tiadalah perasaan akan hangitnya angin tersebut, ujar Ziyad sambil tersenyum simpul. Selang seminit sedas lagi keluar, dalam bilik mandi yang kedap udara di tengah malam yang syahdu, bom-bom berantai yang berisikan gas beracun mula memenuhi segenap ruang bilik air tersebut. Saya gagahi juga memandikan limau tersebut sambil menahan nafas daripada gas beracun menembusi dada saya” ujar Ziyad sambil tersenyum.
“Ini mesti angin jahat yang bersarang dalam tubuh dia dah keluar, angin jahat rupanya…..,”sedang Ziyad mengelamun memikirkan apa yang terjadi.. tetiba Ziyad rasa sudah tidak tertahan lagi menahan gas beracun tapi kali ini gas beracun megatron peringkat warna jingga…PRRROOOOOOOOOOTTTTT….! siapa yang menghidu baunya boleh separuh pengsan..”.Terbahak-bahak kami berdua ketawa.. Kemudian dia cuba solat, tapi angin-angin jahat membatalkan wuduknya..sampai 5 dan 6 kali berwuduk tetap terbatal, Ziyad mesej telefon Tuan Kelarias, mengenai apa yang berlaku sehingga wuduk yang membatalkan solat berkali-kali…mesej pun berbalas..mesej Tuan Kelarias berbunyi “yakinlah, dengan sebenar-benar yakin kepada ‘tali’ keyakinan.
Sila teruskan solat walaupun apa yang berlaku…dan …………………” terhenti di situ sahaja kata-kata Ziyad. Hamba tanya kepada Ziyad: “Dan Apa…..? Ziyad memberitahu hamba, bahawa dia tidak dapat menyebutnya kerana rahsia….. Hamba akur dengan kata-katanya..mungkin atas sebab menjaga intipati keilmuan. Dan akhirnya, setelah isterinya solat taubat dan tasbih, maka beransur-ansur pulih apa yang berlaku tadi. Ziyad dengan muka yang gembira sambil menyebut “Alhamdulillahhhhhh……Allah masih melindungi kami sekeluarga. Sebelum dia mengakhiri ceritanya, Ziyad mendekati hamba sambil berbisik… “ Tuan panglipur Setia tidak perlulah bercerita atau bertanya kepada isteri hamba bab-bab angin mengatron jingga tadi……nanti dia malu…..merah padam mukanya nanti…yang lain boleh cerita….” Kami ketawa besor malam tu….
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
Riwayat Muslim
Moral:
1. Isteri dan anak-anak adalah hadiah yang paling berharga daripada Allah kepada hambaNYA yang beriman, daripada mereka, kita diuji dan daripada mereka juga kita terkeji. Maka peliharalah mereka dengan penuh kasih sayang yang boleh membawa kepada keredhaan Allah.
2. Sebenarnya ramai manusia samada dia sedari atau tidak, mereka menggunakan ilmu (klon) atau hantu raya atau pun pendamping yang tidak diundang. Bilamana diri ditiru, dicetak atau sebagainya oleh makhluk tersebut, pastinya akan menatijahkan keburukan kepada orang tersayang, keluarga, rakan, orang kampung dan sebagainya. “Elakkan dari menggunakan ilmu ‘tapa’ jika ingin berlayar di lautan luas”: kata Tuan Kelarias.
3. Jangan terasa diri kita kebal dari segala ancaman makhluk samada jin, ifrit, syaitan, buatan manusia dan sebagainya, kerana itu semua adalah dari Allah dan kembali kepada Allah.
4. Jika ditanya: Apakah ilmu yang paling hebat dimuka bumi ini: hamba akan jawab: “Pesan Guru….

No comments:

Post a Comment

Popular Posts