PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Tuesday, May 10, 2011

Bangsa Mim Era keluarga al Imran 7



“Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.”
ayat 84, surah ali-imran

frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.
Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa “the lost tribe of jews”? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.
Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.
Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda ‘di larikan’ dari bangsa yang di khabarkan akan ‘musnah’ pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau ‘tercalar iman’ ? !
Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang ?. Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.
Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara ‘dahulu’, ‘kini’ dan ‘masa depan’?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts