Amaran : Berhati-hatilah ketika membaca kisah dongeng lagi karut ini ....hamba tidak memaksa para pembaca mempercayainya ..jika ada pengajarannya silalah ambil ..itu adalah tindakan yg utama
Siapa sebenarnya Imam Mahdi Al Muntazar
Kata Gusti Sang Prabu ...Imam Mahdi ini gelaran sahaja ..Imam bermaksud pemimpin dan Mahdi bererti yg diberi petunjuk ....Sesiapa pun harus jadi Imam Mahdi tetapi Imam Mahdi yg sebenar yg didamba-dambakan oleh khalayak manusia ialah Ketua Imam Mahdi dari sekalian Imam Mahdi ...karut bukan pendapat ini . Dan muntazar itu bermaksud yg ditunggu -tunggu oleh sekalian ummat Islam .
Sekian lama manusia mengatakan Imam Mahdi itu hanya seorang sahaja .. sesiapa yg mengaku Imam Mahdi maka manusia itu salah dan sesat ...mungkin manusia yg mengaku itu benar dan mungkin juga tidak benar jadi memang agak sukar hendak membezakannya
Di awal akhir zaman yg akan menjelma hanya tinggal beberapa bulan lagi ataupun beberapa tahun lagi sahaja kita akan dikejutkan dengan kemunculan 4 pemimpin dari 5 buah negara/negeri yg pertama dari Semenanjung Emas yang ke 2 dari Negara China dan yg ke 3 dari negara bekas negara Soviut Union dan yg ke 4 iaitu dari Madinah bersamanya Mekkah .Semuanya itu layak di gelar Imam Mahdi dan salah satunya adalah yg ditunggu -tunggu yang akan muncul dari Mekkah ....Apabila Imam Mahdi itu muncul dari Mekkah maka tersirnalah pemimpin yg 3 lagi itu...diikuti dengan pemimpin -pemimpin kerohanian di seluruh pelusuk dunia . Wali wali yg menyembunyikan diri juga muncul ...tetapi kesemua mereka adalah terdiri drp manusia yg tidak tersangkakan ...tidak seperti yg direka-reka oleh akal manusia .
Sama kita sedar atau tidak samada kita percaya atau tidak ..itulah ujian minda .itulah ujian Iman itulah juga ujian maruah diri manusia dan sebagainya .....
Semenanjung Emas yg tidak tersangka
Hamba tidak terpengaruh dengan kertas kerja bekas persatuan GLOBAL IKHWAN dan hamba bukan ahli jamaah itu ....tetapi idea mereka diambil dari hadis -hadis cuma malangnya ada kesilapan ketika mengatur langkah ...
Saya bawakan sebuah kisah yg mana seorang manusia yg mentelaah kitab Injil dan taurat ..manusia itu berbangsa Arab ia berlaku sebelum Muhammad s.a.w di lahirkan ....manusia itu melihat beberapa tanda pada dirinya yg mengatakan bahawa dialah sebenarnya nabi yg terakhir itu ...maka dia mengakui dirinya lah rasul yg disebut-sebut di dalam 2 kitab samawi itu ..maka jadilah dia seorang manusia yg tertipu dengan diri sendiri tanpa disedari nya ....kemudian selepas peristiwa itu barulah lahir Nabi Muhammad S.A.W.
Begitulah nasib manusia ....Allahlah yg menentukan nasib manusia .......Ada sebahagian manusia mengatakan munculnya panji -panji hitam itu dari Negara Afghanistan ...dan ada sebahagian manusia mengatakan dari Iran dan negara -negara yg lain semuanya berdasarkan kajian dan kecenderungan masing-masing ..maka terpulanglah ....masing-masing ada hujjah nya yg tersendiri ..bagi pendapat hamba panji-panji hitam itu muncul dari Semenanjung Emas ini ...Pemimpin yg akan muncul ini telah melengkapkan senjata -senjata yg canggih lagi manggih bagi kegunaan Imam Mahdi Al Muntazar dan tenteranya ....
Di masa yg sama perlu diingat saki baki dajjal -dajjal kecil yg masih berbaki 5 lagi yg telah di kenal pasti lokasinya itu ...jadi janganlah sampai tersilap ...hendak mengikut Imam Mahdi terikut Dajjal -dajjal kecil pula ..sesungguhnya amat sukar hendak menempuh jalan Allah yg benar ini ...hanya rahmat Tuhan sahajalah yg dapat menolong kita ..
Jadi hanya Jauharilah sahaja yg mengenal manikam ..kata-kata ini saya nukilkan dari kata-kata Gusti Sang Prabu ...
Umur dunia dan demokrasi
Zaman kehidupan manusia yg kita tempuhi ini sudah hampir berakhir dalam masa beberapa bulan @ beberapa tahun lagi akan datang kemudian muncullah zaman yg dikenali sebagai zaman awal akhir zaman ...
Menurut Gusti Sang Parabu katanya
Abah lihat bumi ini belum kiamat lagi dalam tempoh 500 tahun akan datang ......
Angan -angan orang barat atau kajian orang barat mengatakan tahun 2012 adalah suatu tahun peralihan zaman emas ......itu kome sudah maklumi ...
Ramalam bencana -bencana yg hebat dan bersifat mega seperti ribut suria ,hentaman meteor ,banjir ...dsb
Gempa bumi atau letupan gunung berapi yg menyebabkan tenggelamnya Jepun pada tahun 2012 ...
Hentaman meteor ke atas California yg menyebabkan USA terbelah 2 dan tenggelam sebahagiannya ....
aaaahhhhhhhhhhhhhh...itu angan-angan atau kajian orang-orang barat ....dari sudut yg positif mereka lebih perhatin tentang kiamat atau mereka lebih beriman dengan hari kiamat berbanding kita muslim yg amat takut utk mengkaji perkara ini ...terlalu banyak sifat negatif pada diri kita ...
Minda kita sering dimotivasi dgn perkara -perkara ini sehinggakan menimbulkan sikap yg tidak memberangsangkan ...perhatikan dialog di bawah ...dialog sebahagian ibu bapa kepada anak-anaknya ...tetapi janganlah salahkan mereka pula ...
Naaaaakk takut ! Takut ! ada hantu ....
ehhh jangan belajar Ilmu Tauhid ini tinggi -tinggi nanti biol ..sewel ....
diam! ...diam!.... ada polis ..takut ! Takut! ...
Samada sedar ataupun tidak....... potensi naluri mengkaji manusia melayu itu terbenam jauh akibat psikologi yg diterapkan sejak dari kecil lagi ....yg timbul dan membesar dijiwa manusia melayu Islam ialah hanyalah prasangka yg salah yg diseliputi dengan sangka-sangka yg buruk dan negatif ...
Marilah Ke Alam Jin ...sebahagian manusia berkata ...itu bukan perjalanannya para salik !....tetapi dalam masa yg sama perasaan manusia itu bercampur diantara suka dengan takut ....takut kepada pontianak ..saka ...hantu penanggal dsb .. marilah kita lepasi level itu bersama-sama ...saya ulangi para retorik agama berkata ..kita khalifah ! kita khalifah di bumi ....
Dan janganlah takut dan berperasangka bahawa ilmu Tasauf dan hal ehwalnya itu akan menyesatkan manusia ....beranikan lah diri ....manusia tidak sedar bahawa minda mereka telah termakan dengan racun Para Perancang Strategik Yahudi yg sentiasa memusnahkan kekuatan Islam
Pada zaman awal akhir zaman ini perkembangan Islam akan dipelopori oleh sebahagian manusia yg kecil sahaja ..hanya 313 orang sahaja dari seluruh dunia yg berjumlah 2-3 bilion manusia ..tetapi dengan jumlah 313 ini mereka dapat memacakkan batu asas yg kukuh bagi perkembangan Islam seterusnya ...Mereka ini bukannya mahu jawatan ..mereka tidak mahu yg itu ..mereka hanya mahu melihat agama Tuhannya itu di nobatkan dan diletakkan di tempat yg tertinggi ...
Islam tidak didaulatkan oleh parti -parti politik ..kedaulatan Islam tidak akan berkembang melalui jalan demokrasi .... perkara itu tidak akan terjadi ..acuan itu tidak betul ...maka Islam tidak mahu duduk di dalam wadah yg bercampur najis dengan makanan ....
Sistem Demokrasi akan digulung ....bukan sahaja di Semenanjung Emas ini tetapi diseluruh dunia . Demokrasi bukan dari Islam ..ia adalah sistem Yahudi ..kebenaran tidak akan sirna melalui sistem ini ....
Kita diajar oleh rasulallah s.a.w ..Islam mempunyai sistemnya yg tersendiri iaitu sistem Khalifah ..bukan setakat lebel khalifah yg hendak di ketengahkan tetapi pemimpin yg bertaraf khalifah yg sebenar -benar khalifah yg diiktiraf oleh Allah .. sesiapa pun boleh mengelarkan dirinya sebagai khalifah contohnya ..nama jawatan menteri besar itu ditukar menjadi khalifah dan dipersetujui oleh ahli dewannya dan diluluskan ...tetapi fungsi nya tidak berubah dari yg asal .Jika itu caranya ..jawapannya ialah itu adalah bukan sistem khalifah ..kalau begitulah keadaannya ia seperti daging babi yg dibungkus dengan bungkus plastik yg ada logo halal ..tetapi ia tetap daging babi yg haram di makan .
Nama Imam Mahdi Al Muntazar
Hamba tidak menyalahkan sesiapa yg mengatakan Imam Mahdi itu bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH ....benar tidak ada salah silapnya tetapi cuba fikirnya apa yg saya cuba kongsikan ...
Jika namanya MUHAMMAD BIN ABDULLAH maka sudah lama agen Yahudi menembaknya ....Imam Mahdi pemimpin yg boleh merubah dunia cthnya Bagindalah lah yg akan menggulung sistem demokrasi yg amat sukar dikikis dari jiwa manusia dan undang -undang di sesebuah negara ..Takkanlah manusia yg mampu melakukan begitu akan dibiarkan sahaja ...
Saya lebih bersetuju Imam Mahdi itu dinamakan begitu kerana dirinya sudah memiliki semua sifat MUHAMMAD ataupun sifat Mahmudah dan dia adalah anak seorang Hamba Allah yg sudah hilang keakuaan dirinya 100%.
Saya bukan orang Syiah ..tetapi nama yg saya akan nyatakan di blog ini sebagai Imam Mahdi itu ada serba sedikit tempiasnya dengan Imam -Imam pujaan Syiah walaupun sebenarnya senarai para Imam pujaan mereka itu bukan dikalangan Syiah .
Nama Imam Mahdi ialah MUHAMMAD ALI HANAFIAH ...
Muhammad adalah nama sarungnya@jasadnya , Ali adalah nama bapanya iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib manakala Hanafiah adalah nama yg dinisbahkan dengan keturunan sebelah Ibunya ...Nama Ibunya pula ialah Haulah ......adakah tidak logik jika dinisbahkan dengan kekuasaan Allah s.w.t .
Gusti Sang Parabu ada menjelaskan perkara ini pada masa dulu...
Sang Karut : Abah ! Siapa sebenarnya Imam Mahdi itu ?
Gusti Sang Prabu : Sebenarnya perkara ini rahsia ...Para Ulama dulu pun merahsiakan perkara ini ...Nama Imam Mahdi ialah Muhammad Ali Hanafiah ....
Sang Karut : Siapa Muhammad Bin Ali Hanafiah itu abah ?
Gusti Sang Prabu : Muhammad itu namanya ...Ali itu nama bapanya ....
Sang Karut : Ali ?
Gusti Sang Prabu : Ya! .. Ali bin Abi Talib dan nama gelaran sebelah ibunya ialah Hanafiah ...dan nama maknya Haulah ...
Sang Karut : Tak Faham ...
Gusti Sang Prabu : Begini ... Ada sebuah telaga di Madinah .....telaga itu ditutup dengan penutup yg berat hanya manusia yg gagah perkasa sahaja yg mampu membukanya iaitu Ali ..Tiba-tiba pada suatu hari Saidina Ali terlewat hendak membuka telaga itu utk kegunaan ummat Islam ...maka ada seorang budak yg lingkungan umurnya 7 tahun pergi ke telaga tersebut dan membukanya kemudian terjun mandi di dalamnya ....manusia disekitarnya melihat sahaja perbuatan budak itu kerana manusia tahu yg budak itu bukan budak yg sebarangan .
Saidina Ali pun datang dan melihat ramai manusia sedang mengerumuni telaga itu ..alangkah terkejutnya apabila baginda melihat penutup telaga itu sudah terbuka lalu berkata ...siapakah yg membuka penutup telaga ini selain darp aku !?
Kemudian Saidina Ali pun melihat seorang budak di dalam telaga itu ..lalu di minta naik drp nya ..Saidina Ali pun mengangkat tangannya utk memukul kanak-kanak tersebut ..tiba-tiba baginda terlihat cincinnya ada tergantung dileher kanak-kanak tersebut lantas membatalkan hasratnya ...
Baginda bertanya ..Siapakah yg memberi cincin ini kepada mu wahai anak ? Maka jawab anak ..ibuku ...ibuku mendapat cincin ini dari ayahku ...Lalu Saidina Ali memeluknya ..ketahuilah sesungguhnya engkau adalah anak ku ...
Pada masa yg lain Gusti Sang Prabu ada menceritakan kisah Muhammad Ali Hanafiah ini ..
Muhammad ini kaki perang ... sangat hebat dimedan pertempuran ...walaubagimanapun beliau pada ketika itu masih ada lagi sikap keakuan @ ego yg belum lebur sepenuhnya dan Muhammad ini anehnya berperang sambil menutup matanya ... Dia melibas -libas pedangnya ke arah musuhnya dengan tangkas dan secepat kilat di terjahnya tentera musuh dengan beraninya sehinggalah tiba-tiba dia merasa disekelilingnya sunyi sepi ..lalu dia membuka matanya dan melihat disekelilingnya ...rupa-rupanya dia sudah terperangkap di dalam sebuah gua ...
Apabila menyedari dirinya sudah berada terperangkap di dalam sebuah gua maka gubralah dia... lalu pergilah mencari jalan keluar malangnya pintu gua tersebut tidak di temuinya ....setelah puas mencuba ..maka baginda pun duduklah bertawajuh kepada Allah s.w.t bermuhasabah diri ..mencari kesilapan yg dilakukan semasa pertempuran tadi ...
Maka lenyaplah dirinya di antara tidur dan jaga ..terfana'lah dia menghadap Rabbinya sehinggalah diilhamkan oleh Allah s.wt bahawa kesalahannya tadi ialah kerana keakuannya ..mengaku dirinya lah hebat berperang bukannya Allah yg Maha Hebat ....masa terus berlalu sehinggalah lebih kurang 1400 tahun lamanya ....
Pada suatu malam yg diberkati oleh Allah iaitu pada hari xx bulan xx tahun 20xx bersamaan xx bulan xx tahun 14xx dia di download kan oleh Allah s.w.t akan pengetahuan dan hikmah serta saya sendiri pun tidaklah tahu .... pada masa itu barulah dia tersedar dari tawajuhnya ....dia melihat disekelilingnya masih lagi gelap tetapi dia melihat cahaya menembusi gua tersebut ..
Lalu keluarlah ia dari gua tersebut dan melihat suasana yg amat berbeza .....
Pada artikal lalu Tuan Kelarias ada mengkhabarkan bahawa Imam Mahdi di lihat kelibatnya di Madinatul Munawarah ....jika para pembaca membaca artikal ini seolah-olah ia bercanggah dengan kenyataan Tuan Kelarias ..sesungguhnya tidak ! Tuan Kelarias ada menjelaskan kepada saya kelibat yg dimaksudkan itu ialah berupa ROHANIAH MANUSIA ....
Rohaniah manusia yg keluar dari sarungnya kemudian berupa jasad manusia yg boleh dipegang ketika manusia itu bertawajuh ..pada setiap hari khamis malam Jummat rohaniah yg berjasad itu berada di Masjid Nabawi ....jika anda mampu mengenalinya carilah ia ....adakah anda mengenalinya ....hamba pun tidak mengenalinya ...
KISAH TAWAJUH YG EKSTREM LAMANYA
Mbah Sunan Kali Jaga ..
Sunan Kali Jaga adalah salah seorang wali songo Tanah Jawa yg terkenal .... namanya sering disebut -sebut oleh Gusti Sang Parabu ....Ketika jiwanya tumpas dan menyerah dengan hikmah salah seorang wali yg bernama Sunan Bonang ..maka berkatalah Sunan Bonang dengan beberapa kalimah kepada anak muridnya yg baru masuk Islam itu : .....anak duduklah @ tawajuhlah di tepi kali@sungai ini sehingga aku kembali mengejutmu .....
Maka duduklah Sunan Kali jaga itu ditepi kali@sungai di dalam hutan .... tiba-tiba terfana' lah dia ..tenggelam dalam diri diantara tidur dan jaga selama 2 atau 3 tahun ....sepanjang 2 hingga 3 tahun itu gurunya "dilupakan" oleh tuhan akan janjinya kepada anak muridnya .....suatu hari Tuhan mengembalikan semula ingatannya lalu bergegaslah dia ke tempat tawajuh sunan kali jaga itu ....
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat kesetiaan anak murid nya yg baru bertaubat itu masih lagi di tepi kali@sungai duduk bertawajuh ....sehinggakan tubuhnya dililiti rumput -rumput yg menjalar ke seluruh tubuh badannya ...apabila dikejutkan maka hairanlah sunan kali jaga akan dirinya itu .....kenapa rumput-rumput disekelilingnya itu sudah tinggi dan menjalar ke seluruh tubuh badannya ....
Sunan Bonang bertanya kepada anak muridnya ....berapa lama engkau duduk di sini ? maka dengan penuh perasaan dan yakin Sunan kali jaga itu menjawab ..baru setengah hari wahai guru !...Jawapan Sunan Kali Jaga itu dinafikan oleh gurunya kemudian dijelaskan kepadanya ..sesungguhnya engkau telah duduk bertawajuh selama 2 hingga 3 tahun !...
Ashabul Kahfi ...
Kisah Ashabul Kahfi juga lebih kurang begitu ...7 orang yg lari dari Raja yg zalim lalu bersembunyi di dalam gua ..mereka tidur tetapi sebenarnya keadaannya diantara tidur dengan jaga ...dipendek kan cerita ..apabila mereka sedar ....mereka melihat kuku ..rambut dan janggut mereka begitu panjang ....mereka dengan penuh keyakinan menegaskan mereka itu telah tidur 1/2 atau 1 hari sahaja padahal sebenarnya mereka itu telah tidur selama 309 tahun ...
Begitu jugalah yg terjadi kepada Muhammad Ali Hanafiah ini yg telah bertawajuh 1400 tahun kepada tuhannya ...
HERO AKHIR ZAMAN DI KALANGAN ORANG_ORANG LAMA
Di antara pelakon -pelakon akhir zaman ialah Al Masih Ad Dajjal yg umurnya lebih dari 3000 tahun .....Nabi Khidir a.s yg umurnya juga lebih dari 3000 tahun ... Nabi Isa a.s yg umurnya lebih dari 2000 tahun .... Imam Mahdi Al Muntazar umurnya 1400 tahun +-
Bersambung insyallah .....
Published by Sang karut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pegunungan sekitar Tembok Yajuj dan Majuj Danau dekat Tembok Yajuj & Majuj Abdullah Yusuf Ali dalam tafsir The Holy Qur’an menulis ba...
-
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ? MARI KENALI BANI TAMIM Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim Hadith Nabi SAW : ...
-
Published by Sang karut Amaran - Jika ia di luar akal dan ilmu ..maka anggaplah ia sebagai suatu dongengan ..carilah moral dan pengaj...
-
AMARAN : Artikel ini hanyalah semata-mata hiburan dongeng masa kini ,bersumberkan teropongan khayalan dan angan-angan semata-mata . Jika a...
-
“Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijl...
-
Published by Sang karut Amaran : Ini adalah artikal bersifat dongeng lagi karut ..adalah lebih baik para pembaca mengambil iktibarnya sa...
-
Beberapa tanda-tanda yang menunjukkan awal dari Hari Akhir akan segera Mulai meliputi: 1. Arab Revolutions (Musim Semi Arab) yang dimulai ...
-
Anak Indigo, menjelang akhir jaman kelak mereka akan direkrut untuk bergabung dengan pasukan pendukung Imam Mahdi. Benarkah itu? Sebuah...
-
“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Musli...
-
Amaran : Berhati-hatilah ketika membaca kisah dongeng lagi karut ini ....hamba tidak memaksa para pembaca mempercayainya ..jika ada penga...
No comments:
Post a Comment