Menikmati waktu senja sambil melihat bayangan menara-menara Angkor Wat begitu mengasyikkan.Saya seakan-akan melihat para jurutera Melayu dan Khmer sedang berbincang di satu sudut untuk merencanakan pelan pembinaan Angkor Wat.Sebagaimana para ahli arkeologi Indonesia dan Kemboja,saya juga dapat merasakan ada kaitan misteri antara Borobudur dan Angkor Wat.Apabila saya membaca dan mempelajari bayangan keturunan Srivijaya (tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Melayu') dalam salasilah istana Angkor,saya baru menyedari tangan-tangan misteri yang membina Borobudur adalah tangan yang sama mewarnai Angkor Wat!
Dalam catatan-catatan saya yang lepas,saya ada memberitahu usaha saya menjejaki warisan Kemelayuan yang hilang di Indochina.Pada hari ini saya begitu gembira dapat bersama-sama rakan-rakan pengkaji dari pelbagai negara untuk duduk bersama menghayati warisan Melayu yang begitu 'mistik' di Indochina.Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah hasil usaha pelbagai pihak dan saya sendiri bersama-sama rakan-rakan Khmer di Akademi Diraja Kemboja (RAC) dan rakan sebidang di universiti tempatan di sana.Sesiapa yang ada di sana pasti akan menemui saya,biasa memakai kebaya labuh atau baju kurung.
Kesibukan saya di Indochina selepas pulang dari Amerika Tengah tempoh hari membataskan saya menulis untuk siri Alter Terahsia Bangsa Melayu di MistisFiles.Kami bekerja di belakang tabir bagi menjayakan seminar ini.Antara yang menarik perhatian adalah tamadun Melayu Champa yang kurang diketahui masyarakat dunia,begitu juga teknologi purba Kedah Tua yang hilang dari pengetahuan dunia hari ini.Perbincangan tentang penemuan angka '0' pada prasasti-prasasti Srivijaya dan Champa terus menjadi perbualan hangat sejak seorang ahli Matematik yang bernama Zakov pada satu seminar di Eropah pada tahun 1975 pernah mendedahkan bahawa penemuan angka '0' di kepulauan Melayu adalah lebih tua usianya berbanding yang ditemui pada tamadun India dan Arab.
Sebenarnya untuk membicarakan tentang tamadun Melayu,kita kena ingat DUA PERKARA PENTING INI:
1-Tamadun Melayu bukan bermula dari Kerajaan Melaka
2-Tamadun Melayu bukan bermula semata-mata apabila orang Melayu menerima Islam
Dua perkara inilah yang memerangkap minda orang-orang Melayu terutamanya di Malaysia.Perkara pertama telah menjahanamkan 'self-esteem' anak-anak Melayu apabila menyangka bahawa Melaka hanyalah satu-satunya rujukan kepada dunia pengurusan dan pentadbiran orang Melayu.Dari mana kekeliruan ini tersebar?Dari buku-buku teks sejarah sekolah yang begitu memualkan perut apabila menatapnya.Sejarahwan Jepun berusaha untuk meneutralkan imej kekejaman Jepun dan kekalahan mereka kepada kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua,namun lain halnya dengan kementerian yang mengawal soal pendidikan negara berserta para penulis buku teks sejarah Malaysia yang diupah, MEREKA MENULIS SEOLAH-OLAH BEGITU BERBANGGA DENGAN KEMUNDURAN BANGSA MELAYU DAN MENYAMBUT DENGAN GEMBIRA ERA PENJAJAHAN.Lihat sejarah England misalnya atau buku teks sejarah Perancis.Sejarah mereka mempunyai 'cross-link' dengan sejarah Norman,Viking,Rom dan bangsa-bangsa Eropah yang lain.Semua diceritakan setepatnya dan ini benar-benar dapat diterima akal.Namun di Malaysia,para sejarahwan atau penulis buku teks berdegil menulis sejarah Malaysia amnya dan Melayu khususnya SESEMPIT GEOGRAFI MALAYSIA DARI PERLIS SEHINGGA KE SABAH.
Mereka menulis seolah-olah orang Melayu ini,tiba-tiba muncul di Melaka dan menawan seluruh semenanjung.Adakah orang-orang Melayu yang mundur dan miskin,tiba-tiba boleh membina sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Venice?Mereka perlu menyingkap tabir misteri yang menutup sejarah 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C) ketika para pengasas Srivijaya mula membina jaringan perdagangan maritim di Alam Melayu.Siapakah Nakhoda Tanggang?Malim Deman?Malim Dewa?Atau Malim Kundang?
MEREKA ADALAH PARA PELAUT DAN PEDAGANG MARITIM YANG DIKENANG DALAM HIKAYAT-HIKAYAT MELAYU.Dan ini membayangi sejarah perdagangan maritim yang begitu lama diterajui oleh orang Melayu,Srivijaya.
Siapakah Merong Mahawangsa yang profesionnya membawa barangan dan manusia dari satu tempat ke satu tempat dengan kapalnya?Ingat kisahnya yang membawa putera Rom untuk bertemu dengan puteri Cina?Semua watak-watak ini adalah bayang-bayang kepada profesion purba orang-orang Melayu dahulukala,PERDAGANGAN MARITIM.
Orang Melayu tidak akan membina empayar sekiranya tidak bermula lebih awal.Namun malangnya sejarah Srivijaya terpecah-pecah berkeping-keping dan direbut oleh orang lain.Hasilnya,orang Melayu di Malaysia hanya mendapat serpihan sahaja,iaitu KESULTANAN MELAKA.Jika 'serpihan' inipun telah membangkitkan kekaguman dan prestij yang tinggi dari orang luar dan dalam diri orang Melayu sendiri tentang gaya pengurusan pelabuhan,pentadbiran,undang-undang laut dan cukai,APATAH LAGI JIKA DIBERITAHU TENTANG EMPAYAR MARITIM SRIVIJAYA yang punya rangkaian perdagangan yang kompleks atau kerajaan Champa yang punya sukatan metrik dan ilmu matematik yang tinggi.Kita tidak tahu semua ini,selama ini...kerana kita duduk di bawah tempurung pemerkosaan sejarah paling sadis dalam hikayat Kemelayuan.
Kerajaan Melaka sebagai contoh,tidak berdiri dengan sendiri dan hanya tegak secara individu.Penulis buku teks sejarah Malaysia perlu menceritakan sekali hubungan Melaka dengan kerajaan sekeliling seperti Majapahit,Champa,Angkor dan Ayutthaya.Juga perdagangan maritimnya yang mencakup sejauh kerajaan Ryukyu di kepulauan Jepun sehingga ke Mesir.Ceritakan secara terperinci keadaan di pelabuhan Melaka dengan kehadiran pedagang Cina,India,Jawa,Khmer,Bugis,Eropah,Arab dan sebagainya.Ceritakan bagaimana sistem parking kapal-kapalnya di mana seorang pengembara Portugis mengatakan sebanyak 500 kapal besar dan lebih 1000 kapal kecil berlabuh di Melaka pada satu-satu masa,menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan 'yang lebih kaya dari Venice' ini.Kita tidak tahu semua ini,selama ini...kerana kita memikirkan orang Melayu tidak pandai mencipta apa pun hatta sebatang jarum,pemalas dan 1001 sifat negatif lain yang benar-benar menyedihkan.
Pihak kerajaan sibuk mahu mencanangkan tentang jatidiri,namun jatidiri yang bagaimanakah mahu dibina di atas luka penjajahan dan sejarah yang digelapkan? JATIDIRI HANYA MAMPU DIBINA DARI BUDAYA,BAHASA DAN SEJARAH BANGSA.Secara logik,pengasas Melaka bukanlah membina hegemoni perdagangan di Selat Melaka secara sendirian dan tiba-tiba.Beliau membina kerajaan dan pelabuhan setelah MEWARISINYA DARI SATU BUDAYA PERDAGANGAN YANG AMAT LAMA.
Terdapat empat kerajaan orang Melayu sekurang-kurangnya,yang perlu difokuskan selain Melaka.Pertamanya,Srivijaya.Keduanya,Champa.Ketiga,Kedah Tua dan yang keempat,Langkasuka.Masing-masing mempunyai misteri dan keistimewaan yang perlu disingkap.Sebab itu PERATURAN PERTAMA untuk memahami sejarah Melayu adalah,MELAYU BUKAN SEMATA-MATA BERMULA DARI MELAKA.Ingat,ayat ini dan anda akan menyeberangi ke dunia yang menakjubkan.Mahukah anda membuka rahsia para dewa-dewi Hindu yang sebahagiannya adalah raja-raja Melayu di Suvarnadvipa dan Suvarnabumi,dan lombong emas Kerajaan Israel Raya di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman?Ingat 'kata-kata hikmat' yang pertama ini.
Jika kita memikirkan selama ini budaya Melayu banyak menyerap dari India,SEBENARNYA KITA TIDAK MENGETAHUI tentang Tamadun India yang menterjemah kitab-kitab falsafah Jawa dan Melayu sebagaimana Tamadun Cina yang menterjemah karya-karya sarjana Funan dan Champa.Kita jarang tahu semua ini.Mengapa?Kerana bagi kita sejarah tidak penting sehinggalah kita semua disejarahkan atau dimuziumkan perlahan-lahan sebagaimana orang Melayu di Singapura.Ketika itu barulah terhegeh-hegeh mahu berdondang sayang atau berpenglipur lara menangisi riwayat dan hikayat Melayu yang pupus di bumi sendiri.
Perkara kedua,juga sedikit sebanyak memesongkan orang-orang Melayu sebanyak 180 darjah dari realiti yang sebenar.Membincangkan perkembangan Tamadun Melayu tidak semestinya menafikan pencapaian orang Melayu ketika sebelum kedatangan Islam.Islam bermula sejak abad ke-7 Masehi,dan sebelum itu orang Melayu telah pun menggunakan sistem metrik dan sistem perpuluhan sebagaimana ditemui pada prasasti-prasasti Champa dan Srivijaya.Kita kena tahu membezakan sentimen agama dengan sejarah.Sebagai contoh,bangsa Amerika pada hari ini diketahui umum bukan beragama Islam dan mereka telah mencapai tamadun dan teknologi yang hebat.Adakah setelah bangsa Amerika beramai-ramai memeluk agama Islam misalnya,maka sejarah peradaban mereka sebelum Islam dipadam dan dihapuskan dengan alasan itu hanya mengagungkan zaman kafir mereka?Sejarah Microsoft,McDonalds,KFC,Google,Yahoo! dalan lain-lain akan dipadamkan serta-merta.Itu tindakan bodoh sama sekali.
Ini bukan hendak mengatakan Islam membawa kemunduran pula kerana kebetulan ketika zaman penyebaran Islam,pihak Kristian pula menggunakan imperialisme untuk menghalang perkembangan Islam.Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan kedatangan kuasa Eropah.Keadaan ini akan sama sekiranya kuasa Eropah datang ketika zaman Hindu-Buddha.Apa yang perlu ditekan di sini bahawa MELAYU BUKAN TIBA-TIBA WUJUD SETELAH ERA KEDATANGAN ISLAM.
Jika hendak berkata tentang sejarah,kita perlu jujur walaupun berdepan dengan kenyataan yang pahit,kerana dari situ kita boleh mempelajari segala kesilapan kita.Kita seharusnya bersyukur atas anugerah iman dan Islam kita namun ini tidak semestinya menafikan sejarah Melayu ketika sebelum zaman Islam.Bayangkan Amru al-As sebagai penakluk Mesir memusnahkan segala warisan purbakala Mesir,Piramid,kuil-kuil Firaun atas nama Islam,sudah tentu ini adalah moral yang buruk dan akan dikenang sebagai kedunguan orang Islam kerana memusnahkan kesan-kesan tamadun orang lain.Tetapi orang Islam tidak berbuat begitu di Mesir kerana mereka bukan datang untuk membawa vandalisme kepada tamadun purba Mesir.Mereka datang untuk membawa cahaya iman,dan tanpa memusnahkan kesan tamadun purba,penduduk Mesir berbondong-bondong masuk Islam.Ini adalah hikmah dakwah mereka,kerana sekiranya mereka terburu-buru memusnahkan segala kesan sejarah purba Mesir,sudah tentu penduduk Mesir akan berfikir dua kali untuk menerima Islam.
Tidak perlu mereka-reka sejarah palsu dengan mengatakan keturunannya pernah memerintah empayar Islam yang sebenarnya tidak wujud sama sekali.Empayar Islam di Nusantara yang pernah ada ialah Empayar Cermin-Jeddah atau Majapahit-Kelantan (ini adalah 'clue' kepada Batu Bersurat Terengganu) dan Kesultanan Melaka,di mana ketika itu masih wujud kerajaan Majapahit yang beragama Hindu dan Ayutthaya yang beragama Buddha.Kemudian Majapahit diruntuhkan perlahan-lahan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang muncul di Tanah Jawa seperti Demak dan Mataram Islam.
Jika benar keturunan kita pernah memerintah satu empayar Islam,kajian kita hendaklah serasi dengan sejarah sekeliling dan ada 'cross-reference' dengan bukti sejarah lain.Saya berasa sedih apabila orang Islam bergaduh dengan memakihamun antara satu sama lain semata-mata kerana sejarah dan keturunan,juga pangkat dan takhta.Seorang penulis dan blogger Merah Silu iaitu saudara Radzie Sapiee telah dicerca sehingga ke tahap keturunan apabila penulis blog Merah Silu itu dihina sebagai keturunan lanun dan nama anaknya juga dihina sebegitu keji.Turut mendapat penghinaan adalah sultan-sultan Perak yang dikatakan keturunan lanun perampas takhta semata-mata kononnya negeri Perak adalah berasal dari empayar 'Islam' mereka.Jika mereka adalah pewaris empayar Islam,mengapa peribadi dan maruah mereka tidak sesuci agama Islam yang menggalakkan penganutnya bersabar dan bermanis dalam kata-kata?Inikan pula sesama Islam?Ini terjadi akibat pertanyaan saudara Radzie yang juga seorang pengkaji salasilah kerabat diraja Melayu mempersoalkan kesahihan salasilah 'hikayat' mereka yang meyeleweng.Anda tahu bagaimana ini berlaku?Sebabnya mereka telah mencampur adukkan salasilah raja-raja Melayu dengan keturunan sebelah Siam mereka.Makam-makam raja Melayu ada yang didakwanya secara membuta tuli adalah nenek moyang mereka dan begitu juga ada raja-raja Melayu yang dimakihamun mereka sesuka hati.Ini kerana keturunan mereka telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan bercampur-maur dengan darah Melayu Kedah,dan apabila keturunan sebelah Melayu Kedah Tulen menjadi Sultan Kedah,kaum kerabat mereka yang telah menjadi sebahagian kerabat diraja Kedah merasa marah kerana keturunan mereka (Siam) tidak naik takhta Kedah.Mungkin mereka teringatkan keagungan Ayutthaya pada zaman dahulu dan menyangka Kedah masih dinaungi oleh Ayutthaya.Akibatnya,mereka sudah menjadi sebahagian kerabat istana Kedah,maka kerajaan Kedah Tua yang lebih lama dari Ayutthaya juga dituntut mereka padahal kerajaan ini tiada kaitan langsung dengan keturunan Nai yang telah memeluk Islam. Saudara Radzie Sapiee hanya bertanya dengan baik namun dihadiahkan dengan makihamun yang meleret-leret dan saya perasan gaya maki hamun yang meleret-leret ini juga terdapat pada seorang keturunan Siam (Thai Malaysia) yang membuka blog menentang blogsejarahnagarakedah.Ini adalah gaya makihamun Siam,tidak kira yang Buddha atau yang Islam kerana saya pernah berkawan dengan orang Thai dan menonton wayang kulit serta persembahan teater rakyat mereka yang penuh sindiran dan perlian yang kadang-kadang berbau lucah dan kurang sedap didengar.Saya juga perasan kaitan keturunan Arab Yaman dengan Siam dan campuran dari mereka ini mungkin membentuk Siam Islam,dari apa yang saya baca dan pengetahuan meluas saya menyertai forum-forum Siam Buddha dan juga yang disertai oleh keturunan Siam Islam yang mempunyai 'intermarriage' dengan keturunan Arab Yaman.Semua ini melalikan saya dengan karakter makihamun mereka,'trademark' yang sukar dikikis dari peribadi mereka walaupun ada di antara mereka pernah belajar di Masjidil Haram dan Jordan,malah mengambil jurusan Islam pula!
Saya juga perasan bahawa cerita empayar 'Islam' mereka hanya laku di Kedah dan sebahagian orang Melayu yang buta sejarah.Jika mahu 'fight' di forum-forum luar negeri seperti Indonesia,Singapura mahupun Brunei,sudah tentu akan diketawakan,apatah lagi berpencak di forum-forum Thailand dan Kemboja.Namun ini tidak berlaku jika kita bawa sejarah Kesultanan Melaka,Patani atau Kerajaan Champa era Islam.Kerana semua kerajaan ini ada kesan-kesan di negara-negara berkaitan.Sejarah Melayu Islam lebih diterima berbanding sejarah 'Siam Islam' kerana tiada satu pun prasasti atau catatan tentang empayar Siam Islam ini melainkan hikayat-hikayat atau kitab-kitab jawi Melayu yang diselewengkan atau disalah tafsir oleh mereka.Sebab itu mereka hanya mampu menceritakan wasiat dan penglipurlara tentang mitos empayar 'Islam' mereka di dalam perhimpunan keluarga sahaja bukannya seminar dan sidang sebagaimana yang saya hadiri sekarang.Cuba adakan pengkisahan dongengan mereka itu di Bangkok atau Phnom Penh,sudah tentu akan dihalau oleh orang Thai dan Khmer malah tiada seorang sarjana pun yang berani hadir kerana tiada siapa pun mahu terlibat dalam kisah hikayat perapu mereka.
Saya juga perasan,untuk membuat dakwaan kewujudan empayar 'Islam' mereka nampak logik,maka bermulalah proses 'Islamisasi' seluruh watak-watak,tempat dan sejarah Nusantara.Nama-nama raja Thai Buddha di Islamkan,kuil-kuil dan candi-candi yang nampak terang tiada kaitan dengan Islam juga diIslamkan.Semua sejarah kerajaan-kerajaan Nusantara diIslamkan secara lucu,sehingga Srivijaya dan Majapahit juga diIslamkan setelah Ayutthaya menjadi mangsa yang amat teruk 'diIslamkan'.Portugis yang menyerang Melaka juga diIslamkan sehingga apabila ditanya pelbagai soalan tentang kronologi dan kesan 'Islamisasi' itu,mereka berasa panik dan marah kemudian kelamkabut mereka-reka cerita bagi menyedapkan hati supaya dongeng mereka itu nampak benar.
Nasihat saya,kita boleh berbangga dengan Islam,NAMUN JANGAN SESEKALI MEMBOHONGI ORANG LAIN dengan mempergunakan Islam untuk tujuan peribadi.
Saya juga perasan,apabila setiap kali penemuan sejarah baru berkaitan Melaka dan Malaysia,tiba-tiba mereka mengaku itulah sejarah yang telah hilang dan cuba digelapkan dan kemudian mereka-reka cerita bahawa ia ada kaitan dengan dongeng empayar mereka itu.Dalam hal ini sejarah Kedahlah paling teruk 'diperkosa' mereka dengan setiap inci sejarah Kedah dikaitkan dengan keturunan mereka.Saya juga perasan mereka tidak mempunyai identiti yang tetap.Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam.Mereka tidak boleh keluar dari bayang-bayang Siam/Thai mereka kerana orang tua mereka masih berbahasa Thai Kedah dan masih menyimpan gelaran 'Nai'.Sebab itu dakwaaan mereka bercampur-campur antara Siam dan Melayu.
Semua hikayat,kitab,kajian dan sebagainya yang bertentangan dengan hikayat mereka,maka ia dinafikan terus kesahihannya dan serta-merta mendapat cop 'hasil kerjatangan British',tahyul dan khurafat.Hanya hikayat merekalah yang benar dan suci walaupun juga penuh dengan tahyul dan dongeng seperti garuda yang bercakap-cakap seperti manusia dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Kebanyakan dari mereka ini luas pengetahuan sejarah tempatan namun menggunakannya untuk menyesuaikannya dengan wasiat atau dongeng empayar mereka itu.Tujuan utamanya ialah untuk menuntut takhta Sultan Kedah malah Yang DiPertuan Agong!Dalam hal ini saya teringat tulisan Ibnu Rusydi dalam blognya yang mengatakan kemungkinan besar mereka ini adalah orang Thai dari kerabat atau pengikut Raja Ayutthaya yang terakhir,yang dikejar oleh para pemberontak Ayutthaya dahulu.Beliau berpendapat yang mereka semua ini sebenarnya dari keturunan Boromoraja Ekkathat, Raja Ayuthaya terakhir, yang melarikan diri ke Rundung (Ranong) akibat kekacauan dan peperangan di Ayutthaya, dan seterusnya berkahwin dengan Kerabat Di Raja Kedah dan keturunan mereka kini menjadi Melayu.Ketika dikejar oleh para pemberontak (pemberontakan oleh seorang jeneral Ayutthaya bernama Thaksin),mereka bersembunyi di negeri-negeri Melayu dan mengharapkan belas ihsan orang-orang Melayu yang pernah diancam mereka dahulu.Sebahagian mereka akhirnya memeluk Islam manakala yang lain tetap mengamalkan agama Buddha.Inilah misteri bermulanya konotasi Siam Islam itu.Sebab itu setiap pertanyaan yang berbau fakta sejarah yang menentang dongeng mereka itu akan disambut dengan leteran dan makihamun yang meleret-leret seperti kesampukan hantu kerana hanya orang yang berbohong sahaja akan menjawab secara panik dan dengan perasaan amat marah dan kurang selesa.
Ingat katakunci ini,sejarah Kedah mahupun era Kedah Tua sehinggalah Kesultanan Kedah sekarang TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN SIAM ISLAM VERSI KEDAT.
Dan ingat lagi katakunci seterusnya,bahawa kelompok Tai-Kadai (Siam/Thai) adalah kelompok yang terkemudian datang ke Asia Tenggara dari wilayah selatan China.Ketika migrasi mereka ke Indochina secara beramai-ramai,Indochina sudah terdapat kelompok 'pribumi' yang lebih awal iaitu dari kelompok Mon-Khmer dan kita,Malayo-Polinesian.
Jadi jika terdapat perkataan loghat Kedah yang sama dengan bahasa 'Siam',itu bukan sebenarnya dari bahasa Siam (Tai-Kadai) tetapi berasal dari kelompok Mon-Khmer.Dan perlu diingat,sesungguhnya orang Thai/Siam telah mencedok bahasa dan budaya Mon-Khmer serta Melayu Segenting Kra selama berabad lamanya dan ini dipersetujui sebulat suara oleh pakar sejarah Kemboja (Khmer) dan Thailand sendiri.Kaji senibina Khmer dengan senibina Thai.Bandingkan istana raja Kemboja dengan istana Raja Thai dengan gaya bumbung mereka.Siapa cedok siapa?Budaya Ayutthaya lebih kepada 'Melayu' dan Khmer berbanding budaya satu lagi kerajaan Thai yang lain,Sukhothai yang terletak jauh di utara,lebih keCinaan (sinicized) berbanding Ayutthaya yang mencedok segala budaya;dari senibina hingga tarian daripada jiran sekelilingnya iaitu Khmer dan Melayu.Hari ini tidak kira Siam Buddha mahupun Islam mendakwa mereka sudah lama di sini padahal semua orang tahu sebenarnya merekalah yang 'mengambialih' bahasa dan budaya orang Mon (Kerajaan purba orang Mon terletak di Thailand Tengah,berjiran dengan kerajaan-kerajaan Melayu Segenting Kra pada masa lalu).Apabila orang Mon telah berhijrah ke Burma akibat trend penjarahan orang Thai yang terkenal apabila menakluk negeri orang lain,orang Thai/Siam yang asalnya tiada identiti khas akibat pencinaan (sinicized) telah perlahan-lahan membina identiti sendiri dengan mengadaptasi budaya Khmer dan Melayu Segenting Kra terutama kerajaan Melayu Sri Dharmaraja.'Sinicized' orang Thai samalah dengan orang Vietnam,berbanding orang Mon dan Khmer masing-masing mengetahui mereka adalah 'pribumi' Indochina dan istimewanya kedua-dua bangsa ini juga mengaku bahawa kelompok Malayo-Polinesian terutamanya Melayu adalah pribumi yang lain,hidup dan saling mempengaruhi antara satu sama lain selama beribu tahun sebelum kebanjiran orang Siam/Shan/Tai dan Viet-Muong/Dai-Viet dari utara.Jadi jika ingin bertanya adakah Melayu itu pendatang atau tidak,tanya kepada orang Mon dan Khmer ini,jangan tanya kepada orang Cina dan India mahupun Siam/Thai Malaysia.Orang luar lebih jujur dari kaum-kaum lain dalam negara kita kerana kaum-kaum pendatang terkemudian di Malaysia umumnya sengaja membutakan mata mereka terhadap sejarah orang Melayu semata-mata mahukan berebutkan tanah kita ini,yang penuh subur dengan segala mineral dan baik untuk pertanian serta strategik untuk perdagangan laut.Tidak hairanlah ia digelar 'The Golden Chersonese' oleh pelukis peta Greek.
Saya ingin beritahu satu rahsia.Jika ingin tahu sejarah Kedah,anda mesti belajar sejarah orang Mon.Ada benang-benang merah antara orang Melayu Kedah dengan orang Mon.Terutamanya lenggok bahasa mereka.Ini terjadi selama beratus-ratus tahun malah mungkin beribu tahun.Untuk tahu lebih lanjut,anda kena tahu lebih tentang ilmu linguistik dan sejarah,dan anda akan nampak rahsia antara orang Mon dan Melayu Kedah.Sebagaimana untuk memahami orang Kelantan,anda kena tahu sejarah Langkasuka dan Champa.Dan 'surprise'...jika anda mahu memahami sejarah orang Jawa,anda kena kaji sejarah negeri Kelantan.Di mana?Anda akan dapat jika pandai mencari.Jika tidak,tunggu sahaja Alter Terahsia Bangsa Melayu V3.5.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pegunungan sekitar Tembok Yajuj dan Majuj Danau dekat Tembok Yajuj & Majuj Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis ba...
-
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ? MARI KENALI BANI TAMIM Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim Hadith Nabi SAW : "...
-
Published by Sang karut Amaran - Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengaj...
-
AMARAN : Artikel ini hanyalah semata-mata hiburan dongeng masa kini ,bersumberkan teropongan khayalan dan angan-angan semata-mata . Jika a...
-
“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijl...
-
Published by Sang karut Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sa...
-
Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan awal dari Hari Akhir akan segera Mulai meliputi: 1. Arab Revolutions (Musim Semi Arab) yang dimulai ...
-
Anak Indigo, menjelang akhir jaman kelak mereka akan direkrut untuk bergabung dengan pasukan pendukung Imam Mahdi. Benarkah itu? Sebuah...
-
Innalhamdalillah nahmaduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruh. Wa na’udzubillahiminsyururi anfusina wa min sayyiaati ‘amalina. Mayyahdihilla...
-
PEPERANGAN SETELAH PERANG NUKLIR Setelah mengalami analisa ulang dan melihat fakta yang berkembang, Artikel ini tampaknya harus...
No comments:
Post a Comment