PASUKAN PANJI HITAM THE BLACK BANNER

Tuesday, May 10, 2011

Bangsa Mim warisan Rasul dan Nabi 5



“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya”
ayat 34 surah al-araf

“Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianiaya.”
ayat 47 surah yunus

Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.
Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-
1- Nabi HUD dan Kaum Aad
Ayat 65-72: 7

Di dalam ayat 69, “Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti sesudah lenyapnya kaum Nuh” jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.
2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud
Ayat 73-89: 7

3- Nabi Luth dan kaumnya
Ayat 80-84: 7

4- Nabi Syuib dan kaum Madyan
Ayat 85-93: 7

Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.
5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun
Ayat 103-169: 7

Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalah ayat yang mempunyai ‘key point’ dalam pengkajian ini:-
-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status hamba pada para firaun)

-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda

-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan

-137:7
“Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya”

-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel menyembah patung anak lembu

-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan

-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut ‘bahagian’ masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)

-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari mana perkataan ‘orang hutan’ bermula?)

-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)

Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata – di binasakan.
Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di dalam perbinaan ‘dunia’. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.
Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke bab seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts