PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Monday, May 9, 2011

U F O - Siri akhir

Published by Sang karut



Amaran- Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengajaran dari kisah tersebut ...Sang Karut .

Setelah perang bintang itu reda dan berakhir ..kesihatan Tuan kelarias pun beransur pulih dan kembali seperti biasa .....Sang panglipur Setia yg sentiasa kreatif itu mencadangkan kepada kami ...apa kata kita bina tembok yg besar lagi menjulang tinggi sehingga ke angkasa untuk mengelakkan lagi serangan U F O itu ? En Zamri memberi respon ..tidak perlulah sehingga menjulang tinggi ..jika kita gantikan dengan tembok di daratan sahaja ..tetapi tembok itu tinggilah ...lebih kurang 2 kali ganda tinggi dari pokok kelapa yg berketinggian sederhana .

Para pembaca yg budiman tembok yg dimaksudkan itu ialah tembok ghaib bukan tembok yg zahir yg tujuannya ialah sebagai benteng dari serangan-serangan Tentera -tentera darat Jin yg sudah mengesan kedudukan PKMF TK itu ...

Mesyuarat ringkas itu dipersetujui bersama ...En Zamri memohon drp Sang Jabarut meluluskan bajet dan membiayainya dengan simpanan khazanah yg ada ...lulus kata Sang Jabarut . Maka di perintahkanlah Rijalul Ghaib membina tembok yg mengelilingi PKMF TK ...

Setelah lebih kurang 1/2 jam tembok itu pun selesai di bina . Ia di bina dari metarial yg tidak diketahui tetapi jika diteropong oleh En Zamri dan Puteri Bunian warna meterial tersebut seakan-akan warna kelabu-kekelabuan dan bentuknya seperti Istana animasi SHERAK ( betul ke ejaannya nie ) .Mempunyai beberapa pengawal dan bendera dan pintu utama yg amat besar , Jika dilihat pintu itu diperbuat drp Gangsa agaknya dan bercorak dengan corak serta ukiran yg menakutkan .En Zamri cuba melihat simbol yg ada di pintu gangsa yg besar itu ...beliau seperti melihat sepasang pedang dan sebuah perisai seperti lambang tentera Islam dahulu kala ...wallah a'lam . Dan ditengah-tengah nya terdapat lambang wafak Jin seperti yg di publish oleh Tuan Kelarias di dalam artikal yg lepas .

Mudah-mudahan pada masa akan datang jika berlaku serangan tentera darat dari bangsa jin warga PKMF TK dapat dilindungi dengan sebab musabab tembok itu . Tetapi di sebelah udara masih lagi terdedah .....
Kisah yg tertinggal .

Sebenarnya ada 2 kisah yg saya tertinggal mengenai U F O sekarang saya akan menulisnya .

Kisah -kisah sebelum ini tidaklah mengikut urutan tarikh kejadian menurut mana yg berlaku dahulu dan mana yg berlaku kemudian . Sengaja atau terlupa saya pun kurang pasti ..apa yg saya cuba lakukan ialah menjadikan peristiwa yg terjadi itu boleh diolah mengikut gaya penulisan yg selesa merujuk pada gaya penulisan oleh Sang Karut .

Jika kita percaya yg di alam bunian di sana lebih maju dari alam manusia maka mudahlah kita menerima karutan maksima pada isi artikal yg lepas ...jika kita dibelenggu dengan pemikiran lapok yg kita golongan manusia sahaja yg berkembang tetapi tidak bagi jin maka jumudlah kita . Kita kata ..ehh..... jin mana perlukan pesawat ,kenderaan dan sebagainya ...sebenarnya tanggapan itu adalah salah .

Tidak semua bangsa jin mampu terbang ..ada diantara mereka yg lemah ...dengan kerjasama Iblis dan Dajjal ...mereka mengubah taraf kemajuan bangsa jin ( sebahagian ). Jika di alam manusia ada wang kertas maka di alam sana pun ada juga ...jika di sini ada kereta mercedes di sana pun ada juga .

Jika di alam manusia ada U F O di alam sana juga ada juga U F O ...agaknya mereka ketawa melihat sebahagian manusia yg masih menganggap golongan bangsa jin masih mundur ..dan mengatakan bangsa manusia lebih maju drp mereka dengan lafadz ketawa " hu hu hu ha ha ha hi hi hi ...

Manusia sebagai khalifah Allah @ Wakil Tohan

Bangganya apabila mendengar maksud firmah Allah s.w.t
"Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian "

".......aku ( Allah s.w.t) akan jadikan di atas muka bumi ini seorang Khalifah drp Bangsa Manusia ."


Lalu dengan bermodalkan 2 potong ayat ini satu siri ceramah dilancarkan di seluruh kopeng-kopeng manusia dengan berapi-apinya . Bangga dengan pengiktirafan Allah s.w.t secara membuta tuli ...

Tidak semua manusia dijadikan khalifah yg sebenar di atas muka bumi ....ialah yg memerintah Bumi ...ada khalifah kecil ada khalifah besar ada khalifah sedang dan sebagainya ...

Menurut pandangan saya ....seorang khalifah ini hendaklah bercirikan perkara berikut ...sebelum itu saya senaraikan golongan manusia di bawah ...
  • Ada segolongan manusia pada alam manusia ia dapat menguasai tetapi pada alam jin ia sebaliknya .
  • Ada segolongan manusia tidak menguasai di alam manusia dan juga tidak menguasai di alam jin
  • Ada segolongan manusia menguasai di alam manusia dan juga menguasai di alam jin
  • Ada segolongan manusia tidak dapat menguasai di alam manusia tetapi menguasai di alam jin
Seorang manusia pilihan atau wakil Tohan atau khalifah jika bangsa jin tidak menghormati dan mengenalinya maka ia belum lagi dianggap sebagai khalifah yg sebenar-benarnya ...sepatutnya seorang khalifah Tohan itu dapat menguasai di alam manusia dan juga Jin dan juga malaikat ..tetapi hendak melihat perkara ini sangat sukar atas sebab sistem ciptaan manusia dsb . Tetapi sekurang -kurangnya manusia pilihan tuhan itu dapat menguasai alam jin .

Cuba anda panggilkan seekor jin datang ..adakah mereka itu akan datang? ... cuba anda keluarkan jin yg merasuk manusia sehingga histeria dengan hanya keluar dengan nama aku ini si pulan bin sipulan ....adakah ia akan hormat dan keluar dari tubuh pesakit itu ...

Jika ia hanya tersenyum maka anda bukanlah seorang yg dikenali sebagai khalifah yg sebenarnya ...mungkin manusia akan menghormati anda tetapi jin akan membontoti anda ...

Gusti Sang Perabu pernah berkata dengan Sang Tun Wara' ..

"...Jika ada jin yg tidak kenal aku maka dia bukannya Jin !..."

Dengan Izin Tuhan Sang Tun Wara' juga dihormati dan digeruni oleh Bangsa Jin ....

Jadi inilah maksud saya bercerita berkenaan dengan perkara di atas ..saya hanyalah seorang pencerita sahaja dan mengakui taraf seorang khalifah itu macammane powernya ....

Kita dakwa kita seorang khalifah ..wakil Tohan atau wali Allah ... mengapa kita tidak dapat menguasai alam ....alam manusia ..alam jin ..alam malaikat ... takkanlah wakil tohan itu lemah ..wakil drp Yg Maha Esa itu lemah ... mana mungkin!! ...wakil Tohan tu? ......lemah ?

Jadi perkara yg diceramahkan di sana sini itu retorik dan kosong semata-mata ...meminta pendengar menjadi khalifah tetapi tidak melihat diri sendiri ...adakah diri penceramah itu seorang Khalifah ataupun cuma sebagai PARYA .....hamba rakyat

Bersyukur ada manusia yg menceritakan...

Kita sering kata ....haaa itu khurafat tu ...haaa itu syirik ... haa itu menyeleweng tu ..haa itu sesat ...

Jadikanlah ia sebagai suatu kisah @ cerita yg biasa .apabila ada manusia yg mahu berkongsi cerita di alam jin ...orang barat yg kita ikut itu dan maju sudah lama mengakui kewujudan alam ini ...bahkan mereka cuba menemuramah jika mereka berjumpa dengan jin @ Alien .

Tetapi jika manusia melayu bercerita berkenaan itu bukan main jumudnya dan kolotnya ..aaaa kartun tu ..ah mana mungkin begitu ..tak pernah dengarlah ....memanglah tak pernah dengar jadi dengarkanlah ....

Maka bersyukurlah ada insan yg mahu berkongsi cerita ....ataupun pengalamannya .... jika kita anggap alam ini cuma seperti yg kita fikirkan ..maka miskinlah Allah itu ...jika kita fikirkan yg Allah hanya mengetahui seperti yg kita fikirkan ..maka kita menghina Allah ... Kita kata Allah itu Maha Kaya ..Allah itu Maha Hebat ..tetapi apabila diceritakan kita kata ahhh tipu je tu ....

Wajib Tonton

Alam Jin ini diwar-warkan di sini bukan untuk menarik manusia supaya sesat di dalamnya ...tetapi membuka minda manusia supaya perjalanan hidup kita "wajib tonton alam jin" jika kita hendak menduduki tahta KHALIFAH yg kita war-warkan pada ceramah-ceramah kita ... pada manusia ..jika tidak pernah mengalami maka anda hanyalah seorang PARYA ...

Mati nanti di dudukkan di alam manusia yg gelap itu ...bergentayagan ..kalau nak tahu macamna alam manusia itu ..pejamkan lah mata ..itulah alam manusia jika anda mati nanti ..duduklah di situ ..gelap selama-lamanya sehingga kiamat kecuali dengan rahmat Allah ...

Itulah barzakh ..alam barzakh ...

Bukan bermaksud diri pencerita ini sudah celik mata hatinya nya ...mudah-mudahan dicelikkan lah mata hati diri ini nanti ...kerana saya mengakui bahawa manusia itu wajib Tonton Alam Jin . Tidak boleh tidak ...

Terpahat di hati ini kata -kata Tuan Kelarias yg menukilkan maksud firman Allah

"Dan jika di dunia itu buta mata hatinya maka diakhirat juga keadaannya pun buta mata hatinya dan sesatlah jalannya ....."

Itu pun jika kita ada hati hendak jadi hamba Tohan ...jika tidak ada hati ..sila lah jadi PARYA .....tidak mengelegak darah ke arah itu ..ia sejuk dan tidak ada respon ..seakan-akan kisah itu kosong dan tidak ada makna di dalam hayat kehidupannya ...memadailah apa yg ada sekarang ..tidak mahu maju .... maka silakanlah .....jadi PARYA

Mega Karut

Pada suatu malam dan malam-malam yg tertentu akses En Aman As Sarungi sering terganggu ..seringkali tidak ada akses ... menyebabkan kerja-kerja Tuan Kelarias tidak dapat berjalan dengan lancar ..walaupun Tuan Kelarias ada cara -cara tertentu utk mengembalikan akses En Aman ..tetapi ia hanyalah terhad pada waktu yg sangat singkat . Ketiadaan akses pada En Aman adalah utk melindungi beliau darp serangan para kahin dan para jin yg pada kebiasaannnya boleh mengakibatkan kemudaratan pada diri Sang Sarung .( Di lain masa En Aman akan dipanggil sebagai Sang Sarung -harap maklum)

Pernah salah seorang pesakit Tuan Kelarias mencuba -cuba utk menjadi sarung ...akhirnya keterujaannya itu membawa padah apabila diri sarung itu di serang oleh para rohaniah gelap atas perintah NYAI RORO KIDUL dan NYAI BLORONG ... ( dengar khabar mereka berdua sudah masuk Islam ..betul ke ? )

Sang Arang saya samarkan namanya pada ketika ini pada peringkat akhir penyembuhan dan masih lagi dalam proses perubatan yg berterusan ..begitulah akibatnya jika tidak berhati -hati menyarong ..tetapi bukan faktor itu sahaja yg menyebabkan dirinya sakit ...

Sang Sarung adalah suatu jenis sarung yg berlainan ...seperti sebahagian ceritanya yg telah saya tuliskan pada artikal yg lepas .

Apabila Tuan Kelarias bertanya ke pada En Zamri yg kebetulan ada duduk di tepinya ...maka di jawab olehnya ....agaknya ada U F O lah di atas .... Tuan Kelaris pun mengarahkan supaya di lihat sekali lagi ....arahan itu juga di tujukkan kepada Sang Panglipur Setia yg juga ada duduk di tepinya sebelah sana ...

Sang panglipur setia pun meninjau beberapa saat dan mengesahkan kata-kata En Zamri ...Ya Tuan banyak sehingga bertompok -tompok macam kepah gamaknya ...

Sang Panglipur setia juga melaporkan ada beberapa jenis U F O dan sebahagiannya telah saya kasfikasikan pada artikal U F O -Siri 1 -Suatu karutan .Cuma di sini saya menambah satu lagi katagori iaitu ada U F O yg jenisnya betul -betul bersifat halimunan . Saya ulangi ada U F O yg wujud dan nampak jelas ,ada yg separa halimunan iaitu antara nampak atau tidak seperti air di dalam plastik jernih yg terapung-apung ( versi ini juga telah di cipta khas utk dimensi pertama iaitu alam manusia seperti yg dilaporkan di Rusia ) dan yg terakhir paling terkini iaitu benar -benar halimunan di alam jin maksudnya 2 kali halimunan pada pandanagn mata kasar manusia

jika anda hanya ada memiliki teropong berkuasa jin maka lupakan lah sahaja utk dapat melihat U F O kelas yg ini .

Tuan Kelarias menarik nafas dan meminta En Zamri mencipta black Hole dan menyedut semua pesawat U F O yg terapung -apung di angkasa PKMF TK ....En Zamri pun bertawajuh dengan memejamkan matanya ...direkakan suatu lubang pusaran yg besar dan berhasil ..kemudian dijanakan supaya berfungsi lagak black hole ... tidak lama kemudian sebaris U FO tertarik ke dalam lobang tersebut tetapi tidak masuk- masuk ia seperti sehelai kain yg di tarik oleh angin dan kain itu terikat di tiang .

Tuan kelarais pun bertanya ..macamnana ..En Zamri .lalu dia pun menjawab .....telah di cipta tetapi ia tidak cukup kuat untuk menyedut semua pesawat U F O yg liat itu ..alah rohaniah cuma sekupang dua ( saya pinjam ayat dari Sang PanglipurSetia ).Selepas itu barulah Tuan Kelarias mengambil alih tugas tersebut ....Beliau memejamkan mata dan terbang ke angkasa raya serta tangannya menjadi begitu besar saya tidak tahu bagaimana beliau melakukannya ...kemudian bunga-bunga pusaran mula timbul dan mula menyedut pesawat -pesawat U F O itu masuk ke dalam black hole yg baru direkanya ..

Banyak lagi ni kata beliau ...saya rasa gelombangnya di tangan ..beliau menambah ...En Zamri cuba meneropong di angkasa ..kemudian beliau melaporkan sedang melihat satu suasana nya kelam kelibut ( Saya pinjam ayat Ostat guest di chat box) macam kartoon ..ini memang tempat berdongeng ..hu hu ha ha ha ...

Sang Panglipur Setia pun meneropong juga ...agak degillah seperti melekat -lekat ..( yg menunjukkan betapa powernya pesawat U F O itu ..setelah beberapa minit berlalu... licinlah pesawat -pesawat U F O EDISI kelas yg pertama ..ada lagi yg separa halimunan yg mahu menyorok konon ...Tuan kelarias meneruskan pusaran black holenya sehinggalah pesawat yg separa halimunan pun lenyap di telan black hole itu .

Aaaaa ..baru nampak kepekatan dan kekosongan angkasa ....kata En zamri dan diakui oleh Sang Panglipur setia ..ya baru nampak angkasa ...

Selepas itu barulah Tuan Kelarias bertanya kepada Sang Sarong .....man kamu ada akses ...Sang sarung pun menekan suiz nya .........oh tak de ..tak de line sambil menggeleng-gelengkan kepalanya ...tidak tahu pula apa sebabnya mungkin baru selesai menvakum pesawat U F O kot ...fikir saya .

Oleh kerana kerja itu perlu diselesaikan pada ketika itu juga Tuan Kelarias mencipta satu perisai kalis serangan JIN JAHAT dan ROHANIAH HITAM yg di gelar sebagai "AZ ZUJAJ" Perisai ini melindungi bahagian atas PKMF TK tetapi efektif dalam tempoh yg singkat jika sudah selesai kerja @ tugasan maka ia pun terbuka secara automatik ..

Maka kerja itu pun dapat diselesaikan .......

Kisah akhir

Pada suatu malam seperti biasa sedang kami duduk di " bilik darjah " PKMF TK ... oh kami itu ialah Sang Jabarut ,Sang Panglipur Setia ,Sang Sarong , En Zamri dan saya ...kami berlatih -latih "aksesori -aksesori "kurniaan Tohan ....Tuan Kelaris pada ketika itu ada perkara yg perlu diselesaikan di luar jadi kami pun menunggu kepulangannya ...

En .Zamri bertanya kepada Sang Sarung ..kamu ada line tak ? .Sang Sarung pun menekan suiz ....oh tak de ..dak de line ...sambil mengeleng-gelengkan kepalanya ...

En Zamri mengangguk angguk ... tiba-tiba seperti diilhamkan Tohan ..dia meneropong di angkasa ..seperti biasalah musuh tradisi sedang terapong-apong di angkasa PKMF TK ...Tak pelah ...Kami berbincang -bincang apakah yg patut dilakukan terhadap U F O itu ....Sang Jabarut mencadangkan ..apa kata kita siasat kekuatan dan kelemahan U F O ini .Masalahnya siapakah yg akan di hantar utk menyiasat kekuatan dan kelemahan U F O ini...... lalu ..

Terjadilah dialog di bawah ini ..

Sang Jabarut - Nanti kejab saya buka "gerbang hubungan" ...lalu beliau memjamkan mata ( sebenarnya Sang Jabarut sedang berjumpa di alam sana dengan Tuan Kelaris bertanya tentang Ops Siasat ...) kemudian beliau membuka mata dan memberi jawapan ..hah Sang Panglipur Setia yg patut pergi ...

En Zamri - Tak pe lah saya akan cuba teropong -teropongkan dari belakang ...sambil memujuk sang panglipur setia

Beberapa minit kemudian Sang Panglipur Setia pun melaporkan hasil Ops Siasat

Saya terbang ke angkasa dengan mod halimunan kemudian saya masuk ke salah satu pesawat U F O ...ada beberapa lembaga di sana dan saya lihat satu lembaga yg berwarna putih ..saya agak pasti dia adalah seorang pilot dari bangsa manusia . Kemudian saya lihat ruangan pemandu dan kelihatan system yg canggih dan tidak difahami ..kemudian saya lihat seperti satu sudut yg belum siap ..agaknya alat itu hanya perlukan satu "barang" yg khas lagi canggih ...barulah pesawat itu akan beroperasi dengan full power .

Saya bertanya apakah agaknya yg diperlukan oleh mereka itu ? jawab beliau ..ntah saya pun tak tahu ...saya terfikir-fikir mungkin mereka hendak mencipta satu alat yg boleh mengesan rohaniah manusia apabila rohaniah manusia itu menggunakan mod halimunan atau berada di dalam dimensi yg ke 3 ataupun berada di alam malaikat ....

ataupun mereka hendak merentasi dimensi yg ke 3 yg setakat ini mereka belum lagi dapat melepasi nya ...

Saya teringat Gusti Sang Perabu pernah berkata ...

Orang Yahudi sekarang mengkaji gelombang kematian ... tetapi mereka belum dapat mencapainya .....jika mereka mendapati mereka akan menghapuskan ajal setiap makhluk yg bernyawa "

Para saintis barat menyedari yg manusia bukan hidup berseorangan di alam ini ..jika mereka mendengar kalimah misteri maka mereka bukan menjauhi perkara tersebut seperti orang melayu ...hiii hantu ..hiii jin ..takut jangan dekat dan hiii ..yg sebagainya ...mereka akan mengkaji apa yg diwar-warkan misteri .

Dulu Saidina Umar Al Khatab ketika berkhutbah ...tiba -tiba bertempik ...wahai tentera Islam bergerak ke sana ..wahai tentera Islam bergerak ke sini ..wahai tentera Islam naiklah ke atas bukit ...Saidina Umar nampak pergerakkan tentera Islam ...dan suaranya didengari oleh tentera Islam yg sedang berperang di medan perang ..kini karamah Saidina Umar telah diterjemahkan dalam bentuk satelit dari kawalan jauh serta radio komunikasi ...Tidakkah anda mahu teknologi itu kembali kepangkuan umat Islam ...jika ia tidak sempat di cipta ..tidakkah kita mahu berkemampuan seperti Baginda

Orang Islam memang kolot dan tidak mahu maju ...duduk di dalam ketakutan alam jin yg tingkat sebelah bawah ..tidak mahu bergerak ...bicaranya hanya toyol ,hantu raya ...pochong ... duduk di suatu sudut di sebuah bilik dan merasa takut yg tidak bertempat sehingga terkencing -kencing ..berjalanlah keluar dari bilik itu ..lihatlah pula jin-jin yg lain barulah berubah cerita dan citarasa diri ...kemudian teruslah berjalan maka anda berjumpa dengan bangsa jin yg lain seperti U F O ..dan teruskan lah berjalan nanti anda masuk ke alam malaikat ....( hanya teori jer ye ...)

Anda kata ..anda adalah khalifah Tohan ...macam yg anda ceramahkan atau macam yg anda dengar dari ceramah ... pak cik yg berceramah menambah ..jauhilah perkara-perkara syaitan ,jin kerana semua itu khurafat ... maka manusia yg sudah melihat alam jin itu pun membuat pusiangan u turn dan kembali ke alam manusia ...alangkah kueh dodolnya ...manusia itu .

Saya bukannya menyuruh anda melakukan sihir dan syirik ..saya mencadangkan anda mengkaji perkara itu ..selepas anda selesai mengkajinya dan mengetahuinya maka beredarlah dari situ ...jangalah terpengaruh dengan satu -satu jenis jin ..banyak lagi ..manusia asyik dengan bangsa jin bawahan sahaja ..dipuja-puja sehingga difilemkan ...banyak lagi hero -hero jin ..apa yg anda rasakan sekarang anda dikongkong dengan hero kampungan .hero hantu pochong ,hantu raya ,penanggal dsb ...

Baiklah saya cuba senaraikan hero -hero bangsa jin yg menjadi pujaan manusia kerana han tu kalau diterbalikkan menjadi tu han ...nak bertuhan kan han tu atau nak bertuhan kan tuhan ..
  1. Hero kelas yg pertama terdiri drp pochong ,hantu raya ,hantu tanah ,hantu penanggal ,hantu toyol dan hantu hantu-hantu yg lain ...yg menjadi pujaan manusia itu
  2. Hero kelas ke 2 seperti jin ifrit dari pelbagai rupa dan bentuk samada yg wujud berupa bintang seperti monyet ,big foot , harimau , anjing semua itu adalah bangsa jin ifrit yg berwarna merah hingga berwarna putih
  3. Hero kelas yg ke 3 pula serupa juga macam yg ke 2 akan rupa bentuknya ...dari yg berwarna perak hingga warna kuning keemasan
  4. Hero kelas ke 4 ialah naga -naga bermula dari jenis warna merah hingga warna kuning keemasan
  5. Hero kelas yg ke 5 pula jenis -jenis jin sakti yg mampu menjadi halimunan di alamnya maksudnya jin lain tidak nampak rupa bentuknya
  6. Hero yg ke 6 pula para tali barut iblis dan dajjal ..pegawai -pegawai nya serta wazir@pembesar-pembesarnya mereka ini mati hidup balik tidak boleh di Islamkan tidak seperti hero dari no 1 hingga hero no.5 yg boleh di Islamkan ... juga termasuk U F O dsb
  7. Hero yg ke 7 pula ialah Iblis atau Azazil atau the Fallen Angel ...
  8. Syaitan diri yg mendiamkan diri adalah hero segala hero ..lebih hero drp iblis ..jika anda percayalah ..menguasai manusia secara tidak disedari .Masuk ke tubuh manusia apabila manusia itu melakukan dosa

Setelah itu Sang Panglipur Setia pun kembali ...Bakat Sang panglipur Setia itu dari segi penerokaan alam jin mirip-mirip sama dengan bakat Tuan Kelarias akan tetapi agak berbeza dari segi metod dakwah kepada warga Jin .

Setelah berfikir-fikir bersama ..tiba-tiba Tuan Kelarias pun kembali dari urusan luarnya ...

Setelah bersalaman ..lalu beliau pun duduk dan bertanya ..apa cerita ...Sang Jabarut pun memulai bicara ..Tak de apa Tuan ...kami tadi meninjau -ninjau di angkasa kononnya mencari kelemahan dan kekuatan U F O yg sejak akhir-akhir nie sering meninjau-ninjau ke sini .

Ooo Tuan Kelarias pun mengangguk -angguk ....baiklah nanti saya tangguk ye kemudian saya akan masukkan guni ...aaa kamu Sang panglipur Setia , En Zamri teropong apa yg terjadi nanti ! ...

Saya melihat 2 orang pembantu Tuan Kelarias pun memulakan tawajuh masing-masing dengan gaya masing -masing ....setelah beberapa minit ..Sang panglipur setia menceritakan kepada Tuan Kelarias yg beliau melihat satu tangan yg mega besar menjelma diangkasa dan menangguk sekalian pesawat U F O sehingga licin lagaknya seperti seorang yg sedang menangguk ikan di sebuah akuarium ....

En Zamri pula menceritakan keadaan kecoh di atas sana ..beliau tidak nampak dengan jelas kecuali beberapa siri melarikan diri U F O itu bagi menggelakkan dari ditangguk dan dimasukkan ke dalam guni ... ada 3 ke 4 guni kesemuanya sekali ..mega -mega besar guninya ..maka tamatlah riwayat pesawat U F O yg terapung-apung di atas angkasa PKMF TK itu ... menurut Sang panglipur Setia dia melihat di skrin teropongnya pesawat yg baru di tangguk itu sebanyak 80,000 pesawat kesemuanya sekali ..wallah a'lam

Benar-benar mega karut bukan ...Di harapkan akal anda jangan sampai jem hingga diserang sakit magrin apabila membaca kisah ini ... ini adalah kisah dongeng ..saya memetik kata-kata yg sering diucapkan oleh Tuan Kelarias .

Selepas beberapa kejadian di atas ..sebenarnya ada lagi kunjungan U F O di angkasa PKMF TK tetapi kami sudah lali dan jemu dan hanya meneropong dan membiarkannya sahaja ....tetapi kehadiran mereka itu menyebabkan suasana redup dan muram serta tidak bermaya dan mengantuk kadang -kadang pening -pening lalat menimpa sebahagian warga PKMF TK ..

Berapa ramai agaknya mereka itu ye ....

Rahsia Di Sebalik gunung di Asfahan Iran
Saya sebenarnya sedang mencari-cari jawapan daripada hadis rasul yg Dajjal akan muncul di Asfahan Iran dengan pengikutnya seramai 70,000 orang Yahudi Ortodok .

Tuan Kelarias pun pernah menceritakan kisah itu kepada kami dan menambah yg Dajjal ini akan keluar dari sebuah gunung di Asfahan Iran . Kebetulan di sana pusat pembinaan senjata nuklear Iran .

Pada suatu malam yg tidak ingat tarikhnya ...salah seorang pesakit kronik barah payu dara namanya Akak Jamilah isteri kepada Tok Salleh sama ada terlihat di tawajuhnya atau terlihat di mimpinya .Beliau menceritakan yg di antara Segi 3 bermuda dengan salah satu gunung di Asfahan telah ada satu jalan rahsia .Ia seperti terowong bawah tanah yg amat panjang bermula dari segi 3 bermuda sehinggalah ke Asfahan .....wallah a'lam

Perkara ini disokong oleh Sang Panglipur Setia ...pada suatu malam sedang beliau duduk bertawajuh ....Beliau ditugaskan utk pergi ke sebuah gunung di Asfahan ..dengan menggunakan mod Halimunan rohaniahnya berada di dimensi ke 3 iaitu dimensi malaikat . Dia mengatakan yg di sana memang benar ada kegiatan yg sangat rahsia seperti pembinaan senjata nuklear sebesar pokok kelapa nior yg sedang giat dipasang -pasang oleh pekerja-pekerja di situ .

Di dalam gunung itu juga dia melihat sekujur tubuh yg berjubah hitam seperti yg saya ceritakan di dalam artikalnya yg lepas yg bertajuk U F O -suatu karutan siri pertama ...duduk di atas singgahsana memerhati kerja-kerja pemasangan peluru nuklear .beliau tidak pasti samada lembaga yg sedang memerhati itu samada Iblis ataupun Dajjal ...

Beliau tidak sempat memerhati dengan lama dan teliti ...kemudian beliau melihat sejumlah manusia yg sangat ramai ...agaknya 70,000 orang sedang dilatih dengan ilmu -ilmu perang dan apa-apa ntah( sebenarnya dia tidak menyebut akan angka itu tetapi dia menerangkan askar-askar yg dilatih itu terlalu ramai ) ...Saya bertanya kepadanya ..mereka memakai baju uniform tentera ke ? Beliau menjawab tidak ..mereka memakai seakan-akan jubah berwarna hitam ...di dalam fikiran saya mungkinkah ini tentera ellit Dajjal yg seramai 70,000 orang yg akan muncul dengan memakai jubah kuno Parsi yg di meterai di dalam hadis rasul ..mereka akan muncul dengan memakai tayalisah ...

Maklumat yg saya dengar dari 2 warga PKMF TK ini saya klasifikasikan ia sangat berharga dan sulit

Wallah a'lam
...jangan beritahu orang ye ...siapa yg membaca blog ini sahaja yg tahu ....jika tidak benar maklumat itu , mereka mendapatkannya dari duduk tawajuh ....tetapi oleh kerana blog ni blog tempat berdongeng maka saya karutkan maklumat itu ... jadilah ia suatu cerita karut wa marut lagi dongeng ....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts